documentk2

10
SULIT 3755/2 Perdagangan Kertas 2 May 2015 2 jam UNIT PEPERIKSAAN SMK LUAR BANDAR MIRI CDT 242, 98009 MIRI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 TINGKATAN 5 2015 PERDAGANGAN Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan. 4. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan. Kertas soalan ini mengandungi tujuh halaman bercetak. Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh :

Upload: mohd-fadzli-nazari

Post on 04-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

k2 spm perdagangan

TRANSCRIPT

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan

2SULIT3755/2Perdagangan Kertas 2 May20152 jamUNIT PEPERIKSAAN SMK LUAR BANDAR MIRICDT 242, 98009 MIRI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1TINGKATAN 52015

PERDAGANGANKertas 2Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan.4. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi tujuh halaman bercetak. Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh :______________ _________________ ______________ Mohd Fadzli Nazari Pn. Terot Nyandang En. Atoh ak Lu(Guru mata pelajaran T5) (Guru mata pelajaran T4) (P.K PentadbiranSMKLBM)

[Lihat sebelah]

Bahagian A [75 markah] Jawab tiga soalan sahaja

1 (a) Gambar di bawah berkaitan dengan keperluan manusia

Gambar A: Rumah mewah Gambar B: Pakaian

Bezakan antara gambar A dengan gambar B. [6 markah]

(b)Gambar rajah 1 menunjukkan perkembangan perniagaan Encik Selamat di kawasanpelancongan Kukup, Pontian.

(i) Nyatakan empat ciri keusahawanan yang dimiliki oleh Encik Selamat. [4 markah](ii) Terangkan tiga sumbangan beliau kepada masyarakat. [6 markah]

(c) Gambar 2 menunjukkan sistem pertukaran barang.

Gambar 2i) Nyatakan dua syarat bagi sistem tersebut [2markah]ii) Jelaskan empat kelemahan-kelemahan dalam sistem pertukaran barang yang ditunjukkan di atas. [7 markah]

2. (a) Jelaskan perkaitan antara pengeluaran, perdagangan dan perniagaan. [8 markah]

(b) Syarikat Sukan Yang No. Dokumen : 11860, Jalan Makmur 11, 25200 Kuantan, Pahang.Tel: 09-51438749 Faks: 09-51438752

Syarikat Alif,E-520, Jalan Pantai,Tarikh: 17 Jun 201325260 Kuantan

Dengan akaun yang diakuiUntuk penerimaan dalam tempoh 10 hari

Syarat Angkutan : Angkutan hadapanDiskaun Niaga : 10%Syarat : 5% 7 hari: 2% 10 hariTandatangan, Jacelyn Jacelyn (Pengurus Akaun)

(i) Namakan dokumen tersebut. [1 markah](ii) Jelaskan syarat serahan dalam dokumen di atas. [2 markah](iii) Hitung jumlah diskaun yang diterima sekiranya Syarikat Alif meneruskan pembelian barang tersebut. [4 markah]

(c) Huraikan faktor-faktor pemilihan saluran agihan [6 markah]

(d) Selain kemunculan perniagaan runcit besar-besaran, apakah lagi keadaan yang membawa kepada pengambilalihan fungsi pemborong? [4 markah]

3 (a) Gambar 3 menunjukkan aktiviti perniagaan antarabangsa.

Gambar 3

Mengapakah Malaysia dan Australia perlu menjalankan aktiviti perniagaan tersebut? [6 markah]

(b) Huraikan 2 jenis inden. [4 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Haji Ramli Sdn. Bhd. yang mengeluarkan perabot di Sungai Rambai, Merlimau.Modal : RM1.60 jutaBilangan pekerja: 90 orang pekerjaJualan tahunan 2010: RM18.5 jutaPasaran : Melaka dan Johor

Mengapakah Syarikat Haji Ramli Sdn. Bhd. diklasifikasikan sebagai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) [3 markah]

(d) Jelaskan 3 cara memulakan perniagaan. [6 markah]

(e)Berikut adalah dua jenis pelaburan.

Berikan tiga perbezaan antara kedua-dua jenis pelaburan tersebut [6 markah]

4. (a) Jelaskan tiga peranan pengangkutan kepada peniaga [6 markah]

(b)Gambar menunjukkan sejenis pengangkutan darat.

(i) Nyatakan jenis pengangkutan darat tersebut. [1 markah](ii)Jelaskan kelebihan pengangkutan di 4 (b)(i). [4 markah]

(c)Kenal pasti perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang sesuai digunakan dan berikan dua alasan bagi setiap perkhidmatan yang dipilih oleh pihak berikut:

(i) Sebuah bank perdagangan menyerahkan tugas mencetak dan menghantar penyata bulanan pelanggannya kepada Pos Malaysia Berhad. [3 markah] (ii) Syarikat Pop Ais Krim menerima banyak borang penyertaan setelah melancarkan satu pertandingan teka silang kata peringkat kebangsaan. [3 markah]

(iii) Encik Primus dari Tuaran, Sabah menghantar wang sebanyak RM800 kepadaanaknya yang belajar di Kuala Lumpur. [3 markah]

(d)Dialog berikut adalah antara seorang pengurus dan kerani pentadbiran berkaitan dengan perkhidmatan komunikasi.

Encik Ramesh : Tina, tolong kirimkan carta dan jadual ini ke cawangan kita di Kota Kinabalu.Tina : Baik, tuan. Kiriman ini hendak dihantar dengan segera kah?

Encik Ramesh : Ya, sekarang juga. Pastikan mereka terima seperti salinan asal.

Jelaskan perkhidmatan komunikasi yang akan Tina gunakan. 5 markah]

5. (a)Terangkan tiga ciri sebuah gudang yang baik. [6 markah]

(b) Encik Arash menjalankan perniagaan mengimport kereta dari Jepun. Kereta-kereta tersebut dikenakan cukai import yang tinggi. Beliau menyimpan kereta-keretanya dalam sebuah gudang tetapi tidak boleh mengeluarkannya selagi cukai tidak dijelaskan.

(i) Kenal pasti gudang yang digunakan oleh Encik Arash. [1 markah]

(ii) Jelaskan lima kelebihan gudang tersebut. [5 markah]

(c)Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis promosi yang disiarkan di dalam sebuah majalah fesyen. BATIK LUKIS MALAYSIA DIIKTIRAF DUNlA

Batik keluaran Syarikat Batik Lukis Min telah menerima anugerah emas di pameran tekstil di Paris. Keunikan, keaslian corak dan warna batik telah menambat hati para juri.

(i) Nyatakan jenis promosi tersebut. [1 markah] (ii) Jelaskan empat kelebihan jenis promosi di 5 (b)(i) kepada Syarikat Batik Lukis Min. [4 markah]

(d) Jelaskan empat peranan promosi dalam perniagaan. [4 markah] (e ) Kejayaan pemasaran bergantung kepada keberkesanan campuran pemasaran. Nyatakan empat unsur dalam campuran pemasaran. [4 markah]

Bahagian B[25 markah]Soalan ini wajib dijawab

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:a) i. Nyatakan jenis perniagaan yang dijalankan oleh Agensi Eksport NAJ Sdn. Bhd [1 markah]

ii. Berikan empat kebaikan bagi jenis perniagaan di (a) (i) kepada sebuah negara [4 markah]

b)Jelaskan dua jenis inden yang diterima oleh Agensi NAJ sdn, Bhd dari pengimport di luar negara [6 markah]

c)Mengapakah Agensi Eksport NAJ Sdn. Bhd. membeli kenderaan dengan menggunakan kaedah sewa beli [5 markah]

d)Apakah kebaikan menghantar barang dengan menggunakan kapal terbang [4 markah]e)Nyatakan lima jenis dokumen yang terlibat dalam perniagaan ini [5 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT