kaedah pengajaran bahasa

9
Pendidikan Disklesia (PKP3105) Kaedah Pengajaran Lisan (Mendengar dan Bertutur) Ahli Kumpulan Hemanathan A/L Harikrishnan Prabagaran A/L Renganathan Santhanabarath A/L Muniandy

Upload: hemanathan-harikrishnan

Post on 13-Jul-2015

1.276 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: kaedah pengajaran bahasa

Pendidikan Disklesia (PKP3105)

Kaedah Pengajaran Lisan (Mendengar dan Bertutur)

Ahli KumpulanHemanathan A/L HarikrishnanPrabagaran A/L Renganathan

Santhanabarath A/L Muniandy

Page 2: kaedah pengajaran bahasa

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengardan bertutur memerlukan guru menguasai kaedahyang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedurmengajar yang wujud berdasarkan pendekatanpengajaran bahasa yang digunakan oleh guru.Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalahberlandaskan teori linguistik dan psikologi. Olehitu, sesuatu kaedah yang digunakan tidak bolehbercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifatprosedur yang terdiri daripada langkah-langkah danperingkat-peringkat yang teratur yang harus diturutidengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.

Page 3: kaedah pengajaran bahasa

Kaedah pengajaran kemahiranmendengar dan bertutur

• Kaedah terus

• Kaedah fonetik/ linguistik

• Kaedah eklektik

• Kaedah komunikatif

Page 4: kaedah pengajaran bahasa

KAEDAH TERUSKaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa

pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu

menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda.

Kemahiran mendengar dan bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang

diajarkan adalah perkara yang digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah

ini, perkataan konkrit contohnya, sudu di ajarkan dengan menunjukkan objek sudu.

Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan menggunakan perkataan

yang diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka). Pengajaran

sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah

diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut. Sebagai

contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata

nama haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya.

Page 5: kaedah pengajaran bahasa

Contoh ayat :- Saya minum (ayat sebelumnya)-Saya minum susu (ayat baru)

• Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran

mendengar dan bertutur dan bukannya pengetahuan tentang

bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini ialah, kesalahan yang

berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan

kerana murid-murid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan

bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.

Page 6: kaedah pengajaran bahasa

KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIK

• Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihanpendengaran kemudian diikuti dengan latihan penyebutan.Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutanbunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibinaberdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadidialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasatetapi menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya [Əma?]untuk perkataan emak. Nahu atau tatabahasa diajarkan secarainduktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itudikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan danrumus-rumus itu diajarkan. Melalui kaedah ini juga murid –murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengaratau dibaca

Page 7: kaedah pengajaran bahasa

KAEDAH EKLEKTIK

• Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripadakaedah lain dan menggabungkannya. Kaedah initurut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabunganciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitubertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspektatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu samaada secara deduktif ataupun induktif. Aktivitipengajaran dan pembelajaran yang dijalankanmeliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaankuat dan bersoal jawab

Page 8: kaedah pengajaran bahasa

KAEDAH KOMUNIKATIF• Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan

bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksibahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapanbahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatifkhususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, merekamenguasai makna terlebih dahulu sebelum dapatmenggambarkan makna tersebut dalam struktur ayattertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayattertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melaluiaktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatifialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbangsaran, wawancara dan sebagainya.

Page 9: kaedah pengajaran bahasa

Rujukan

Abdullah Hassan.(2006).Linguastik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Mahzan Arsad.(2008). Litersi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :UtusanPublications Sdn.Bhd.