kaedah pengumpulan sumber sejarah

3
KAEDAH PENGUMPULAN SUMBER SEJARAH Persediaan Awal Mengumpul maklumat melalui kaedah pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengutipan sumber melalui memerhati tingkah laku subjek atau tempat kajian yang dikaji secara langsung (Subandi 2012). Ini penting untuk pengkaji membuat penilaian. Sebagai contoh, pengkaji ingin mengkaji sejarah tempatan sesebuah tempat. Pemerhatian atau tinjauan perlu dibuat sebagai pendedahan kepada pengkaji. Literature review Pengkaji melakukan pengumpulan sumber dengan merujuk bahan- bahan di perpustakaan spt buku, jurnal, laporan penyelidikan, literature dalam kajian spt tesis, internet, dan akhbar berkenaan dengan tajuk dan bidang kajian yang hendak dilakukan (Mok Soon Sang, 2009). Bahan-bahan di perpustakaan dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu kajian dan menambah pengetahuan tentang hal yang akan ditanya kepada orang sumber. Skop Kajian Pengkaji perlu membuat senarai nama orang sumber berdasarkan latar belakang, peranan, pengetahuan terhadap sesuatu peristiwa dan alamat tempat tinggal. Pengkaji juga perlu menitikberatkan usia saksi agar dapat mengukuhkan lagi sesuatu fakta atau peristiwa yang dikaji (P.Sivarajan dan S.Malar Arasi, 2012:86). Mengenalpasti Orang Sumber. Menjejaki orang sumber yang tepat membantu mengumpul sumber lisan dengan baik.

Upload: fiona-ting

Post on 18-Nov-2015

125 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kaedah Pengumpulan Sumber Sejarah

TRANSCRIPT

KAEDAH PENGUMPULAN SUMBER SEJARAHPersediaan Awal Mengumpul maklumat melalui kaedah pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengutipan sumber melalui memerhati tingkah laku subjek atau tempat kajian yang dikaji secara langsung (Subandi 2012). Ini penting untuk pengkaji membuat penilaian. Sebagai contoh, pengkaji ingin mengkaji sejarah tempatan sesebuah tempat. Pemerhatian atau tinjauan perlu dibuat sebagai pendedahan kepada pengkaji.Literature review Pengkaji melakukan pengumpulan sumber dengan merujuk bahan-bahan di perpustakaan spt buku, jurnal, laporan penyelidikan, literature dalam kajian spt tesis, internet, dan akhbar berkenaan dengan tajuk dan bidang kajian yang hendak dilakukan (Mok Soon Sang, 2009). Bahan-bahan di perpustakaan dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu kajian dan menambah pengetahuan tentang hal yang akan ditanya kepada orang sumber. Skop Kajian Pengkaji perlu membuat senarai nama orang sumber berdasarkan latar belakang, peranan, pengetahuan terhadap sesuatu peristiwa dan alamat tempat tinggal. Pengkaji juga perlu menitikberatkan usia saksi agar dapat mengukuhkan lagi sesuatu fakta atau peristiwa yang dikaji (P.Sivarajan dan S.Malar Arasi, 2012:86).Mengenalpasti Orang Sumber. Menjejaki orang sumber yang tepat membantu mengumpul sumber lisan dengan baik. Sekiranya berlaku kesulitan, kaedah orang perantaraan perlu digunakan spt ketua kampung, pemimpin tempatan, saudara mara dan kenalan rapat. Pertemuan awal antara pengkaji dengan orang sumber sangat penting kerana ia melibatkan proses perkenalan tanpa melibatkan proses rakaman. Perkenalan inilah akan membantu pengkaji dalam menentukan tarikh, masa, hari, tempat dan skop soalan yang akan dikaji (Rozeman Abu Hassan, 2004). Tidak semua orang sumber boleh ditemu ramah kerana terdapat beberapa halangan seperti masalah kesihatan, kurang fasih dan lemah daya ingatan. Tujuan, tatacara, tajuk-tajuk kandungan, kaedah temu ramah, penyimpanan dan penggunaan sumber lisan perlu diberitahu kepada orang sumber. Mereka juga berhak menentukan syarat-syarat penggunaan bahan-bahan lisan tersebut.

Teknik/kaedah Mengumpul Sumber Lisan. Dalam sumber lisan, teknik atau kaedah yang sering digunakan oleh pengkaji ialah temu ramah atau wawancara. Temu ramah adalah elemen penting dalam mengumpul sejarah lisan. Semasa sesi temu ramah, pengkaji sangat memainkan peranan kerana terdapat pelbagai halangan untuk memperolehi sumber lisan yang baik. Mestilah memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik. Terdapat pengkaji yang tidak mempunyai kemahiran komunikasi secara semula jadi. Oleh itu, latihan perlu diberi kepada mereka agar dapat memperoleh sumber lisan dengan baik. Penemu ramah hendaklah bijak mengemukakan soalan dalam pelbagai perkataan dan dapat mengenal pasti tahap dan keupayaan orang sumber. Penemu ramah mesti sorang pendengar yang baik dan bertutur secara sopan. Proses penyediaan soalan-soalan untuk dijadikan garis panduan semasa sesi temu ramah. Pengkaji perlu meyakinkan orang sumber dan menghormati sikap orang sumber dan memberi peluang kepada orang sumber untuk meletakkan syarat terhadap penggunaan sumber lisan tersebut. Penemuramah perlu mewujudkan suasana yang baik dengan orang sumber supaya memberi kerjasama sepanjang temu ramah dijalankan. Kajian awal perlu dilakukan sebelum memulakan sesi temu ramah dijalankan. Penemuramah hendaklah mengemukakan soalan secara spontan dan tidak digalakkan membaca soalan pada kertas. Soalan yang dikemukakan pula perlulah tepat, ringkas dan tidak terlalu panjang. Peringkat akhir pengkaji perlu menyalin semula, mengedit dan membuat salinan kekal. Sumber sejarah lisan akan diproses dalam dua bentuk iaitu rakaman dan transkrip. Kaedah memproses bahan tertumpu kepada menyalin semula dalam bentuk transkrip dan juga dalam dengan teknik keterangan lisan. Pita-pita rakaman yang diproses hendaklah dilabelkan dengan rekod-rekod tertentu seperti nama orang sumber, nama penemu ramah, tempat dengan alamat lengkap, tarikh dan masa, nombor rujukan fail, nombor semakan dan nombor setiap pita rakaman. Semasa proses pemindahan pita-pita rakaman dibuat, pengkaji akan menghadapi pelbagai masalah seperti pendengaran audio yang kurang jelas dan gangguan persekitaran seperti percakapan orang lain, bunyi kenderaan, bunyi binatang dan termasuklah masalah orang sumber yang kurang pendengaran dan pertuturan mereka yang perlahan. Tugas pengkaji - memastikan bahan-bahan lisan yang dirakam dalam bentuk audio / video dipindahkan dalam bentuk catatan Oleh itu, kemahiran mendengar dengan baik, mencatat dan meneliti bahan-bahan perlu diberi perhatian oleh pengkaji.