kaedah penyelidikan dalam pendidikan (16.4.2014).docx

18
KOD KURSUS: KRL3033 NAMA KUSUS: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK: KUMPULAN: UPSI 239 (A132PJJ) DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. ID NO. TELEFON NORIS BINTI KASSIM D20102045539 0124170405 NAMA PENSYARAH: “PENGGUNAAN ALAT PERMAINAN LUAR KELAS TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH”

Upload: nbk83

Post on 21-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KOD KURSUS:KRL3033 NAMA KUSUS:KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK: PENGGUNAAN ALAT PERMAINAN LUAR KELAS TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

KUMPULAN:

UPSI 239 (A132PJJ)

DISEDIAKAN OLEH:NAMANO. IDNO. TELEFON

NORIS BINTI KASSIMD201020455390124170405

NAMA PENSYARAH:EN. HISHAMUDDIN BIN AHMAD

TARIKH HANTAR: 16 APRIL 2014

PENGGUNAAN ALAT PERMAINAN LUAR KELAS TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Bab 1PENDAHULUANPengenalanKajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Justeru itu, dalam bab ini pengkaji menghuraikan serba sedikit tentang latar belakang kajian, penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian.

Latar belakang KajianKanak-kanak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Maka, kurikulum yang digubal untuk kanak-kanak pada peringkat awal perlulah seimbang dan menyeluruh. Justeru itu, matlamat pendidikan awal kanak-kanak sesungguhnya bertujuan untuk memenuhi hak dan keperluan mereka. Sejak berdekad yang lalu hinggalah ke saat ini, pendidikan awal kanak-kanak sering diberi perhatian dan menjadi satu topik perbincangan. Pelbagai usaha dicurahkan sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga untuk memastikan usaha memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak serta pembangunan modal insan pada tahap yang membanggakan.Pengetahuan berkenaan perkembangan kanak-kanak dapat memberi panduan kepada para pendidik bagi mengetahui tingkah laku dan sifat-sifat yang dapat dijangka dalam diri kanak-kanak. Maklumat ini amat penting bagi membantu para pendidik menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang dapat membantu penyuburan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, semua prasekolah wajib berpegang pada garis panduan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2001) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara membolehkan kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif seperti fizikal, intelektual, emosi, rohani dan nilai estetika sebagai persediaan awal sebelum melangkahkan kaki ke alam sekolah rendah. Penyataan Masalah KajianBermain adalah naluri semulajadi kanak-kanak, sama seperti makan dan tidur. Ini kerana dalam aktiviti bermain, kanak-kanak prasekolah dapat diasuh secara langsung dan tidak langsung bagi mengembangkan kesuburan diri yang menyeluruh dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan seluruh anggota deria mereka seperti mata, telinga, hidung dan kulit mereka. Oleh itu, semasa kanak-kanak bermain menggunakan alat permainan luar khususnya mereka dapat meneroka, menyiasat benda-benda di persekitarannya sambil mencipta, menjelajah, membina dan sebagainya. Namun begitu, sejauh manakah fungsi alat permainan luar prasekolah ini dapat membantu guru dalam proses perkembangan kanak-kanak ? Adakah kondisi alat permainan luar yang disediakan mematuhi piawaian dan benar-benar selamat digunakan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Adakah kemudahan yang disediakan dapat dinikmati sepenuhnya oleh guru dan kanak-kanak prasekolah? Pengkaji tertarik untuk mengkaji masalah ini, berasaskan peristiwa yang dialami oleh sekolah pengkaji sediri. Terdapat sejumlah 50 orang kanak-kanak prasekolah yang melibatkan dua buah kelas prsekolah di tempat pengkaji berkhidmat tidak dapat menikmati kemudahan untuk bermain alat permainan luar sejak tahun 2010 sehingga 2013. Hampir dua tahun kanak-kanak prasekolah ini tidak mendapat hak mereka seperti kanak-kanak prasekolah yang lain. Masalah timbul apabila beberapa orang kanak-kanak prasekolah tercedera ketika menggunakan monkey bar dan buaian. Kecederaan ini disebabkan oleh kondisi alat permainan luar tersebut yang telah berkarat dan kurang selamat digunakan. Justeru itu, pihak pentadbir telah mengarahkan agar taman permainan prasekolah ini ditutup sehingga usaha untuk menggantikan alat permainan luar yang baru. Justeru itu, pengkaji ingin meninjau dan menyelidik tentang penggunaan alat permainan luar terhadap perkembangan kanak-kanak bagi kanak-kanak yang berpeluang menikmati kemudahan tersebut dan sebaliknya.Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Kanak-kanak dapat merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan motor halus, menggunakan daya kreatif, mempertingkatkan kemahiran sosial dan berdisiplin apabila mereka bermain. Di samping itu, dapat membantu kanak-kanak melahirkan perasaan mereka apabila bermain. Bermain merupakan asas program amalan bersesuaian perkembangan (Developmentally Appropriate Practice). Robinson & Schwartz (1972), berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak dapat diperkukuhkan melalui aktiviti tertentu iaitu : The natural form of activity for the young child is usually referred to as play. Very early in life, a child begins learning through play. He engages extensively in numerous types of play activities through which he develops most of his acquired skills and understanding. (h:113)Keseimbangan bermain dan belajar ataupun membuat kerja menjadi rangka kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan serta interaksi kanak-kanak dengan guru dan rakan dapat membantu guru merancang pembelajaran melalui bermain dengan lebih efisen. Mengikut pakar perkembangan otak (neurologist), bahagian atau sel otak (neuron) yang dirangsang dari awal lagi akan berkembang dengan pesat dan membentuk sinaps yang kompleks. Peringkat awal perkembangan kanak-kanak merupakan masa yang terbaik untuk berlakunya proses perubahan-perubahan yang penting dalam diri kanak-kanak. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh persekitaran yang positif ataupun negatif. Memandangkan penggunaan alat permainan luar adalah sebahagian daripada kurikulum prasekolah, maka pengkaji ingin mengkaji penggunaa alat ini sebagai pemangkin yang membantu guru prasekolah dalam usaha memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh.

Tujuan KajianTujuan kajian penyelidikan ialah untuk meninjau penggunaan alat permainan luar kelas terhadap perkembangan kanak-kanak Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan sebanyak 20 buah kelas prasekolah di Pulau Pinang dan terletak di dalam dua buah zon iaitu Zon Permatang Pauh dan Zon Bukit Mertajam. Kajian ini perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti pengetahuan guru-guru prasekolah tentang penggunaan alat permainan luar dalam proses perkembangan motor kanak-kanak dan impaknya dalam membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kajian ini ingin mendapatkan pandangan atau persepsi guru tentang kemudahan yang disediakan serta tahap keselamatannya. Kajian ini juga meninjau tentang masalah yang sering dihadapi oleh guru dan kanak-kanak ketika menggunakan alat permainan luar kelas yang disediakan di Taman Permainan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Objektif KajianObjektif Kajian adalah berdasarkan tujuan kajian iaitu:1. mengenalpasti tahap pengetahuan guru prasekolah tentang penggunaan alatan permainan luar kelas prasekolah dalam poses perkembangan motor kanak-kanak.2. mengenalpasti impak penggunaan alatan permainan luar kelas prasekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.3. mengenalpasti kemudahan alat permainan luar yang disediakan di prasekolah KPM dan tahap keselamatannya.4. mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh guru dan kanak-kanak ketika menggunakan alatan permainan luar kelas.

Soalan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan untuk soalan-soalan berikut:1. Adakah guru-guru prasekolah mempunyai pengetahuan tentang penggunaan alat permainan luar kelas dalam proses perkembangan motor kasar kanak-kanak? 2. Adakah alat permainan luar kelas prasekolah yang disediakan memberikan kesan yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran?3. Apakah kemudahan alatan permainan luar kelas prasekolah KPM? 4. Bagaimanakah tahap keselamatnnya terhadap murid-murid prasekolah KPM?5. Apakah masalah yang sering dihadapi oleh guru semasa menggunakan alat permainan luar kelas prasekolah?Kepentingan Kajian Kajian penyelidikan ini ingin meninjau sejauh manakah pengetahuan guru khususnya dalam aspek perkembangan motor kanak-kanak dan aspek perkembangan yang lain seperti intelektual, emosi, sosial dan moral dalam membantu guru menangani masalah dan memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti bermain menggunakan alat permainan luar. Kajian ini juga berhasrat untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh warga pendidik prasekolah menggunakan alat permainan luar yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, kajian yang dilaksanakan dapat mengesan pengetahuan guru tentang kesesuaian alatan, ciri-ciri dan langkah keselamatan kerana guru telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak ketika di sekolah.Melalui kajian ilmiah seumpama ini, dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika kanak-kanak belajar sambil bermain memandangkan kanak-kanak merupakan permata negara yang tidak ternilai harganya.Diharapkan hasil daripada kajian ini juga mampu memberikan persepsi yang positif kepada ibu bapa agar mereka berasa lebih yakin dengan keselamatan anak-anak mereka ketika menggunakan alat permainan luar yang disediakan di Prasekolah Kementerian Pelajaran. Justeru itu, ibu bapa serta masyarakat lebih prihatin dan dapat membantu pihak sekolah dalam usaha menyediakan alat permainan luar yang selamat untuk kanak-kanak.Kajian ini diharap dapat membantu merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan sekolah rendah dengan memperluaskan Prasekolah KPM selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Semoga, perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dapat melahirkan kanak-kanak yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini kerana prasekolah merupakan batu asas dan titik tolak kepada pendidikan sepanjang hayat.

Batasan KajianKajian ini hanya melibatkan 20 buah prasekolah di Pulau Pinang dengan melibatkan 20 orang guru prasekolah dan 400 orang murid-murid prasekolah yang terdiri daripada 2 buah zon yang berbeza iaitu Zon Permatang Pauh dan Zon Bukit Mertajam sahaja. Besar kemungkinan borang soal-selidik yang diedarkan tidak dipulangkan dalam jumlah yang sewajarnya. Selain itu, penggunaan sampel yang terhad, memungkinkan penemuan hanya sesuai untuk prasekolah di Pulau Pinang sahaja dan tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk mewakili seluruh Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.Kondisi alat permainan luar juga merupakan batasan kajian kerana ada kemungkinan alatan tersebut telah rosak atau uzur kerana terdapat beberapa buah prasekolah di Pulau Pinang ini yang sudah lama ditubuhkan sejak tahun 1995. Ini menyebabkan para guru jarang atau tidak menggunakan kemudahan alat permainan luar sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan motor kanak-kanak.Penyelidik tidak mempunyai cukup pengetahuan dan kemahiran dalam ruang lingkup bidang prasekolah kerana tidak terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak secara langsung. Besar kemungkinan berlakunya dapatan yang diperolehi tidak dapat mencakupi dan menyeluruh dengan aspek yang dikaji.

Definisi pembolehubahDalam kajian ini beberapa istilah dan frasa ayat digunakan oleh pengkaji.PenggunaanMenurut Kamus Dewan(2005), penggunaan didefinisikan sebagai perihal (perbuatan, kegiatan dan sebagainya) menggunakan sesuatu. Penggunaan dalam kajian ini merujuk kepada penggunaan alat permainan luar kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Alat Permainan LuarAlat permainan luar ialah alatan yang digunakan di dalam sesuatu ruang atau lanskap bertujuan merangsang fitrah kanak-kanak yang suka bermain, membantu perkembangan psikomotor, kreativiti dan memotivasikan mereka untuk meneroka.

Perkembangan Kanak-KanakMenurut Berk (2000), perkembangan merupakan satu proses yang kompleks yang merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelek, bahasa, emosi, sosial dan moral seseorang individu. Perubahan kuantitatif bermaksud perubahan yang boleh diukur secara konkrit seperti ketinggian atau berat sama ada meningkat atau menurun. Manakala perubahan kualitatif adalah satu proses perubahan yang abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain seperti perubahan kemahiran berfikir an bersosial. Perubahan ini merupakan proses yang berlaku secara beransur-ansur, hasil daripada tindakan yang saling berkait antara kematangan dengan pembelajaran.

Kanak-Kanak PrasekolahKanak-kanak prasekolah merujuk kepada kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun yang mengikuti segala program dan aktiviti pengajaran serta pembelajaran di kelas prasekolah sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan secara formal.Guru PrasekolahGuru Prasekolah pula merujuk kepada tenaga pengajar yang terlatih dan dilantik untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam kelas atau pun kelas prasekolah. Guru prasekolah bertanggungjawab mengurus kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran MalaysiaKelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia merujuk kepada kelas-kelas yang dibuka di sekolah rendah dan dimiliki oleh kerajaan iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kelas prasekolah boleh disamakan dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak, termasuk istilah Kindergarten serta Nursery. Dalam kajian ini, kanak-kanak prasekolah terdiri daripada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun.

RumusanBermain mempunyai peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 3Mtetapi juga dari aspek sahsiah dan tingkahlaku seseorang individu kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan khususnya sentiasa menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang dapat dan boleh menarik minat serta menggembirakan kanak-kanak. Bagaimanapun,apa yang berlaku walaupun kurikulum prasekolah kebangsaan sendiri mengalakkan permainan, kadang kala kekangan dan masalah yang terdapat di Prasekolah yang menyebabkan timbulnya kebimbangan terhadap guru-guru dan kurangmemberi perhatian terhadap alat permainan di luar kelas.