kajian cerpen seekor manusia seorang binatang

11
Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang menganalisis hasil karya Muhammad Isa al-Jambuli yang bertajuk Cerpen Seekor Manusia Seorang Manusia Seorang Binatang, iaitu : 1) Sinopsis 2) Tema 3) Persoalan 4) Watak Dan Perwatakan i. Zaniyah ii. Zaney iii. Ibu Monyet iv. Ibu Zaniyah v. Ayah Zaniyah 5) Latar i. Latar Masa ii. Latar Tempat iii. Latar Masyarakat 6) Gaya Bahasa 7) Nilai i. Nilai Pengajaran ii. Nilai Kemanusiaan 1

Upload: momee-rain

Post on 08-Jul-2015

1.576 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Analisis Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang menganalisis

hasil karya Muhammad Isa al-Jambuli yang bertajuk Cerpen Seekor Manusia

Seorang Manusia Seorang Binatang, iaitu :

1) Sinopsis

2) Tema

3) Persoalan

4) Watak Dan Perwatakan

i. Zaniyah

ii. Zaney

iii. Ibu Monyet

iv. Ibu Zaniyah

v. Ayah Zaniyah

5) Latar

i. Latar Masa

ii. Latar Tempat

iii. Latar Masyarakat

6) Gaya Bahasa

7) Nilai

i. Nilai Pengajaran

ii. Nilai Kemanusiaan

1

Page 2: Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

CERPEN SEEKOR MANUSIA SEORANG MANUSIA SEORANG BINATANG

(Muhammad Isa al-Jambuli)

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Zaniyah yang terlanjur

dalam hubungan dengan kekasihnya. Ibarat habis madu sepah dibuang, maka Zaniyah

yang sedang hamil telah ditinggalkan oleh kekasihnya, Zaney, sesudah dia mendapatkan

apa yang dimahukannya daripada Zaniyah. Zaniyah yang melahirkan anak di pinggir

hutan Lembah Darah Terbelah telah meninggalkan bayinya di pinggir sungai tersebut.

Namun, apabila dia kemudiannya melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa

menyelamatkan anaknya, Zaniyah menjadi insaf, lantas kembali mendapatkan semula

anak yang telah ditinggalkannya itu.

TEMA

Cerpen ini bertemakan tentang keinsafan seorang wanita bernama Zaniyah atas

kesalahan dan keterlanjuran diri hasil daripada hubungan luar nikah dan terjebak dalam

kancah maksiat. Kerana keterlanjurannya bersama lelaki yang tidak bertanggungjawab

Zaniyah telah hamil dan melahirkan anak di pinggir hutan Lembah Dara Terbelah.

Walaubagaimanapun Zaniyah telah meninggalkan bayinya di pinggir hutan tersebut.

Namun, Tuhan memberi petunjuk kepada Zaniyah dengan memberikannya peluang

melihat kejadian seekor ibu monyet yang bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya.

Setelah melihat kejadian ini, Zaniyah menjadi insaf dan lantas mendapatkan semula anak

yang ditinggalkannya itu.

2

Page 3: Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

PERSOALAN

1. Pembuangan Bayi.

Contohnya, Zaniyah telah bertindak meninggalkan bayi yang telah dilahirkannya di

pinggir sungai Lembah Dara Terbelah kerana tidak mahu menanggung malu melahirkan

anak luar nikah.

2. Hubungan Tanpa Ikatan Perkahwinan.

Contohnya, Zaniyah pernah mempunyai hubungan dengan suami orang. Setelah

meninggalkan lelaki tersebut, Zaniyah kemudian menjalinkan hubungan dengan Zaney

menyebabkan dia telah hamil anak luar nikah.

3. Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Muda Mudi (Budaya Hedonisme).

Contohnya, Zaniyah telah menjadi liar setelah ditinggalkan oleh Zaney dan seterusnya

menceburi alam hedonistik, mengintimkan perhubungan dengan teman-teman bohsia dan

rakan-rakan bohjan.

4. Ketidaksetiaan Dan Kecurangan Dalam Perhubungan.

Contohnya, Ibu Zaniyah walaupun sudah bersuami tetapi telah bertindak curang dengan

sanggup melarikan diri bersama pemuda lain hanya kerana rupa, harta, kuasa dan

kedudukan.

5. Kasih Sayang.

Contohnya, ibu monyet bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya yang hampir

dimakan oleh buaya.

6. Sikap Manusia Yang Tidak Bertanggungjawab.

Contohnya, Zaney telah menghilangkan diri setelah Zaniyah hamil.

3

Page 4: Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Zaniyah

Watak utama dalam cerpen ini.

Berasal dari kampung dan telah menetap di kota.

Merupakan anak perempuan kepada lelaki yang menjadi tali barut semasa zaman

pendudukan Jepun.

Pernah hamil anak luar nikah kerana hubungan dengan kekasihnya.

Membuang anaknya sebaik sahaja dilahirkan di pinggir sungai .

kuat semangat,berani,tabah,contohnya melahirkan anaknya seorang diri di dalam

sebuah hutan.

Bertindak mengikut perasaan. Contohnya, Zanyiah telah pergi ke hutan Lembah

dara untuk melahirkan bayinya dan seterusnya telah bertindak untuk meninggalkan bayi

tersebut. (halaman 50).

Pernah menjadi mangsa buaya darat dan pasangan belangkas darat kepada Zaney.

(halaman 51).

Cepat menerima pujukan. Contohnya, Zaniyah dengan mudah menerima kata-kata

pujukan Zaney untuk meninggalkan lelaki yang dikatakan sudah berbini dan seterusnya

menjadi pasangan kekasih kepada Zaney.( halaman 51).

Menjadi liar setelah ditinggalkan oleh Zaney. Contohnya, Zaniyah menceburi

alam hedonistik, mengintimkan perhubungan dengan teman-teman bohsia dan rakan-

rakan bohjan setelah ditinggalkan oleh Zaney. (halaman 52).

Insaf akan kesalahan diri. Contohnya, Zaniyah telah mendapatkan semula bayinya

yang telah ditinggalkan di pinggir sungai hutan Lembah Darah Terbelah setelah melihat

kejadian seekor ibu monyet yang bergadai nyawa menyelamatkan anaknya yang hampir

dimakan buaya.

4

Page 5: Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

2. Zaney

Pandai memujuk. Contohnya, Zaney menggunakan kata-kata manisnya untuk

mendapatkan Zaniyah.

Kekasih Zaniyah.

Telah terlanjur dengan zaniyah

Seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Zaney tidak bertanggungjawab

atas keterlanjuran hubungannya dengan Zaniyah dan telah bertindak melarikan diri dan

meninggalkan Zaniyah yang sedang hamil hasil hubungan mereka.

3. Ibu Monyet

Berperasaan seperti manusia.

Sanggup berkorban nyawa demi anaknya.

4. Ibu Zaniyah

Mempunyai dahi yang licin. (halaman 54)

Seorang isteri yang curang atau tidak setia. Contohnya, walaupun masih bersuami

tetapi dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dan telah lari bersama lelaki

tersebut ke Selatan Thailand. (halaman 54)

5. Ayah Zaniyah

Merupakan seorang tali barut tenteraJepun semasa zaman pendudukan Jepun.

(halaman 54).

Seorang kacak dan gagah semasa zaman mudanya. (halaman 54).

Menggunakan kedudukan, harta dan kuasa untuk memenuhi tuntutan nafsu.

Contohnya, kuasa, harta dan kedudukan yang ada pada ayah Zaniyah semasa zaman

pendudukan Jepun menyebabkan dia telah berjaya merampas isteri orang dan bertindak

melarikannya ke Selatan Thailand.

5

Page 6: Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

LATAR

i) Latar Masa

- Awal pagi

Berlaku pada waktu awal pagi ketika zaniyah melahirkan anaknya.

ii) Latar Tempat

• Pinggir sungai hutan Lembah Darah Terbelah (bawah pokok menggading besar).

• Tempat Zaniyah melahirkan bayi, seterusnya meninggalkan bayi tersebut.

(halaman 50).

• Di kota

• Dipinggir sungai hutan lembah dara

iii) Latar Masyarakat

Masyarakat Yang Kejam.

Contohnya: Zaniyah seorang yang kejam kerana sanggup membuang anaknya demi

menjaga maruahnya kerana tidak mahu dimalukan mengandungkan anak luar nikah.

Masyarakat Kota Yang Lair.

Contohnya: Zaniyah mempunyai hubungan dengan suami orang sebelum menjadi

kekasih kepada Zaney dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan teman-teman bohsia

dan rakan-rakan bohjan setelah ditinggalkan oleh Zaney.

Masyarakat Yang Tidak Bertanggungjawab.

Contohnya: Zaney seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan

Zaniyah setelah dia mendapat apa yang diingininya.

Masyarakat Yang Mementingkan Harta, Kuasa Dan Kedudukan.

Contohnya:

i) Ibu Zaniyah seorang yang mementingkan harta, kuasa dan kedudukan kerana sanggup

meninggalkan suaminya untuk mengikuti lelaki lain yang lebih berkedudukan.

ii) Ayah Zaniyah yang sanggup menjadi tali barut jepun demi harta.

6

Page 7: Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

Masyarakat Binatang Yang Penyayang.

Contohnya: Ibu monyet yang sangat menyayangi anaknya sanggup bergadai nyawa untuk

menyelamatkan anaknya yang hampir dibaham buaya.

Masyarakat Kota

Contoh: Zaniyah merupakan gadis yang berhijrah dari kampung hidup mencari rezeki

dikota.

Masyarakat Yang Jahil Tentang Agama

Contoh: Zaniyah seorang gadis yang jahil tentang agama dengan

membelakangkan garis panduan agama dengan terlibat dalam pergaulan bebas bohsia dan

bohjan malah pernah terlanjur dengan kekasihnya hingga melahirkan anak luar nikah.

TEKNIK PENCERITAAN

1. Pemerian

i) Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok

menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir

kota. Barulah rasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. (halaman 50).

ii) Matanya yang kuyu dan cengkung diwajahnya yang pucat lesi itu masih merenungi

aliran air sungai yang menghayutkan sampah sarap dan reba itu. (halaman 53).

2. Imbas kembali/flashback

i) Pengarang menceritakan peristiwa Zaney memujuk Zaniyah supaya meninggalkan

kekasih Zaniyah yang dikatakannya sudah beristeri dan mempunyai anak. (halaman 51)

ii) Pengarang menceritakan semula peristiwa pernikahan ayah dan ibu Zaniyah yang

berlaku pada zaman pendudukan Jepun. Peristiwa berkisar mengenai ibu Zaniyah yang

pada mulanya sudah bersuami tetapi bertindak curang dan telah mengikuti lelaki lain

kerana harta, kuasa dan kedudukan. (halaman 54).

iii) Zaniyah terkenang kisah hitam bapa dan ibunya

3. Teknik Dialog

7

Page 8: Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

Contoh: ”percayalah , zan.Dia tu dah punya bini,dah punya anak pun.Aku kesiankan

kau.Sebagai seorang kawan,aku berkewajipan mengingatkan kau.’Zaney mempamerkan

wajah simpatinya.(halaman 51).

GAYA BAHASA

1. Pemilihan diksi

- Memang begitulah, waktu tidak menjadi perhitungan dan masa berlalu di luar kesedaran

apabila diri dihanyutkan oleh arus lautan qhaflah, dilambung gelombang dalalah.

2. Hiperbola

- Jantung hatinya kencang berdengup dijentik debaran cemas dan takut yang berterusan.

(halaman 50)

3. Personifikasi

- Para unggas melafazkan zikir masing-masing, mensyukuri kemunculan sang suria.

(halaman 52)

- Air yang keruh itu mengalir lesu. (halaman 52)

4. Sinkof

- Dia tu dah punya bini. (halaman 51)

tu – itu

dah - sudah

5. Paradoks

- Keruh air di hulu, keruhlah air di hilir. (halaman 53)

6. Repitisi anafora

- Terus ke kuala. Terus ke samudera luas yang bergelombang ganas. (halaman 54)

8

Page 9: Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

1. Nilai Kasih Sayang

Contoh: Ibu monyet sangat menyayangi anaknya,buktinya ibu monyet sanggup

menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya.

2. Nilai Keinsafan

Contoh: Zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah

menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya.

Akhirnya zaniyah pergi mengambil kembali anaknya.

3. Nilai Pengorbanan

Contoh: Ibu monyet sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan anaknya daripada

dibaham buaya.

4. Nilai Ketabahan dan Keberanian

Contoh: Zaniyah seorang yang tabah dan berani menghadapi saat-saat getir melahirkan

anak seorang diri di hutan walaupun risikonya tinggi.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan kita.

Contohnya:

i) Zaney seharusnya bertanggungjawab terhadap perbuatannya yang telah menyebabkan

Zaniyah hamil anak luar nikah mereka.

9

Page 10: Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

ii) Zaniyah sepatutya menyedari tenggungjawabnya menjaga dan menyayangi anaknya

bukannya berniat untuk membuagnya.

2. Kita seharusnya menyayangi anak.

Contohnya:

i) Zaniyah seharusnya menyayangi anak yang telah dilahirkan dan bukan membuangnya.

ii) Contohilah sikap ibu monyet yang sangat menyayangi anaknya,buktinya ibu monyet

sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya

3. Kita hendaklah bertindak rasional dalam setiap tindakan.

Contohnya:

ii) Zaniyah seharusnya bertindak rasional dengan memikirkan kesan buruk tindakannya

membuang bayi.

ii) Zaniyah merupakan gadis liar yang mengamalkan pergaulan bebas sehingga terjebak

dengan hubungan terlarang dan mengandung sepatutnya berfikir terlebih dahulu akibat

tindakannya itu.

4. Kita seharusnya bersyukur dengan anugerah Tuhan.

Contoh: Zaniyah seharusnya memelihara anak yang dilahirkannya dan tidak

membuangnya kerana anak tersebut tidak berdosa dan ia merupakan anugerah Tuhan

yang sangat berharga.

5. . Insaf Dan Sedar Setelah Terlanjur Melakukan Dosa Atau Kesalahan

Contoh: zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah

menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan

anaknya.akhirnya zaniyah pergi mengambil kembali anaknya.

6. Kita hendaklah mempunyai sikap sanggup berkorban.

Contohnya: Ibu monyet sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan anaknya daripada

dimakan buaya.

10

Page 11: Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

7. Jagalah Maruah Diri Apabila Merantau Jauh Atau Berjauhan Dengan Ibu Dan Bapa.

Contoh: Zaniyah gadis kampung berhijrah ke kota mencari rezeki tetapi telah

mencemarkan nama baik keluarganya dengan terlibat dalam pergaulan bebas sehingga

melahirkan anak luar nikah.

11