02 · 2018-06-17 · infertiliti, endometriosis dan fibroid, serta penyakit kanser yang menyerang...

3
5/25/2018 USM News Portal - PROFESOR DR. NIK HAZLINA RANGKUL ANUGERAH BUKU NEGARA 2018 https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5758-profesor-dr-nik-hazlina-rangkul-anugerah-buku-negara-2018 1/3 KUBANG KERIAN, 30 April 2018 – Pensyarah Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (UPKW), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain terus mengharumkan nama USM apabila dinobatkan sebagai pemenang penulis Buku Perubatan Terbaik bagi Kategori Pengajian Tinggi oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN). Buku yang bertajuk 'Ginekologi' ini menghuraikan satu persatu dengan mendalam tentang anatomi, perubahan fisiologi, endokrinologi dan patologi. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... PROFESOR DR. NIK HAZLINA RANGKUL ANUGERAH BUKU NEGARA 2018 02 MAY

Upload: others

Post on 12-Jan-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 02 · 2018-06-17 · infertiliti, endometriosis dan fibroid, serta penyakit kanser yang menyerang wanita turut dibincangkan. Berkongsi pengalama n tentang penulisan buku, artikel

5/25/2018 USM News Portal - PROFESOR DR. NIK HAZLINA RANGKUL ANUGERAH BUKU NEGARA 2018

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5758-profesor-dr-nik-hazlina-rangkul-anugerah-buku-negara-2018 1/3

KUBANG KERIAN, 30 April 2018 – Pensyarah Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (UPKW), KampusKesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain terus mengharumkannama USM apabila dinobatkan sebagai pemenang penulis Buku Perubatan Terbaik bagi KategoriPengajian Tinggi oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN).

Buku yang bertajuk 'Ginekologi' ini menghuraikan satu persatu dengan mendalam tentang anatomi,perubahan fisiologi, endokrinologi dan patologi.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

PROFESOR DR. NIK HAZLINA RANGKUL ANUGERAHBUKU NEGARA 201802

MAY

Page 2: 02 · 2018-06-17 · infertiliti, endometriosis dan fibroid, serta penyakit kanser yang menyerang wanita turut dibincangkan. Berkongsi pengalama n tentang penulisan buku, artikel

5/25/2018 USM News Portal - PROFESOR DR. NIK HAZLINA RANGKUL ANUGERAH BUKU NEGARA 2018

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5758-profesor-dr-nik-hazlina-rangkul-anugerah-buku-negara-2018 2/3

Selain itu, buku ini menghuraikan masalah yang dialami wanita bermula dari peringkat reproduksisehinggalah ke peringkat pascareproduksi. Perubahan kitaran haid, peringkat awal kehamilan, masalahinfertiliti, endometriosis dan fibroid, serta penyakit kanser yang menyerang wanita turut dibincangkan.

Berkongsi pengalaman tentang penulisan buku, artikel dan jurnal dalam bahasa Melayu, Profesor Dr.Nik Hazlina memberitahu, pencetus inspirasinya ialah pesakit-pesakitnya.

“Merekalah yang menguja dan meningkatkan kesungguhan saya untuk menulis buku sains perubatanuntuk bacaan umum dalam bahasa Melayu. Saya bermula dengan menulis catatan ringkas pada kertastentang masalah dan rawatan pesakit setiap kali saya berjumpa dengan pesakit di hospital. Saya akanmembawa kertas catatan itu setiap kali ada sesi perjumpaan dengan pesakit sehinggakan kertas ituhampir lunyai.

“Ketika itu, tiada buku yang boleh dibaca oleh masyarakat umum, khususnya pesakit saya untukmembantu mereka memahami masalah atau penyakit yang dihidapi,” katanya.

"Harapan saya ialah, dengan memperoleh pengiktirafan sebegini mampu memberikan motivasi kepadarakan-rakan akademik yang lain untuk menerbitkan buku ilmiah berdasarkan kepakaran masing-masing.

"Semoga buku yang diterbitkan ini boleh membantu menyebarkan maklumat kepada masyarakatterutamanya golongan terkebawah dalam memastikan mereka juga tidak ketinggalan dalam aliranmaklumat kesihatan," kata Nik Hazlina.

Anugerah Buku Negara diperkenalkan oleh YPBN bermula tahun 2005 ini diberikan kepada wargapenggerak industri perbukuan negara. YPBN juga berperanan memajukan industri buku dan membinamasyarakat berilmu melalui buku sama ada bercetak atau digital (e-book).

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan/Foto: Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain

Page 3: 02 · 2018-06-17 · infertiliti, endometriosis dan fibroid, serta penyakit kanser yang menyerang wanita turut dibincangkan. Berkongsi pengalama n tentang penulisan buku, artikel

5/25/2018 USM News Portal - PROFESOR DR. NIK HAZLINA RANGKUL ANUGERAH BUKU NEGARA 2018

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5758-profesor-dr-nik-hazlina-rangkul-anugerah-buku-negara-2018 3/3

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015