justifikasi pelan bilik darjah

Upload: pak-teh

Post on 05-Apr-2018

346 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah

    1/9

    JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH

    Pelan persekitaran bilik darjah perlu mengambil kira keperluan pengajaran dan pembelajaran yang relevan. Pelan

    tersebut mestilah merangkumi serta mengambil kira aspek fizikal dan psikososial secara menyeluruh. Kumpulan kamitelah membina satu pelan bilik darjah untuk Tahun 3. Berikut merupakan jadual justifikasi pelan bilik darjah tersebut dari

    aspek fizikal dan juga aspek psikososial:

    ASPEK FIZIKAL ASPEK PSIKOSOSIAL

    Meja Guru Meja guru diletakkan di hadapan sebelah kirikelas dan berhampiran dengan murid supaya

    guru dapat memantau dengan mudah dan

    cepat. Kedudukan guru yang berhampiran

    dengan sebilangan besar murid di dalam

    kelas memberikan peluang kepada guru

    untuk berinteraksi dengan murid-murid.

    Kedudukan meja guru yang berada dihadapan akan menyebabkan kontak mata

    antara guru dengan setiap murid lebih

    jelas. Guru boleh memfokuskan

    perhatiannya secara menyeluruh kepada

    setiap murid yang berada di dalam kelas

    tersebut. Jadi, tidak ada murid yang akan

    berasa tersisih.

  • 8/2/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah

    2/9

    Meja Murid Meja murid berbentuk separa U supaya

    murid dapat melihat papan putih di hadapan

    dengan lebih jelas. Pandangan mereka akan

    100% menghadap ke arah hadapan tanpa

    perlu menoleh ke kanan ataupun ke kiri.

    Apabila guru mengajar, murid dapat melihat

    persembahan guru dengan mudah tanpa

    perlu mengalih kerusi atau berdiri. Meja ini

    juga tidak mempunyai bucu yang tajam dan

    dapat mengelakkan sebarang kecederaan.

    Meja murid juga disusun secara berkelompok

    dan berkumpulan. Susunan ini memudahkan

    pengajaran secara berpusatkan murid. Murid

    boleh berinteraksi, berkongsi bahan

    pembelajaran, berbincang dan bertukar-tukar

    pendapat.

    Murid-murid ditempatkan di dalam kumpulan

    mengikut pencapaian mereka. Kumpulan

    hijau ialah untuk murid yang cemerlang,

    kumpulan ungu untuk murid yang sederhana

    Setiap meja mempunyai 3 orang murid

    dan ini bagi memudahkan pembahagian

    kumpulan semasa melakukan sebarang

    tugasan. Susunan meja ini juga

    memudahkan murid untuk bekerjasama

    dan mengelakkan mereka daripada

    membuat bising.

  • 8/2/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah

    3/9

    dan kumpulan biru untuk murid yang lemah.

    Kumpulan biru diletakkan paling hadapan

    dan berhampiran dengan guru supaya guru

    boleh sentiasa memantau mereka. Susunan

    ini juga akan memudahkan guru untuk

    memberi tugasan atau latihan yang selaras

    dengan pencapaian murid.

    Terdapat juga ruang di antara meja murid

    untuk memberikan peluang kepada guru dan

    murid bergerak di dalam kelas dengan

    mudah dan tanpa halangan. Ruang trafik di

    dalam kelas akan menjadi selesa.

    Papan putih Papan putih diletakkan di hadapan dan di

    tengah-tengah kelas supaya semua murid

    dapat melihatnya. Pemilihan penggunaanpapan putih berbanding dengan papan hitam

    ialah kerana papan putih senang untuk

    dibersihkan dan juga bagi mengelakkan

    debu-debu kapur menjejaskan kesihatan

    guru dan murid.

  • 8/2/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah

    4/9

    LCD Projektor LCD Projektor ini dipasang bagi

    memudahkan guru untuk memaparkan

    bahan-bahan pengajaran dan

    pembelajarannya. Ianya hanya perlu

    disambungkan kepada komputer dan

    paparannya sangat jelas dan dapat dilihat

    oleh semua murid di dalam kelas. LCD

    Projektor ini dipasang di atas siling bagi

    mengelakkan murid merosakkannya.

    Papan kenyataan Papan kenyataan ini terletak di bahagian

    hadapan berhampiran dengan meja guru. Ia

    digunakan untuk menampal jadual waktu

    kelas, jadual bertugas, peraturan bilik darjah,

    carta organisasi serta senarai nama murid.

    Papan prestasi Papan ini digunakan untuk menampal hasil

    kerja murid yang terbaik dan juga papan

    markah untuk setiap pencapaian murid.Almari fail dan kerja Almari ini diletakkan berhampiran meja guru

    untuk guru menyimpan fail peribadi murid

    dan juga untuk murid menghantar kerja

    rumah yang diberikan oleh guru mereka.

  • 8/2/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah

    5/9

    Pintu Terdapat dua pintu untuk memudahkan aliran

    masuk dan aliran keluar murid.

    Ruang dinding Ruang dinding dicat dengan warna yang

    ceria. Selain itu, kata-kata hikmat boleh

    ditampal pada dinding.

    Ruang dinding yang dicat dengan warna

    yang ceria akan membangkitkan

    semangat murid untuk belajar dengan

    bersungguh-sungguh kerana persekitaran

    yang selesa.

    Tingkap Tingkap terdapat di sebelah kanak dan kiri

    kelas untuk pengudaraan yang baik dan juga

    udara yang lebih segar.

  • 8/2/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah

    6/9

    Langsir Langsir diletakkan pada tingkap untuk

    menambahkan keceriaan kelas dan juga

    mengelakkan daripada masalah silau.

    Loker pelajar Loker pelajar diletakkan di belakang kelas.

    Tujuan loker ini ialah untuk murid menyimpanbeg dan juga buku-buku mereka. Jadi,

    mereka tidak perlu membawa beg yang berat

    dan buku yang banyak semasa ke kelas.

    Murid juga tidak perlu lagi meletakkan beg

    mereka di atas kerusi dan ini akan

    menyebabkan mereka belajar dalam

    keadaan selesa.

    Sudut SAL (Self Access

    Learning)

    -Rak buku

    -Sofa

    -Info matapelajaran

    Sudut ini ialah sudut pembelajaran kendiri

    dan ianya berkonsepkan pembelajaran

    secara santai. Sudut ini juga boleh digunakan

    untuk aktiviti penggayaan dan pemulihan.

  • 8/2/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah

    7/9

    -Peti permainan

    Sudut Kitar Semula Di sudut ini terdapat tempat untuk

    menyimpan alat-alat pembersihan seperti

    penyapu, penyodok,bulu ayam dan juga tong

    sampah. Terdapat 4 tong sampah yang

    berlainan iaitu tong sampah biru untuk kertas,

    tong sampah perang untuk kaca,tong

    sampah jingga untuk tin dan aluminium dan

  • 8/2/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah

    8/9

    tong sampah hitam untuk sampah lain-lain.

    Sudut Klik Maya Sudut klik maya ialah sudut yang

    mengandungi 4 unit komputer bagi kegunaan

    murid di dalam kelas untuk membolehkan

    mereka mengakses kepada dunia luar dan

    mendapatkan maklumat mengenai

    pembelajaran mereka.

    Lantai Jubin Lantai di dalam kelas dipasang jubin untuk

    menceriakan kelas dan juga bagi

    mengelakkan kecederaan kerana permukaan

    lantai yang terlalu licin jika tidak dipasang

    jubin.

    Kipas

  • 8/2/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah

    9/9

    Lampu

    Landskap Terdapat landskap mini di dalam kelas bagi

    menceriakan dan menenangkan suasana.

    Pokok yang tidak memerlukan penjagaan

    yang rapi seperti pokok kaktus dan juga batu-

    batu kelikir boleh diletakkan untuk membina

    landskap mini ini.