kaedah pengumpulan data

Upload: zuwaidah-ahmad-suhaimi

Post on 16-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

v

TRANSCRIPT

  • 5/26/2018 Kaedah Pengumpulan Data

    1/3

    CARA PENGUMPULAN DATA

    Prosedur Tindakan

    Bagi mengumpul segala maklumat dan data yang diperlukan, pengkaji menggunakan pelbagai

    cara antaranya ialah :

    i. Membuat pemerhatian mengenai keterampilan murid dalam kemahiran menjahit

    selepas didemonstrasi oleh guru.

    ii. Merekod markah untuk setiap langkah amali murid dan hasil kerja murid yang akhir.

    iii. Mengadakan temubual mengenai keupayaan dan minat murid dalam mata pelajaran

    Kemahiran Hidup.

    iv. Mengedarkan borang soal selidik untuk kenal pasti kemahiran menjahit murid dan

    minat murid terhadap amali yang dijalankan

    Proses Pengumpulan Data

    Pemerhatian

    Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian

    sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku responden berdasarkan pemboleh ubah atau

    aspek yang ingin dikenal pasti.

    Bagi kajian yang dijalankan ini, dengan menggunakan kaedah pemerhatian pengkaji telahmenggunakan dua instrumen bagi mengumpul data-data yang dikehendaki. Dua instrumen

    tersebut ialah :

    1. Senarai semak

    Senarai semak pemerhatian merupakan borang pemerhatian atau satu dokumen yang

    digunakan pengkaji bagi merekodkan apa yang diperhatikan secara sistematik dan

    teratur. Pengkaji telah menggunakan senarai semak ini untuk merekodkan aspek-aspek

    yang ingin diperhatikan sepanjang kajian ini dijalankan.

    Pengkaji menggunakan senarai semak ini bagi mengukur tingkah laku, kebolehan

    kefahaman, pencapaian minat dan keterampilan pelajar semasa amali penghasilan

    artikel uncang ini dijalankan. Senarai semak ini boleh dijadikan bukti dapatan oleh

    pengkaji.

  • 5/26/2018 Kaedah Pengumpulan Data

    2/3

    2. Foto

    Foto sesuai dirakam sebagai bukti sesuatu pemerhatian. Menurut Stringer (2004),

    fotograf adalah satu rekod yang berguna yang membolehkan penyelidik melihat

    peristiwa dan keadaan situasi dengan lebih jelas.

    Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan foto bagi meneliti kembali situasi dan

    tingkah laku responden sepanjang sesi amali dijalankan. Selain itu pengkaji juga boleh

    menjadikan foto ini sebagai bukti mengenai data yang telah diperolehi.

    Penilaian Hasil Kerja

    Hasil kerja murid adalah salah satu bukti yang penting untuk memastikan penguasaan

    kemahiran murid dalam sesuatu perkara. Dalam hal ini, uncang yang telah dihasilkan oleh

    murid menjadi bukti kepada keterampilan mereka dalam kemahiran menjahit. Borang penilaian

    hasil kerja murid telah dibina dengan setiap perincian tertentu dalam kemahiran menjahit.

    Temu bual

    Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka antara

    pengkaji dengan responden yang ditemu bual. Temu bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka

    dan mendapatkan maklumat daripada responden dengan cara yang lebih mendalam.

    Responden perlu ditemu bual untuk mengetahui persepsi dan pendapat terhadap sejauh

    manakah minat murid terhadap penghasilan uncang yang dijalankan.

    Soal selidik

    Soal selidik ini dibina untuk mengetahui persepsi dan pandangan murid terhadap kaedahdemonstrasi saya dan minat murid terhadap projek yang dilaksanakan. Borang ini diedarkan

    sebaik sahaja kelas tamat. Pengkaji telah mengambil masa 10 minit untuk memastikan semua

    pelajar menjawab soal selidik ini. Mereka dikehendaki menjawab secara individu dan tidak

    boleh berbincang. Sebanyak 9 item telah dibina untuk menyemak penguasaan kemahiran murid

    dalam kemahiran jahitan dan adakah penghasilan uncang ini menarik minat mereka untuk

  • 5/26/2018 Kaedah Pengumpulan Data

    3/3