kad kreatif hari malaysia

3
Kad Kreatif Hari Malaysia Pendahuluan Pada 9hb September 2014 iaitu bersamaan dengan hari Selasa, saya telah menyertai satu aktiviti pembuatan kad kreatif. Aktiviti ini telah disertai oleh semua pelajar kelas 4B. Aktiviti dijalankan sempena sambutan Hari Malaysia. Di kesempatan ini, saya serta rakan yang lain mengambil keputusan untuk membuat sekeping kad ucapan sebagai tanda cinta akan Negara dan berbangga menjadi anak Malaysia. Penganjur Aktiviti ini dianjurkan oleh panitia Pendidikan Moral dan diselia sepenuhnya oleh guru Pendidikan Moral saya iaitu Cikgu Norazida Azni. Matlamat Aktiviti ini bermatlamat untuk menanam sikap cinta akan Negara dalam kalangan pelajar dan menghargai kemerdekaan yang dinikmati serta bangga menjadi anak Malaysia. Di samping itu, aktiviti ini juga bermatlamat untuk memupuk semangat kerja sama di antara ahli kumpulan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara sahabat handai. Aktiviti ini juga dapat member satu pengalaman baru kepada saya bagaimana untuk mengekspresiman semangat cinta akan tanah air melalui seni. Objektif Perjalanan projek Masa Aktiviti 10.50 – 11.00 pagi Guru mata pelajaran mengambil kehadiran semua pelajar 11.00-11.05 pagi Guru mata pelajaran menerangkan tugasan kepada pelajar 11.05 -11.50 pagi Pelajar menghasilkan kad kreatif Hari Malaysia

Upload: azida-alzahari

Post on 18-Dec-2015

262 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

laporan kerja pendidikan moral ting 4

TRANSCRIPT

Kad Kreatif Hari MalaysiaPendahuluanPada 9hb September 2014 iaitu bersamaan dengan hari Selasa, saya telah menyertai satu aktiviti pembuatan kad kreatif. Aktiviti ini telah disertai oleh semua pelajar kelas 4B. Aktiviti dijalankan sempena sambutan Hari Malaysia. Di kesempatan ini, saya serta rakan yang lain mengambil keputusan untuk membuat sekeping kad ucapan sebagai tanda cinta akan Negara dan berbangga menjadi anak Malaysia.

Penganjur Aktiviti ini dianjurkan oleh panitia Pendidikan Moral dan diselia sepenuhnya oleh guru Pendidikan Moral saya iaitu Cikgu Norazida Azni.

MatlamatAktiviti ini bermatlamat untuk menanam sikap cinta akan Negara dalam kalangan pelajar dan menghargai kemerdekaan yang dinikmati serta bangga menjadi anak Malaysia. Di samping itu, aktiviti ini juga bermatlamat untuk memupuk semangat kerja sama di antara ahli kumpulan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara sahabat handai. Aktiviti ini juga dapat member satu pengalaman baru kepada saya bagaimana untuk mengekspresiman semangat cinta akan tanah air melalui seni.

ObjektifPerjalanan projekMasaAktiviti

10.50 11.00 pagiGuru mata pelajaran mengambil kehadiran semua pelajar

11.00-11.05 pagi Guru mata pelajaran menerangkan tugasan kepada pelajar

11.05 -11.50 pagiPelajar menghasilkan kad kreatif Hari Malaysia

11.50 12.00 tengahari Pelajar mengemaskan peralatan dan kawasan sekitar aktiviti.

Aktiviti tamat

Peranan dan penglibatanSaya telah menyumbang tenaga sepenuhnya dalam aktiviti penghasilan kad kreatif Hari Malaysia. Saya juga turut menyumbang idea bagi memastikan kad yang dihasilkan menarik dan kreatif. Saya juga memaksimumkan masa yang diberi agar dapat menyiapkan kad dalam masa yang ditetapkan. Ini sekaligus menanam sikap tanggung jawab dalam diri saya. Melalui aktiviti ini, saya juga mengamalkan sikap kerajinan dan saling bekerjasama bagi memastikan hasil yang diperolehi berkualiti. Sikap toleransi diantara rakan juga wujud bagi memastikan penghasilan kad berjalan lancar.Ketika aktiviti dijalankan, apabila rakan saya menghadapi masalah contohnya kekurangan peralatan, sikap prihatin dapat disemai dalam diri saya. Contohnya saya membantu rakan saya dengan berkongsi peralatan. Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekangan masa kerana tidak menyiapkan kad dalam masa yang ditetapkan tetapi kami berjaya mengawal keadaan dengan meminta lanjutan masa daripada Cikgu Norazida untuk menghantar kad pada hari lain.Kesan yang diperolehAntara kesan yang diperoleh melalui aktiviti ialah saya dapat menunjukkan rasa cinta akan Negara melalui pelbagai cara. Selain itu, dapat menimbulkan keinsafan dalam diri saya bahawa pengorbanan pejuang kemerdekaan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Di samping itu, dapat menimbulkan kesedaran kepada saya agar belajar dengan lebih bersungguh- sungguh supaya dapat memajukan Negara melalui kepakaran saya nanti serta mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi melalui pengetahuan saya. Segala pengalaman yang pernah dialami oleh rakyat sebelum kemerdekaan akan dijadikan iktibar untuk terus berjuang mempertahankan kemerdekaan. Saya juga perlu lebih rajin serta berusaha dalam melakukan sebarang perkara dan semangat cinta akan Negara semakin menebal dalam hati saya.KomenSaya merasakan aktiviti yang dilaksanakan ini amat baik sebagai cara kepada pelajar untuk menghargai jasa dan pengorbanan tokoh- tokoh dan pejuang kemerdekaan . Selain itu saya juga mendapat lebih banyak maklumat tentang pembentukan gagasan Malaysia hingga ke hari ini. Aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja boleh diadakan sempena sambutan Hari Malaysia tetapi boleh diadakan sepanjang tahun kerana jasa pejuang kemerdekaan ini sangat besar dan tidak ternilai. Cadangan saya pada masa akan datang supaya aktiviti ini menjadi tradisi kepada pelajar sebagai medium untuk menunjukkan semangat cintakan Negara dan perancangan aktiviti perlulah dilakukuan serta mendapat kerjasama daripada semua pihak untuk melancarkan perjalanan aktiviti.