jurnalfasa3

10
Minggu 1 (1 – 5 Februari 2015) ISU/MASALAH Untuk praktikum fasa ke! ka"i ini# sa$a te"a% &itempatkan &i sebua% se $ang ter"etak &i &aera% Ma %ang iaitu Sek'"a% ebangsaan Lab'k* +"e% itu# sa %arus men$esuaikan &iri &a"am suasana baru &i sek'"a% baru* ,a"am praktikum sa$a te"a% &iberi amana% untuk menga-ae tiga bua% ke"as iaitu .a%un ! Ma%ir# Ma%ir &an 5 intar* Meman&angkan ini ka"i pertamasa$a men-a"ani"ati%an menga-ar &i sini# sa$a terpaksa mengingati seramai 'rang muri&* merupakan abaran $ang amat besar kepa&a sa$a kerana pa&a fasa $ang "a"u# sa$a %an$a mengingati sebi"angan ke i" nama muri& sa%a-a* A ALISIS ISU/MASALAH 3ika pa&a fasa 1# sa$a gaga" mengingati semua nama muri& kerana temp'% praktikum se"ama sebu"an $ang amat singkat* a&a pen&apat sa$a# seb se'rang guru $ang baik# mengingati nama &an 4a-a% muri& merupakan perkara $ang per"u &iberi keutamaan* Sekiran$a# sa$a ti&ak mengingati nama & mengena"i mereka se ara &ekat# pasti mereka akan berasa ti&ak &i%argai '"e% mereka* Se ara ti&ak "angsung# mereka ti&ak akan bersemangat untuk me"ibatka &iri &a"am akti iti penga-aran &an pembe"a-aran &i &a"am bi"ik &ar-a%* Se"ai sa$a -uga per"u memanggi" nama muri& &engan betu" &an menge"akkan memanggi" muri& &engan nama samaran atau ge"aran $ang ti&ak men$enangkan kerana muri& akan ber-au% %ati &engan guru seterusn$a ti&ak berminat me"ibat &iri &a"am p&p kita* 6A,A 7A M8M 89:AI I ISU/MASALAH +"e% itu &a"am men$e"esaikan masa"a% ini sa$a te"a% memikirkan beberapa a&angan "angka% $ang b'"e% &iambi"* ;ang pertama# sebe"um masuk ke ke"as# sa$a akan ter"ebi% &a%u"u men&apatkan senarai nama muri& bagi setiap k $ang te"a% &itetapkan '"e% pi%ak sek'"a%* ,engan ini semasa sesi suai kena"#

Upload: aini-anur

Post on 04-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

Minggu 1 (1 5 Februari 2015)ISU/MASALAHUntuk praktikum fasa ke-3 kali ini, saya telah ditempatkan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Machang iaitu Sekolah Kebangsaan Labok. Oleh itu, saya harus menyesuaikan diri dalam suasana baru di sekolah baru. Dalam praktikum ini, saya telah diberi amanah untuk mengajae tiga buah kelas iaitu Tahun 3 Mahir, 4 Mahir dan 5 Pintar. Memandangkan ini kali pertama saya menjalani latihan mengajar di sini, saya terpaksa mengingati seramai 94 orang murid. hal ini merupakan cabaran yang amat besar kepada saya kerana pada fasa yang lalu, saya hanya mengingati sebilangan kecil nama murid sahaja.

ANALISIS ISU/MASALAHJika pada fasa 1, saya gagal mengingati semua nama murid kerana tempoh praktikum selama sebulan yang amat singkat. Pada pendapat saya, sebagai seorang guru yang baik, mengingati nama dan wajah murid merupakan satu perkara yang perlu diberi keutamaan. Sekiranya, saya tidak mengingati nama dan mengenali mereka secara dekat, pasti mereka akan berasa tidak dihargai oleh guru mereka. Secara tidak langsung, mereka tidak akan bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, saya juga perlu memanggil nama murid dengan betul dan mengelakkan diri memanggil murid dengan nama samaran atau gelaran yang tidak menyenangkan kerana murid akan berjauh hati dengan guru seterusnya tidak berminat melibatkan diri dalam pdp kita.

CADANGAN MEMPERBAIKI ISU/MASALAHOleh itu dalam menyelesaikan masalah ini saya telah memikirkan beberapa cadangan langkah yang boleh diambil. Yang pertama, sebelum masuk ke kelas, saya akan terlebih dahulu mendapatkan senarai nama murid bagi setiap kelas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Dengan ini semasa sesi suai kenal, saya dapat mencatat ciri-ciri istimewa murid pada nama mereka. Dengan cara ini, saya dapat mengingati nama murid dengan leboh cepat lagi.

TEMPOH MASASaya percaya bahawa isu/masalah ini tidak akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana bilangan murid di dalam satu-satu kelas di sekolah ini adalah lebih sedikit berbanding bilangan murid di sekolah yang pernah berpraktikum pada fasa 1 dan 2 yang lalu.

TINDAKAN SUSULANDalam minggu pertama ini, saya telah menemui guru data iaitu Encik Ibrahim Zamani untuk mendapatkan senarai nama murid Tahun 3 Pintar, 4 Mahir dan 5 Pintar. Semasa sesi ice-breaking atau sesi suai kenal, saya telah mencatat ciri istimewa dan memastikan setiap nama panggilan yang ditetapkan adalah pendek, mudah diingati dan sedap didengar serta mendapat persetujuan empunya diri. Di samping itu, saya juga akan membuat tanda nama murid untuk diletakkan di atas meja mereka.

Minggu 2 (8 12 Februari 2015)ISU/MASALAHIsu yang paling ketara yang telah saya alami dalam minggu ini ialah dari segi pengurusan kerja berkumpulan. Sepanjang minggu ini, saya telah mempraktikkan dua aktiviti berkumpulan dalam sesi pengajaran saya iaitu untuk matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi bagi Tahun 3 Mahir dan matapelajaran Sains bagi Tahun 5 Pintar. Bagi melicinkan perjalanan kaedah pembelajaran secara koperatif ataupun pembelajaran berkumpulan ini, saya terlebih dahulu membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Bagi murid Tahun 3 Pintar, saya mengekalkan kumpulan asal mengikut tempat duduk mereka. Hal ini adalah kerana berdasarkan pengalaman saya semasa praktikum pada fasa lalu, sekiranya saya membuat kumpulan yang baru, mereka mengambil masa yang terlalu lama untuk bergerak ke dalam kumpulan masing-masing sekali gus membuang banyak masa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Manakala, bagi murid-murid Tahun 5 Pintar pula, saya telah membuat semula 5 kumpulan baru yang terdiri daripada empat orang murid bercampur jantina.

ANALISIS ISU/MASALAHIsu yang paling ketara dalam pengendalian aktiviti berkumpulan yang dialami oleh saya ialah dalam kalangan murid Tahun 3 Mahir. Semasa melaksanakan aktiviti, saya mendapati mereka terlalu aktif sehingga menyebabkan suasana kelas berada dalam keadaan yang tidak terkawal. Di samping itu mereka juga mudah bising kerana duduk berdekatan di antara satu sama lain. Selain itu, mereka juga sangat cenderung untuk tidak mendengar arahan saya sebaliknya berbual-bual, bergurau senda dengan satu sama lain. Semasa aktiviti dijalankan, setiap kumpulan dibekalkan dengan alatan seperti span, straw dan botol air. Semasa saya memberi arahan tentang apa sepatutnya dilakukan, mereka tidak memberi perhatian kepada saya sebaliknya, sibuk bermain dengan alatan yang telah diberi. Saya juga mendapati bahawa murid-murid Tahun 3 Mahir masih belum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan semangat kerjasama. Meskipun mereka berada dalam kumpulan, saya mendapati mereka gagal melaksanakan aktiviti secara koperatif. Daripada pemerhatian saya, pasti ada seorang murid yang memonopoli semua aktiviti yang dijalankan di dalam setiap kumpulan. Mereka menguasai semua alatan yang dibekalkan dan tidak membenarkan ahli-ahli lain melibatkan diri. Tidak kurang juga ada dalam kalangan ahli yang tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti langsung sebaliknya hanya bergantung kepada rakan-rakan lain yang lebih aktif.

CADANGAN MEMPERBAIKI ISU/MASALAHAntara langkah yang boleh diambil ialah semasa memberi arahan mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan, saya akan berada di tengah-tengah kelas bukan di bahagian hadapan kelas. Dengan ini,saya dapat mengawal murid baik yang berada di bahagian hadapan mahupun di belakang kelas supaya tidak bising. Di samping itu, saya akan cuba untuk memberi arahan dalam bentuk yang paling ringkas dan mudah difahami sekali supaya masa untuk memberi arahan dapat dipendekkan. Maka murid tidak cepat bosan dan hilang tumpuan. Semasa aktiviti dijalankan pula, saya akan menjalankan pemantauan dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain. Ini adalah untuk memastikan semua murid melibatkan diri secara aktif yang dilaksanakan serta tidak ada yang mencuri tulang dan memonopoli semua aktiviti.

TEMPOH MASAMemandangkan waktu matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi hanyalah dua waktu sahaja seminggu, saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang. Ini adalah untuk memastikan kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, saya khuatir semangat kerjasama dalam kalangan murid Tahun 3 Mahir tidak dapat disemai.TINDAKAN SUSULANSemasa membuat rancangan pengajaran harian bagi Tahun 3 Pintar pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang, saya akan memastikan murid berada dalam keadaan sedia untuk mendengar arahan dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan ahli. Di samping itu, saya akan sentiasa mengingatkan mereka supaya sentiasa menghormati pendapat dan menerima pandangan rakan-rakan yang lain semasa melakukan aktiviti berkumpulan.

Minggu 3 (15 19 Februari 2015)ISU/MASALAHMasalah yang telah saya kenal pasti pada minggu ini ialah mengenai sikap tanggungjawab dalam kalangan murid Tahun 5 Pintar. Saya mendapati bahawa sikap tanggungjawab dalam kalangan murid 5 Pintar adalah kurang terutamanya murid perempuan. Setiap kali pengajaran dan pembelajaran Sains dijalankan, terdapat beberapa orang murid yang tidak membawa buku dan alat tulis. Selain itu, sekiranya saya hendak mengadakan aktiviti yang berbentuk hands-on seperti projek mereka cipta model haiwan imaginasi, saya terlebih dahulu memesan murid supaya membawa bahan dan alatan yang diperlukan beberapa hari lebih awal sebelum sesi pdp dijalankan. Akan tetapi hanya dua orang murid sahaja yang membawa apa yang telah dipesan.

ANALISIS ISU/MASALAHDaripada pemerhatian saya, masalah/isu ini timbul kerananya kurangnya sikap tanggungjawab dalam diri murid. Selain itu, mereka juga mudah mengambil sikap lepas tangan dan tidak saling ingat-mengingati dalam kalangan ahli kumpulan. Tambahan pula, saya juga mendapati bahawa tiada budaya mencatat dalam kalangan murid Tahun 5 Pintar. Hal ini menyebabkan mereka cepat lupa mengenai pesanan yang telah diberi guru. Sikap lepas tangan ini menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar.

CADANGAN MEMPERBAIKI ISU/MASALAHPada kebiasaannya saya meminta murid untuk membawa alatan dan bahan secara berkumpulan. Hal ini apabila murid yang telah diamanahkan untuk membawa bahan dan alatan terlupa membawa apa yang dipesan, maka sesi pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Oleh itu dalam mengatasi isu ini, saya telah meminta semua murid untuk membawa alat dan bahan yang diperlukan. Justeru, sekiranya terdapat seorang atau dua orang murid dalam kumpulan terbabit tidak membawa alat dan bahan yang diminta , sesi pdp masih dapat dijalankan. Selain itu, saya boleh memperuntukkan satu ruang kecil pada papan putih di dalam kelas untuk mencatat pesanan kepada murid.

TEMPOH MASASaya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Hal ini adalah kerana jika tidak diselesaikan dalam waktu terdekat, sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar dan sudah pasti standard pembelajaran tidak dapat dicapai.

TINDAKAN SUSULANDalam menggalakkan budaya mencatat dalam kalangan murid 5 Pintar, saya akan menyediakan buku nota poket kepada 20 orang murid Tahun 5 Pintar. Buku nota poket itu digunakan oleh murid untuk mencatat setiap pesanan yang diberikan oleh saya setiap kali pdp dijalankan. Hal ini dapat mengurangkan masalah lupa atau tidak ingat dalam kalangan murid.

Minggu 4 (22 26 Februari 2015)ISU/MASALAHSepanjang minggu ini, isu/masalah yang mendapat perhatian saya ialah penglibatan murid Tahun 5 Pintar dalam aktiviti berkumpulan. Daripada pemerhatian yang dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran minggu ini, terdapat beberapa isu dan masalah yang timbul semasa aktiviti berkumpulan diadakan. Antaranya ialah mereka mengambil masa yang terlalu lama untuk melaksanakan dan menyiapkan aktiviti meskipun melibatkan aktiviti yang mudah. Selain itu, walaupun aktviti yang dirancang sepatutnya dalam kumpulan, tidak semua ahli dalam kumpulan melibatkan diri dengan aktif. Ada dalam kalangan mereka yang langsung tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang sedang dijalankan.

ANALISIS ISU/MASALAHBerdasarkan pemerhatian saya, murid mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan tugasan kumpulan kerana saya tidak menetapkan masa yang diperuntukkan untuk setiap aktviti dengan tegas. Selain itu juga, saya mendapati bahawa murid tidak yakin untuk memulakan aktiviti dan kadang kala tidak memahami arahan tugasan. Oleh itu, mereka teragak-agak untuk memulakan tugasan tanpa bantuan guru. Dalam setiap kumpulan juga tidak semua melibatkan diri kerana mereka tidak mendapat peluang yang sama dan tidak yakin atas keupayaan mereka sendiri. Di samping itu, ada dalam kalangan ahli kumpulan yang memonopoli semua aktiviti sehinggakan rakan lain tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang sama.

CADANGAN MEMPERBAIKI ISU/MASALAHDalam menyelesaikan isu/maslah penggunaan masa semasa aktiviti kumpulan ialah dengan menetapkan masa untuk setiap tugasan dalam kumpulan dengan tegas. Mana-mana kumpylan yang gagal menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan, sticker angel yang telah dikumpul akan ditarik balik satu persatu mengikut minit yang lewat dan diganti dengan sticker angry. Untuk masalah penglibatan, saya juga akan mempraktikkan kaedah yang sama supaya semua murid mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab je atas kumpulan masing-masing dan tugasan yang telah diberikan.

TEMPOH MASASaya akan mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang yang memerlukan aktiviti berkumpulan. Hal ini adalah kerana hampir semua pdp yang saya rancang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif kerana saya percaya bahawa melalui pembelajaran koperatif, murid dapat melibatkan diri secara aktif dan dapat melatih mereka supaya lebih berfikir secara aktif serta menimbulkan perasaan seronok untuk belajar.

TINDAKAN SUSULANSebagai tindakan susulan, saya akan mempertingkatkan lagi kemahiran saya dalam pengendalian kaedah pembelajaran koperatif iaitu daripada aspek gerak kerja aktiviti, arahan tugasan yang diberikan, kawalan masa dan penglibatan oleh murid. Hal ini adalah untuk menjadikan aktiviti berjalan dengan lancar dan murid mendapat input sebagaimana kehendak standard pembelajaran.

Minggu 5 (1 5 Mac 2015)ISU/MASALAHPada minggu ini, saya telah mengalami masalah dari segi pengurusan dan pengendalian aktiviti pembelajaran secara berkumpulan di dalam kelas. Seperti yang sedia maklum, saya telah menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pembelajaran secara berkumpulan untuk memupuk nilai kerjaasama dalam diri murid. Walaubagaimanapun, murid-murid Tahun 3 Mahir masih belum menguasai kemahiran pembelajaran secara berkumpulan menyebabkan ada segelintir murid yang tercicir semasa aktiviti dijalankan.

ANALISIS ISU/MASALAHPembelajaran secara berkumpulan mempunyai pelbagai cabaran dalam aspek pengendaliannya. Semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan murid bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Selain daripada idea bekerjasama, kaedah pembelajaran koperatif adalah mengenai kejayaan pasukan dan ianya hanya boleh dicapai sekiranya semua ahli kumpulan memberi komitmen yang sepenuhnya. Terdapat beberapa cabaran yang telah saya kenal pasti semasa sesi pdp. Antaranya ialah murid mengambil kesempatan masa yang ada untuk bermain-main atau membuang masa, mengganggu rakan-rakan dan ahli kumpulan yang lain. Ini menyebabkan suasana kelas terganggu dan tidak berada dalam keadaan yang terkawal

CADANGAN MEMPERBAIKI ISU/MASALAHSebagai jalan penyelesaian, saya telah menggunakan pendekatan dendaan untuk mengawal tingkah laku murid semasa aktiviti berkumpulan. Semua ahli kumpulan diberi time-out dan tidak dibenarkan untuk melakukan tugasan selama 2 minit dan dikehendaki berdiri di tempat duduk masing-masing sambil memegang tangan ahli kumpulan yang lain. Selain itu, mana-mana kumpulan yang gagal untuk menyiapkan tugasan dalam menyiapkan tugasan pada masa yang telah ditetapkan, akan ditarik balik sticker smiley yang telah dikumpul oleh kumpulan tersebut. Secara tidak langsung, melalui langkah dan tindakan ini murid lebih bertanggungjawab ke atas kumpulan dan tugasan mereka.

TEMPOH MASASaya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Hal ini adalah kerana jika tidak diselesaikan dalam waktu terdekat, sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar dan sudah pasti standard pembelajaran tidak dapat dicapai.

TINDAKAN SUSULANSebagai tindakan susulan, saya akan membuat pemantauan secara menyeluruh semasa melakukan aktiviti berkumpulan dan menguatkuasakan pendekatan hukuman dengan ketat ke atas kumpulan yang melakukan kesalahan.