kaduk ayam dan raja

4
Kaduk , Ayam dan Raja 1. 2. Pengarang memperkenalkan Kaduk yang diejek dari zaman ke zaman. Dia diejek kerana ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai Raja itu sanggup merampas dan menipu rakyat miskin. Tetapi tindakan raja dikatakan tidak pernah dimarah Selepas tanah Kaduk diambil oleh Raja, keluarganya (isteri dan seorang anak lelaki) hidup merempat dan menumpang di atas Hassan, anak Kaduk hidup pada zaman merdeka. Cucunya Hakim lulusan universiti. Dia sedar tentang Hakim berbincang dengan sahabat baiknya, Azam, lulusan jurusan undang-undang. Mereka mula mengatur strategi Hakim memfailkan saman menuntut hak milik tanah Kaduk. Dia melantik Azam Di mahkamah, Azam mengatakan bahawa Kaduk menyerahkan ayamnya kepada Raja tanpa rela kerana tidak mahu dituduh sebagai penderhaka. Tambahan lagi, tiada bukti yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si Kunani menang dalam persabungan, bererti Pak Akhirnya, tanah Pak Kaduk yang dirampas dikembalikan kepada Hakim (4 ekar tanah di hujung kampung dan di tepi belukar). Hakim bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan yang penting, dia dapat membersihkan nama dan menebus Hakim juga pernah bergurau bahawa dia ingin mendirikan sebuah memorial yang bernama Memorial Pak Kaduk. Dia ingin memberi pengingatan kepada semua orang Melayu agar berhati-hati Niat Hakim tidak menjadi kerana tanah kampung tersebut ialah tanah pertanian. Lagipun tidak ada pelancong

Upload: kristen-tee

Post on 16-Jan-2016

111 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kaduk

TRANSCRIPT

Page 1: Kaduk Ayam Dan Raja

Kaduk , Ayam dan Raja

1.

2.

Pengarang memperkenalkan Kaduk yang diejek dari zaman ke zaman.

Dia diejek kerana ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai akibat bertukar ayam dengan raja.

Raja itu sanggup merampas dan menipu rakyat miskin. Tetapi tindakan raja dikatakan tidak pernah dimarah oleh sesiapa.

Selepas tanah Kaduk diambil oleh Raja, keluarganya (isteri dan seorang anak lelaki) hidup merempat dan menumpang di atas tanah yang sebenarnya tanah sendiri.

Hassan, anak Kaduk hidup pada zaman merdeka. Cucunya Hakim lulusan universiti.

Dia sedar tentang ketidakadilan yang berlaku disekelilingnya.

Hakim berbincang dengan sahabat baiknya, Azam, lulusan jurusan undang-undang.

Mereka mula mengatur strategi untuk menuntut hak yang dirampas.

Hakim memfailkan saman menuntut hak milik tanah Kaduk. Dia melantik Azam sebagai peguamnya.

Di mahkamah, Azam mengatakan bahawa Kaduk menyerahkan ayamnya kepada Raja tanpa rela kerana tidak mahu dituduh sebagai penderhaka. Tambahan lagi, tiada bukti yang mengesahkan pertukaran ayam itu.

Jadi, apabila Si Kunani menang dalam persabungan, bererti Pak Kaduklah yang menang dan sepatutnya menerima hadiah kemenangan itu.

Akhirnya, tanah Pak Kaduk yang dirampas dikembalikan kepada Hakim (4 ekar tanah di hujung kampung dan di tepi belukar).

Hakim bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan yang penting, dia dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya yang bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

Hakim juga pernah bergurau bahawa dia ingin mendirikan sebuah memorial yang bernama Memorial Pak Kaduk. Dia ingin memberi pengingatan kepada semua orang Melayu agar berhati-hati dengan tanah mereka supaya tidak terlepas ke tangan orang lain.

Niat Hakim tidak menjadi kerana tanah kampung tersebut ialah tanah pertanian. Lagipun tidak ada pelancong yang akan ke sana.

Page 2: Kaduk Ayam Dan Raja

3.

4.

5.

Akhirnya, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar, iaitu Global Chicken yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA.

Hakim berbuat demikian kerana menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat di negara ini aktif dalam bidang pertanian. Banyak faedah yang akan disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru.

Hakim berharap kejayaannya nanti akan menjadi contoh teladan kepada seketurunan dengannya yang mendapat kelebihan daripada Dasar Ekonomi Baru.

Hakim memulakan kerja dengan menebang pokok dan meratakan tanah. Berlori-lori tanah diangkut untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu. Wang simpanannya hampir habis di situ.

Dia ingin membina reban ayam tertutup dengan sistem penyaman udara dan peralatan memberi makanan semiautomatik yang melebihi 200 ribu ringgit.

Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut dengan syarat tanah Pak Kaduk yang baru ditebusnya dijadikan sebagai cagaran.

Hakim berjaya menandatangani kontrak dengan pihak RAJA.

Azman pula ke luar negara selama 10 bulan untuk mengikuti kursus.

Segenap setahun, Azman berjumpa dengan Hakim.

Hakim meluahkan masalahnya kepada Azam.

Antara masalah yang dihadapai:b. rungutan orang kampung

terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk dan buruk kerana jalan tersebut tidak berturap dan becak pada musim hujan. Tambahan lagi, lorinya tersangkut dalam selut lumpur ketika hujan.

a. Hakim banyak berhutang dengan Syarikat RAJA.Hasil jualannya ialah RM85000 tetapi RM13000 sahaja yang diterima kerana RM72000 terpaksa digunakan untuk membayar syarikat RAJA yang membekalkan anak-anak ayam, dedak dan ubat-ubatan.

Daripada RM13000, dia terpaksa membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, bil elektrik ,bil air yang tinggi dan kos penyelenggaraan yang lain.

Page 3: Kaduk Ayam Dan Raja

6.

7.

Tema: Kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contohnya, Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Persoalan:1. Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contohnya, Hakim berani menuntut tanah milik

datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.

2. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah. Sebagai contohnya, Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

Hakim berasa kesal kerana memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku.

Hakim mula menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat.

Azam menasihati Hakim agar berurusan dengan Jabatan Haiwan untuk mengelakkan penternak kecil daripada terus terperangkap dengan permainan syarikat besar.

Azam bersimpati dengan nasib malang Hakim. Masalahnya akan bertambah rumit jika hasil pengeluaran ayamnya berkurang.

Tindakan bank yang merampas tanah pusaka disamakan dengan tindakan raja yang merampas tanah datuknya dahulu.

Hakim terpaksa meneruskan usaha menternak ayam. Kegagalannya melunaskan hutang bank akan menyebabkan tanah pusakanya dirampas.

Banyak persamaan antara dia dengan datuknya, iaitu sama-sama membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah.

Yang membezakan mereka adalah dari segi nama dan juga jarak masa. Pada zaman ini, raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi negara, orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka. Menurut Hakim, mereka tetap Kaduk dan orang yang berkuasa tetap raja.

Page 4: Kaduk Ayam Dan Raja

3. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai contohnya, syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.

4. Persoalan halangan yang perlu ditempuh dalam dunia perniagan. Sebagai contohnya, Hakim terpaks berhadapan dengan syarikat besar yang membekalkan dan menentukan harga barangan ternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.

5. Persoalan kesusahan masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian. Sebagai contohnya, Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati penduduk kampung dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang pertanian.

6. Persoalan usaha membersihkan nama dan maruah keluarga. Sebagai contohnya, Hakim berusaha membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja tanp kerelaan.