jurnal2

2
JURNAL MINGGU 2 26-30 JANUARI 2013 Minggu ini merupakan minggu kedua praktikum saya di Sekolah Kebangsaan Seri Telok. Pada hari pertama iaitu hari Ahad, saya tidak dapat datang ke sekolah kerana menduduki peperiksaan semester 3 di IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat bermula pada 24 Januari hingga 26 Januari 2014. Sepanjang minggu ini saya telah menghadapi satu masalah yang sangat ketara iaitu cara penyampaian yang tidak berkesan. MASALAH Pada minggu ini masalah yang saya hadapi ialah berkaitan dengan cara penyampaian yang kurang berkesan. Langkah yang dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana kawalan kelas yang kurang memuaskan. PUNCA MASALAH Masalah ini timbul berikutan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru kurang menarik. Selain itu guru kurang mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang sama digunakan dari awal hingga tamat kelas. Masalah ini juga timbul disebabkan oleh alat bantu mengajar yang diguna guru adalah terhad dan membosankan. Mereka juga kurang mendapat perhatian daripada guru. CARA PENYELESAIAN 1

Upload: incik-faisal

Post on 25-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL2

JURNALMINGGU 2

26-30 JANUARI 2013

Minggu ini merupakan minggu kedua praktikum saya di Sekolah Kebangsaan Seri Telok. Pada

hari pertama iaitu hari Ahad, saya tidak dapat datang ke sekolah kerana menduduki peperiksaan

semester 3 di IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat bermula pada 24 Januari hingga 26 Januari

2014.

Sepanjang minggu ini saya telah menghadapi satu masalah yang sangat ketara iaitu cara

penyampaian yang tidak berkesan.

MASALAH

Pada minggu ini masalah yang saya hadapi ialah berkaitan dengan cara penyampaian yang

kurang berkesan. Langkah yang dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat

dilaksanakan dengan baik kerana kawalan kelas yang kurang memuaskan.

PUNCA MASALAH

Masalah ini timbul berikutan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru kurang menarik. Selain

itu guru kurang mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang sama

digunakan dari awal hingga tamat kelas. Masalah ini juga timbul disebabkan oleh alat bantu

mengajar yang diguna guru adalah terhad dan membosankan. Mereka juga kurang mendapat

perhatian daripada guru.

CARA PENYELESAIAN

Bagi menyelesaikan masalah ini saya perlu banyak membaca bahan berkenaan dengan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat pelajar. Saya juga akan merujuk kepada

guru pembimbing dan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Oleh yang demikian saya perlu

mempelbagaikan alat bantu mengajar dan juga mendekati para pelajar dan mengenalpasti

masalah mereka.

TEMPOH MASA

1

Page 2: JURNAL2

Saya mengambil masa satu minggu iaitu dari 30 Januari hingga 3 Februari 2011 untuk

menyelesaikan masalah.

KESAN

Sebahagian murid tidak memahami apa yang dipelajari pada hari tersebut dan tidak dapat

menyiapkan kerja sekolah tanpa bimbingan dari guru.

TINDAKAN SUSULAN

Saya perlu menyelesaikan maslah secepat mungkin supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan lancar. Para pelajar juga dapat belajar dengan tenang dan selesa.

2