kabadi

4
Kumpulan Permainan Kabbadi 1. Mohd Firdaus Bin Salamat 2. Nur Farah Ainee Binti Md Tawal 3. Rajeswary a/p Kumar 4. Subashini a/p Ponnuthurai 5. Peichayee a/p Pandeyan 1.0 SEJARAH DAN PENGENALAN Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari Negara India. Menurut Bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Permainan Kabaddi juga dikenali dengan nama Hadudu di kalangan orang Bangladesh. Pada awalnya Kabaddi dimainkan oleh penduduk yang tinggal di desa-desa India, ia merupakan permainan rakyat jelata. Permainan kabaddi ini memainkan peranan yang penting sebagai alat perpaduan antara rakyat. Kabaddi merupakan suatu permainan yang diperkenalkan sejak 4000 tahun dahulu bagi menolong askar-askar India memperkembangkan skil mempertahankan diri. Ia merupakan satu sukan “team contact” yang bermula di Tamil Nadu, India. Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, Jepun dan Iran. Kabaddi juga merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia. Kabaddi didedahkan kepada dunia antarabangsa pada tahun 1936 di Sukan Olimpik Berlin. Ia didemonstrasikan oleh Hanuman Vyayam Prasarak Mandal, Amaravati dan Maharashtra. Pada tahun 1938 pula, Kabaddi diperkenalkan di Sukan Olimpik India, Calcutta. Kabaddi pertama kali diperkenalkan dalam Sukan Asia Beijing, 1990. Pencapaian India cemerlang dengan mencapai

Upload: aping-firdaus

Post on 05-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kabbadi

TRANSCRIPT

Page 1: Kabadi

Kumpulan Permainan Kabbadi

1. Mohd Firdaus Bin Salamat2. Nur Farah Ainee Binti Md Tawal3. Rajeswary a/p Kumar4. Subashini a/p Ponnuthurai5. Peichayee a/p Pandeyan

1.0 SEJARAH DAN PENGENALAN

Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari Negara India. Menurut Bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Permainan Kabaddi juga dikenali dengan nama Hadudu di kalangan orang Bangladesh.

Pada awalnya Kabaddi dimainkan oleh penduduk yang tinggal di desa-desa India, ia merupakan permainan rakyat jelata. Permainan kabaddi ini memainkan peranan yang penting sebagai alat perpaduan antara rakyat. Kabaddi merupakan suatu permainan yang diperkenalkan sejak 4000 tahun dahulu bagi menolong askar-askar India memperkembangkan skil mempertahankan diri. Ia merupakan satu sukan “team contact” yang bermula di Tamil Nadu, India.

Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, Jepun dan Iran. Kabaddi juga merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia. Kabaddi didedahkan kepada dunia antarabangsa pada tahun 1936 di Sukan Olimpik Berlin. Ia didemonstrasikan oleh Hanuman Vyayam Prasarak Mandal, Amaravati dan Maharashtra. Pada tahun 1938 pula, Kabaddi diperkenalkan di Sukan Olimpik India, Calcutta.

Kabaddi pertama kali diperkenalkan dalam Sukan Asia Beijing, 1990. Pencapaian India cemerlang dengan mencapai pingat emas dalam Sukan Asia 2006 di Doha. Pada tahun 2010 pula, Kabaddi telah menjadi sukan demonstrasi di Sukan Komanwel di New Delhi.

Page 2: Kabadi

2.0 RASIONAL

Cabaran dalam sukan hari ini memerlukan daya kepimpinan dan kekuatan mental yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kesukanan khususnya dalam permainan kabaddi amat diperlukan dalam sesebuah masyarakat. Kebolehan dan kemampuan bermain kabaddi ini dapat membantu masyarakat khususnya meningkatkan kualiti bersukan dan ketrampilan orang remaja dalam bidang kokurikulum.

Sukan kabaddi merupakan satu sukan penting di semua tempat dalam membantu mewujudkan iklim dan persekitaran yang baik. Oleh itu, pemain-pemain kabaddi harus diberi latihan dan input kemahiran selaras dengan bentuk permainan mereka. Kewajipan untuk melahirkan pemain bertaraf dunia amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak.

3.0 PASUKAN PEMAIN

Permainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain; iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.

4.0 CARA PERMAINAN

Pasukan penyerang akan menghantar seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan. Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain dari pasukan pihak lawan. Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang lain, beliau dikehendaki menyebut ‘kabaddi’ secara berterusan. Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain semasa beliau masih lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut kemudiannya akan kembali semula ke gelanggangnya.

Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan pasukan pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar.

Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat.

Page 3: Kabadi

5.0 PERATURAN AM PERMAINAN

Tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan kabaddi; seorang referee, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang pencatat markah.

Mata dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk menyentuh/menjatuhkan dan kembali ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas.

Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan kecuali jika tindakan itu berlaku atas ‘struggle’.

Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus “lona”.

Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas ketinggian dan berat untuk memastikan keadilan dalam permainan.