kaizen kajian tindakan.ppt

5
Konteks / Latar Belakang Sepanjang saya mengajar mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3 Dinamik yang mempunyai pelajar seramai 28 orang, saya mendapati pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran ini adalah kurang memberangsangkan. Dalam kebanyakan kes,hasil daripada keputusan ujian – ujian penilaian lepas menunjukkan para pelajar keliru dalam menjawab soalan yang mempunyai kaitan di antara fakta dengan tarikh.

Upload: lailachayo

Post on 13-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Konteks / Latar Belakang Sepanjang saya mengajar mata pelajaranSejarah Tingkatan 3 Dinamik yang mempunyaipelajar seramai 28 orang, saya mendapatipencapaian para pelajar dalam mata pelajaran ini adalah kurang memberangsangkan. Dalamkebanyakan kes,hasil daripada keputusan ujian ujian penilaian lepas menunjukkan para pelajarkeliru dalam menjawab soalan yang mempunyaikaitan di antara fakta dengan tarikh.

  • c) Fokus/ Aspek Amalan Bagi Penambahbaikan

    Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya akan memfokuskan kajian ini kepada masalah masalah untuk mengingat nama, peristiwa dan tarikh dalam Bab 1 bertajuk Pendudukan Jepun di Negara Kita.Pelajar pelajar saya didapati hanya mampu untuk mengingat dan mengaitkan fakta serta tarikh hanya pada tahap yang terhad saja. Namun saya juga mendapati para pelajar boleh mengingati fakta menggunakan animasi kerana otak pelajar mudah terangsang melalui visual.

  • Namun saya juga mendapati para pelajar boleh mengingati fakta menggunakan animasi kerana otak pelajar mudah terangsang melalui visual. Maka saya berpendapat bahawapenggunaan teknik animasi iaitu video dankomik dalam proses PdP boleh diaplikasikandalam usaha meningkatkan prestasi parapelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

  • Objekti/Soalan kajianObjektif umum:Secara umum, objektif kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran 28 orang pelajar Tingkatan 3D mengingati fakta mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan teknik animasi. Diharapkan dengan teknik yang diperkenalkan, para pelajar tersebut dapat mengingati fakta Sejarah dengan baik serta akan lebih meminati mata pelajaran Sejarah

  • Objektif khusus :a) untuk memastikan 100% pelajar Tingkatan 3D lulus dalam mata pelajaran Sejarah setelah menggunakan teknik animasi.

    b) untuk meningkatkan minat pelajar Tingkatan 3D terhadap mata pelajaran Sejarah setelah menggunakan teknik animasi.