kain perca

Upload: mohd-syukri

Post on 07-Jul-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAIN PERCAKain perca ialah lebihan kain yang dipotong-potong. Kain perca pada kebiasaanya akan dibuang sahaja. Kain perca terdiri dari pelbagai jenis kain. Dengan kreativiti yang tinggi, seseorang boleh menggubah kain perca menjadi satu hasilan yang cukup kreatif. Sebagai contoh, kain perca boleh digubah dan dijahi semula menjadi selimut, kain pengelap, sarung tangan, baju dan sebagainya. Selain menghantar kain perca ini ke pusat pelupusan atau melupuskannya dengan cara sendiri. Kita juga boleh menggunakan kreativiti kita sendiri untuk memanfaatkan bahan buangan tersebut. Seperti yang ditunjukkan disebelah. Kain perca boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai hasilan kreatif. Bukan itu sahaja, hasilan tersebut boleh dijual untuk menambah pendapatan individu yang menghasilkannya. Hasil kreatift tersebut boleh menjana pendapatan yang cukup lumayan kepada mereka yang menceburinya. Bahan yang boleh dihasilkan dari kain perca termasuklah kain pengelap, selimut, alas periuk, kain pengelap kaki dan sebagainya.

Kemahiran menghasilkan bahan kreatif dengan menggunakan kain perca amat sesuai untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar sekolah terutama sekali pelajar pendidikan khas. Pelajar pendidikan khas adalah pelajar yang mempunyai kekurangan di dalam diri mereka. Termasuk dalam pelajaran. Untuk itu, kemahiran ini boleh memberikan harapan kepada mereka. Dengan menguasai kemahiran ini mereka boleh berdikari dan mendapatkan pendapatan dengan usaha sendiri.