jwp edu 3104 soalan dr sir

Upload: bieyah

Post on 08-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Jwp Edu 3104 Soalan Dr Sir

    1/4

  • 8/7/2019 Jwp Edu 3104 Soalan Dr Sir

    2/4

    i. Contoh:

    y Seorang murid datang dan memberitahu bahawa dia telah bergaduh

    dengan kawannya semalam. Di sini, guru tidak boleh terus

    memandangkan murid ini sebagai seorang samseng atau kaki gaduh.

    3. Kesejatian (Genuineness)

    a. Seseorang guru hendaklah sentiasa benar dan ikhlas semasa berkomunikasi, iaitu tidak

    berpura-pura dan tidak menunjukkan keinginan menguasai hubungan komunikasi tersebut.

    Keadaan ini hendaklah dikawal dan diamati di dalam kelakuan, pertuturan, dan sikap guru.

    b. Kepercayaan murid akan wujud jika sikap guru selari dengan sikap murid. Oleh itu, guru harus

    berterus-terang dengan murid tanpa membunyikan perasaannya dan bertindak secaar tegas.

    Elakkan sama sekali sikap berpura-pura, membunyikan kenyataan, tidak jujur dan sebagainya.

    c. Carl Rogers berpendapat, sekiranya seorang itu sejati, maka dia akan diterima sebagai seorang

    yang jujur dan benar. Sekiranya perasaan dan kepercayaan ini ada pada muridnya, dia akan

    berasa selamat dan mempercayai kebolehan gurunya. Jika tidak ada sifat-sifat tersebut, muridakan berdalih atau memberi kenyataan yang palsu.

    4. Ketepatan (specify)

    a. Guru hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid, hendaklah tepat dan

    sesuai dengan kebolehan murid. Guru haruslah membantu murid supaya dapat bercerita atau

    mencurahkan isi hatinya tepat dan jelas dengan perkataan-perkataan yang mudah difaham.

    b. Jika murid menggunakan bahasa yang mengelirukan, guru harus memberi perhatian sepenuhnya

    tentang apa yang hendak disampaikan, maka barulah proses komunikasi ini dapat dijalankan

    dengan berkesan.

    Mook Soon Sang (2009) pula berpendapat bahawa daya Penarik dalam hubungan merupakan

    faktor mempengaruhi hubungan guru dan murid. Menurut beliau, untuk membina hubungan interpersonal

    yang baik serta berkesan, seseorang guru harus mempunyai sifat-sifat peribadi yang sabar, sensitif

    kepada keperluan muridnya.

    Antaranya ialah:

    1. Percaya kepada setiap murid.

    2. Komitmen kepada nilai-nilai perseorangan.

    3. Kesedaran terhadap dunia sosial.

    4. Bersifat hati terbuka.

    5. Memahami diri sendiri secara keseluruhan.

    6. Mempunyai komitmen profesional

    7. Amalan budaya penyayang

    Apakah yang dimaksudkan dengan budaya penyayang?

  • 8/7/2019 Jwp Edu 3104 Soalan Dr Sir

    3/4

    Menurut Choong Lean Keow (2009), ia merangkumi dua aspek: bersifat penyayang terhadap

    orang lain; dan menjaga kebajikan dan kepentingan orang lain sebagai pengukhan kepada sifat

    penyayang tersebut.

    Dalam konteks sekolah, semua warga sekolah dikehendaki bersifat penyayang, termasuk pihak

    pentadbir, staf akademik, murid-murid, staf sokongan dan sebagainya. Amalan budaya penyayang

    hendaklah sebati dengan jiwa setiap pihak yang berada dalam kawasan sekolah.

    Secara keseluruhannya, amalan budaya penyayang itu terbentuk apabila ahli-ahli dalam

    sesebuah komuniti itu mengutamakan kebajikan ahli-ahlinya, bersikap dan berkomunikasi secara terbuka

    antara satu sama lain dan jujur semasa berhubungan.

    SOALAN SUBJEKTIF

    1. (b) Antara peranan guru-murid, 2 kepentingan membina hubungan guru-murid.

    Menurut Mook Soon Sang (2009), hubungan positif antara guru dengan murid adalah penting

    untuk menjalin hubungan mesra, demi membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran danpembelajaran. Dengan adanya hubungan positif guru-murid ini, guru dapat menyampaikan muridannya

    dengan berkesan.

    Di samping itu, murid-murid akan rela mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah,

    demi memupuk disiplin arahan kerja dan disiplin arahan kerja dan disiplin dalam kalangan mereka. Maka,

    membina hubungan positif guru-murid merupakan prasyarat untuk mewujudkan iklim penyayang alam

    belajar dan menentukan kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

    Dengan pembentukan iklim penyayang bilik darjah, keberkesanan aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran bukan sahaja dapat dipertingkatkan, tetapi juga masalah disiplin dapat dikurangkan ke

    tahap zero defect.

    Dengan adanya hubungan positif di antara guru dengan murid, bilik darjah akan menjadi alam

    belajar yang menarik, dan seterusnya melahirkan murid yang mencintai ilmu melalui budaya belajar kea

    rah pencapaian prestasi budaya cemerlang.

    Walaubagaimanapun, Choong Lean Keow (2009) mempunya pendapat tersendiri mengenai

    hubungan guru dan murid amat penting dalam bilik darjah atas sebab-sebab yang berikut.

    Pertama, suasana bilik darjah menjadi selesa dan kondusif untuk proses pengajaran dan

    pembelajaran. Mengikut kebiasaan, murid-murid menghabiskan lebih kurang 5 hingga 7 jam setiap hari

    persekolahan bersama dengan guru-guru matamuridan. Guru yang prihatin, mudah didampingi,

    mengambil berat kebajikan murid-murid pasti berjaya mewujudkan persekitaran pembelajran yang positif,

    dan menyeronokkan. Cuba bayangkan bilik darjah di mana guru-guru Bersifat garang, tidak bertolak

    ansur, kurang bertimbangrasa dan sebagainya.

  • 8/7/2019 Jwp Edu 3104 Soalan Dr Sir

    4/4

    Kedua, hubungan guru-murid mempengaruhi pencapaian dan perkembangan murid-murid. Guru

    yang bersifat sebagai ibu atau bapa merupakan ibu bapa gentian kepada murid-murid sepanjang waktu

    persekolahan. Secara tidak langsung, kasih sayang yang ditunjukkan dan nasihat serta bimbingan yang

    diberikan akan merangsang murid-murid untuk berusaha dengan lebih tekun lagi dalam aktiviti-aktiviti

    dalam dan luar bilik darjah.

    Jelaslah bahawa walau apapun alasan berkaitan tentang hubungan guru-murid ini, semuanya

    membawa kepada kebaikan kepada kedua-dua pihak. Hubungan yang dibina dengan baik ini

    memudahkan guru menyampaikan isi pengajaran dan murid pula dapat menerima yang dengan baik.

    Situasi menang-menang ini bukan hanya untuk kebaikan masa yang singkat tetapi berkekalan untuk

    jangka masa yang panjang apabila murid mengamalkan pengajaran guru dalam kehidupannya.