kaedah struktural dan global

Upload: azwan-hakim

Post on 02-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    1/14

    Kaedah Struktural

    KAEDAHSTRUKTURAL

    Definisi

    Kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan

    struktur-struktur konkrit yang membina karya ituseperti watak, perwatakan, tema, persoalan, plot,gaya bahasa dan lain-lain lagi;.

    Ciri-ciri

    Kelebihan

    memerlukan pengetahuan

    tentang elemen struktur bagi

    memudahkan pembelajaran.

    terdapat perhubungan antara

    struktur-struktur kesusasteraan,

    menggunakan pendekatan

    induktif,

    mengutamakan unsur-unsur

    tertentu sahaja,

    tidak mengutamakan bahan

    bantu mengajar

    pembelajaran lebih berpandukan

    guru,

    unsur-unsur struktur

    diperkenalkan terlebih dahulu.

    Penguasaan murid terhadap

    karya adalah baik dan mantap.

    membantu murid untuk melihatkewujudan karya kesusasteraansebagai suatu penghasilan buahfikiran, renungan ke dalam diri,imaginasi, manipulasi, emosi,penerapan pengetahuan dan

    pelbagai pengalaman dankerohanian (Kamarudin 1988hlmn 43).

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    2/14

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    3/14

    Ciri-Ciri Kaedah Struktural

    Kamarudin (1988) juga telah menggariskan beberapa ciri yang terdapat dalam

    kaedah struktural antaranya adalah :

    i terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan,

    ii menggunakan pendekatan induktif,

    iii mengutamakan unsur-unsur tertentu sahaja,

    iv unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu.

    v pembelajaran lebih berpandukan guru,

    vi tidak mengutamakan bahan bantu mengajar

    vii memerlukan pengetahuan tentang elemen struktur bagi memudahkan

    pembelajaran.

    i. Ciri yang pertama adalah perlunya ada perhubungan antara

    struktur-struktur sastera. Perhubungan yang diketengahkan adalah

    hubungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar, teknik, gaya

    sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan

    karya. Oleh sebab itu, dalam pengajaran sastera, pemahaman

    terhadap perkara ini perlu diberi perhatian yang lebih.

    ii. Kaedah ini lebih sesuai menggunakan pendekatan induktif.

    Guru perlu membimbing pelajar agar menemui objektif tertentu.

    Pendekatan induktif adalah pendekatan yang menumpukan kepada

    ciri-ciri terlebih dahulu sebelum membuat satu konsep. Kamarudin

    (1988) menerangkan dalam bukunya bahawa pendekatan induktif

    menggunakan kaedah pencarian iaitu melihat, meneliti, mengkaji,

    menganalisis sesuatu itu pada awalnya dan kemudian membuatkeputusan atau kesimpulan daripada data yang telah dikaji.

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    4/14

    iii. Kaedah ini juga mengutamakan elemen struktur tertentu sahaja.

    Aspek-aspek yang lain dalam sastera tidak diambil kira.

    iv. Struktur perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum

    memulakan pengajaran dan pembelajaran.

    v. Kaedah ini lebih berpandukan kepada guru. Walaupun murid

    dibenarkan membincangkan tentang isu pada sesuatu struktur, namun

    masih tidak boleh terkeluar daripada konsep yang telah ditetapkan oleh

    guru.

    vi. Kaedah ini juga tidak mementingkan bahan bantu mengajar

    dalam memandu murid untuk mendapatkan jawapan bagi setiap unsur

    atau struktur tersebut.

    vii. Pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya

    memudahkan pembelajaran. Oleh itu, kaedah ini amat sesuai

    digunakan kepada pelajar di peringkat tinggi.

    Kelebihan Kaedah StrukturalKaedah struktural ini lebih tertumpu kepada penelitian terhadap struktur-

    struktur yang membina karya tersebut. Oleh itu, pembelajaran menggunakan kaedah

    ini akan memudahkan murid dan boleh memantapkan penguasaan murid berkenaan

    terhadap karya tersebut. Selain itu, kaedah ini juga boleh membantu murid untuk

    melihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran,

    renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan

    pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43).

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    5/14

    Aplikasi

    Contoh untuk mengaplikasikan kaedah ini, guru menyediakan sebuah karya

    contohnya cerpen. Kemudian, murid perlu membaca cerpen tersebut secara

    menyeluruh. Kemudian, guru mengadakan soal jawab berdasarkan elemen-elemen

    yang menstrukturkan cerpen tersebut watak dan perwatakan, peristiwa, plot, latar,

    tema, nilai, gaya bahasa dan lain-lain lagi. Oleh itu, soalan-soalan yang diajukan

    tidak boleh bercampur aduk. Guru perlu memandu murid agar murid sentiasa

    memberikan jawapan dalam aspek yang dikehendaki oleh guru sahaja. Kemudian,

    barulah melihat kepada elemen-elemen lain.

    Kesimpulan

    Mudahnya, kaedah struktural ini sebenarnya kaedah yang memerhatikan

    karya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti watak

    dan perwatakan, plot, gaya bahasa, tema dan persoalan, nilai dan pengajaran dan

    lain-lain lagi. Selain itu, perbincangan dengan menggunakan kaedah ini tidak boleh

    dicampuradukkan antara elemen-elemen tersebut. Perbincangan perlu dilakukan

    satu persatu mengikut elemen yang ingin ditekankan.

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    6/14

    Kaedah Global

    Kaedah yang memerhatikan karya secara meluas.Kurang memberikan penekanan secara terperinciterhadap struktur-struktur sesuatu karya.

    Penguasaan murid terhadap

    karya adalah baik dan mantap.

    membantu murid untuk melihatkewujudan karya kesusasteraansebagai suatu penghasilan buahfikiran, renungan ke dalam diri,

    imaginasi, manipulasi, emosi,penerapan pengetahuan danpelbagai pengalaman dankerohanian (Kamarudin 1988hlmn 43).

    Kepentingan setiap

    komponen/struktur

    Penilaian dilakukan secara

    impression, am dan spontan.

    KAEDAH GLOBAL

    Definisi

    Ciri-ciri

    KelebihanCara kajiandilaksanakan

    Separuh global :

    Melihat secarakeseluruhankemudan menjuruskepada bahagianyang ingin disentuh.

    Secara menyeluruh(global) :

    Menganalisis secarakeseluruhan semuaaspek-aspek.

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    7/14

    Pengenalan

    Kaedah ini adalah kaedah yang melihat sesuatu karya itu secara

    keseluruhan. Global adalah merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainya

    ataupun secara menyeluruh (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Kaedah global

    pula adalah meneliti sesuatu aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan yang

    menyeluruh. Ia tidak melihat sesuatu itu sebagai bahagian-bahagian yang terpisah

    dan perlu dikaji secara berasingan atau secara khusus (Kamarudin, 1988).

    Kaedah global adalah berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu adalah

    hasil kesatuan daripada pelbagai elemen. Namun begitu, kaedah ini tidakmendalami sesuatu aspek secara terperinci dan sesuai digunakan sebagai

    pengenalan sahaja sebelum meneruskan pengajaran seterusnya. Kamarudin (1988)

    menyatakan bahawa cara ini adalah dianggap lebih praktikal dan lojik terutama

    apabila seseorang penilai itu menghadapi kesuntukan masa atau berhadapan

    dengan terlalu banyak komponen yang akan dibincangkan.

    Kaedah global ini terbahagi kepada dua cara kajian yang boleh dilaksanakan

    semasa menilai sesuatu karya iaitu :

    i. Separuh global dilakukan dengan melihat aspek itu secara

    keseluruhan terlebih dahulu kemudian terus menjurus kepada

    bahagian yang hendak dibicarakan secara terperinci.

    ii. Secara (menyeluruh) global. Melalui cara ini, karya dianalisis dengan

    melihat dan menilai aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut

    secara keseluruhan dan tidak digalakkan aspek-aspek tersebutdibincangkan secara berasingan.

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    8/14

    Ciri-ciri Kaedah Global

    Kaedah global mempunyai beberapa ciri yang penting iaitu :

    i. Setiap komponen dalam karya adalah penting dalam bekerjasama dan

    membentuk kesatuan karya.

    ii. Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Oleh sebab itu,

    penilaian ini tidak dapat lari daripada unsur-unsur subjektif para

    penilainya. Namun, cara ini lebih praktikal sekiranya para penilai

    kesuntukan masa atau berhadapan dengan terlalu banyak komponen.

    Kelebihan Kaedah Global :

    Kelebihan yang terdapat dalam kaedah ini antaranya adalah membolehkan

    penilaian terhadap sesuatu karya itu dilakukan secara menyeluruh dan menyentuh

    semua struktur yang membina karya tersebut. Sebagai contoh, karya bukan sahaja

    boleh dinilai pada aspek watak perwatakan sahaja, bahkan boleh juga dinilai dalam

    aspek tema, plot, nilai, pertaliannya, kekuatan dan kelemahannya dan lain-lain lagi.

    Selain itu, komponen-komponen yang terlalu banyak dalam sesuatu karya akan

    membuatkan penilai memakan masa yang lama untuk mengkaji tentang komponen-

    komponen tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah ini, penilai dapat

    menjimatkan masa dan dikatakan lebih praktikal.

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    9/14

    Aplikasi

    Seperti yang dinyatakan, kaedah global ini mempunyai dua cara kajiannya.

    Untuk cara yang pertama adalah mengkaji karya secara separuh global. Cara ini

    agak sesuai dengan teori Gastalt (seperti yang dipetik dari Kamarudin (1988)

    Kaedah Pengajaran Kesusasteraan) yang menyarankan bahawa kita belajar dengan

    melihat secara keseluruhan sebelum meneliti elemen-elemennya. Satu contoh yang

    boleh disesuaikan dengan cara ini adalah pembinaan Sejarah Melayu. Rajah di

    bawah lebih menjelaskan lagi tentang penggunaan cara ini.

    A = Alam luas luar sekitar MelakaB = Daerah-daerah di luar Melaka

    C = Melaka sepenuhnya

    A B C B A

    B BC

    C

    Peringkat Awal

    Peringkat Perkembangan

    Peringkat Akhir

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    10/14

    Satu lagi cara menganalisis karya sastera adalah secara menyeluruh (global).

    Cara ini melihat dan menilai aspek-aspek yang membangun karya tersebut secara

    keseluruhan. Karya yang dianalisis dilihat terus pada unsur-unsur seperti tema,persoalan, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain.

    Ulasan pula dilakukan dengan melihat pertalian aspek-aspek dari segi kekuatan dan

    kelemahannya.

    Kesimpulan

    Kaedah global ini sebenarnya salah satu kaedah yang melihat secara meluas

    tentang sesuatu karya tersebut. Penelitian terhadap struktur-struktur sesuatu karya

    tidak diberi penekanan secara terperinci. Kaedah ini hanya menyentuh kulit luar

    sahaja pada struktur-struktur tersebut. Kebiasaannya, pengkritik karya-karya sastera

    menggunakan kaedah ini untuk mengkritik karya untuk melabelkan kualitinya.

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    11/14

    Refleksi

    Kerja kursus BMM 3116 Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu kali ini

    lebih menekankan terhadap tiga komponen utama dalam pedagogi pendidikan

    semasa pengajaran dan pembelajaran. Komponen-komponen itu adalah

    pendekatan, kaedah, dan teknik. Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan kesan

    yang berbeza-beza. Dalam pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS), komponen-

    komponen ini perlu digunakan dan dikombinasikan dalam sesi pengajaran dan

    pembelajaran untuk memperoleh hasil pengajaran yang berkesan. Perkara ini samaseperti pendapat yang diberikan oleh Esah Sulaiman (2004) yang menyatakan

    bahawa kombinasi pelbagai kaedah dan teknik akan menghasilkan pengajaran yang

    berkesan. Oleh itu, ini menunjukkan betapa pentingnya guru-guru perlu menguasai

    komponen-komponen ini agar pengajaran yang dijalankan dapat mencapai objektif

    yang diinginkan.

    Penekanan yang diberikan pada kerja kursus kali ini sangat bersesuaian

    dengan penerapan kemahiran-kemahiran pedagogi dalam pendidikan kepada guru-

    guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran yang mantap akan

    membawa kepada pengajaran yang berkesan. Kerja kursus ini adalah salah satu

    wadah yang membantu dan memberikan saya pemahaman walaupun lebih kepada

    teori berkenaan dengan kemahiran-kemahiran tersebut agar saya dapat

    mengaplikasikannya di sekolah kelak. Sebagai seorang guru yang menginginkan

    sesi pengajaran dan pembelajarannya menjadi menarik dan menyeronokkan,

    pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar perlulahdiaplikasikan dan dipelbagaikan. Ini bukan sahaja memberikan kelebihan kepada

    guru, bahkan murid juga mendapat keuntungan yang banyak sekiranya

    kepelbagaian rutin pengajaran ini diaplikasikan. Murid bukan sahaja berasa seronok,

    bahkan objektif utama pengajaran guru pada hari itu boleh tercapai dengan mudah.

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    12/14

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    13/14

    Kepentingan pengajaran Komsas ini kepada murid bukan setakat terbatas

    pada nilai-nilai murni dan pengenalan kepada karya-karya klasik, bahkan

    sebenarnya pengajaran sastera mampu membantu murid-murid dan orang lain

    meningkatkan kemahiran dan perbendaharaan kosa kata mereka. Dalam karya

    sastera itu sendiri, terdapat banyak perkataan-perkataan yang jarang digunakan

    dalam seharian hidup kita. Kita berasa janggal untuk menggunakan perkataan

    tersebut sedangkan perkataan itu sebenarnya wujud dan sering digunakan dalam

    bidang-bidang lain.

    Rancangan pengajaran harian (RPH) adalah satu rancangan pengajaran

    yang wajib disediakan oleh semua guru-guru. Melalui kerja kursus ini juga, saya

    turut mendapat pendedahan tentang cara membuat RPH dan mengajar matapelajaran kesusasteraan dengan mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik

    yang telah saya pelajari. Selain itu, kolaborasi dan kerjasama antara saya dan

    rakan-rakan saya Aminuddin dan Izzul Imran membuatkan RPH yang disediakan

    kelihatan begitu menarik dan menyeronokkan. Selain itu, gandingan idea-idea

    daripada kami bertiga juga membuatkan RPH tersebut menepati kehendak soalan

    kerja kursus ini. Setiap langkah yang dirancang dalam RPH tersebut menerapkan

    unsur-unsur dan nilai-nilai yang boleh mencapai tujuan sebenar pengajaran Komsasdiwujudkan di sekolah. Kemahiran-kemahiran dan pengetahuan ini seharusnya

    diketahui dan dikuasai oleh semua guru-guru khususnya yang mengajar Bahasa

    Melayu kerana bukan sahaja mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran

    menyeronokkan, bahkan juga mampu menjadikan pengajaran mencapai objektif

    dengan lebih berkesan.

    Akhir sekali, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas

    keizinan-Nya, saya bersama-sama ahli kumpulan saya dapat menyiapkan kerjakursus ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

    rakan sekumpulan saya kerana memberikan kerjasama yang padu sepanjang

    proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada pihak-pihak lain yang

    membantu sama ada secara langsung mahupun tidak.

  • 7/27/2019 Kaedah Struktural Dan Global

    14/14

    Bibliografi

    Kamarudin Hj. Husin (1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya.

    Penerbit Fajar Bakti

    (Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu). Pulau Pinang. Cerdik Publiction Sdn.

    Bhd.

    Mina Sikana (1998) Kritkan Sastera Moden, Teori dan Pendekatan. Shah Alam.

    Penerbit Fajar Bakti