kajian amalan terbaik di sek rendah

Upload: norliza-sapatanoh

Post on 09-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Kajian amalan terbaik di sek rendah

    1/5

    Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 59

    INDIKATOR KEPADA AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN INKLUSIF

    ZAWAWI ZAHARI

    MANISAH MOHD. ALI

    ROSADAH ABD. MAJID

    ABSTRAK

    USULAN PENYELIDIKAN: Kajian dibuat untuk meninjau Amalan Terbaik

    Pendidikan Inklusif di sekolah rendah harian di Wilayah Persekutuan, KualaLumpur yang melaksanakan program pendidikan inkusif bagi murid-murid

    bermasalah pembelajaran ( MBP). Kajian melibatkan 18 buah sekolah rendah.

    Responden kajian terdiri daripada Guru Penyelaras Program Pendidikan Khas, guru

    akademik, guru pendidikan khas, murid bermasalah pembelajaran dan ibu bapa

    mereka. Kajian berbentuk berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajiankes deskriptif. Teknik analisis dokumen digunakan untuk membina Indikator

    Kepada Amalan Terbaik Pendidikan Inklusif (IKATPI) adalah merupakan instrumenutama pungutan data. Instrumen soal selidik respon tetap dan temu bual

    berstruktur adalah bertujuan menykong data dan rujukan silang. Analisis data akan

    dilakukan secara kekerapan, min dan peratusan.

    PENGENALAN

    Pada tahun 2009 Malaysia telah berjaya meningkatkan kedudukan ke paras yang

    membanggakan dalam Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua 2009 yangdilaporkan dalam Education For All EFA 2009 Global Monitoring Report (GMR)

    terbitan United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

    Laporan antarabangsa ini yang dipelopori UNESCO adalah usaha ke arah

    memberikan kesedaran kepada warga dunia bahawa setiap kanak-kanak, remajadan orang dewasa berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran hidup dan

    literasi. Usaha penilaian ini adalah salah satu agenda antarabangsa UNESCO bagi

    pendidikan. GMR tersebut menempatkan Malaysia pada kedudukan 45 dalamkategori indeks tertinggi berbanding kedudukan 54 pada kategori indeks sederhana

    pada tahun 2008.

    Peningkatan pencapaian ini sedikit sebanyak adalah impak daripadaProgram Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010,(Kementerian pelajaran Malaysia 2008). Mampukah sistem pendidikan kita untuk

    mempertingkatkan lagi kedudukan indeks tersebut? Program pelaksanaan PIPP

    masih relevan dalam konteks pendidikan masa kini yang sentiasa dinamik dan dapat

    menjawab persoalan tersebut. Begitu juga dengan aspek penambahbaikan yangperlu dibuat dalam konteks penyesuaian kepada dasar-dasar Pendidikan Untuk

    Semua yang telah dipersetujui oleh kerajaan. Dua pendekatan yang digunakan

    dalam merealisasikan PIPP, iaitu i) menyamaratakan peluang pendidikan kepada

    semua; dan ii) melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang mana kedua-

    duanya sememangnya selaras dengan hala tuju dan aspirasi kerajaan masa kini.

  • 8/7/2019 Kajian amalan terbaik di sek rendah

    2/5

    60 Zawawi, Manisah & Rosadah

    Program PIPP ini, ia memberi implikasi bahawa untuk pendidikan inklusif menjadi

    lebih efektif, semua pelajar mestilah menjadi anggota yang aktif, diterima danterlibat dalam kalangan sekolah dan komuniti perdana (Zalizan, 2009b).

    Justeru itu wujud keperluan tahap pelaksanaan program pendidikan inklusif

    di negara ini perlu dinilai dengan menggunakan sesuatu indikator untuk melihatsejauhmana kualiti pendidikan inklusif ini dilaksanakan di negara ini. Sehubunganitu, kajian ini bercadang untuk menilai kualiti pendidikan inklusif di negara ini

    berasaskan indikator amalan terbaik pendidikan inklusif yang dibina melalui

    adaptasi dan disesuaikan mengikut budaya negara ini daripada beberapa dokumen

    dan indikator yang terdapat di dalam dan luar negara. Keseluruhannya usaha-usahaini adalah bermatlamat untuk menambah baik amalan pendidikan dan pencapaian

    bagi populasi murid yang semakin berkepelbagaian (Smith, 2003).

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan kajian ialah untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan program pendidikan

    inklusif dengan menggunakan indikator amalan terbaik untuk melihat sejauhmanakualiti pendidikan inklusif dilaksanakan di negara ini. Kajian ini menetapkan tiga

    persoalan yang perlu dihurai jawapannya adalah;

    1. Apakah kriteria indikator IKATPI ?2. Sejauhmanakah amalan pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah kajian?3. Apakah profil pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah dalam lingkungan

    daerah lokasi kajian?

    METODOLOGI

    Reka Bentuk Kajian

    Kajian ini adalah menggunakan rekabentuk kajian kes bersifat deskriptif yang akan

    menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku yakni mengintepretasi statussemasa akan perkara yang dikaji. Kaedah ini menitikberatkan amalan-amalan

    semasa yang terdapat di dalam sesuatu keadaan, ciri-ciri keadaan tersebut dan

    proses-proses yang yang terlibat bagi membentuk keadaan tersebut. Hal ini akandapat dilihat berpandukan pendapat individu-individu yang terlibat dalam keadaan

    tersebut.

    Kajian kes digunakan dalam kajian ini adalah juga kerana bilanganresponden yang sedikit, terhad dan dipilih secara berkelompok . Semua respondenyang terlibat adalah berada di sekolah rendah harian di Wilayah Persekutuan, Kuala

    Lumpur yang melaksanakan program pendidikan inkusif bagi murid bermasalah

    pembelajaran sahaja. Terdapat 18 buah sekolah yang dijangka akan terlibat. Jumlah

    murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mengikuti program inklusifadalah seramai 81 orang sahaja. Seramai 61 orang murid adalah lelaki dan murid

    perempuan pula seramai 20 orang. Justeru dalam pendekatan kajian kes ini, hasil

    penemuan yang akan diperoleh tidak digeneralisasikan kepada wilayah yang lebih

    luas dan keputusan kajian hanya berlaku di tempat kajian. Kajian ini akan dijalankan

    dalam daerah di mana model inklusif berkesan bagi murid-murid bermasalah

  • 8/7/2019 Kajian amalan terbaik di sek rendah

    3/5

    Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 61

    pembelajaran belum lagi dibina. Kaedah yang diguna untuk mengumpul data

    maklumat adalah analisis dokumen, soal selidik dan temu bual. Kaedah temu bualmembolehkan pengkaji menyelami pengalaman penglibatan setiap responden

    berdasarkan struktur soalan temu bual.

    Prosedur KajianPembinaan kriteria item di dalam Indikator Kepada Amalan Terbaik Pendidikan

    Inklusif (IKATPI) direkabentuk untuk mencerminkan amalan yang disyorkan untuk

    murid OKU berdasarkan dokumen-dokumen luar negara seperti akta-akta OKU,

    dokumen polisi dan terutamanya deklarasi UNESCO yang ada kaitannya denganamalan terbaik pendidikan inklusif. Selain itu IKATPI juga dibina berasaskan

    dokumen dalam negara tentang dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan di

    negara ini dalam mempromosi kesesuaian amalan pendidikan inklusif mengikut

    Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Khas dan budaya negara ini.

    Selepas membina koleksi indikator berpotensi bersama penyelia, item-itemyang sama digabungkan dan digunakan untuk mereka bentuk draf awal soal selidik.

    Kemudian draf instrumen tersebut akan dinilai oleh dua orang pakar bahasa untukmenilai ketepatan penggunaan istilah, sintaksis dan maksudnya. Selepas itu, draf

    tersebut akan disemak dan dinilai oleh dua orang pakar dalam fakulti dan tiga

    pelajar pasca siswazah dalam bidang pendidikan khas. Selepas semakan dan

    perubahan kandungan dan format, draf yang telah disemak akan diuji rintis di limabuah sekolah rendah yang melaksanakan program inklusif. Maklumat dari pentadbir

    dan pendidik pendidikan khas dimasukkan dalam versi baru yang akan digunakan

    dalam kajian sebenar.

    Teknik Pengumpulan Data

    Dua teknik pengumpulan data yang akan digunakan adalah soal selidik dengan

    respons tetap dan temu bual soalan berstruktur. Bagi melihat perbezaan dan

    hubungan secara spesifik akan amalan pelaksanaan pendidikan inklusif di lokasikajian terpilih, penggunaan teknik soal selidik dengan respons tetap adalah

    dianggap sesuai (Creswell 2003). Penggunaan teknik temu bual berstruktur akan

    memberikan data sokongan yang banyak dan mendalam kepada pengkaji untukmeneroka kefahaman atau amalan responden sama ada amalan kepimpinan

    sekolah, amalan pengajaran guru, penglibatan murid dan ibu bapa. Justeru,

    penggunaan kedua-dua teknik pengumpulan data tersebut telah membolehkanpengkaji membina soalan-soalan temu bual dan item-item soal selidik dariperspektif yang berlainan tetapi menjurus kepada isu yang dikaji.

    Gabungan daripada kedua-dua teknik kajian yang telah digunakan secara

    tidak langsung membolehkan proses sokongan dan triangulasi dapat dilakukan.

    Proses triangulasi adalah penting bagi proses membanding dan menyemak akankesahihan data yang diperolehi serta dapat dijadikan asas untuk meneguhkan dan

    menyokong sesuatu pendapat (Ary et. al. 2006). Semua penganalisisan terhadap

    data yang diperolehi daripada soal selidik akan dilakukan secara analisis deskriptif

    yang melibatkan peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala data temu bual akan

  • 8/7/2019 Kajian amalan terbaik di sek rendah

    4/5

    62 Zawawi, Manisah & Rosadah

    ditrankripsikan secara verbatim. Setelah itu data verbatim tersebut akan diletakkan

    di bawah elemen-elemen utama bagi menyokong dapatan soal selidik.

    Tatacara Analisis Data

    Akhir sekali setelah data-data dianalisis sebuah profil pelaksanaan programpendidikan inklusif akan dipersembahkan dalam bentuk graf dan pola-pola yangdapat menyumbang input baru yang bermanfaat bagi kepentingan kajian. Pola-pola

    yang terbentuk adalah hasil daripada data-data yang akan dicerna dan akan dapat

    menggambarkan indeks sekolah kajian berasaskan amalan-amalan pelaksanaan

    program inklusif berasaskan indikator IKATPI.

    KESIMPULAN

    Pendidikan Inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas,

    dengan meletakkan kepentingan mengadakan persekitaran untuk pembelajaraninklusif dan menyediaan peluang perkembangan profesional yang mampan melalui

    warga pendidik yang professional (Stainback & Stainback, 1990). Mengambil kiramandat deklarasi UNESCO (The Salamanca Statement, 1994) berkaitan penempatan

    pelajar pendidikan khas dalam suasana kurang kekangan, ianya adalah wajar untuk

    pihak pengurusan menyediakan peluang pembelajaran MBP di dalam kelas inklusif.

    Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan inklusif di sekolah harian adalahbertujuan membangunkan sumber manusia yang terdiri daripada pelajar

    bermasalah pembelajaran untuk kesejahteraan negara. Kejayaan program ini amat

    bergantung dengan corak pengurusan kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan

    pembelajaran, kolaborasi dan penilaian terhadap program dan murid inklusif.Termasuk juga soal penglibatan keluarga, sosialisasi dan penglibatan pelajar inklusif

    memerlukan kajian lanjutan yang mengukur amalan dan kualiti pelaksanaannya.

    Kepentingan kajian ini dari segi ilmu diharap akan menjadi sumbangan pengetahuan

    mengenai ilmu yang boleh menyokong perkembangan kanak-kanak bermasalahpembelajaran dalam kehidupan dan pendidikannya. Kajian yang akan dilaksanakan

    ini dapat memberi informasi baru untuk menambah pengetahuan dan rujukan

    kepada pelbagai organisasi dan individu. Penghasilan indikator amalan terbaikpendidikan inklusif (IKATPI) bagi murid PKBP yang dihasilkan dalam kajian ini pula

    dijangka dapat memberi implikasi dari segi konsep dan teori yang mendasarinya.

    Profil yang dihasilkan dijangka dapat memperlihatkan aplikasi teoritikal danpraktikal amalan pengajaran guru dalam konteks sebenar pendidikan inklusif bagimurid PKBP di Malaysia khususnya dan di luar negara umumnya.

    RUJUKAN

    Ary, D., Jacobs, L. C., Razavieh, A. & Sorensen, C. (2006). Introduction to Research in

    Education. 7th ed. USA: Thomson Wadsworth.

    Creswell, J.W. 2003. Research design: Qualitative and quantitative approaches.

    Thousand Oaks, California: Sage Publications.

  • 8/7/2019 Kajian amalan terbaik di sek rendah

    5/5

    Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 63

    Education For All (EFA) Global Monitoring Report. (2009). Laman Web Resmi

    UNESCO.http://www.unesco.org/education/gmr2009/press/efagmr2009_Anne x1_EDI.pdf. [19 Disember 2009].

    Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Kad Laporan . Pelan Induk Pembanguan

    Pendidikan 2006-2010) Kuala Lumpur:KPMSmith, A. (2003). Scientifically based research and evidence based education: A

    federal policy context. Research and Practice for Persons With Severe

    Disabilities, 28, 126132.

    Stainback, W. & Stainback, S. (1990). Support Networks for Inclusive Schooling:

    Interdependent Integrated Education. Baltimore: Paul H.Brookes Pubs. CoThe Salamanca Statement: Network for Action on Special Needs Education. (1994).

    Adopted by the World Conference on Special Needs Education: Access and

    Quality, Salamanca, Spain, 7-10 June 1994.

    http://www.inclusion.com/page_11.htm [13 Februari 2009]

    Zalizan Mohd. Jelas & Noraini Mohd. Salleh. (2000). Pendidikan Inklusif : SatuPerubahan Dalam Paradigma Pendidikan. Laporan Seminar Pendidikan

    Khas Peringkat Kebangsaan 2000. Institut Aminudin Baki. 11 14 Jun 2000,hal. 85 106.

    Zalizan Mohd Jelas, (2009b). Syarahan Perdana: Pendidikan Inklusif dan Pelajar

    Berkeperluan Khas. Bangi: Penerbit UKM.