kaitan prinsip-prinsip mekanikal dengan pergerakan kaedah o’brien

1
KAITAN PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL DENGAN PERGERAKAN KAEDAH O’BRIEN Dalam kaedah fasa persediaan badan dibongkokkan mendatar, sementara kaki kanan dibengkokkan (bagi pelontar tangan kanan). Tujuan badan dibongkokkan adalah untuk membawa pusat graviti seberapa rendah yang mungkin kerana dengan cara ini masa peluru dipegang adalah lebih lama dan jarak pergerakan peluru sehingga dilepaskan adalah lama. Kedua-dua faktor ini akan memberi halaju maksima apabila peluru dilepaskan. Kaki kanan dibnegkokkan untuk membolehkan otot peha mengucup dengan lebih supaya kuasa yang lebih dapat dihasilkan. Pada peringkat ini seluruh berat badan terletak pada kaki kanan. Tangan kiri adalah dalam keadaan bebas dan fungsinya adalah untuk mendapatkan keseimbangan, manakala kaki kiri adalah lurus kebelakang. Tujuannya adalah dalam pergerakan berikutnya kaki ini ditarik kehadapan dan ditendang semula kebelakang. Dalam proses menendang kaki ini ianya akan menghasilkan momentum yang menyebabkan seluruh badan akan ikut bergerak dan diikuti dengan fasa gliding dari kaki kanan. Setelah kaki kiri sampai digarisan pertengahan bulatan ianya akan diluruskan dan dalam masa yang sama pinggang ditarik keatas dan dipusingkan diikuti dengantangan kiri ditari kebelakang dengan dada dibuka seberapa luas yang mungkin. Pada peringkat ini putaran badan berlaku. Pergerakan melurus kaki kanan dan putaran badan akan membekalkan daya untuk penambahan halaju peluru dan dalam masa yang sama pemindahan daya berlaku iaitu daya daya dari kaki kanan telah berpindah kebahagian badan dan seterusnya daya terus ke bahagian lengan kanan, tangan, tapak tangan, jari dan akhirnya peluru. Dalam proses pemindahan daya ini ke bahagian-bahagian yang disebutkan tadi, daya juga harus dibekalkan terus supaya halaju peluru akan bertambah. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah, peluru ditolak menggunakan tangan. Kelajuan peluru pada peringkat ini adalah bergantung pada kebolehan otot-otot di bahagian tangan mengecut dan memanjang dengan serta merta. Untuk menambahkan daya yang dibekalkan kepada peluru, badan juga turut berpusing dan dalam aksi terakhir kaki kanan berada di hadapan. Kesimpulan semua pergerakan yang dilakukan adalah untuk menghasilkan halaju maksima sewaktu peluru dilepaskan, kerana jarak yang dicapai oleh peluru ini adalah bergantung kepada halaju pelepasannya, iaitu semakin laju ianya dilepaskan, semakin jauh jarak yang dilaluinya.

Upload: suhaimimohamad

Post on 11-Sep-2015

9 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kaitan Prinsip Mekanikal

TRANSCRIPT

KAITAN PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL DENGAN PERGERAKAN KAEDAH OBRIENDalam kaedah fasa persediaan badan dibongkokkan mendatar, sementara kaki kanan dibengkokkan (bagi pelontar tangan kanan). Tujuan badan dibongkokkan adalah untuk membawa pusat graviti seberapa rendah yang mungkin kerana dengan cara ini masa peluru dipegang adalah lebih lama dan jarak pergerakan peluru sehingga dilepaskan adalah lama. Kedua-dua faktor ini akan memberi halaju maksima apabila peluru dilepaskan. Kaki kanan dibnegkokkan untuk membolehkan otot peha mengucup dengan lebih supaya kuasa yang lebih dapat dihasilkan. Pada peringkat ini seluruh berat badan terletak pada kaki kanan.Tangan kiri adalah dalam keadaan bebas dan fungsinya adalah untuk mendapatkan keseimbangan, manakala kaki kiri adalah lurus kebelakang. Tujuannya adalah dalam pergerakan berikutnya kaki ini ditarik kehadapan dan ditendang semula kebelakang. Dalam proses menendang kaki ini ianya akan menghasilkan momentum yang menyebabkan seluruh badan akan ikut bergerak dan diikuti dengan fasa gliding dari kaki kanan.Setelah kaki kiri sampai digarisan pertengahan bulatan ianya akan diluruskan dan dalam masa yang sama pinggang ditarik keatas dan dipusingkan diikuti dengantangan kiri ditari kebelakang dengan dada dibuka seberapa luas yang mungkin. Pada peringkat ini putaran badan berlaku.Pergerakan melurus kaki kanan dan putaran badan akan membekalkan daya untuk penambahan halaju peluru dan dalam masa yang sama pemindahan daya berlaku iaitu daya daya dari kaki kanan telah berpindah kebahagian badan dan seterusnya daya terus ke bahagian lengan kanan, tangan, tapak tangan, jari dan akhirnya peluru. Dalam proses pemindahan daya ini ke bahagian-bahagian yang disebutkan tadi, daya juga harus dibekalkan terus supaya halaju peluru akan bertambah.Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah, peluru ditolak menggunakan tangan. Kelajuan peluru pada peringkat ini adalah bergantung pada kebolehan otot-otot di bahagian tangan mengecut dan memanjang dengan serta merta. Untuk menambahkan daya yang dibekalkan kepada peluru, badan juga turut berpusing dan dalam aksi terakhir kaki kanan berada di hadapan.Kesimpulan semua pergerakan yang dilakukan adalah untuk menghasilkan halaju maksima sewaktu peluru dilepaskan, kerana jarak yang dicapai oleh peluru ini adalah bergantung kepada halaju pelepasannya, iaitu semakin laju ianya dilepaskan, semakin jauh jarak yang dilaluinya.