profile keusahawanan kain tenun

8
WUS 101/2: ASAS KEUSAHAWANAN SEMESTER 2 SIDANG 2014/2015 PROFAIL USAHAWAN ENCIK AMAN DAIMAN BIN ISMAIL NAMA: NURUL NADIA BINTI HAMDAN NO MATRIK: 125578

Upload: nurul-nadia

Post on 27-Sep-2015

77 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kain tenun

TRANSCRIPT

WUS 101/2: ASAS KEUSAHAWANANSEMESTER 2 SIDANG 2014/2015PROFAIL USAHAWANENCIK AMAN DAIMAN BIN ISMAIL

NAMA: NURUL NADIA BINTI HAMDANNO MATRIK: 125578NO KUMPULAN: KUMPULAN 44

Saya ditugaskan untuk menemu ramah seorang usahawan di kawasan sekitar Kelantan sebagai salah satu daripada penilaian bagi kursus WUS101 Asas Keusahawanan. Sehubungan itu, saya telah menemu ramah seorang usahawan tempatan iaitu pemilik Butik Kain Warisan, Encik Aman Daiman bin Ismail. Butik yang diusahakan oleh beliau di Kubang Kerian telah menjadikan kain tenun sebagai produk utama syarikat beliau. Butik Kain Warisan merupakan syarikat persendirian yang memulakan operasi sekitar tahun 2012. Butik Kain Warisan di Kubang Kerian merupakan rumah kedai yang dibeli oleh pemilik syarikat iaitu Encik Aman Daiman. Butik Kain Warisan menjalankan perniagaan yang berasaskan kain tradisional yang kian dilupai ramai dek arus pemodenan iaitu kain tenun. Perniagaan yang dijalankan syarikat Encik Aman Daiman turut dilakukan secara online selain daripada offline di kawasan Kubang Kerian, Kota Bharu.Encik Aman Daiman yang berumur 28 tahun menjadikan menjadikan diri beliau sendiri sebagai idolanya dalam menjalankan perusahaannya. Encik Aman Daiman berasal dari Kota Bharu, Kelantan memilih untuk menjalankan perniagaannya di tempat kelahiran beliau sendiri kerana yakin dengan potensi produk yang dipasarkan mampu menarik pelanggan di sekitar Kota Bahru sendiri. Jelasnya, beliau bukan berasal daripada latar belakang keluarga yang menjalankan perniagaan, oleh itu beliau beranggapan bahawa setiap keputusan mahukan kesilapan yang telah dilakukan oleh beliau akan dijadikan panduan untuk beliau membuat keputusan untuk masa hadapan. Beliau juga merupakan seorang graduan Universiti Malaysia Sabah dengan Ijazah Sarjana Muda Perbankan.Encik Daiman memulakan perniagaan sebaik sahaja tamat latihan praktikal beliau semasa tahun 2012. Idea untuk mengusahakan syarikat yang memasarkan kain tenun berasal daripada rakannya. Setelah mengambil kira idea yang diperoleh daripada rakannya itu, beliau bercadang untuk membuka perniagaan seperti rakannya di tempat asal beliau iaitu di negeri Kelantan tetapi mengikut kreativiti beliau sendiri. Beliau menjadikan Ingin Berjaya sebagai moto beliau selain sebagai semangat buat beliau untuk terus memajukan perniagaan yang diusahakan. Bersama minat terhadap bidang perniagaan, beliau gigih bekerja bagi memastikan permintaan pelanggan dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin. Pada peringkat awal penubuhan syarikat Encik Daiman, beliau menjelaskan beliau secara amnya tidak memiliki sebarang modal untuk memulakan perniagaannya hari ini. Beliau seorang yang bijak dan kreatif dalam bidang perniagaan ini menjelaskan pada awalnya syarikat beliau hanya memperoleh wang melalui keuntungan yang diperoleh dengan menjual kain setelah beliau menjadi agen kepada sebuah kedai kain dengan mempromosikan produk itu di laman sosial Facebook. Keuntungan yang diperoleh telah digunakan untuk membeli lebih banyak kain untuk dijual bagi pihak syarikat beliau. Tambah beliau lagi, hasil daripada itu juga beliau dapat membeli sebuah kedai untuk dijadikan pengkalan syarikat beliau yang dinamakan Butik Kain Warisan.Syarikat beliau berpengkalan di alamat Lot 1217, Tingkat Bawah, Wisma Cikgu Hamid, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Jelas Encik Aman hasil daripada usaha beliau dalam perniagaan beliau akhirnya mampu membeli sebuah bangunan untuk dijadikan pengkalan syarikat beliau pada awal tahun 2014. Sehingga penghujung Mac 2015, Butik Kain Warisan memiliki 7 orang kakitangan yang bertugas dalam pelbagai perkara seperti pemasaran dan promosi produk. Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan semasa berada di Butik Kain Warisan di Kubang Kerian, saya mendapati semua kakitangan beliau sangat terlatih dan sangat menghormati pelanggan. Sudah pasti hal ini merupakan salah satu elemen yang menjadikan syarikat mereka mampu menarik ramai pelanggan lantas menjadikan mereka pelanggan setia bagi butik ini untuk mendapatkan kain tenun yang berkualiti dan cantik. Apabila ditanya mengenai keistimewaan butik yang diusahakan oleh syarikat beliau berbanding butik-butik lain di sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian, beliau menjawab bahawa syarikat beliau berada satu tapak dihadapan berbanding butik-butik kain yang lain dengan turut menjadikan platform Facebook sebagai medium untuk memperkenalkan syarikat beliau kepada masyarakat selain untuk meluaskan pasaran kain tenun beliau. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa perniagaan Encik Aman dijalankan secara offline di Kubang Kerian dan Kota Bharu dan secara online di Facebook memainkan peranan yang amat penting dalam usaha meluaskan pasaran kain tenun yang diusahakan. Langkah beliau menjalan perniagaan secara online merupakan satu langkah bijak yang telah diambil oleh Encik Aman bagi memasarkan kain tenun daripada butik beliau kepada pelanggan di luar negeri Kelantan. Beliau turut menegaskan bahawa kain tenun yang dipasarkan oleh syarikat beliau adalah yang berkualiti di samping harga yang berpatutan. Mereka sentiasa memastikan kain tenun yang dipasarkan adalah berkualiti dengan sentiasa memeriksa kualiti kain semasa tempoh urusan jual beli mereka dengan syarikat pembekal kain tenun. Dalam pada itu, Butik Kain Warisan turut memasukkan elemen fesyen-fesyen terkini yang sesuai dengan produk kain tenun yang dipasarkan.Kejayaan terbesar syarikat Encik Aman yang menjadi kebanggaan ialah mereka mampu meluaskan pasaran kain tenun mereka ke seluruh Malaysia melalui medium Facebook serta keyakinan pelanggan mereka terdahulu dengan kualiti kain tenun Butik Kain Warisan. Hal ini memang wajar untuk dibanggakan kerana dalam dunia perniagaan yang penuh dengan persaingan sengit, nama Butik Kain Warisan mampu bertapak di hati peminat kain tenun tanah air. Ditanya pula mengenai perniagaan yang dijalankan secara online, Encik Aman Daiman menjelaskan bahawa mereka melakukan proses penghantaran pos setiap hari Ahad sehingga Khamis bagi memenuhi kehendak pelanggan di luar Kelantan. Beberapa orang kakitangan turut diberi kepercayaan untuk menguruskan proses penghantaran pos setiap hari menunjukkan pengurusan syarikat yang efisyen lagi sistematik. Nama Butik Kain Warisan sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat kain tenun di sekitar Kelantan menjadikan butik ini tidak putus-putus dikunjungi pelanggan setiap hari terutama pada hujung minggu. Hal ini menunjukkan kejayaan Butik Warisan yang mampu menarik pelanggan tidak kira di Kelantan mahupun di luar negeri Kelantan.Namun begitu, tidak mungkin seorang usahawan mampu berjaya tanpa mengalami sebarang kegagalan mahupun cabaran sepanjang mengusahakan peniagaannya. Encik Aman Daiman turut tidak terlepas daripada mengalami masalah semasa menjalankan perniagaan Butik Kain Warisan. Encik Aman Daiman menjelaskan semasa awal penubuhan, syarikat beliau menhadapi masalah kewangan ditambah pula perniagaan yang diusahakannya juga tidak memiliki modal secara khusus. Dalam tempoh itu, beliau menjelaskan bahawa beliau terpaksa berjimat dan meminimumkan pengeluaran wang syarikat agar dapat menampung kos kewangan syarikat. Mereka pada awalnya turut menhadapi pelbagai masalah untuk bersaing dengan perniagaan kain yang lain selain dalam usaha mereka menarik pelanggan untuk meminati kain tenun. Dengan pelbagai langkah yang diambil, akhirnya syarikat Encik Aman Daiman Berjaya melepasi fasa genting itu dengan jayanya.Harapan Encik Aman Daiman terhadap perniagaan yang diusahakan beliau adalah untuk lebih berjaya pada masa akan dating. Encik Aman Daiman mensasarkan dalam tempoh 5 tahun akan datang, beliau mampu membuka lebih banyak cawangan Butik Kain Warisan di tempat-tempat lain. Selain itu, beliau berharap dapat mengangkat martabat kain tenun dengan dapat menembusi pasaran negara jiran seperti Brunei dan Indonesia.

LAMPIRAN

Gambar 1: Sesi temu ramah bersama Encik Aman Daiman

Gambar 2: Di hadapan Butik Kain Warisan

Gambar 3: Facebook page Kain Warisan

Gambar 4: Kad perniagaan Encik Aman Daiman

Gambar 5: Keadaan dalam Butik Kain Warisan