justifikasi bilik sains
DESCRIPTION
BilikTRANSCRIPT
-
5/20/2018 JUSTIFIKASI BILIK SAINS
1/3
SCE 3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
38
JUSTIFIKASI BILIK SAINS
Bilik sains merupakan tempat yang penting dan istimewa bagi guru dan murid meneroka
konsep dan melakukan kerja amali. Definisi bilik sains ialah ruang yang digunakan untuk
mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di
sekolah menengah. Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan
untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan
bahan.
Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti hands-on menggunakan
pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan
menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi
kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.
Pembelajaran sains perlu dijalankan di Bilik sains untuk :
1. Memastikan Pengajaran dan pembelajaran sains lebih efektif.
2. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran
menjalankan penyiasatan dan penyelidikan sains serta kemahiran manipulatif.
3. Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif, di tempat yang lebih sesuai.
4. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan
membentuk serta mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni.
5. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi memperkenalkan mata
pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah.
6. Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga
menanam minat sains dalam kalangan murid.
7. Memudahkan capaian internet.
8. Menggalakkan lebih ramai murid menceburi bidang sains.
-
5/20/2018 JUSTIFIKASI BILIK SAINS
2/3
SCE 3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
39
Bilik sains mempunyai keperluan asas perabot dan peralatan, seperti berikut :
1. Meja makmal
2. Bangku makmal
3. Komputer
4. Pencetak
5. Bakul sampah
6. DLP
7. Papan tulis
8. Papan putih beroda
9. Skrin
10. Langsir 1 set untuk bilik
11. Meja komputer
12. Pembesar suara
13. Rak peralatan sains
14. Almari
15. Kabinet
16. Penggantung carta
17. Pemadam api
18. Selimut kalis api
19. Pancuran dan pencucui mata
20. Kipas
21. Kit pertolongan cemas
-
5/20/2018 JUSTIFIKASI BILIK SAINS
3/3
SCE 3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
40
22. Penggera kebakaran
Peralatan asas yang perlu ada dalam bilik persediaan adalah seperti berikut :
1. Meja persediaan
2. Kerusi
3. Rak
4. Peti sejuk
5. Papan notis
Peralatan asas yang perlu ada dalam bilik stor adalah seperti berikut :
1. Rak
2. Almari
3. Penggantung carta