kajian berkaitan pengaplikasian teori · pdf filepida 5 baru, jln. sanglang, 06100 kodiang,...

28
KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN DALAM PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJARAN DIGITAL DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN NUR KHAIRUL SAFRAH BINTI JAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buituong

Post on 05-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN DALAM

PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJARAN DIGITAL DI KALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN

NUR KHAIRUL SAFRAH BINTI JAMRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALA

BORANG PENGESAHAN STAT

JUDUL: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEODALAM PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJAKALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKUL

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya NUR KHAIRUL SAFRAH BINTI JAMRI (K.P: 85

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan sepe

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan memb

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bah

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang ber SULIT atau kepentingan Malaysia seperti dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHA ditentukan oleh organisasi/badan d dijalankan) TIDAK TERHAD Disah

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATAN Alamat Tetap: DR. JAMALLPida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/0 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan s

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menya tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT ata

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Fsecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PS

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

YSIA

US TESIS

RI PEMBELAJARAN RAN DIGITAL DI

TI PENDIDIKAN.

0407-02-6052)

disimpan di Perpustakaan

rti berikut:

uat salinan untuk tujuan

an pertukaran antara institusi

darjah keselamatan yang termaktub di

D yang telah i mana penyelidikan

kan oleh,

GAN PENYELIA)

UDIN BIN HJ. HARUN

4/2008

urat daripada takan sekali sebab dan u TERHAD. alsafah dan Sarjana

ara kerja kursus dan M)

Page 3: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : ........................................................................

Nama Penyelia : Dr. Jamalludin Bin Hj. Harun

Tarikh : 23 APRIL 2008

Page 4: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

ii

KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN DALAM

PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJARAN DIGITAL DI KALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN

NUR KHAIRUL SAFRAH BINTI JAMRI

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 5: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .........................................................

Nama Pengkaji : NUR KHAIRUL SAFRAH BINTI JAMRI

Tarikh : 23 HB. APRIL 2008

Page 6: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

iv

k

se

Kepada ayah bonda tercinta,

ekanda dan adinda kesayangan,

rta teman-teman seperjuangan...

Page 7: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pertama-tamanya dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah

S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dan izin-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat

disiapkan. Jutaan ucapan terima kasih kepada penyelia tesis saya; Dr. Jamalludin bin

Haji Harun yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh

penghasilan Projek Sarjana Muda ini. Semoga jasa beliau serta sikap profesional dalam

membimbing serta memberikan tunjuk ajar yang berguna, Allah S.W.T jua yang

membalas dan merahmatinya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada pihak yang telah memberikan

kerjasama, komitmen dan segala informasi yang telah dihulurkan. Diharapkan kerjasama

yang telah dijalinkan ini akan berterusan dan akan membuahkan hasil yang akan

menguntungkan kepada semua pihak yang terlibat.

Tidak ketinggalan buat keluarga tersayang, teman-teman seperjuangan dan juga

individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan

Projek Sarjana Muda ini. Pandangan, dorongan, bantuan dan kritikan yang diberikan

telah banyak membantu dan meningkatkan mutu penghasilan Projek Sarjana Muda ini.

Akhir kalam, terima kasih yang tidak terhingga buat semuanya.

Page 8: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaplikasian teori pembelajaran dalam

pembangunan bahan pembelajaran digital di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Responden kajian adalah terdiri daripada 69

orang bakal guru daripada kursus 4SPP, 4SPK dan 4SPT Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 57 orang perempuan.

Instrumen kajian terdiri daripada 1 set borang soal selidik yang mengandungi 39 item

terdiri daripada 5 bahagian. Maklum balas yang diterima diukur menggunakan skala 5

mata dan seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical

Packages For Social Sciene (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis dipersembahkan dalam

bentuk peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah

0.94. Kajian mendapati bahawa skor min bagi tahap pengetahuan bakal guru terhadap

ciri-ciri teori pembelajaran ialah 4.14 dan boleh dianggap tinggi. Hasil kajian juga

mendapati min skor bagi tahap kemahiran bakal guru terhadap pengaplikasian teori

pembelajaran dalam pembangunan bahan P&P digital ialah 4.10 yang juga boleh

dianggap tinggi. Kajian juga mendapati, responden mempunyai pandangan yang positif

terhadap keberkesanan P&P dengan sokongan bahan P&P digital (min=4.18). Selain itu,

terdapatnya hubungan yang signifikan di antara pandangan responden itu tadi dengan

kemahiran mereka dalam mengaplikasikan teori P&P dalam pembangunan bahan P&P

digital (r=0.56, p=0.000) pada aras signifikan α=0.01. Akhirnya, analisis data menerusi

kaedah penetapan tema bagi soalan terbuka mendapati majoriti bakal guru menghadapi

masalah atau kebimbangan dari aspek kefahaman bagaimana untuk mengaplikasi teori

ke dalam pembangunan bahan P&P digital. Secara kesimpulannya, beberapa cadangan

dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk meningkatkan tahap pengaplikasian

teori pembelajaran dalam pembangunan bahan pembelajaran digital di kalangan pelajar

tahun akhir Fakulti Pendidikan.

Page 9: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

vii

ABSTRACT

The purpose of this study was to investigate the application of learning theories in

development of digital learning materials among final year students of Faculty of

Education, Universiti Teknologi Malaysia. The subjects were 69 student teachers from

4SPP, 4SPK and 4SPT of Faculty of Education, UTM which consists of 12 males and 57

females. A set of questionnaire was used as the instrument for this study which is

consists of 39 items and devided into five parts. The responses given will be analyzed by

five points scale and then descriptively analyzed by using Statistical Packages For Social

Science (SPSS) version 11.5 software. The findings are presented by using percentage

and mean. The reliability value of Alpha Cronbach for this research is 0.94. Research

found that mean score of student teachers knowledge level of learning theories was 4.14

which is considered high. The results also show that mean score of student teachers level

of skill for the application of learning theories in digital learning materials development

was 4.10 which also can be considered high. The study also indicated that the

respondents have positive perceptions on the effectiveness of digital teaching and

learning materials in teaching and learning process (mean=4.18). Also, there was a

significant relationship between the respondents perceptions and their level of skill for

the application of learning theories in digital learning materials development (r=0.56,

p=0.000) at the significant level α=0.01. Lastly, the results by decision as theme for

open ended question showed that majority of student teachers are facing the problem and

worriedness of understanding on how to apply the theories in development of digital

teaching and learning materials. As a conclusion, a few suggestions were discussed to

increase the level of integration of the learning theories in development of digital

learning materials among final year students of Faculty of Education.

Page 10: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS JUDUL

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

i

ii

iv

v

vi

vii

viii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

xvii

xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN.

1

1.1 Pengenalan . 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 3

1.3 Penyataan Masalah. 6

Page 11: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

ix

BAB PERKARA

1.4 Objektif Kajian.

MUKA SURAT

7

1.5 Persoalan Kajian.

1.6 Rasional Kajian

8

8

1.7 Kepentingan Kajian. 9

1.8 Skop/Batasan Kajian.

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Reka Bentuk

1.9.2 Bahan Pembelajaran Digital

1.9.3 Pedagogi

1.9.4 Teori Pembelajaran

1.9.5 Bakal Guru

1.10 Penutup

BAHAGIAN DUA

10

10

11

11

11

11

12

12

BAB II SOROTAN PENULISAN.

14

2.1 Pengenalan.

2.2 Pengajaran Dan Pembelajaran

2.3 Teori-Teori Pembelajaran Dalam Proses

P&P

2.3.1 Teori Pembelajaran

Behaviourisme

2.3.2 Teori Pembelajaran Kognitif

2.3.3 Teori Pembelajaran

Konstruktivisme

2.4 Teori Pembelajaran dan Aplikasinya Dalam

Pembangunan Bahan P&P Digital

14

14

15

16

18

19

20

Page 12: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

x

BAB PERKARA

2.4.1 Teori Behaviourisme

2.4.2 Teori Kognitif

2.4.3 Teori Konstruktivisme

2.5 Peranan Reka Bentuk Pengajaran Dalam

Pembangunan P&P Digital

2.6 Integrasi Teori Pembelajaran Dan

Teknologi

2.7 Penutup

MUKA SURAT

20

21

23

24

26

28

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN.

29

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian. 29

3.3 Prosedur Kajian

3.4 Persampelan Kajian

31

32

3.5 Instumen Kajian

3.5.1 Bahagian A

Demografi Responden

3.5.2 Bahagian B, C dan D

Persoalan Kajian 1, Persoalan Kajian 2 Dan

Persoalan Kajian 3

3.5.3 Bahagian E-

Persoalan Kajian 5

33

34

34

35

3.6 Kajian Rintis

3.7 Analisis Data

36

38

Page 13: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

xi

BAB PERKARA

3.8 Penutup

MUKA SURAT

40

BAB IV

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Data: Bahagian A – Demografi

Responden

4.3 Keputusan Dan Analisis Data Berdasarkan

Persoalan Kajian

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1

Analisis Dapatan Bagi Tahap

Pengetahuan Bakal Guru Terhadap Ciri-

Ciri Teori Pembelajaran Yang Utama

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2

Analisis Dapatan Bagi Tahap Kemahiran

Bakal Guru Terhadap Pengaplikasian Teori

Pembelajaran Dalam Pembangunan Bahan

P&P Digital

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3

Analisis Dapatan Bagi Pandangan Bakal

Guru Terhadap Keberkesanan P&P Dengan

Sokongan Bahan Pembelajaran Digital

4.3.3.1 Rumusan Pandangan Terhadap

Keberkesanan P&P Dengan

Sokongan Bahan Pembelajaran

Digital

42

42

42

44

45

48

52

57

Page 14: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

xii

BAB

BAB V

PERKARA

4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis

4.5 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 4

Analisis Dapatan Bagi Hubungan Antara

Pandangan Terhadap Keberkesanan P&P

Dengan Sokongan Bahan Pembelajaran Digital

Dengan Kemahiran Mengaplikasikan Teori

Pembelajaran Dalam Membangunkan Bahan

Pembelajaran Digital

4.6 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 5

Analisis Dapatan Bagi Masalah-Masalah Yang

Dihadapi Bakal Guru Dalam Mereka Bentuk

Bahan Pembelajaran Digital Supaya Dapat

Diselaraskan Dengan Konsep Atau

Pengetahuan Pedagogi

4.7 Penutup

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan Berdasarkan Persoalan Kajian

5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1

Tahap Pengetahuan Bakal Guru Terhadap

Ciri-Ciri Teori Pembelajaran

MUKA SURAT

59

61

62

65

66

66

66

67

Page 15: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

xiii

BAB

PERKARA

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2

Tahap Kemahiran Bakal Guru Terhadap

Pengaplikasian Teori Pembelajaran Dalam

P&P Digital

5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3

Pandangan Bakal Guru Terhadap

Keberkesanan P&P Dengan Sokongan

Bahan P&P Digital

5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4

Hubungan Di Antara Pandangan Tersebut

Dengan Kemahiran Pengaplikasian Teori

Pembelajaran Dalam Membangunkan

Bahan Pembelajaran Digital

5.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5

Masalah Dan Kebimbangan Di Kalangan

Bakal Guru Terhadap Pengaplikasian Teori

Pembelajaran Dalam P&P Digital

5.3 Rumusan Kajian

5.4 Implikasi Hasil Kajian

5.5 Cadangan Kajian

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

5.7 Penutup

MUKA SURAT

69

72

73

75

77

79

80

81

82

Page 16: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

xiv

BAB PERKARA

BAHAGIAN ENAM

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

Lampiran A

MUKA SURAT

84

88

Page 17: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

xv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

3.1. Pembahagian Reka Bentuk Kajian Kuantitatif

Berdasarkan Jenis Data Yang Dipungut

30

3.2. Jadual Rancangan Kerja Kajian Yang Sebenar 31

3.3. Bilangan Sampel Pelajar Bagi Setiap Kursus 32

3.4. Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 34

3.5. Taburan Skor Mengikut Skala 5 Mata/Nilai Mata

Skala Bagi Soal Selidik

35

3.6. Jadual Pekali Alpha Cronbach 37

3.7. Julat Nilai Min 39

3.8. Jadual Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 40

4.1. Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.2. Taburan Responden Mengikut Bangsa 43

4.3. Taburan Responden Mengikut Kursus 44

4.4. Taburan Peratusan Dan Min Persoalan Kajian 1 45

4.5. Taburan Peratusan Dan Min Persoalan Kajian 2 49

4.6.

4.7.

Taburan Peratusan Dan Min Persoalan Kajian 3

Analisis Min Bagi Pandangan Terhadap

Keberkesanan P&P Dengan Sokongan Bahan

Pembelajaran Digital

53

58

Page 18: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

xvi

NO JADUAL

4.8.

4.9.

4.10.

TAJUK

Analisa Skor Min Subskala

Nilai Min Subskala Bagi Setiap Item

Hubungan Pandangan Keberkesanan P&P Digital

Dengan Kemahiran Pengaplikasian Teori

Pembelajaran Dalam P&P Digital

MUKA SURAT

59

59

61

4.11.

Masalah Dan Kebimbangan Bakal Guru Berkaitan

Dengan Pengaplikasian Teori Pembelajaran Dalam

Mereka Bentuk Atau Membangunkan Bahan

Pembelajaran Digital

63

Page 19: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

xvii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1

Hukum-Hukum Dalam Teori Pelaziman

Operan Thorndike

17

Page 20: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

xviii

SENARAI SINGKATAN.

ABM : Alat Bantu Mengajar

CD-ROM : Compact Disk-Read Only Memory

ICT : Information Communication and Technology

IT : Information Technology

KPLI : Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

PIPP : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

P&P : Pengajaran dan Pembelajaran

S-R : Stimulus-Response

SPSS : Statistical Packages for the Social Sciences.

TMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

Page 21: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A

Borang Soal selidik

88

Page 22: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang bertulang

belakangkan sistem dan rangkaian komputer telah mewujudkan suasana pengajaran

dan pembelajaran (P&P) menggunakan bahan pembelajaran digital atau digital

learning materials. Ianya dapat memudahkan proses penyampaian maklumat serta

memberi kesan kepada pencapaian para pelajar. Peningkatan pengajaran di universiti

atau instituisi pendidikan bergantung kepada ’multiple media’, iaitu pengimbangan

yang wajar di antara nilai pedagogi yang dipelajari dan juga melalui kepercayaan

mempelajari teknologi.

Menurut B. G Yaxley dalam Ee Ah Meng (2002) menyatakan pengajaran

merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi

kepercayaan, nilai dan makna. Jadi, pengajaran bersangkut paut dengan proses

perubahan yang lebih menjurus kepada aktiviti yang lebih intelek. Kalau dahulu,

kaedah mengajar yang biasa diamalkan ialah penggunaan kapur dan penerangan

(chalk and talk) atau lebih kepada `bercakap dan menulis’ tetapi pada zaman moden

ini pengajaran dan pembelajaran kian berubah dengan kaedah yang lebih intelek.

Menurut Ee Ah Meng (2002), pembelajaran boleh difahamkan sebagai proses

perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan

yang diteguhkan. Ini bermaksud apabila terdapat ransangan yang diproses oleh otak

Page 23: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

2

seseorang, ini menjadikan ia suatu pengalaman. Pengalaman ini dapat dikaitkan

dengan suasana pembelajaran dengan bahan pembelajaran digital.

Darling-Hammond dalam Carolyn Staudt (2005) menjelaskan bahawa untuk

mewujudkan perubahan di dalam bagaimana pelajar diajar dan bagaimana mereka

belajar, para guru perlu bersedia untuk menggunakan bahan pembelajaran yang baru

dan bersedia untuk mengubah peranan mereka di dalam kelas. Ini bermaksud

bahawa guru-guru atau para bakal guru perlulah menyediakan diri mereka dengan

persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baru selaras dengan perkembangan

teknologi pada dekad ini.

Menurut Bitter dan Pierson (1999) di dalam bukunya yang bertajuk ”Using

Technology in The Classroom”, para guru yang bakal menggunakan komputer

dikaitkan dengan teknologi terkini membantu serta menyokong proses pengajaran

pada peringkat tertentu dan juga lingkungan subjek yang diajar. Mereka perlulah

merancang dan menyampaikan unit pengajaran dalam pelbagai bentuk perisian

(software), aplikasi dan bahan pembelajaran. Perkembangan pengajaran mestilah

terhasil daripada tindak balas kumpulan yang efektif dan strategi penilaian untuk

populasi yang pelbagai iaitu :

i. Menyelidiki, menilai, dan menggunakan sumber-sumber komputer atau

teknologi termasuk application tools, perisian pendidikan, dan dokumentasi

yang berkaitan.

ii. Menjelaskan prinsip pengajaran pada masa sekarang, penyelidikan, dan

praktis penilaian yang bersesuaian yang berkait dengan penggunaan

komputer dan teknologi di dalam kurikulum.

iii. Mereka bentuk, menyampaikan dan menaksir aktiviti pembelajaran pelajar

yang mengintegrasikan komputer atau teknologi untuk pelbagai strategi

kumpulan pelajar dan juga latar belakang pelajar yang berbeza.

iv. Mempraktis tanggungjawab, kesusilaan, dan kesahan penggunaan

teknologi, informasi dan sumber-sumber perisian.

Page 24: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

3

Sebagai insan bergelar pendidik, pendidikan era digital bakal merubah serta

memberi impak terhadap cara pengajaran serta pembelajaran di dalam kelas.

Persoalannya kini memberi fokus kepada kesediaan bakal insan yang akan bertapak

di dalam bidang perguruan untuk menyahut perubahan melalui integrasi Teknologi

Maklumat (IT) dan pengetahuan teori pedagogi. Pastinya, sebagai pendidik,

keperluan pelajar menjadi keutamaan dalam proses P & P.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) di dalam buku

mereka yang bertajuk ”Falsafah dan Konsep Pendidikan” menyatakan bahawa

pendidikan mengikut semulajadi mempunyai pernyataan bahawa punca tunggal

pengetahuan sebenar ialah pengalaman terus-menerus pelajar mengenai semulajadi

melalui pancainderanya. Ini bermaksud jika pelajar tidak melihat, memegang atau

mendengar sesuatu objek, pelajar itu tidak ada pengetahuan sebenar, nyata dan tulen.

Ini sinonim dengan cara penyampaian atau bahan yang digunakan untuk

menyampaikan pengetahuan tersebut.

Berdasarkan pengalaman pengkaji sendiri, kelemahan penguasaan

pengetahuan teori pembelajaran serta cara yang betul untuk mengintegrasikan teori

tersebut di dalam pembangunan bahan pengajaran digital menjadikan proses P& P

lebih cenderung ke arah tradisional. Seorang guru atau para bakal guru perlu

mempunyai pengetahuan yang kuat tentang strategi pengajaran dan pembelajaran dan

ini bukan sahaja kepada pengetahuan bahkan pada kemahiran bagaimana menjadikan

strategi P&P tersebut menarik dan praktikal. Seiring dengan persekitaran teknologi,

cabaran juga kian meningkat. Dengan nyata, terbukti penghasilan bahan pengajaran

digital sangat penting.

Peralihan guru-guru ke peringkat penyalinan atau pengambilan (adoption

stage) dimana mereka mulai mengambil pendekatan menghadapi cabaran melalui

komputer dengan mulai mengajar para pelajar bagaimana menggunakan perisian

Page 25: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

4

(software) dan perkakasan (hardware). Mereka melibatkan kelas supaya lebih hidup

dengan menjadikan teknologi bekerja untuk mereka. Format pengajaran secara

tradisional masih digunakan cuma dengan adanya teknologi menghasilkan sesuatu

yang produktif dan senang (Bitter dan Pierson, 1999).

Fenstermacher (1994), menyuarakan bahawa untuk mengukur pengetahuan

seorang manusia memerlukan sesuatu yang kelihatan seperti suatu ujian sama ada

ianya melalui kertas atau borang temubual berstruktur atau sesuatu yang boleh

mewakili aspek pengetahuan guru, terutamanya yang merujuk kepada kandungan

pengetahuan pedagogi yang ternyata menjadi rujukan abstrak yang sukar untuk diuji.

Bagi menjadi guru era digital, seseorang itu perlu tahu secara sendiri

bagaimana mereka membangunkan bahan pembelajaran dan pengajaran. Ini merujuk

kepada kurikulum perguruan serta kurikulum pendidikan di Malaysia sehingga

terbentuknya sekolah bestari. Berdasarkan kepada falsafah dan matlamat pendidikan

negara Malaysia, pendidikan ke arah sekolah bestari adalah pendidikan yang

berusaha untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis.

Ini memberi kelebihan kepada guru atau bakal guru yang bukan sahaja mempunyai

teknik atau strategi pengajaran malah mahir mengintegrasikan teori pembelajaran ke

dalam teknologi bagi setiap pengajaran mereka. ”Professional teachers require

professional development” (Wilson dan Berne, 1999).

Seperti mana wujudnya sekolah bestari bagi peringkat pendidikan rendah dan

menengah, begitu juga bagi peringkat universiti dimana terdapat universiti yang

menyedari betapa pentingnya melahirkan graduan perguruan yang mahir dalam

teknologi pendidikan. Contohnya, Universiti Teknologi Malaysia yang menawarkan

pelbagai kursus berkaitan teknologi pendidikan di dalam kursus perguruan di Fakulti

Pendidikan. Dengan wujudnya saluran seperti ini, tujuan pendidikan untuk

mengoptimumkan kemampuan anak didik bagi perkembangan kemampuan yang

sempurna secara fizik, intelektual dan emosi.

Page 26: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

5

Berdasarkan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), teras

kelima yang menyentuh kepada memartabatkan profesion perguruan. Ini

menunjukkan guru perlu bersedia unuk menempuh suasana pengajaran serta

pembelajaran yang bersandarkan kepada ’digital learning materials’. Terdapat

perubahan dalam sistem pendidikan maka kajian perlu dilakukan bagi menilai tahap

penguasaan bakal guru dari segi konsep reka bentuk bahan pembelajaran digital

berasaskan pengetahuan teori pembelajaran iaitu pedagogi meliputi kemahiran,

kesediaan, kepercayaan dan kebimbangan serta masalah yang dihadapi oleh mereka

untuk menjadi generasi guru era digital.

Menurut Alan November (2005) di dalam bukunya yang bertajuk ”Changing

How We Teach And Learn With Handheld Computers” menjelaskan perkara bahawa

kejayaan cabaran integrasi di kalangan para guru dan pelajar adalah untuk

menggunakan teknologi dengan kreatif dan memberi makna dalam pelbagai cabang.

Dengan adanya komputer serta teknologi, mewujudkan bahan pembelajaran digital

yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran yang aktif serta menggalakkan

penjelajahan ilmu dan kolaborasi pengetahuan. Ini bermaksud para guru perlulah

mengubah atau memperbaharui cara pengajaran mereka bagi menjadikan pelajar

lebih bersedia untuk menghadapi cabaran teknologi.

Menurut Richardson (1996) menjelaskan bahawa objektif utama dalam

perkembangan profesional adalah perubahan pada seorang guru meliputi

pengetahuan, kepercayaan serta sikap. Ini menjelaskan bahawa seorang guru yang

profesional akan mengalami suatu perkembangan yang profesional. Profesional

yang dimaksudkan adalah penggunaan teknologi di dalam pengajaran. Kurangnya

keprihatinan terhadap perkembangan teknologi ini membuatkan tahap pengajaran

masih berada pada takuk yang lama.

”Guru humanistik adalah lebih daripada penyampai maklumat. Mereka

mengetahui perkembangan pesat teknologi untuk diajar kepada pelajar atau cuba

belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah di samping mengetahui cara

penyelesaiannya untuk diselesaikan kepada pelajar. Mereka adalah pembimbing,

ahli falsafah dan rakan.” (Newcomb,1979).

Page 27: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

6

1.3 Pernyataan Masalah

Golongan pendidik bukan sahaja perlu berpegang kuat kepada teori

pembelajaran malah kekuatan kemahiran untuk mewujudkan suasana P&P yang

lebih interaktif dan berkesan. Ini dapat dikukuhkan dengan kemahiran untuk

menghasilkan bahan P&P digital yang dapat mengubah pendekatan secara tradisional

kepada pendekatan yang lebih realistik.

Menurut Mok Soon Sang (1996), perubahan pada sistem pendidikan pada

dekad 80-an memerlukan golongan guru mengubah diri ke arah pandangan, sikap,

kemahiran dan daya usaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan

kemahiran demi mempertingkatkan prestasi dan keupayaan di dalam bidang kerja

yang kian mencabar. Adalah amat penting bagi bakal-bakal guru bersedia dari segi

pengetahuan, akademik serta kemahiran bagi membolehkan mereka memberikan

mutu pengajaran yang berkualiti melalui teknik pengajaran berunsurkan teknologi.

Menurut David Thourbun (2004), teknologi akan memberi impak positif jika

para guru tahu cara yang betul untuk mengintegrasikan elemen pedagogi serta teori

pembelajaran ke dalam penghasilan bahan P&P digital. Keyakinan, daya juang dan

kreativiti para guru menjadi elemen tambahan terhadap penghasilan bahan P&P

digital.

Apa yang menjadi sasarannya adalah teknologi dapat melahirkan para guru

cemerlang. Bahkan bukan sekadar guru, namun teknologi melahirkan pengguna

aktif iaitu pelajar yang berpengetahuan. Tambahan pula, teknologi akan memaksa

guru untuk memperkembangkan definisi pembelajaran dengan memasukkan konsep

pembelajaran yang baru. Pada zaman kini, adalah susah bagi kita untuk menilai

sejauh mana penguasaan teknologi di kalangan bakal guru. (Duran, 1999)

Justeru itu, berdasarkan kajian-kajian terdahulu serta pengalaman pengkaji

sendiri, dapat diperhatikan bahawa walaupun seseorang guru pernah mempelajari

ilmu teori pembelajaran serta pedagogi namun kelemahan akan wujud apabila guru

Page 28: KAJIAN BERKAITAN PENGAPLIKASIAN TEORI · PDF filePida 5 Baru, Jln. Sanglang, 06100 Kodiang, Kedah Tarikh: 23 APRIL 2004 Tarikh: 23/04/2008 C ATATAN: * Potong yang tidak berkenaan **

7

itu tidak tahu mengaplikasikan ilmu tersebut dalam pembinaan bahan pengajaran

digital. Ini disokong dengan masih ada lagi para guru yang menggunakan

penyampaian mengikut kaedah tradisional iaitu ”chalk and talk”.

Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan

bakal guru terhadap ciri-ciri teori pembelajaran, tahap kemahiran terhadap

pengaplikasian teori pembelajaran untuk membangunkan bahan P&P digital, dan

mengenalpasti pandangan mereka terhadap keberkesanan bahan pembelajaran digital.

Selain itu, turut dikaji adalah masalah-masalah dihadapi oleh bakal guru untuk

mereka bentuk bahan pembelajaran digital selaras dengan teori pembelajaran bagi

tujuan P&P yang berkesan dan interaktif.

1.4 Objektif Kajian

i. Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru terhadap ciri-ciri teori

pembelajaran yang utama dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

ii. Mengenalpasti tahap kemahiran bakal guru terhadap pengaplikasian teori

pembelajaran dalam pembangunan bahan P&P digital.

iii. Mengenalpasti pandangan bakal guru terhadap keberkesanan P&P dengan

sokongan bahan pembelajaran digital.

iv. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara

pandangan tersebut dengan kemahiran mengaplikasikan teori pembelajaran

dalam membangunkan bahan pembelajaran digital.

v. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh bakal guru dalam mereka

bentuk bahan pembelajaran digital supaya dapat diselaraskan dengan teori

pembelajaran.