kajian erman, adda ,sarell

5
Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014 KAJIAN MENGENALPASTI TITIK TUMPUAN PELAJAR DI LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG PSIS DAN CADANGAN MELESTARIKANNYA Mohd Erman B. Derasid @ Nordin¹, Shahril Khairi B. Abdul Shukor², Nur Shuhada Bt. Hanapi³ Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor ¹[email protected], ²[email protected], ³shuhada@ psis.edu.my 1.0 ABSTRAK Laluan pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) membentuk sebahagian besar daripada ruang awam terbuka di PSIS. Dengan jarak keseluruhan sepanjang 1.02 kilometer serta mempunyai keluasan lantai 4100 meter persegi, ruang ini berperanan penting untuk menghubungkan ruang-ruang di dalam susunatur bangunan. Laluan pejalan kaki berbumbung ini juga berperanan sebagai penghubung sosial yang telah membantu pertumbuhan akademik, fizikal dan kesihatan pelajar PSIS. Justeru, laluan pejalan kaki berbumbung ini jelas sekali bukan hanya bertindak sebagai ruang untuk pergerakan sahaja, malah ruang ini mewujudkan interaksi sosial di kalangan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah. Walaupun beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini telah menyatakan dengan jelas hubungan antara tingkah laku sosial dan kualiti di laluan, namun fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji dengan lebih terperinci keperluan pelajar dalam usaha melestarikan laluan pejalan kaki berbumbung di PSIS ini. Cadangan melestarikan laluan pejalan kaki berbumbung ini diharapkan dapat membolehkan laluan ini digunakan secara komprehensif di samping memperluaskan dan mempelbagaikan lagi fungsi laluan pejalan kaki itu sendiri. Kajian ini telah dijalankan selama 4 minggu dengan menggunakan kaedah pemerhatian berasaskan tingkah laku yang melibatkan pemerhatian tingkah laku dan persepsi pelajar yang menggunakan laluan berbumbung ini. Dapatan kajian mendapati pelajar mempunyai kecenderungan untuk berkumpul di lokasi yang sama. Antara lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti ialah pelajar lebih suka berkumpul di laluan-laluan pejalan kaki yang mempunyai lebar yang luas, berhampiran kafeteria dan berdekatan dengan bangunan penting iaitu blok bilik kuliah. Beberapa cadangan untuk melestarikan laluan pejalan kaki ini telah diusulkan untuk lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti menjadi tumpuan pelajar. 2.0 PENDAHULUAN Laluan pejalan kaki berbumbung sedia ada di Politeknik Sultan Idris Shah merupakan elemen penting dalam menghubungkan ruang- ruang antara bangunan selain mewujudkan interaksi sosial di kalangan pelajar. Penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 1.02 kilometer dengan keluasan 4100 meter persegi menjadikan laluan pejalan kaki ini sebagai kawasan tumpuan utama para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah untuk berkumpul. Faktor utama yang perlu diberi perhatian dalam rekabentuk laluan pejalan kaki adalah tertumpu kepada keselesaan pengguna (Ratanawichit, 2010). Dalam usaha mewujudkan persekitaran laluan pejalan kaki berbumbung yang selesa, mesra pengguna dan cekap tenaga, isu- isu utama berkaitan dengan laluan ini telah dikenalpasti. Rekabentuk yang lestari perlu dicadangkan supaya fungsi ruang laluan pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) ini dapat digunakan dengan penuh efisien. Isu-isu utama yang telah dikenalpasti boleh diringkaskan seperti berikut: 1. Fungsi laluan pejalan kaki yang tidak digunakan sepenuhnya dan hanya tertumpu untuk aktiviti berjalan sahaja. 2. Rekabentuk asal yang telalu asas iaitu hanya laluan berbumbung semata mata tanpa longkang, talang air hujan (gutter), kerusi, lanskap dan lain- lain. 3. Untuk mengetahui waktu kemuncak laluan pedestrian PSIS. Foto 1: Keadaan sedia ada kawasan kajian 2 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kepentingan laluan pejalan kaki berbumbung sebagai penghubung sosial untuk membantu pertumbuhan akademik, fizikal dan kesihatan pelajar PSIS menjadi

Upload: shahril-khairi

Post on 11-Jun-2015

488 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

kajian kawasan tumpuan di laluan pejalankaki PSIS

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian erman, adda ,sarell

Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014

KAJIAN MENGENALPASTI TITIK TUMPUAN PELAJAR DI LALUAN PEJALAN KAKI

BERBUMBUNG PSIS DAN CADANGAN MELESTARIKANNYA

Mohd Erman B. Derasid @ Nordin¹, Shahril Khairi B. Abdul Shukor², Nur Shuhada Bt. Hanapi³

Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor

¹[email protected], ²[email protected], ³shuhada@ psis.edu.my

1.0 ABSTRAK

Laluan pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan Idris

Shah (PSIS) membentuk sebahagian besar daripada ruang

awam terbuka di PSIS. Dengan jarak keseluruhan

sepanjang 1.02 kilometer serta mempunyai keluasan lantai

4100 meter persegi, ruang ini berperanan penting untuk

menghubungkan ruang-ruang di dalam susunatur

bangunan. Laluan pejalan kaki berbumbung ini juga

berperanan sebagai penghubung sosial yang telah

membantu pertumbuhan akademik, fizikal dan kesihatan

pelajar PSIS. Justeru, laluan pejalan kaki berbumbung ini

jelas sekali bukan hanya bertindak sebagai ruang untuk

pergerakan sahaja, malah ruang ini mewujudkan interaksi

sosial di kalangan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.

Walaupun beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini

telah menyatakan dengan jelas hubungan antara tingkah

laku sosial dan kualiti di laluan, namun fokus utama kajian

ini adalah untuk mengkaji dengan lebih terperinci

keperluan pelajar dalam usaha melestarikan laluan pejalan

kaki berbumbung di PSIS ini. Cadangan melestarikan

laluan pejalan kaki berbumbung ini diharapkan dapat

membolehkan laluan ini digunakan secara komprehensif di

samping memperluaskan dan mempelbagaikan lagi fungsi

laluan pejalan kaki itu sendiri. Kajian ini telah dijalankan

selama 4 minggu dengan menggunakan kaedah

pemerhatian berasaskan tingkah laku yang melibatkan

pemerhatian tingkah laku dan persepsi pelajar yang

menggunakan laluan berbumbung ini. Dapatan kajian

mendapati pelajar mempunyai kecenderungan untuk

berkumpul di lokasi yang sama. Antara lokasi tumpuan

yang telah dikenalpasti ialah pelajar lebih suka berkumpul

di laluan-laluan pejalan kaki yang mempunyai lebar yang

luas, berhampiran kafeteria dan berdekatan dengan

bangunan penting iaitu blok bilik kuliah. Beberapa

cadangan untuk melestarikan laluan pejalan kaki ini telah

diusulkan untuk lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti

menjadi tumpuan pelajar.

2.0 PENDAHULUAN

Laluan pejalan kaki berbumbung sedia ada di Politeknik

Sultan Idris Shah merupakan elemen penting dalam

menghubungkan ruang- ruang antara bangunan selain

mewujudkan interaksi sosial di kalangan pelajar.

Penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang

1.02 kilometer dengan keluasan 4100 meter persegi

menjadikan laluan pejalan kaki ini sebagai kawasan

tumpuan utama para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

untuk berkumpul. Faktor utama yang perlu diberi

perhatian dalam rekabentuk laluan pejalan kaki adalah

tertumpu kepada keselesaan pengguna (Ratanawichit,

2010). Dalam usaha mewujudkan persekitaran laluan

pejalan kaki berbumbung yang selesa, mesra pengguna dan

cekap tenaga, isu- isu utama berkaitan dengan laluan ini

telah dikenalpasti. Rekabentuk yang lestari perlu

dicadangkan supaya fungsi ruang laluan pejalan kaki

berbumbung di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) ini

dapat digunakan dengan penuh efisien. Isu-isu utama yang

telah dikenalpasti boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Fungsi laluan pejalan kaki yang tidak digunakan

sepenuhnya dan hanya tertumpu untuk aktiviti

berjalan sahaja.

2. Rekabentuk asal yang telalu asas iaitu hanya

laluan berbumbung semata mata tanpa longkang,

talang air hujan (gutter), kerusi, lanskap dan lain-

lain.

3. Untuk mengetahui waktu kemuncak laluan

pedestrian PSIS.

Foto 1: Keadaan sedia ada kawasan kajian 2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kepentingan laluan pejalan kaki berbumbung sebagai

penghubung sosial untuk membantu pertumbuhan

akademik, fizikal dan kesihatan pelajar PSIS menjadi

Page 2: Kajian erman, adda ,sarell

Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014

fokus penyelidikan. Oleh itu, objektif kajian adalah

tertumpu kepada:

a) Menambahbaik kualiti rekabentuk laluan pejalan

kaki berbumbung yang sedia ada.

b) Mengenalpasti lokasi yang menjadi titik tumpuan

pelajar untuk berkumpul.

c) Mencadangan rekabentuk lestari untuk laluan

pejalan kaki berbumbung di Politeknik Sultan

Idris Shah.

4.0 METODOLOGI

Bagi mengkaji dan merekod corak rutin pelajar PSIS yang

menggunakan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang

hari seawal jam 8.00 pagi iaitu waktu kuliah pertama

bermula sehingga tamatnya waktu kuliah terakhir pada jam

5.15 petang, kaedah pemerhatian digunakan sebagai

kaedah pengumpulan data utama kajian jenis ini. Ini

termasuklah memerhatikan aktiviti-aktiviti pelajar yang

melibatkan diri sendiri, di mana, bila, bagaimana dan

dengan siapa aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan.

Pemerhatian melalui berjalan kaki merupakan kaedah

utama yang digunakan untuk mengumpul dan

merekodkan data mengenai aktiviti tidak bergerak dan

kekal pelajar PSIS. Pada setiap pemerhatian, salah seorang

penyelidik akan berjalan perlahan-lahan di setiap kawasan

kajian dan mencatatkan jumlah bilangan pelajar yang tidak

bergerak, lokasi pelajar, keadaan pelajar (berjalan, berdiri,

berlari) dan aktiviti-aktiviti yang ada. Tiga pemerhatian

telah dijalankan semasa waktu kuliah sahaja. Pemerhatian

telah dijalankan pada waktu kemuncak 7.50-8.10 pagi, 10-

10.20 pagi dan 4.50-5.10 petang pada Julai 2014.

Rajah 1: Pelan lokasi tiga kawasan kajian di dalam PSIS

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pemerhatian dan tinjauan visual yang dijalankan adalah

sejenis "snapshot" aktiviti dan tingkah laku pelajar PSIS di

laluan pejalan kaki berbumbung pada tiga kawasan kajian

dari pagi hingga lewat petang hari perkuliahan pada Julai

2014. Blok diperhatikan dan dikaji selidik dalam tiga

kawasan kajian (telah pun dinyatakan di dalam bab

Metodologi).

Pemerhatian dan pengiraan pejalan kaki

sepanjang waktu hari perkuliahan dari jam 08:00 pagi

hingga 5.15 petang menunjukkan bahawa ketiga-tiga

kawasan kajian telah digunakan sebagai laluan utama

untuk pergerakan pejalan kaki. Keputusan dan

pemerhatian menunjukkan bahawa kehadiran sebilangan

besar pengguna di laluan pejalan ini adalah pada jam 7.50

pagi hingga jam 8.10 pagi. Dengan menggunakan teknik

berjalan, secara purata 240 orang telah terlibat di dalam

tempoh 20 minit di tiga kawasan kajian. Kawasan 2

menunjukkan bilangan tertinggi iaitu 159 orang (66%)

daripada semua 240 orang yang terlibat. Kawasan 1

seramai 39 orang (16%) dan kawasan 3 seramai 42 orang

(18%). Keputusan menunjukkan bahawa kawasan 2 ini

telah menjadi titik pertemuan laluan pejalan kaki. Ini

mungkin disebabkan oleh lokasinya yang berhampiran

dengan kafetaria dan Blok Dewan Syarahan serta Bilik

Kuliah telah mewujudkan kehadiran sebilangan besar

pengguna di laluan tersebut.

Sebanyak 78% orang adalah pejalan kaki yang

bergerak manakala hanya 22% sahaja yang mencatatkan

aktiviti pegun. Dapatan ini sememangnya telah dijangka

memandangkan ketiga-tiga kawasan kajian yang dipilih ini

adalah laluan utama untuk aktiviti berjalan kaki semata-

mata. Selain itu, di sepanjang laluan pejalan kaki ini juga

tidak terdapat kerusi mahupun kotak tanaman untuk

dijadikan tempat duduk supaya pelajar boleh duduk

berbincang dan berehat. 22% yang telah dicatatkan

sebagai aktiviti pegun ini adalah pelajar yang melakukan

interaksi sosial termasuklah berbual, berbincang dan

bercakap menggunakan telefon bimbit. Lokasi yang

mencatatkan bilangan tertinggi pengguna berjalan dan

mempunyai aktiviti pegun adalah di kawasan kajian yang

sama, iaitu kawasan 2. Ini jelas menunjukkan terdapat

hubungan yang kuat di antara dua keputusan ini. Lokasi

kawasan kajian 2 ini amat sesuai untuk

direkabentuk semula bagi membantu menyokong aktiviti

pegun selain menambahbaik aktiviti sosial di kalangan

pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.

Dapatan juga merumuskan bahawa pengguna di

kawasan kajian 2 ini sangat kerap membawa makanan dan

bungkusan dari kefetaria. Kebanyakan pengguna yang

dicatatkan sebagai pengguna pegun ini rata-ratanya

menghabiskan masa tidak lebih daripada lima minit untuk

tidak bergerak. Ini adalah kerana ketiadaan tempat duduk

mungkin membuatkan jangka masa aktiviti pegun adalah

pendek.

Kawasan 2

Kawasan 1

Kawasan 3

Page 3: Kajian erman, adda ,sarell

Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014

Kawasan 2

Kawasan 1

Kawasan 3

Rajah 2: Imej bangunan dan corak kedudukan

pelajar yang menggunakan Kawasan Kajian 1.

Setiap titik hitam mewakili 3 orang.

Rajah 3: Imej bangunan dan corak kedudukan

pelajar yang menggunakan Kawasan Kajian 2 &

3. Setiap titik hitam mewakili 3 orang.

Page 4: Kajian erman, adda ,sarell

Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014

6.0 RUMUSAN

6.1 Kesimpulan

Kesimpulannya, laluan pejalan kaki berbumbung di PSIS

perlu ditambahbaik dengan digantikan laluan pejalan kaki

berbumbung yang lebih mesra pengguna serta memberi

manfaat yang lebih optimum. Walaupun cadangan ini

sesuai untuk diaplikasikan kepada keseluruhan laluan

berbumbung ini, tetapi dengan jarak keseluruhan

sepanjang 1.02 kilometer serta mempunyai keluasan lantai

4100 meter persegi ini pastinya akan melibatkan kos

pembinaan yang tinggi. Oleh hal yang demikian, hasil

dapatan kajian menunjukkan cadangan ini amat sesuai

untuk dijalankan pada Tapak Kajian 2. Dengan adanya

cadangan baru yang mempunyai rekabentuk lestari ini,

diharapkan para pengguna akan mendapat manfaat yang

lebih baik selain ianya akan menjadi penanda aras untuk

pedestrian lain di politeknik seluruh Malaysia. Cadangan

baru ini juga akan melonjakkan lagi nama Politeknik

Sultan Idris Shah seiring dengan kawasan tujahannya iaitu

alam sekitar.

7.0 CADANGAN

Rekabentuk laluan pejalan kaki lestari menawarkan

peluang untuk mewujudkan hubungan antara bangunan

dan alam sekitar yang lebih efisien di mana ia dapat

menggalakkan pemuliharaan sumber. Pemuliharaan

sumber ini termasuklah kecekapan tenaga, tenaga boleh

diperbaharui, dan ciri pemuliharaan air. Rekabentuk lestari

ini mampu mempertimbangkan kesan ke atas alam sekitar

dan pengurangan sampah selain mewujudkan persekitaran

hidup yang sihat, selesa serta menjadi akses kepada sistem

infrastruktur komuniti yang baik. Kitaran hidup

keseluruhan bangunan dan komponennya telah diambil

kira, juga kesan ke atas prestasi ekonomi dan alam sekitar.

Penambahbaikan persekitaran jalan

Kaki lima hendaklah mengekalkan lebar minimum, iaitu

empat kaki. Walau bagaimanapun, lima kaki lebar jelas

adalah sangat disyorkan untuk membolehkan dua orang

untuk berjalan sebelah menyebelah dengan kondisi yang

selesa selain pengguna laluan yang berkerusi roda untuk

melepasi satu sama lain. Lebar minimum jelas mestilah

bebas pokok, papan-papan tanda, tiang elektrik, kerusi

dan lain-lain halangan yang menyebabkan halangan secara

sengaja atau tidak sengaja kepada pengguna di laluan

pejalan kaki.

Mengurangkan kesesakan

Penambahbaikan yang seterusnya adalah dengan

mengurangkan jumlah pelajar yang berbincang sambil

berdiri di laluan pejalan kaki. Antara cadangannya adalah

dengan meletakkan kerusi di tempat titik pertemuan

utama. Dengan adanya tempat duduk ini, bilangan pelajar

yang berbincang di tengah-tengah laluan koridor dapat

dikurangkan.

Kepelbagaian fungsi penggunaan laluan pejalan kaki

Siar kaki berbilang guna adalah kemudahan yang

dicadangkan untuk menampung pejalan kaki, pengguna

basikal dan individu yang lain. Kemudahan ini disediakan

sebagai alternatif kepada kaki lima sedia ada.

Trafik menenangkan

Mengubah kondisi trafik yang laju menjadi trafik yang

menenangkan bagi mewujudkan suasana persekitaran

berjalan kaki yang selamat dan kondusif. Antara langkah-

langkah yang boleh digunakan untuk mengurangkan

kelajuan trafik termasuklah penyempitan visual,

mengurangkan lebar lorong, dan membina laluan pejalan

kaki yang sempurna.

Rajah 4: Ilustrasi Cadangan Melestarikan Pedestrian

Berbumbung

Page 5: Kajian erman, adda ,sarell

Seminar Kebangsaan Rekabentuk Senibina_2014

Menambah alat penjimatan elektrik

Salah satu kriteria penting yang membolehkan laluan

pejalan kaki berbumbung ini diiktiraf sebagai laluan yang

mempunyai rekabentuk lestari adalah kerana ia dapat

menyumbang ke arah penjimatan sumber elektrik. Berikut

adalah antara alat penjimatan elektrik yang dicadangkan:

Panel solar pada bumbung koridor

Dengan jarak sepanjang 1.02 kilometer dan mempunyai

keluasan lantai 4100 meter persegi membolehkan laluan

pejalan kaki berbumbung di PSIS ini sesuai untuk

dipasang dengan panel solar. Selain itu, kelebihan

memasang panel solar pada bumbung laluan pejalan kaki

adalah kerana ketinggian bumbungnya yang tidak terlalu

tinggi memudahkan juruteknik untuk memanjat dan

melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Bidai solar

Selain daripada menggunakan panel solar yang dipasang

pada atas bumbung laluan pejalan kaki, PSIS juga

disarankan untuk meletakkan bidai solar pada bahagian sisi

laluan pejalan kaki sebagai langkah mengurangkan

kebergantungan penggunaan elektrik sedia ada. Bidai solar

ini bukan hanya berfungsi sebagai penjana elektrik,malah

ia juga dapat membantu mengurangkan sinaran pancaran

matahari dan tempias air hujan kepada pengguna laluan

ini.

Berjalan sambil menjana elektrik

Dengan anggaran jumlah pelajar seramai lebih kurang

4000 orang dan bilangan kakitangan PSIS seramai 400

orang, penggunaan plat penjana elektrik (piezo electric)

pada lantai laluan pejalan kaki secara tidak langsung dapat

membantu menjanakan elektrik. Lantai piezoelektrik

menjana elektrik melalui kesan perubahan tenaga di bawah

beban (Brian Doyle, 2012). Kaedah ini berupaya

merealisasikan kempen kesedaran mengenai penghasilan

tenaga alternatif. Selain itu, penghasilan elektrik melalui

tenaga kinetik ini juga amat sesuai digunakan terutamanya

pada musim hujan di mana panel solar tidak dapat menjana

elektrik sepenuhnya.

RUJUKAN

[1] Shamsuddin, S. (2011). Townscape Revisited:

Unravelling the Character of the Historic Townscape

in Malaysia. 1st Edition. Johor, Malaysia: Universiti

Teknologi Malaysia Press.

[2] http://www.acgov.org/pwa/PedMasterPlan_2006-8-

15_withExecSummary.pdf

[3] http://issuu.com/anwar_townplan/docs/laporan_pand

uan_pelaksanaan_pejalan

[4] http://www.kyocerasolar.com/about-kyocera/kyocera-

solar/news/?id=28

[5] https://www.lucidmanagementgroup.com/covered-

walkways.cfm

[6] Nilsson, J., Thorstensson, A. Ground reaction forces at

different speeds of human walking and running. Act

Physiologica Scandinavica. Vol 136, Issue 2, pages 217-

227, June 1989

[7] POWERleap Website: http://powerleap.net/?page_id=32

[8] Energy Floors Limited (Sustainable Dance Club

Subsidiary). Sustainable Energy Floors Information

Leaflet

[9] http://www.theguardian.com/sustainable-business/power-

generating-tiles-renewable-energy

[10] http://wattnow.org/2330/pavegen-renewable-energy-from-

footsteps

[11] http://www.energyharvestingjournal.com/articles/heated-

trousers-sustainable-walkways-new-ball-game-at-london-

olympics-00004630.asp?sessionid=1

[12] http://www.engineering.com/ElectronicsDesign/Electronics

DesignArticles/ArticleID/5879/Power-Walking-with-

Energy-Floors.aspx

[13] Ratanawichit Panitat, 2010. The Appropriate Walkway

Towards Sustainable Transportation In The University

Community : A Case Study of Kasetsart University,

Bangkhen Campus.