majlis raja-raja dan peranan ydpa

17
Muhammad Nazeril Bin Annuar A137690 Tajuk Esei Huraikan Fungsi Majlis Raja- Raja dan Yang di-Pertuan Agong

Upload: muhammad-annuar

Post on 30-Jun-2015

5.404 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Muhammad Nazeril Bin AnnuarA137690

Tajuk EseiHuraikan Fungsi Majlis Raja-Raja

dan Yang di-Pertuan Agong

Page 2: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

PengenalanSejarah kesultanan Melayu Melaka merupakan asas kepada kesultanan-kesultanan yang wujud pada masa dahulu hingga kini.Pewujudan Sebuah Negara bangsa yang berdaulatpada 31 Ogos 1957,membuktikan bahawa negara merupakan sebuah negara yang bebas daripada pihak penjajah.Mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan kuasa sebenar telah diberikan kepada rakyat.

Page 3: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Majlis Raja-Raja• Secara Rasmi telah ditubuhkan pada tahun 1948 apabila

persekutuan tanah Melayu wujud.  Sebelum Persekutuan wujud, sembilan Negeri-negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat (British Straits Settlements) telah ditadbir sebagai Malayan Union di bawah pemerintah tertinggi seorang Gabenor British, iaitu antara 1946 hingga 1948. Singapura yang juga adalah sebuah Negeri Selat telah dipisahkan sebagai Tanah Jajahan British (British Crown Colony).

Page 4: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

•  Penubuhan Majlis Raja-raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.Antara yang terkandung ialah :

• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan Jadual Ketiga.

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

• Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.

• Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42.

Page 5: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

• Majlis Raja-raja juga boleh menimbangkan hal-hal yang berkaitan dengan Dasar negara dan yang lain apa yang dikira patut.Apabila menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar negara Yang di-pertuan Agong hendaklah disertai bersama YAB Perdana Menteri dan Raja-raja yang lain dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri mereka.

• Tiada undang-undang yang boleh menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebesaran Raja-raja dan undang-undang tersebut tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-raja.

Page 6: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

• Majlis Raja-raja juga berperanan melindungi hak keistimewaan orang Melayu dalam perkara 153,disamping bumiputera dan kaum-kaum lain.

Majlis Raja-raja juga melantik:• Seorang wakil untuk menganggotai Majlis

Angkatan Tentera, menurut Perkara 137 Perlembagaan.

• Seorang wakil sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa & Pustaka.

Page 7: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Kuasa Budi Bicara MRR• Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya

atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan.• Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh

Perlembagaan.• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang

yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu Negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja.

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan.

• Pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182 atau

• Pemberi ampun, replief dan respite atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

Page 8: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Fungsi dan Bidang Kuasa YDPA• Perkara 32 dalam perlembagaan telah

menetapkan kedudukan YDPA dan Raja Permaisuri Agong.

Bidang Kuasa YDPA

• AGAMA

• Ketenteraan

• Undang-Undang

• Pentadbiran dan Perlantikan

• Pengisytiharan Darurat

Page 9: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Agama

• Ketua agama islam di negeri baginda sendiri• Ketua agama islam bagi negeri-negeri yang

tidak mempunyai Raja/Sultan iaitu di Wilayah-wilayah persekutuan,Melaka,Pulau Pinang,Sabah, dan Sarawak.

Page 10: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Ketenteraan

• YDPA merupakan pemerintah tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia.

• Baginda bertanggungjawab dalam bidang kuasa Am mengenai tatatertib dan pentadbiran Angkatan Tentera serta lain-lain mengenainya melainkan perkara bersangkutan dengan gerakan tentera.

Page 11: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Undang-Undang• YDPA mempunyai kuasa untuk memperkenan atau sebaliknya, sesuatu Rang

Undang-undang, setelah melalui proses pembentangan di kedua-dua dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negera).

• Fasal 8, Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1994 menjelaskan kedudukan baginda untuk digunapakai adalah mengikut (4A) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas Rang Undang-undang itu dikemukakan kepada baginda seterusnya memperkenan Rang Undang-undang itu dengan menyebabkan Rang Undang-undang itu dicopkan dengan Mohor Besar.

• (4A) Jika sesuatu Rang Undang-undang tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya.

Page 12: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Pentadbiran dan Perlantikan• YDPA dengan nasihat Perdana Menteri melantik Menteri-menteri,Timbalan-

timbalan menteri daripada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara kedua-dua lantikan ini boleh dibatalkan oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri. Sebelum Menteri-menteri atau Timbalan Menteri menjalankan tugas, mereka hendaklah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan YDPA.

• YDPA juga melantik Peguam Negara dan Panglima Angkatan Tentera. Perlantikan bagi jawatan-jawatan ini dilakukan atas nasihat yang ditentukan oleh Perlembagaan.

• Jawatan-Jawatan lain yang dilantik oleh YDPA atas nasihat adalah seperti :-Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya-Ahli-ahli Suruhanjaya Polis-Ahli dalam Majlis Angkatan Bersenjata dan lain-lain.• YDPA juga boleh menetapkan beberapa jawatan sebagai jawatan-jawatan khas

termasuklah Ketua-ketua Jabatan dan Timbalan Ketua-ketua Jabatan. Tetapi baginda melantik seseorang ke jawatan-jawatan ini atas sokongan Suruhanjaya yang berkenaan.

Page 13: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Pengisytiharan Darurat

• YDPA boleh mengisytiharkan darurat atas nasihat Perdana Menteri jika mengancam keselamatan,politik dan ekonomi negara.

• Apabila pengisytiharan darurat dibuat dan Parlimen tidak dapat bersidang,YDPA boleh memanggil Parlimen untuk bersidang dengan secepat mungkin.

Page 14: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

YDPA boleh bertindak mengikut budi bicara dalam 3 perkara

Melantik seorang PM Tidak mempersetujui pembubaran Parlimen Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja

Melantik seorang PM

• YDPA dalam melantik Jemaah Menteri hendaklah terlebih dahulu melantik terlebih dahulu seorang Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah itu. Ahli Dewan Rakyat yang dilantik menjadi Perdana Menteri ialah yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu. Menurut amalan, ini bererti orang yang dilantik itu ialah pemimpin atau ketua sesuatu parti politik atau persekutuan parti-parti politik yang mendapat kelebihan kerusi dalam Dewan Rakyat.

• Jika kebetulan tidak ada satu parti politik pun yang mempunyai kelebihan besar jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat, kemungkinan yang terbuka ialah pembentukan kerajaan campuran dan terletaklah kepada kebijaksanaan baginda memilih Perdana Menteri yang boleh mengendalikan Jemaah Menteri campuran. YDPA hendaklah berunding dengan pemimpin-pemimpin parti untuk mendapatkan keterangan-keterangan dan memerhati sikap mereka untuk membolehkan baginda memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dapat membentuk kerajaan campuran.

Page 15: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Tidak mempersetujui pembubaran Parlimen

• YDPA menurut budi bicaranya boleh menahan persetujuan atas permintaan untuk membubarkan parlimen.Perkara ini boleh berlaku disebabkan PM tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli dewan rakyat dan YDPA tidak memperkenankan permintaan PM untuk membubarkan parlimen.

Page 16: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja

• YDPA juga menentukan bila mesyuarat MRR akan diadakan bagi hal-hal yang berkaitan dengan keistimewaan,kedudukan,kemulian dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Page 17: MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA

Kesimpulan

• Secara keseluruhannya fungsi Majlis Raja-raja dan YDPA mempunyai peranannya yang penting dalam hal-hal yang berkaitan dengan negara.Kebanyakan negara-negara yang ada diseluruh dunia yang pada masa dahulu mempunyai Sultan atau raja kini lenyap institusi beraja itu dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghargai dan berbangga kerana masih mempunyai Sultan atau Raja yang dilihat sebagai simbol perpaduan didalam negara.