jurnal reflektif minggu 10

2
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 10 (13-18/04/2015) Isu/ Masalah/ Peristiwa: Isu yang saya ingin katakana pada minggu ini ialah berkaitan dengan kes murid saya yang cedera sebab terkena bucu meja sewatu saya sedang mengajar. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa: Saya berasa amat terkejut kerana ini merupakan kali pertama kes kecederaan berlaku di dalam kelas saya. Pada mulanya kesemua murid saya amat fokus untuk belajar kerana diberikan ganjaran sekiranya mereka dapat menjawab soalan yang diberikan. Namun terdapat dua orang murid pada masa itu tidak menumpukan perhatian mereka dan tidak mahu mencuba untuk menjawab soalan yang diberikan. Walaupun dilarang banyak kali mereka masih tetap bermain. Kejadian itu berlaku semasa saya sedang membantu murid di hadapan untuk menjawab soalan. Saya berasa amat terkejut dengan kejadian tersebut. Saya kemudiannya meminta murid tersebut berjumpa dengan guru bertugas untuk meminta rawatan. Analisis isu/ masalah/ peristiwa: Punca: Punca mengapa kerjadian ini berlaku ialah sebab kedua-dua murid ini bermain dan tidak mahu menumpukan perhatian mereka walaupun mereka telah ditegur banyak kali. Kekuatan/ Kelemahan:

Upload: felisca-farah-rubert

Post on 18-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum 3

TRANSCRIPT

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 10 (13-18/04/2015)Isu/ Masalah/ Peristiwa:Isu yang saya ingin katakana pada minggu ini ialah berkaitan dengan kes murid saya yang cedera sebab terkena bucu meja sewatu saya sedang mengajar. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa:Saya berasa amat terkejut kerana ini merupakan kali pertama kes kecederaan berlaku di dalam kelas saya. Pada mulanya kesemua murid saya amat fokus untuk belajar kerana diberikan ganjaran sekiranya mereka dapat menjawab soalan yang diberikan. Namun terdapat dua orang murid pada masa itu tidak menumpukan perhatian mereka dan tidak mahu mencuba untuk menjawab soalan yang diberikan. Walaupun dilarang banyak kali mereka masih tetap bermain. Kejadian itu berlaku semasa saya sedang membantu murid di hadapan untuk menjawab soalan. Saya berasa amat terkejut dengan kejadian tersebut. Saya kemudiannya meminta murid tersebut berjumpa dengan guru bertugas untuk meminta rawatan.Analisis isu/ masalah/ peristiwa:Punca:Punca mengapa kerjadian ini berlaku ialah sebab kedua-dua murid ini bermain dan tidak mahu menumpukan perhatian mereka walaupun mereka telah ditegur banyak kali.Kekuatan/ Kelemahan: Kelemahan saya ialah saya tidak dapat menumpukan seluruh perhatian saya kepada dua orang murid yang bermain tadi. Ini kerana saya juga perlu memberikan perhatian saya kepada murid-murid lain yang mahu belajar. Cadangan penambahbaikan:Tindakan yang saya boleh lakukan ialah dengan memisahkan dua orang ini agar mereka tidak bermain. Ini kerana sebelum ini tempat duduk mereka berdua adalah tidak sama dan saya perhatikan mereka lebih menumpukan perhatian mereka apabila mereka tidak bersama-sama.