kaedah penyelidikan

17
Definisi penyelidikan • penyelidikan adalah melibatkan proses membuktikan kebenaran. • Perkataan proses digunakan di sini kerana pembuktian kebenaran melibatkan beberapa langkah yang perlu dilakukan dengan cara yang bersistematik

Upload: jenry-saiparudin

Post on 11-Sep-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kaedah Penyelidikan dalam bidang Pendidikan

TRANSCRIPT

Slide 1

Definisi penyelidikanpenyelidikan adalah melibatkan proses membuktikan kebenaran. Perkataan proses digunakan di sini kerana pembuktian kebenaran melibatkan beberapa langkah yang perlu dilakukan dengan cara yang bersistematikTujuan penyelidikan sekolah rendahTujuan melakukan penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang utama iaitu mempelajari sesuatu dan menggabungkan bukti. Mempelajari sesuatu adalah berkait dengan Hierarki Maslow pada peringkat tinggi iaitu nirwana diri.Manusia mempunyai keinginan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih lanjut. Perasaan ingin tahu menyebabkan manusia terpaksa melakukan eksperimen untuk menguji atau menjawab persoalan kajian atau untuk mencapai objektif.Manusia akan terus ingin belajar atau ingin mengetahui sesuatu selagi akalnya dapat berfungsi dengan baik.

Ciri-ciri penyelidikanMempunyai objektif.Dijalankan melalui prosedur yang amat ketatHipotesis yang dinyatakan boleh diuji melalui ujian statistik atau peralatan saintifik atau soal selidik yang disahkanBoleh diulang di tempat yang berbeza atau ke atas sampel yang berbeza.Dapatan kajian hendaklah tepat dan penyelidik hendaklah yakin dengan dapatan kajian yang diperolehBagi kajian yang berbentuk kuantitatif, keputusan kajian boleh dibuat generalisasi.

Penyelidikan kuantitatifPenyelidikan kuantitatif pada amnya melibatkan representasi numerikal dan manipulasi pemerhatian. ianya bertujuan memperihal dan menerangkan mengenai sesuatu fenomena hasil dari pemerhatian yang dibuat. Ianya digunakan dengan meluas dalam bidang sains tulen and sains social termasuk fizik, biologi, psikologi, sosiologi, dan geologi (Wikipedia Encyclopedia, 2005). Bentuk penyelidikan kuantitatifBentuk penyelidikan ini dapat diklasifikasikan berikut sebagai 1) kajian tinjauan, 2) kajian korelasi, 3) kajian eksperimental 4) kajian perbandingan-kausal

Kelebihan penyelidikan kuantitatifMemberi anggaran tentang populasi secara am. Menunjukkan keluasan sikap yang dipegang oleh seseorang. Memberi keputusan yang boleh ditukar menjadi statistik. Membenarkan perbandingan statistik antara pelbagai kumpulan. Mempunyai ketepatan, muktamad dan berpiawaian. Pengukuran darjah keberlakuan, tindakan, kecenderungan, dll. Dapat menjawab soalan seperti "Berapa banyak?" dan "Berapa kerap?"Penyelidikan kualitatifpenyelidikan kualitatif adalah bermaksud sebarang penyelidikan yang menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk pengiraan.latar semulajadi dan latar penyelidik merupakan instrumen utama dalam pengumpulan data. Pengumpulan data adalah dalam bentuk perkataan atau bentuk gambar iaitu dengan memahaminya secara deduktif sebagai pelengkap kepada teori yang dilakukan.Penyelidikan kualitatif bersesuaian dengan penyelidikan di dalam bidang pendidikan kerana dalam dunia sebenar, banyak perkara yang tidak dapat dijelaskan dengan menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif kerana ianya merujuk kepada numerika semata-mata. (Chua, 2004)Jenis kajianJenis-jenis kajian dalam kajian kualitatif iaituetnografi, kajian tindakan, kajian kes, sejarahnaratif. Bentuk penyelidikan kualitatifTerdapat empat rekabentuk utama penyelidikan kualitatif yang akan diberi secara ringkas dalam bab ini. Rekabentuk tersebut ialah: 1) fenomologi 2) etnografi 3) teori berasas/grounded theory 4) kajian kes

Hubungkait teoriPerkataan teori berasal dari perkataan Yunani, theoria yang bermaksud visi, berfikir dalam-dalam, atau membuat spekulasiTujuan teoriTujuan teori ialah untuk membentuk aturan konsepsi dan membekalkan kemudahan dalam menjelaskan fenomena yang kompleks (Nik Pa, 2003). Aturan tersebut membayangkan nilai dan andaian yang akhirnya mencorakkan amalan. Beliau berpendapat bahawa teori adalah penting bagi memahami dan menghuraikan tujuan dan kaedah sesuatu bidang penyelidikan. Teori ialah satu set penyataan yang telah disusun dan diolah sedemikian rupa bagi memahami sesuatu fenomena dan memandu amalan.

Kepentingan teoriPemilihan teori adalah bergantung kepada skop kajian. Johnson(1980) dlm Nik Pa (2003) menegaskan bahawa seseorang pengkaji perlu memberi perhatian kepada kerangka teori semasa mengkonsepsikan masalah kajian, menjalankan aktiviti kajian, dan menganalisa data kajian. Ini kerana teori dapat membantu pengkaji dalam menjalankan beberapa aktiviti seperti: (a) menjelaskan fenomena yang diperhatikan, (b) membuat ramalan tentang saling hubungan yang belum diperhatikan, dan (c) menstrukturkan proses inkuiri, khususnya proses mengemukakan soalan, membentuk hipotesis, dan menentukan apa pemboleh ubah dan saling hubungan utama yang hendak dikaji.

Masalah kajianMenurut Creswell (2005), masalah kajian adalah isu pendidikan yang diutarakan dan dijustifikasi oleh penyelidik dalam kajiannya. Dalam penyelidikan kuantitatif, masalah kajian menekankan kepada keperluan untuk menerang, mengagak, dan memperihal sesuatu. Sementara untuk penyelidikan kualitatif, masalah kajian menjurus pada meneroka sesuatu proses, peristiwa, atau suatu fenomena.

Kepentingan masalah kajianAntara kepentingan masalah kajian ialah:Ianya membina kepentingan sesuatu topik.Menimbulkan minat pembaca.Memberi fokus kepada pembaca tentang bagaimana kajian tersebut akan dimasukkan ke dalam literature.

Perbezaan masalah kajian dengan kajian lainMasalah kajian merupakan isu pendidikan atau masalah dalam sesebuah kajian.Topik kajian merupakan subjek luas yang diutarakan dalam sesebuah kajian.Tujuan kajian merupakan tujuan utama atau objektif sesebuah kajian.Soalan kajian merupakan persoalan yang ingin pengkaji jawab atau selesaikan dalam sesebuah kajian.

Masalah kajian dalam kuantitatifCiri-ciri Masalah Kajian dalam Kaedah KuantitatifWujudnya pengukuran pembolehubah.Menilai kesan pembolehubah terhadap dapatan kajian.Menguji teori atau penjelasan yang luas.Mengeneralisasikan keputusan terhadap sebahagian besar manusia.Masalah kajian dalam kualitatifCiri-ciri Masalah Kajian dalam Kaedah KualitatifMempelajari pandangan individu yang hendak dikaji.Menilai proses beberapa kali.Menghasilkan atau membina teori berdasarkan kepada perspektif peserta kajian.Memperolehi maklumat terperici berkaitan dengan beberapa orang atau lapangan kajian.