sidang - universiti sains malaysia › pharmacy › images › farmedia ›...

16

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • SIDANG

    REDAKSI Penasihat

    Pn Mariani Hj. Yaacob

    Editor Hj Azman Mat

    Pengerusi Pn Noryati Mohammad Nur

    Setiausaha Cik Intan Farahanah Am-

    ran

    Sidang

    Pengarang Pn Khairul Bariah Johan

    Hj Adnan Sudin

    En Eh Nem a/l Cha Eak

    Grafik & Publisiti En Dellemin Hj Che

    Abdullah

    En Mohd Hasrul Hisham

    Semail

    Tugas-tugas khas

    Dari Meja Pengarang

    Selamat kembali FarMedia! Setelah sekian lama menyepi, kini FarMedia muncul kembali dengan imej yang agak berbeza, mudah-mudahan kebangkitan semula FarMe-dia daripada hibernasi yang panjang kali ini menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya, ibarat kata pepatah Melayu, diam diam ubi berisi. Dengan tagline “FarMedia-Wadah Interaksi Warga Farmasi” kita semua se-harusnya mengambil tanggungjawab memberi nafas baru kepada majalah jabatan kesayangan kita ini secara kolektif. Setiap daripada kita perlu merasakan bahawa FarMedia adalah wadah untuk kita semua bersuara. Farmedia bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat yang terpendam bahkan ia juga menjadi medan untuk pendapat dan pandan-gan bernas diutarakan demi kebaikan dan kesejahteraan jabatan yang kita kasihi. Bagi edisi sulung ini, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan menghayati mengenai ISO. Sepuluh tahun meniti jalan ISO 9001:2000, kini Jabatan Farmasi sedang menuju ke arah ISO 9001:2008. Menurut International Organization for Standardization (ISO) dan International Accredetation Forum (IAF), ISO 9001:2008 tidak memerlukan keperluan baru, namun demikian ia memperjelaskan keperluan ISO 9001:2000 yang sedia ada, serta menerangkan perubahan-perubahan yang diperlukan untuk penambahbaikan agar lebih konsisten dengan ISO 14001:2004. Sedar atau tidak jabatan kita sedang berusaha untuk menukarkan Pensijilan ISO 9001:2000 kepada ISO 9001:2008 melalui Audit Pensijilan Semula atau Audit Surveilance dalam tempoh setahun daripada tarikh ISO 9001:2008 diterbitkan iaitu pada 15 November 2008. Oleh itu, marilah seluruh warga Farmasi kita bersama

    menjayakannya! Ketua Pengarang

    1

    Ramainya pesakit

    kat HUSM. Saya

    suko gi spital USM.

    Ubat molek-molek

    blako. Oghe kato kalu

    nok ubat spesel gi

    la spital USM

    Mmm tok soh la

    nok harap lo ni.

    Pitis dunio mele-

    set, usm pun me-

    leset jugok la

  • Hospital Maklumat

    UFPL HUSM¹

    Farmasi Pesakit Luar (Klinik Pakar) HTAR²

    Farmasi Pesakit Luar (Klinik Pakar)

    HRPZ II³

    Farmasi Klinik Kesihatan Kota Bharu (Minit) 4

    Purata Jumlah pesakit sehari 1300 1000 ~ 800 700

    Purata Masa menunggu ubat

    20 – 25 15 ~ 24.5 13

    Jumlah staf tetap (Pegawai Farmasi, Pem-bantu Farmasi & Pekerja Awam)

    32 8 17 19

    Sistem yang diguna

    Manual & “on-line”

    Manual Manual “ on-line ”

    Purata Jumlah item setiap preskripsi

    5 - 8 Tiada maklumat 5 - 10 6

    SEGMEN BUAL BICARA

    Sebagai sebuah unit yang menjadi nadi kepada perkhidmatan di sesebuah hospital, Unit Farmasi Pesakit Luar (UFPL) menjadi destinasi terakhir bagi seseorang pesakit yang datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Seringkali didengar rungutan di media yang memaparkan keluhan pesakit yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat. Suatu soal-selidik bagi mendapatkan data rasmi bagi UPFL di beberapa buah hospital telah dijalankan. UFPL yang dimaksudkan ialah dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Farmasi Klinik Kesihatan Kota Bharu (KKB). Data tersebut adalah seperti tertera di dalam jadual di bawah.

    2

    Purata masa menunggu yang dicatatkan di HUSM dan HRPZ II menunjukkan tempoh masa yang hampir sama iaitu antara 20-25 minit. Na-mun begitu, bilangan pesakit yang mendapatkan ubat di HUSM ialah 1300 orang ber-banding 800 orang di HRPZ II. Tempoh masa yang hampir sama dicatatkan ini, walaupun dengan pesakit yang lebih ramai di HUSM mungkin dise-babkan bilangan staf tetap di HUSM yang lebih ramai. Bilangan pesakit yang lebih ramai di HUSM juga disebabkan oleh UFPL HUSM menangani pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di kedua-dua jenis klinik iaitu Klinik Pakar dan Klinik Rawatan Keluarga. Sistem di HRPZ II pula membahagikan pesakit yang datang ke farmasi pesakit luar hanyalah yang datang ke klinik pakar sahaja manakala pesakit lain dirawat dan diberikan ubat di farmasi Klinik Kesi-hatan Kota Bharu yang terletak bersebelahan dengan HRPZ II. Data yang menarik untuk dilihat ialah purata masa menunggu ubat di HTAR yang mencatatkan hanya 15 minit

    dengan kapasiti staf tetap seramai 8 orang (25% daripada bilangan staf tetap HUSM). Namun demikian, faktor sistem kerja syif yang diamal-kan oleh Jabatan Farmasi HUSM, prosedur ubat-ubat bukan standard, sistem bekalan ubat dua bulan, sistem preskripsi manual dan on-line serentak yang perlu ditangani serta stok bekalan ubat tidak mencukupi mungkin turut mempengaruhi perbezaan waktu menunggu tersebut, selain jumlah item setiap preskripsi di HTAR yang tidak dapat diperolehi. Perbandingan sistem preskripsi yang diguna dapat dibuat antara HRPZ II dengan KKB. Dengan bilangan pesakit yang hampir sama, dan bilangan staf yang hampir sama, masa menunggu dengan menggunakan sistem on-line di KKB dapat dipendekkan menjadi 13 minit (50%) berbanding 24.5 minit di HRPZ II. Purata item pada setiap preskripsi pula melebihi 5 item bagi kedua-dua UPFL tersebut. Kesimpulannya, perkhidmatan farmasi pesakit luar di HUSM, HTAR, HRPZ II dan Klinik Kesihatan Kota Bharu mempunyai perbezaan dalam banyak aspek yang menye-babkan objektif utama perkhidmatan tersebut iaitu purata masa menunggu ubat turut berbeza di antara satu sama lain.

    1= Pn. Jasmani Mohamad (Pen. Pengarah Kanan (Farmasi) ), HUSM, 2= En. Sulaiman Hj. Ahmad (Ketua Pegawai Farmasi U52), HTAR 3= Pn. Hamisah Said (Pegawai Farmasi U44), HRPZ II, 4= En. Ridzuan Seman (Pembantu Farmasi U29), Klinik KKB

    PERKHIDMATAN

    FARMASI PESAKIT LUAR Oleh Khairul Bariah Johan

  • 3

    PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN

    Mutakhir ini, sering kedengaran

    seruan-seruan supaya anggota perkhid-

    matan awam memikirkan soal impak hasil

    daripada perkhidmatan yang diberikan.

    Impak utama perkhidmatan farmasi sudah

    tentu berhubung dengan tahap kesihatan

    dan kualiti hidup rakyat. Rakyat yang si-

    hat, cergas dan cerdas akan menyum-

    bang kepada kemajuan, kemakmuran dan

    kecemerlangan negara. Justeru, seluruh

    warga dalam perkhidmatan farmasi mem-

    punyai peranan besar dalam gelombang

    raksasa pembangunan yang cuba di-

    realisasikan oleh pihak berwajib.

    Perlu disedari, terdapat dari

    kalangan pesakit yang menerima perkhid-

    matan farmasi terdiri daripada para cerdik

    pandai, para-pemikir dan pengusaha-

    pengusaha yang apabila pulih kelak akan

    terus menyumbang kepada

    kesejahteraan semua. Ada

    juga di antara mereka me-

    rupakan anak-anak, pelajar

    -pelajar mahupun pekerja-

    pekerja yang pada suatu

    hari nanti bakal bergelar

    usahawan, pemikir dan

    pejuang yang akan me-

    lestarikan kegemilangan

    umat.

    Demikianlah impak penting hasil

    pelaksanaan tugas warga perkhidmatan

    farmasi yang sememangnya bukan calang

    -calang peranan. Natijah daripada kega-

    galan menjayakan peranan itu, boleh

    memperlahankan atau membantutkan

    terus cita-cita nasional. Lebih dahsyat

    lagi, kegagalan itu mungkin boleh mem-

    bawa padah yang tidak diingini.

    Sudah tentu, untuk mencegah

    kemelut tersebut, warga farmasi harus

    menghasilkan output yang benar-benar

    tepat, cepat dan bermutu. Perkhidmatan

    farmasi mestilah terkini, berkesan dan

    produktif agar pelanggan dapat merasai

    manfaat yang maksima sehingga me-

    muaskan hati mereka.

    Untuk mengetahui sama ada

    perkhidmatan yang dihasilkan telah me-

    nepati tahap ketepatan, kecepatan dan

    kualiti yang diingini pelanggan maka pres-

    tasi perkhidmatan mesti diukur. Se-

    benarnya, aktiviti-aktivi pengukuran pres-

    tasi ini tidak asing bagi setiap petugas

    awam yang saban tahun melakukannya

    untuk melaporkan pencapaian SKT. Pro-

    gram-program seperti TQM, KIK dan ISO

    juga membabitkan aktiviti-aktiviti pengu-

    kuran sebagai satu daripada elemen

    penting yang mesti dilaksanakan. Aktiviti

    pengukuran ini manjadi lebih penting apa-

    bila kerajaan mula memberikan tumpuan

    khas kepada pelaksanaan program Pe-

    tunjuk Prestasi Utama (KPI). Apabila di-

    laksanakan dengan sempurna, KPI

    mampu mencorak budaya kerja berasas-

    kan prestasi yang mampu menjulang ke-

    cemerlangan perkhidmatan.

    Program KPI membabitkan

    beberapa langkah utama. Langkah awal

    ialah penetapan KPI dan sasaran

    prestasinya. KPI dan sasaran prestasi ini

    mesti menyentuh sekurang-kurangnya

    apek kecekapan dan keberkesanan

    proses kerja, produktiviti sumber manusia

    serta tahap kepuasan pelanggan. Contoh-

    contoh KPI dan sasaran-sasaran prestasi

    untuk perkhidmatan farmasi ialah,

    KPI yang telah ditetapkan mesti

    diukur bagi menentukan tahap penca-

    paiannya. Semua staf yang terlibat dalam

    proses kerja berkenaan bertanggung-

    jawab menjalankan aktiviti pengukuran ini.

    Kaedah pengukuran bergantung kepada

    KPI masing-masing, antara lain, mencatat

    masa mula dan akhir perkhidmatan, mela-

    kukan ujian kawalan kualiti, menjalankan

    kaji selidik kepuasan pelanggan atau se-

    bagainya.

    Data-data yang diperolehi hasil

    daripada aktiviti ini kemudiannya dianal-

    isis dan dibandingkan dengan sasaran

    asal bagi menentukan tahap pencapaian

    sebenar prestasi perkhidmatan. Jika wu-

    jud jurang antara pencapaian sebenar

    dengan sasaran yang ditetapkan, faktor-

    faktor penyebabnya mesti dikenalpasti.

    Antara faktor-faktor yang dimaksudkan

    ialah tahap kemahiran tenaga manusia,

    kualiti bahan-bahan, keadaan peralatan,

    kebersihan persekitaran, ketepatan kae-

    dah dan lain-lain lagi.

    Aktiviti-aktiviti pengukuran

    prestasi tersebut tidak membawa faedah

    yang ketara andainya tidak disusuli

    dengan langkah penambahbaikan.

    Kelemahan-kelemahan yang dikesan hasil

    daripada penelitian faktor-faktor tadi mesti

    dihilangkan melalui kaedah-kaedah

    tertentu. Penentuan kaedah-kaedah inilah

    yang memerlukan warga farmasi menjadi

    lebih kreatif dan inovatif.

    Seperti dinyatakan tadi,

    pelaksanaan KPI mempunyai kesan yang

    sangat baik kepada organisasi khususnya

    dalam membina apa yang dikatakan

    budaya kerja berasaskan prestasi.

    Pembentukan budaya seperti ini

    merupakan satu daripada beberapa

    prasyarat bagi membentuk sebuah

    perkhidmatan yang berprestasi tinggi,

    bertaraf lima bintang dan beraras

    antarabangsa. Budaya seperti ini lebih

    mudah diterapkan kepada sesebuah

    organisasi andainya organisasi itu

    dianggotai oleh sumber manusia yang

    berilmu, mahir dan berperibadi

    mulia.

    Sebagai jabatan yang pernah

    dipersijilkan dengan MS ISO

    9002:1994, kini MS ISO

    9001:2000 dan sedang bersiap

    untuk bertukar kepada MS ISO

    9001:2008, Jabatan Farmasi

    diyakini tiada masalah untuk

    melaksanakan program KPI

    ini. Objektif Kualiti sedia ada

    boleh dijadikan sasaran prestasi KPI,

    cuma perlu dikaji semula supaya

    menyentuh semua aspek khususnya

    aspek produktiviti dan kepuasan

    pelanggan.

    Aktiviti-aktiviti pengukuran pula

    harus lebih dipergiatkan melibatkan setiap

    anggota jabatan dan bukan dilakukan oleh

    sekumpulan pekerja sahaja. Pihak

    pengurusan unit dan pengurusan atasan

    perlu menganalisis dan membuat

    penambahbaikan jika didapati tahap

    prestasi perkhidmatan atau produk

    farmasi tidak memberangsangkan.

    Budaya kerja berasaskan

    prestasi sama ada yang wujud dalam

    pelaksanaan standard MS ISO 9000 dan

    program-program lain termasuk KPI boleh

    mendatangkan kebaikan bukan sahaja

    kepada jabatan, malah yang lebih penting

    impaknya kepada masyarakat. Budaya ini

    memberikan petunjuk bahawa

    perkhidmatan yang diberikan cukup

    berkualiti dan memberikan manfaat

    kepada rakyat seperti yang ditetapkan di

    dalam pernyataan visi dan misi

    organisasi.

    KPI Sasaran Prestasi

    Tempoh memproses invois untuk pem-bayaran

    Tidak melebihi 2 hari bekerja

    Tempoh menguruskan bekalan ubat unit dose

    Tidak melebihi 1 jam 45 minit.

    Keputusan ujian paras ubat dalam darah 100% lengkap, jelas dan terperinci.

    Bilangan pesakit yang diberikan perkhidmatan kaunseling ubatan-ubatan

    Tidak kurang daripada 50 orang sebulan.

    Tahap kepuasan hati pelanggan ke atas perkhidmatan kaunter

    95% pelanggan berpuas hati

    IMPAK BUDAYA KERJA

    BERASASKAN PRESTASI Oleh: Hj Zainol Abidin bin Hamid

    HUSM RENCANA TPKF

  • 4

    P.H.A.R.M.A.C.I.S.Tt. People in pain can be cross as a rule

    However, the Pharmacist helps them keep their cool

    Always your friend, he often gives free advice

    Remember his service when you consider the price

    Many years he has trained before he could start

    And more importantly, he's got a great big heart

    Certainly his is the most trusted profession

    It's your health that is his obsession

    So the next time you see him, give him a smile

    Treat him nicely; you'll get it back by a mile

    Surely, he'll keep you healthy, at least for a while

    A. SASARAN JABATAN

    Melaksana Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Perkhidmatan Farmasi.

    Melaksana Standard Kualiti Makmal mengikut Standard MS ISO 15189:2004 di UPDT.

    Membuat persediaan untuk akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH).

    Melibatkan diri dalam khidmat masyarakat seiring dengan salah satu teras dalam menjayakan program Univer-

    siti Apex.

    Berusaha menjadikan Jabatan Farmasi sebagai jabatan yang memenuhi dimensi untuk USM mencapai pengikti-

    rafan sebagai Universiti Apex.

    Menyediakan ruang untuk staf meningkatkan ilmu pengetahuan demi meningkatkan produktiviti jabatan di samp-

    ing memenuhi keperluan mata CPD.

    Mempertingkatkan usaha untuk menjadikan Jabatan Farmasi sebagai jabatan mesra ibadah.

    Menjayakan Majlis Bersama Unit untuk mengeratkan hubungan di antara pihak pengurusan dan staf Jabatan

    Farmasi. B. SASARAN INOVASI

    Membangun dan melaksana Sistem Preskripsi Secara Talian di UFPL dan mengembangkan perkhidmatan ini ke

    seluruh klinik.

    Melaksana Stor Tak Beruntuk dan mematuhi polisi yang telah ditetapkan.

    C. SASARAN PERIBADI

    Melibatkan diri dalam amal jariah dan membantu menjayakan program-program amal.

    Menganjur/menghadiri ceramah-ceramah anjuran Jawatankuasa Nilai dan Etika dan tazkirah unit dalam usaha

    untuk meningkatkan integriti diri.

    Menganjur/menghadiri ceramah kualiti anjuran Jawatankuasa Pelestarian Sistem Kualiti dalam usaha untuk

    meningkatkan mutu perkhidmatan agar berkualiti dan produktif. D. SASARAN RUTIN

    Mengoptima perbelanjaan tahunan hospital.

    Menjaga kebersihan dan keselamatan persekitaran kerja berkonsepkan 5 S.

    Membuat penyeliaan yang cekap dan berkesan terhadap sumber-sumber di bawah kawalan.

    SASARAN JABATAN

  • KB : Saya ingin bertanya mengenai isu yang dibangkitkan oleh doktor di ICU. Isu yang dimak-sudkan ialah pelabelan bagi Inj. Adrenaline, Inj. Atropine dan Inj. Morphine yang hampir sama. Keadaan ini amat mengelirukan pengguna, teru-tama ketika berlaku kecemasan. Diharap pihak Farmasi dapat membantu kekeliruan i

    Tok Tengoh : Masalah ini pernah dibangkitkan oleh

    Ketua Jururawat Dewan Bedah pada tahun 2008. Jabatan Farmasi telah me-maklumkan bahawa item ini diperoleh dari Pharmaniaga sejak dulu lagi dan dibekal dari pengeluar yang sama (melalui kontrak kerajaan). Jabatan Farmasi telah meminta aduan bertulis dibuat supaya dapat dimajukan kepada pengeluar, tetapi sehingga kini tiada se-barang aduan diterima.

    Sumber jawapan: Pn. Norita Abd. Hamid

    Ketua Penolong Pengarah (Farmasi) Unit Kawalan Inventori dan Stor (Ubat)

    Editor: Laporan boleh dihantar terus kepada Pharmaniaga,

    walaupun tiada laporan daripada pengguna. Ini adalah kerana sebarang perkara yang melibatkan penggunaan ubat, Jabatan Farmasi lebih berhak untuk membuat aduan.

    Info Unit Farmasi Kaunseling & Masyarakat. Perkhidmatan Farmasi Hospital USM, Kampus Kesihatan telah beroperasi sejak tahun 1983. Antara perkhidmatan klinikal yang diberikan untuk pelanggan adalah menerusi perkhidmatan kaunseling. Bermula tahun 2009, unit ini dikenali sebagai Unit Farmasi Kaunseling. Unit ini diketuai oleh Pn. Zainon Omar (Penyelaras) dengan dibantu oleh Pn. Zalina Zahari dan Pegawai Farmasi Provisional serta Penolong Pegawai Farmasi yang mahir dan terlatih. Antara objektif kualiti unit ini adalah:

    memberi perkhidmatan

    kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit-pesakit tidak kurang dari 50 orang pesakit sebulan,

    menilai tahap kefahaman

    pesakit terhadap perawatan dan kesan ubat-ubatan supaya sentiasa berada di tahap memuaskan, dan merekodkan maklumat yang diperolehi bagi tujuan kajian klinikal. Penilaian terhadap kefahaman seseorang pesakit amat penting bagi memastikan pesakit faham mengenai kaunseling yang diberikan serta boleh mengoptimakan tahap perawatan. Tahap pemahaman tersebut diterjemahkan oleh pesakit sendiri berdasarkan skala 1 hingga 5 bagi mewakili tahap “amat tidak faham (1), tidak faham (2), sederhana faham (3), faham (4) dan amat faham (5)”.

    Perkhidmatan kaunseling ini diberikan menerusi permohonan pesakit sendiri, rujukan terus oleh Pakar/

    Pegawai Perubatan atau menerusi kriteria-kriteria yang ditetapkan sebagaimana berikut:

    pesakit mengalami 3 penyakit

    kronik atau pesakit diberi 5 jenis ubat

    pesakit

    memerlukan teknik khas seperti insulin dan inhalasi,

    pesakit yang dimonitor kerana

    mengambil warfarin atau pesakit geriatrik / paediatrik. Disebabkan unit ini berada secara bersama dengan Unit Farmasi Pesakit Luar, maka unit ini juga dipertanggungjawabkan menguruskan keperluan ubat-

    ubatan bagi Pusat Kesejahteraan Pelajar (PKP), penyediaan ubat-ubatan bagi program khidmat masyarakat, dan membekalkan ubat-ubatan untuk kegunaan aktiviti/program kepada mana-mana jabatan, unit atau institusi yang diluluskan oleh pihak pengurusan. Sekiranya anda atau keluarga anda ingin diberi kaunseling mengenai ubat-ubatan, anda boleh menghubungi terus Unit Kaunseling, Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar. Disusun semula oleh Hj.Mohd. Adnan Sudin.

    FAKTA

    270, 658 Jumlah pesakit yang mendapatkan perkhidmatan

    di Unit Farmasi Pesakit Luar (UFPL) sepanjang

    tahun 2008

    RM 44,920,981 Nilai inden ubat-ubatan oleh Unit Farmasi

    Pesakit Luar (UFPL) sepanjang tahun 2008

    5

    Nenda : Nenda ni, sejak dua menjak ni dok terfikir kenapa PRP di Jabatan Farmasi HUSM bilangannya amat sedikit jika dibandingkan dengan hospital-hospital lain. Boleh dibilang dengan jari.

    Tok Tengoh : Tok Tengoh ajukan kepada yang berke-

    naan, jawapannya sebegini : Macam mana tak kurang, bapak dia orang lain. HUSM di bawah Kementerian Penga-jian Tinggi, manakala urusan penempatan PRP dikendalikan oleh SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kesihatan. Kita hanya boleh memohon sedangkan urusan penempatan PRP dibuat oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan SPA (Suruhanjaya Perkhid-matan Awam). Walau bagaimanapun, HUSM memperuntukkan 10 tempat untuk PRP pada setiap tahun, di mana untuk tahun 2008/9 – ditempatkan 5 orang PRP.

    Sumber jawapan: En. Abdul Hakim Abdullah

    Timbalan Pengarah (Farmasi) P/S: Tok tengah ada cadangan supaya PRP ramai di Ja-

    batan Farmasi HUSM. Cadangannya ialah agar diadakan roadshow untuk promosi. Tapi takutlah pulak kalah AF atau OIM jika roadshow diadakan

    BICARA KEMUSYKILAN

    BERSAMA TOK TENGOH

    SEGMEN BERITA UNIT

  • Pengimejan diagnostik dalam bidang perubatan nuklear kian berkembang pesat seiring dengan perkembangan teknologi perubatan dunia. Penggunaan radio-isotop sebagai „tracer‟ untuk pengimejan diagnostik makin dikenali ramai. Antara radio-isotop yang biasa digunakan untuk pen-gimejan diagnostik ialah Techne-tium-99m. Technetium-99m adalah radioisotop yang mudah diperolehi dan murah serta mem-punyai masa separuh hayat yang pendek, iaitu 6.01 jam sahaja sekaligus menjadikan peng-gunaannya meluas ke serata dunia. Apabila disuntik ke badan pesakit, Technetium-99m akan mengeluarkan sinaran Gamma dari badan pesakit tersebut se-cara langsung. Oleh itu, sekiranya pesakit tersebut berbaring di bawah Kamera Gamma, pengi-mejan diagnostik dapat dilakukan kerana Kamera Gamma tersebut akan menangkap sinaran Gamma yang dipancarkan dari badan pesakit. Walau bagaimana pun, penggunaan Technetium-99m yang hadir dalam bentuk free Technetium-99m (99mTcO4

    -)

    hanya terhad kepada target organ seperti Thyroid Gland, Testis dan Salivary Gland sahaja. Oleh itu, untuk menjalankan sesuatu prosedur, target organ mestilah dikenalpasti terlebih dahulu dan pemilihan pembawa yang mem-bawa ke target organ tersebut juga mestilah tepat.

    Perkhidmatan diagnostik skan tulang merupakan prosedur rutin yang dijalankan di HUSM. Prosedur ini memerlukan MDP (Methylene Diphosphonate) atau HDP (Oxidronate) sebagai pem-bawa ke target or-gan, iaitu tulang. Oleh itu, radio-farmaseutikal 99mTc-MDP atau 99mTc-HDP mestilah disediakan terlebih dahulu. Phosphonate me-rupakan pembawa yang sesuai kerana ia mudah diserap masuk

    ke dalam tulang. Apabila kom-pleks radiofarmaseutikal 99mTc-MDP disuntik ke dalam badan pesakit, phosphonate yang beri-katan dengan Technetium-99m turut membawa masuk Techne-tium-99m ke dalam tulang. Sina-ran Gamma akan terpancar dari dalam tulang pesakit dan akan dikesan oleh Kamera Gamma. Akhirnya, imej tulang akan diperolehi. Sebarang abnor-maliti sekiranya ada, akan dapat diketahui melalui pengimejan di-agnostik tulang tersebut.

    Reagen MDP perlu dire-

    konstitut dengan sejumlah isipadu larutan 99mTcO4

    - yang mempun-

    yai keaktifan yang sesuai untuk menghasilkan kompleks 99mTc-MDP. Agen penurunan iaitu Stan-nous Chloride yang terdapat dalam reagen MDP bertindak un-tuk menurunkan nombor pengok-sidaan 99mTcO4

    - (+7) ke nombor

    pengoksidaan yang lebih rendah dan sesuai (+4) supaya pengika-tan dengan MDP berlaku. Selain kompleks 99mTc-MDP, ia turut menghasilkan impurities iaitu 99mTcO4

    - itu sendiri yang tidak

    diturunkan dan juga Reduced-Hydrolzed Technetium (99mTcO2) Proses rekonstitut atau penyediaan radiofarmaseuti-kal 99mTc-MDP boleh diringkas-kan seperti persamaan di bawah:

    Kompleks 99mTc-MDP yang terhasil mestilah melebihi 90% untuk mendapatkan imej

    yang berkualiti. Ini kerana pera-

    tusan impurities yang tinggi akan memberikan impak kepada kualiti imej tulang tersebut di mana imej tulang yang akan terhasil tidak begitu jelas serta kemungkinan imej yang tidak diingini seperti Thyroid Gland, Salivary Gland atau Testis juga akan kelihatan. Oleh itu, ujian kawalan mutu den-gan menggunakan teknik kroma-tografi kertas ke atas sediaan ra-diofarmaseutikal 99mTc-MDP perlu dilakukan sebelum didispen kepada pesakit untuk memastikan

    bahawa kompleks 99mTc-MDP melebihi 90%. Kompleks 99mTc-MDP ini walau bagaimana pun hanya stabil untuk tempoh 8 jam sahaja selepas direkonstitut. Selepas 8 jam, kompleks radio-farmaseutikal tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi kerana pen-gikatan di antara Technetium-99m dengan MDP menjadi lemah dan peratusan impurities semakin be-sar. Selain itu, aktiviti kompleks

    99mTc-MDP itu sendiri akan menyusut menye-

    babkannya tidak sesuai untuk digunakan bagi tempoh masa yang panjang.

    Sinaran Gamma yang dipancarkan dari

    badan pesakit akan dikesan oleh Kamera

    Gamma dan imej akan diperolehi.

    99mTcO4- + MDP à 99mTc-MDP + 99mTcO4- + 99mTcO2

    Normal Bone Scan

    Bone Metastases From

    Prostate Cancer

    6

    PERUBATAN NUKLEAR:

    PENGIMEJAN DIAGNOSTIK

    SKAN TULANG Oleh: Nor Suriana Mohd Yusof

    Unit Radiofarmasi

    SEGMEN ILMU

  • Kepada: KB

    Ucapan: Na dan Na (Zalina dan Azrina)

    dah tambah bilangan keluarga. Awak

    bila lagi?

    Daripada: Orang Lama

    Kepada: Umar

    Ucapan: Tahniah atas kedatangan orang

    baru dalam keluarga. Bila nak buat

    aqiqah?

    Daripada: Orang Lama

    Kepada: Hasrul & Amalina

    Ucapan:Selamat Pengantin Baru.

    Jangan silap faham. Mereka bukan

    suami isteri.

    Daripada: Pengantin Lama

    Kepada: Shufi

    Ucapan:Selamat menjadi student

    lagi

    Kepada: Hjh Norita

    Ucapan:Dengar citer nak gi Australia. Jan-

    gan lupa beli anak kangaroo untuk saya

    Daripada: Bapa Kangaroo

    Kepada: Cik Ani

    Ucapan:Tahniah atas pengurniaan Ahli

    Kelantan (senyap-senyap jer ye). Lepas ni

    ada pingat lain lagi ke?

    Daripada: Orang Tak Dak Pingat

    Kepada: SIFU ICU (Kak KB)

    Ucapan: Haaaa…jangan lupe anta buku

    Dr Hassan kite tu…ek…hehe..Thanx so

    much kak KB for everythings especially

    kenangan manis, masam, pahit dan busuk

    bersama dgn bacteria di ICU hehe…

    Daripada: Bunga ICU

    Kepada: aizahakiki

    Ucapan: moga cepat2 kahwin …haha

    Kepada: nik azira

    Ucapan: zira, bilo nok ajok mkn nasi myk

    nyo..haha

    Kepada: aida murni

    Ucapan: nok tumpang city skali buleh ko..haha

    Kepada: amalina

    Ucapan: x tahu la buletin farmedia ni publish

    sebelum@slpas 4jun09..ape2 pun, slmt pngntin

    baru diucapkan

    Kepada: hasrul

    Ucapan: guano? Free ko? Tingkat 2?,,hehe.

    Kepada: kak sufi

    Ucapan: terima kasih di atas segala tunjuk

    ajar

    Kepada: tuan umar tuan ismail

    Ucapan: jom nasi ulam isnin ni.hello ko abe

    demo tuh.hehe

    Kepada: en hanif

    Ucapan: guano bola malm tadi..hehe

    Kepada: kak KB

    Ucapan: terima kasih di atas segala

    tunjuk ajar..semoga berbahagia di

    ICU..hehe

    Kepada: Nur Amalina

    Ucapan: Tahniah na…moga bahagia ke

    anak cucu ek…

    Daripada: Ms Tunggu Mase

    Kepada: Mr Sabrie Yunus/

    Sabrie Nawawi

    Ucapan: Dok wat gapo tu?

    Tengah zikir ko…hehe

    Daripada: Ms ICU

    7

    SEGMEN SAMPAIKAN

    Sebarang cadangan/komen dan sumbangan

    karya tuan/puan amat dialu-alukan. Tuan/puan

    bolehlah menghantarnya ke email

    [email protected]

  • 8

    Kepada: SIFU Korean (Kak Shufi)

    Ucapan: Buat sifu yang cun me-

    lecun ni…nanti kalau ade lagu Korean saye kasi lagi

    ek…hehe…Thanx sgt2 tuk sgalanya…Jasamu ber-

    sama SIFU ICU takkan dilupekan…hehe…jgn na-

    kal2 ek...

    Daripada: Acinetobacter sp.

    Kepada: En Azman

    Ucapan:Terime kasih atas segalanya.

    Kalau datang Besut singgahlah ke

    rumah bersama family…

    Daripada; PRP Ganu kite

    Kepada: Kak Ani Abu Samah

    Ucapan: Jange make doh ubat anti-

    histamine deh…hehe…thanx tuk sgalanya…

    maaf salah silap ek

    Daripada: Ms Aiza

    Kepada: Nik Azira

    Ucapan: Thanx zira comel…Moga bahagia ek…

    Daripada: Ms X-File

    Kepada: Semua sekali yang

    Aiza kenali di HUSM

    (especially semua staf Jabatan

    Farmasi)

    Ucapan : Terima kasih atas

    segala jasa baik kalian selama

    aiza bekerja kat HUSM. Kalian banyak membantu, memberi

    tunjuk ajar dan sebagainya sepanjang aiza berada di sini. Ba-

    nyak kenangan yang tak dapat aiza lupekan di sini. Moga

    ukhuwah yang terjalin antara kita berkekalan selamanya

    ameen. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik

    kalian semua. Aiza banyak belajar erti kehidupan kat sini.

    Thanx sgt2. Maafkan salah silap aiza selama ini. Moga Allah

    sentiasa bersama kita…ameen…Salam yang teristimewa…

    wassalam…

    Daripada: Aizahakiki (PRP)

    Kepada: Aida (PRP)

    Ucapan:Bawak keto molek deh. Kalu nak kona

    slow2 deh, kalu dok keno la mintak tolong abe

    yunus n abe azhar lak hehe…

    Daripada: EX-Housemate

    Kepada : Semua staf Farmasi USM

    Ucapan: Maaf la deh, kalu

    FarMedia kali ni tak brapo

    comel

    Kepada: TRTY

    Ucapan: Cayalah bos..coool

    Kepada: kak lailey

    Ucapan: Methadon se-

    cawan...hehe

    Kepada: TUTI

    Ucapan: Tahniah bapak…

    Kepada: Sabrie

    Ucapan: Honda CRV??

    Kepada: kak tie

    Ucapan: TPN 3..4..5...9

    19? ...beres jer

    Kepada: Zira

    Ucapan: CPF / BF?

    Dari: MH2

    8

    Kepada: Staf UFPL

    Ucapan:Terima kasih kerana

    memberikan komitmen yang

    tinggi semasa menjalankan tugas. Dedikasi anda

    semua amat dihargai.

    Daripada: KPP/UFPL

    Kepada: Ina

    Ucapan: Kita sama tapi jauh berbeza

    hehehe…...

    Daripada: hasrul

    Kepada: Hanif

    Ucapan:Tahniah, tengoh tu-

    kar pampers ko tu?

    Daripada: Kak Maya

  • SEGMEN KUALITI

    PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN

    PEMANTAUAN PRESTASI PERKHIDMATAN PELANGGAN

    JAWATANKUASA

    PENYELARAS KUALITI (JPQ)

    PENGHAYATAN NILAI DAN

    ETIKA Tiada dalam gambar

    Pn Zalina & Pn Naida

    Pengurusan Kualiti di Jabatan

    Farmasi diterajui oleh Jawa-

    tankuasa Penyelaras Kualiti /

    JPQ. Terdapat 5 jawatankuasa

    di bawah JPQ dengan pelbagai

    fungsi yang berbeza.

    Ingin tahu mengenai fungsi-

    fungsi setiap jawatankuasa?

    Ikuti Farmedia edisi akan

    datang !

    9

    PELESTARIAN SISTEM

    KUALITI

  • Memberitahu jiran atau polis sewaktu ketiadaan di

    rumah

    Hentikan langganan akhbar jika bercuti dalam tem-

    poh yang panjang

    Elakkan mendirikan rumah di kawasan terpencil

    Struktur rumah yang mempunyai lubang angin di

    bumbung perlu ditambah ciri keselamatan

    Mewujudkan pemuafakatan di kawasan kediaman

    seperti mengadakan rukun tetangga

    Elakkan meletak barang bernilai yang dapat dilihat

    dari luar rumah

    Menyimpan alatan seperti pemutar skru, objek tajam

    di kawasan tersorok/ di dalam rumah

    Jangan tertipu dengan taktik penjenayah yang mem-

    buka air di luar rumah untuk menarik perhatian agar

    pintu rumah dibuka

    Selakkan dengan kayu di bahagian bawah pintu

    gelongsor

    Memasang alatan keselamatan tambahan seperti

    mangga dan penggera

    Pasangkan lampu apabila keluar rumah di waktu

    malam

    Jangan tinggalkan nota di pintu yang memberitahu

    tiada orang di rumah

    Pastikan pintu, tingkap dan pagar dikunci sebelum

    tidur

    Membersihkan kawasan bersemak dan belukar di

    sekeliling rumah agar tidak menjadi tempat pen-

    jenayah bersembunyi

    Berdoa kepada Tuhan agar menjaga keselamatan

    rumah selepas segala ikhtiar dan langkah pencegahan

    diambil Rujukan : Berita Harian 11.02.2009

    tahukah anda????? 1. Jika semua saluran urat darah

    dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 kilometer .

    2. Saraf di tubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 meter sesaat.

    3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

    4. Manusia akan hilang sebanyak 50 peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

    5. Setiap langkah ke hadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

    10

    Short Joke Customer gets a topical cream. Direction: apply locally two times a day.

    Customer says to the pharmacist: "I can't apply locally, I'm going overseas."

    A pharmacist looks out the front of the store and sees a woman holding a bottle jumping up and down in the parking lot. The pharmacist walks out to the

    parking lot and asks the woman what‟s the matter. She replies "I saw it said 'Shake Well' after I took it".

    A miracle drug is one that has now the same price as last year.

    A doctor is to give a speech at the local AMA dinner. He jots down notes for

    his speech. Unfortunately, when he stands in front of his colleagues later that night, he finds that he can't read his notes. So he asks, "Is there a pharmacist

    in the house?"

    A pharmacist is going over the directions on a prescription bottle with an eld-

    erly patient. "Be sure not to take this more often than every 4 hours," the phar-macist says. "Don't worry," replies the patient. "It takes me 4 hours to get the

    lid off".

    Lady says to pharmacist: "Why does my prescription medication have 40 side

    effects?" Pharmacist replies: "Because that's all we've documented so far."

    Copy (without prior permission) from jokes.maxabout.com

    By: Kumbang Sejati

    SEGMEN TAHUKAH

    ANDA

    SEGMEN TIPS

    TIPS ELAKKAN PECAH RUMAH

  • Suatu hari seorang hamba Allah bernama Saufi telah men-ziarahi sahabatnya bernama Arif. Mereka adalah rakan sekolah se-masa di sekolah menengah. Arif bekerja sebagai petani sementara Saufi pula sebagai nelayan. Se-cara kebetulan, ketika Saufi datang, tembikai yang ditanam oleh Arif sedang mengeluarkan hasil yang amat memberangsang-kan kerana saiznya yang besar sehingga mencecah 7 kilogram sebiji. Arif amat berpuas hati dan bersyukur kerana Allah telah menambah rezeki untuknya. Arif telah membawa Saufi ke ladang tembikai untuk memberi motivasi kepada Saufi supaya beralih minat ke arah pertanian seperti dirinya di samping menik-mati hasil tuaian. Semasa ber-jalan di ladang tersebut. Saufi me-muji Arif di atas kerajinan serta kepandaiannya menanam tembi-kai sehingga pokoknya tumbuh segar dan berbuah besar. Mereka terus berbual mesra sepanjang perjalanan. Saufi kemudiannya mengajukan satu soalan kepada Arif. Katanya, “Arif, aku amat hairan kenapa pokok tembikai ini kecil sahaja dan lembut pula batangnya, tetapi buahnya amat besar dan berat manakala pokok rambai dekat rumah engkau tu, pokoknya besar, tinggi dan gagah tetapi buahnya kecil-kecil. Aku rasa Tuhan kita ini amat tidak adil dan bodoh menjadikannya be-gitu”. Arif terdiam kerana tersing-gung dengan pernyataan terse-but. Dia tidak mahu berlaku per-bahasan kerana bimbang akan melukakan hati rakan sekolahnya itu. Tambahan pula Saufi sekarang adalah tetamu yang wa-jib dihormati. Saufi terus bece-loteh panjang, namun Arif tetap diam seribu bahasa walaupun mulutnya terasa ringan untuk menyampuk. Mereka kini pulang ke rumah Arif. Di tepi rumah Arif me-mang ada sepohon pokok rambai

    yang sedang berbuah. Di bawah-nya Arif menyediakan sebuah tempat berehat yang nyaman ker-ana teduh dan sejuk. Disebabkan keletihan kerana perjalanan tadi, Saufi mengambil keputusan mere-hatkan diri di bawah pokok rambai tersebut. “Alangkah nikmatnya tidur di bawah pohon rambai yang rendang serta sejuk” detik hati Saufi sambil disapa angin lalu. Tiba-tiba sebiji buah rambai ter-jatuh ke atas muka Saufi dan mengenai keningnya. Saufi bing-kas bangun sambil menggosok-gosok keningnya kerana terkejut. Dia bersyukur kerana buah ram-

    bai itu tidak menimpa matanya. “Allahu Akhbar, jika pokok rambai ini mengeluarkan buah sebesar tembikai nescaya aku akan ced-era. Wahai Tuhan, aku bertaubat kepada-Mu kerana jahilku, se-sungguhnya Engkau amat men-getahui terhadap sesuatu. Akulah yang bodoh sebenarnya, am-punilah dosaku kerana kecelu-paran mulutku. Amin”. Rintih Saufi. Arif turut terkejut apabila mendengar Saufi bercakap sendirian ketika beliau sibuk men-yediakan juadah tadi. Syukur Saufi telah sedar terha-dap kesalahan dirinya. Alhamdulillah. Hasil Nukilan ; Adiputra

    “Wahai Tuhan, aku bertaubat kepada-Mu

    kerana jahilku, sesungguhnya Engkau

    amat mengetahui terhadap sesuatu.

    Akulah yang bodoh sebenarnya, am-

    punilah dosaku kerana

    keceluparan mulutku. Amin”

    Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam per-gaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka )

    SEGMEN RENUNGAN 11

  • Profesor Dr. Mohd. Shukri bin Othman telah dilahirkan di Kampung Buluh Melintang, Kangkong, Pasir Mas, Ke-lantan pada 4 hb November 1954. Beliau merupakan anak sulung dari-pada sembilan orang adik beradik. Bapanya, Haji Othman Che Omar me-rupakan Tok Mudim Kampung Buluh Melintang di samping bekerja sebagai petani, manakala ibu beliau, Hajah Wan Minah Wan Abdullah merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Be-liau bertanggungjawab membantu suami dan menjamin keharmonian rumah tangga serta menitik beratkan kepada pendidikan sekolah anak-anak termasuk dalam sudut keagamaan. Professor Dr. Mohd. Shukri telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Hailmiah Hj. Awang Noh dan dikurniakan enam orang cahaya mata. Profesor Dr. Mohd. Shukri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebang-saan Kangkong, sebelum meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Sul-tan Ibrahim 1, Pasir Mas dan ke-mudian ke Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi pada tahun 1971. Pada tahun 1975 beliau telah diterima masuk ke Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau dianu-gerahkan Ijazah Sarjana Muda Pe-rubatan dan Pembedahan pada tahun 1981 dan memulakan tugas sebagai doktor pelatih di Hospital Universiti Kuala Lumpur. Hasrat untuk menabur bakti kepada anak watan di negeri kelahiran membuat beliau memohon untuk bertugas di Kelantan dan telah ditugaskan sebagai Pegawai Pe-rubatan dan Kesihatan di Jajahan Bachok pada tahun 1982. Perkhidmatan beliau di Universiti Sains Malaysia (USM) bermula pada Julai 1983 apabila beliau dipinjamkan ke USM daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada bulan Septem-ber 1988, beliau telah mendapat tawaran ke England untuk latihan kepakaran dalam bidang perbidanan dan sakit puan di Hospital John Rad-cliffe, Oxford. Seterusnya, dianu-gerahkan sarjana MRCOG (UK) dan diiktiraf sebagai pakar perbidanan dan sakit puan oleh Royal College of Ob-stetricians and Gynaecologist (UK) pada tahun 1990. “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri”, begi-tulah pegangan Profesor Dr. Mohd

    Shukri. Setelah genap dua tahun di perantauan menimba ilmu, akhirnya pada bulan November 1990 beliau kembali ke tanah air tercinta. Di USM beliau telah dilantik sebagai pensyarah dan pakar O&G Pusat Pen-gajian Sains Perubatan. Pada tahun 1994 beliau diberi kepercayaan menerajui Jabatan O&G yang menjadi pusat rujukan ibu mengandung Pantai Timur Semenajung Malaysia, teruta-manya pesakit daripada keseluruhan Kelantan dan Terengganu Utara. Salah satu daripada pencapaian beliau adalah penurunan kadar kematian ibu mengandung kawasan ini daripada 52/100,000 pada tahun 1991 kepada 33/100,000 pada tahun 2000.

    Kejayaan yang besar ini telah menaik-kan imej Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) di mata masyarakat setempat dan menyak-inkan orang ramai terhadap kebolehan pakar-pakar di sini. Menyebabkan se-makin ramai pesakit berminat datang untuk mendapatkan rawatan. Pada tahun 2000 beliau dinaikan pangkat sebagai Profesor Madya. Se-terusnya, pada tahun 2005 beliau di-lantik sebagai Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (Pengajian Siswazah dan Latihan Ikti-sas). Di atas komitmen yang tinggi terhadap tugas dan prestasi yang ce-merlang, beliau seterusnya dilantik Profesor pada tahun 2006. Profesor Dr. Mohd. Shukri merupakan salah seorang ahli pengasas Program Sarjana Perubatan dalam bidang O&G di Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM, Kampus Kesihatan. Sehingga bulan Disember 2007, seramai 90 orang pakar perbidanan dan sakit puan telah berjaya dilahirkan. Beliau juga telah berjaya melatih 15 orang pakar perbidanan dan sakit puan lulusan Royal College of Obstetricians and Gynaecologist, United Kingdom di samping menyelia dua orang pelajar MSc.

    Skop penyelidikan utama Profesor Dr. Mohd. Shukri ialah dalam bidang kesihatan wanita, khasnya endometriosis dan onkologi. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 penerbitan ilmiah dan kertas kerja serta beberapa buah CD dan buku rujukan akademik untuk kegunaan pelajar perubatan dan pegawai perubatan. Sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam akademik, Profesor Dr. Mohd. Shukri sering dijemput sebagai profesor pelawat kepada beberapa universiti tempatan dan kerap dilantik menjadi penilai dan pemeriksa luar bagi peperiksaan dalam bidang O&G. Beliau merupakan ahli perwakilan Malaysia kepada Royal College of Obstetricians and Gynaecologist, United Kingdom. Di atas sumbangan beliau dalam kemajuan sains, terutamanya bidang O&G, Profesor Dr. Mohd. Shukri dianugerahkan status fellow oleh Royal College of Obstetricians and Gynaecologist, United Kingdom pada tahun 2003. Walaupun sibuk dengan tugas yang banyak, Profesor Dr. Mohd. Shukri masih sempat bergiat aktif dalam persatuan dan badan sukalela. Beliau adalah Pengerusi Persatuan Perancang Keluarga Negeri Kelantan, AJK Teknikal Penyelidikan kematian ibu peringkat negeri serta AJK Biro Kawalan Ubat Negara. Atas peranan dan jasa yang besar kepada negara, pada tahun 2001 Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan, baginda telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan (Paduka), PSK kepada Profesor Dr. Mohd. Shukri. Kini, beliau masih merupakan antara tulang belakang penting di Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan.

    Disediakan oleh :

    En Eh Nem a/l Cha Eak

    SEGMEN PERSONALITI

    KAMPUS 12

  • KENAL DIRI MELALUI RASA HATI

    Terpapar di muka bumi ini, terlindung seribu karenah Beberapa warna bergelar manusia, beraneka gaya Nama manusia indah dikaji, mengharungi suasana

    Pastinya belum siapa dapat memahami kehendaknya Hanya kenal diri, melalui rasa hati

    Diam dan tak bersuara penuh misteri

    Yang tak pernah bersuara memecil diri Tidak bererti dangkalnya ilmu dalam jiwa

    Seperti ubi, diam-diam berisi

    Bijak dan mahir beralunan kata Pujangga kata mempesona rasa

    Baik dan buruk hilang ke mana, walhal kata-kata semuanya dusta Namun kedustaan itu disanjung jua

    Ke mana maruah kita sebagai manusia

    Bijak dan mahir beralunan kata Tidak semestinya tinggi ilmu yang dibawa

    Seperti gendang kosong, paluan tiada Kelentong sana, kelentong sini kononnya hebat sepanjang masa

    Sinar kaca, sinar intan lain cahayanya

    Yang bijak menilai hanya fikiran dan kebijaksanaan Walau segulung ijazah sebagai sandaran kehebatan rasa

    Hanya budi pekerti lambang keindahan bicara

    Yang hanyut selalu dipuji Keterampilan diri mengangkat nafsu hati

    Resmi ayam selalu dibawa ke mana-mana Bertelur sebiji, riuh sekampung empunya nama

    Kesedaran itu ada kebenaran

    Tidak terlintas sebarang sanjungan Resmi penyu jadi ikutan

    Telur beratus, tidak gembar-gembur untuk mendapat pujian

    Yang tahu mengeji itulah sikap azali Sebenarnya dalam jiwa seribu iri hati

    Atau belum sedar akan kekurangan diri Seolah-olah dia sahaja yang boleh dipercayai

    Yang gemar memberi nasihat

    Perangai sendiri masih berkarat Seolah-olah seribu kepuraan sedang menanti

    Usah menjadi lebai ketayap Sikap diri sentiasa menganggap orang lain hipokrit

    Sudahkah kita menilai diri ini Yang nyata kita semua tiada sempurna di alam ini.

    Nukilan : Tman

    UKIDS(A, 19 Mac 2009

    MASIHKAH KITA INGAT ? Sejak lama dulu Tika Adam dan Hawa dicipta Menghuni alam dunia Masihkah kita ingat Untuk apa kita semua dicipta Apa pula tujuan dan matlamatnya Ke mana pula akhirnya Sejak kita semua berada di sini Tika umur muda remaja Meningkat dewasa, meniti usia Seterusnya Masihkah kita ingat Apa tanggungjawab besar kita Apa tuntutan utama kehidupan kita Berhibur, beribadat bersama semata Telah amat pastikah kita Tika kita tiba ke puncak usia Nafsukah semakin membara Ilmukah yang memenuhi dada Amalan baikkah memenuhi dana Atau bagaimana ? Insan beriman dan bertaqwa Beramal penuh redha Masihkah kita ingat Hayat kita akan berakhir Amalan kita akan dihisab Baik dibalas syurga Buruk dibalasi neraka Pilih sendiri, ke mana kita ? Ketahuilah Allah tetap adil Dulu, kini dan selamanya Kepada semua makhluknya.

    Hamas

    Terimalah pasangan atau rakan-rakan anda seadanya.

    Kelebihannya disyu-kuri, kekurangannya diredhai….renung-

    renungkanlah. (Mama Twinz)

    Timbang Di sebuah Mall yang sesak

    dengan pengunjung, ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan mem-bayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang ramai. Setelah memasukkan wang RM 1.00, mesin komputer menjawab : “47kg !”. Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin computer menjawab : “52kg !”. Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan mon-tel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00…mesin komputer mengeluarkan jawapan : “Tolong naik sorang-sorang…jangan ramai-ramai !” Staf (UPDK)

    Pejabat Am

    KARYA STAF 13

  • A Matter Of Love When I‟m alone, tomorrow feels far away And I must go over still, into the darkness of dawn If I try to play it straight, no doubt it will fail And tonight it won‟t go well between us again You can‟t see all of my hard efforts, Because they only results Is that it makes no sense, it really is a „tightrope” More efforts, more damage – this is my daily life Taking a cynical attitude may give me some comfort Hiding myself, hated and irritated living only a short time When I‟m alone, tomorrow feels far away And I must go over still, into the darkness of dawn If I let my emotions free My dream will once again will not go well I think the balance sheet of my life is imperfect If I add up the plusses and minuses, will it really equal zero ? I want to control all my luck That may be used up before my life is ended You don‟t know – you can change logic at your will I hurt myself because of you, over and over But my love didn‟t go away – it kept coming back The toughness gained from my damage is unbelievable I won‟t be able to sleep at all tonight either However many times it‟s repeated It revives again and again – because its love You can‟t blame my emotions Because you should know it will never fade away When I‟m alone, tomorrow feels far away And ever though I‟m darkness of dawn, I have to go I don‟t care about bad affinity Ever if our love is not doing well Nevertheless we have deep ties Oleh ; MNCR

    Pantun Enam Kerat Anak rusa terputus ekor Tempang pula si anak kerbau Kejar mengejar di dalam taman

    Sila beratur mengambil nombor Dapat ubat janganlah risau Sabar itu separuh iman

    Pantun Empat Kerat Enak sungguh ulam pegaga Dari dulu digemari raja

    Hati kawan harus dijaga Baru aman di tempat kerja

    Oleh ; Eh Nem Cha Eak

    Aduhai bunga Aduhai Bunga-Bunga Islam… Andalah yang bernama Al-mar‟ah dan kalau dijamaknya menjadi An-Nisa, nama sebuah surah dalam A-Quran. Demikian penting anda dalam agama, anda telah didudukkan pada posisi yang sejajar dengan lelaki. Sebagaimana lelaki, anda juga adalah makhluk Allah yang sempurna yang dijadikan untuk menjadi khalifah di bumi ini. Anda diibaratkan sebagai tiang negara, apabila anda baik, baiklah negara dan kalau anda rosak, rosaklah negara. Anda juga memainkan peranan yang penting dalam institusi kekeluargaan. Jika anda belum berumahtangga, andalah bunga yang menghiasi rumahtangga kepada kedua ibubapa anda. Jika anda telahpun bergelar ibu, andalah orang yang paling bermakna bagi anak-anak. Andalah seba-gai pendidik kepada mereka, andalah sebagai orang kanan rumahtangga dan andalah yang bergelar isteri. Sebagai ibu, anda menepati kedudukan teratas. Hal ini tercermin dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud “Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu”. Firman Allah tentang kemuliaan ibu ini terdapat dalam Surah Lu-qman ayat 15, bermaksud ; “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu, hanya kepada-Ku lah kem-balimu.” Peranan anda yang lain ialah sebagai pembentuk masa depan. Siapa pun yang anda asuh, baik dalam konteks anda sendiri bergelar gadis, ataupun sebagai ibu, atau sebagai pemimpin di pejabat atau sebagai seorang isteri di sisi suami yang dikasihi. Anda juga berperanan penting dalam masyarakat. Banyak ayat dalam Al-Quran yang menyebut bahawa Islam memberi kebebasan kepada wanita untuk aktif di tengah masyarakat sesuai dengan kudrat dan kemampu-annya sebagai wanita. “Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik dia lelaki mahupun perempuan sedang dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak teraniaya walau sedikitpun. (An-Nisa: 124) Wahai anda, ketahuilah panggilan wanita yang anda sandang ini adalah suatu kemuliaan yang tinggi martabatnya, dan peranan yang perlu anda mainkan di muka bumi Allah S.w.t ini turut besar dan penting. Jika tidak, tidaklah makhluk kedua yang Allah S.w.t jadikan di sisi Nabi Adam a.s ber-gelar Hawa, sejenis dengan anda. Anda adalah bunga, harum mewangi. “Jadilah mawar berduri harum wanginya, jangan jadi seperti orkid yang hanya lawa tapi tiada keharumannya….

    Tuti

    Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan

    ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan

    pakaiannya. (Hamka)

    KARYA STAF

    14

  • PERKEMBANGAN TERKINI

    DI JABATAN FARMASI

    April 2009 merupakan tarikh pelantikan baru, kenaikan pangkat dan pertukaran beberapa orang staf sokongan Jabatan Farmasi dalam gred C27, N27, N22 dan N17. Mereka yang terlibat ialah:-

    Kakitangan yang baru menjadi ahli keluarga Jabatan Farmasi

    Kakitangan yang bertukar ke jabatan/unit lain

    Majalah Farmedia mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat dan diharapkan tuan-tuan dan puan-puan melipat gandakan lagi komitmen terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan. Kita berada di universiti yang diiktiraf kecemerlangannya. Oleh itu, kekalkanlah status kecemerlangan tersebut sebagai universiti APEX.

    En. Rozaimie bin Mohamad

    Penolong Pegawai Sains C27

    UPDT

    Dari USM Pulau Pinang (induk)

    Pn. Wan Mekti binti Wan Yusoff

    Penolong Pegawai Tadbir N27 UPDK

    Kenaikan pangkat dari Perpustakaan

    Hamdan Tahir

    Pembantu Tadbir N22

    En. Ahmad bin Ibrahim

    UKIDS (U)

    Pertukaran tempat bertugas

    En. Shaimi bin Ab Kadir

    Pembantu Tadbir N17

    UKIDS (A)

    Dari Universiti Kebangsaan

    Malaysia

    Cik Noor Zatil Aqmar bt

    Zakaria

    Pembantu Tadbir N17

    UKIDS (U)

    Pelantikan baru

    Pn. Rohani binti Ibrahim

    Pembantu Tadbir N17

    UPDK

    Pelantikan baru

    Pn. Ghazaida binti Hj. Musa

    Pembantu Tadbir N17

    UKIDS (U)

    Dari Unit Kejuruteraan dan

    Penyelenggaraan, HUSM

    Nama Gred Jabatan/unit Status/

    pertukaran

    En. Azmi bin Salleh Penolong Pegawai tadbir

    (Kanan) N32

    UPDK ke Unit

    Pembangunan Korporat

    HUSM

    Kenaikan pangkat

    En. Mohamad bin Jaafar Pembentu Tadbir P/O

    (Kanan) N22 UKIDS (A) ke UPSM

    Pertukaran tempat bertugas

    En. Mohd. Noor bin Mat Jusoh Pembantu Tadbir (Kanan) N22

    UKIDS (A) ke Jabatan

    Pendaftar (Sementara di PPSF)

    Kenaikan pangkat

    Pn. Hasniah binti Hussain Pembantu Tadbir (Kanan) N22

    UPDK ke Unit Rekod

    Perubatan, HUSM Kenaikan pangkat

    En. Zahari bin Mohamad Pembantu Tadbir N17 Unit Keselamatan,

    HUSM

    Pertukaran tempat bertugas