jurnal pendekatan dakwah ulama syfi abad ke 17

Upload: yuniza

Post on 28-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Jurnal Pendekatan Dakwah Ulama Syfi Abad Ke 17

    1/6

    PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    427

    Pendekatan Dakwah Ulama Sufi Nusantara Abad ke-17M dan 18M: Suatu Analisis

    Perbandingan dengan Pendekatan Dakwah Ulama Malaysia Abad ke-21

    Shukri Ahmad, Ismail Yusoff & Hamzah

    Jabatan Pengajian Umum, Kolej Sastera dan SainsUniversiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah

    Abstrak: Dakwah adalah suatu amalan yang disinonimkan dengan Islam di mana sejak awal kemunculanIslam, ia menjadi tugas Rasullullah, para sahabat dan generasi pewaris ulama. Ulama sangat akrab dengantugas mulia ini. Perkembangan pesat Islam ke serata pelosok alam adalah usaha sebahagian besar ulama.Ternyata ulama telah berfungsi menyampaikan dakwah kepada umat. Nusantara turut menerima Islammelalui tangan mulia ulama. Mereka terdiri daripada para ulama sufi. Abad ke-17 M dan ke-18 M di

    Nusantara, ternyata menjadi milik ulama sufi dalam mengembangkan aktiviti dakwah Islam. Dalam kemelutmasyarakat yang mengamalkan agama Hindu dan Paganisme, kedatangan ulama sufi ke Nusantara dengancepat menukar landskap kepercayaan ini. Persoalannya, apakah pendekatan yang mereka gunakan sehinggamasyarakat mudah menerima agama Islam. Apakah pendekatan tersebut masih relevan dengan suasanasemasa abad ke 21 ini ? Bagaiamankah para ulama sekarang boleh menggunakan pendekatan tersebut dalamarus pemodenan dan kepelbagaian cabaran ? Kertas kerja ini bertujuan mengupas pendekatan-pendekatandakwah ulama sufi abad ke 17 M dan 18 M. Seterusnya kertas kerja ini akan membuat analisis perbandingandengan pendekatan dakwah ulama Malaysia abad ke 21 M ini.

    PENGENALAN

    Aktiviti dakwah adalah tingkah laku nyata yangdilakukan seseorang Muslim, termasuk juga perilakuyang diperlihatkan dan hasil pemikiran yang dicatatdalam karya yang diterbitkan. Sebelum abad ke-17M dan ke-18 M, ulama sufi telah mempunyaipemahaman terhadap aktiviti sosial dan politik yangditerjemahkan sebagai usaha dakwah. Malahpemahaman mereka diwujudkan dalam bentuksebuah gerakan. Hal ini dapat dilihat pada sejarahtariqat Sanusiyyah. Tariqat ini telah membuktikanbetapa hebatnya sebuah gerakan yang diasaskankepada doktrin-doktrin tasawuf. Ia menjadi kekuatanbesar dalam pelbagai pemberontakan yang meletusdi kawasan Afrika Utara. Tariqat ini juga dapatmengalahkan penjajah Perancis di Algeria danmengusir Inggeris dari Libya. Tariqat ini sentiasamengajar pendidikan kerohanian dan selalu menarikorang masuk ke dalam organisasinya (Muhsin, 2005;Harun, 1975).

    Sama halnya dengan ulama abad ke-17 M danke-18 M, kejayaan mereka tidak terlepas daripadadoktrin-doktrin sufi kerana mereka mendukungi asaspemahaman terhadap Khalifat Allah fi al-Ard,menunai amanah, menegakkan kebenaran danmencegah kemungkaran, dan aktiviti sosial danpolitik. Peranan dan pendekatan dakwah ulama sufi

    pada abad ke- 17 M dan ke-18 M membawa kepadakesan atau pengaruh yang sangat besar terhadappenyebaran Islam di Nusantara. Islam disebar luas

    dan meliputi pelbagai lapisan masyarakat sepertimasyarakat awam, intelektual, birokrat, ahli politik,dan para berkuasa pada waktu itu.

    Kejayaan dakwah ulama sufi dahulu hinggakini terus berkembang di Nusantara terutama diMalaysia, Jawa, Sulawesi, Sumatera Selatan,Sumatera Barat, Jawa Barat, dan kawasan-kawasanlainnya. Sehingga kini kawasan-kawasan tersebutmasih kuat mempelajari kitab-kitab bercoraktasawuf-sunni al-Ghazali (450-550. H/ 1057-111 M)termasuk di pondok-pondok, pesantren-pesantrendan pusat pengajian masing-masing. Demikian jugamasih banyak acara-acara agama seperti tahlil, ratib,marhaban, sekaten, dan lain-lainnya yang masihterus dipraktikkan di kebanyakan kawasan ini.Acara-acara keagamaan ini masih cenderungmengikuti tradisi-tradisi kesufian dan tariqat yangditinggalkan oleh para tokoh sufi terdahulu (Solihin,2005:28).

    Pegangan Ulama Sufi Abad ke-17 dan 18M: Latarbelakang persefahaman agama bercorak kesufianadalah berasaskan doktrin-doktrin kesufian yangmenjadi pegangan dan keyakinan ulama sufi.Persefahaman inilah yang menggalakkan ulama sufiabad ke-17 M dan ke-18 M berpandangan positif keatas aktiviti dakwah dalam aspek kemasyarakatandan politik. Persefahaman tersebut adalah

    melibatkan keyakinan manusia sebagai KhalifahAllah Fi al-Ard dan usaha menegakkan kebenarandan mencegah kemungkaran.

    Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negaradisunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, SelangorISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

  • 7/25/2019 Jurnal Pendekatan Dakwah Ulama Syfi Abad Ke 17

    2/6

    PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    428

    Keterlibatan Ulama ke atas Aktiviti Dakwah:Dalam menegakkanamar maruf dan nahi mungkarmereka tidak takut kepada sesiapa, sekalipunterhadap raja. Hal ini berlaku kepada al-Palimbani dimana beliau pernah mengirim surat kepada rajasupaya berbuat baik dan mencegah perbuatan

    mungkar. Begitu juga al-Palimbani selalumengingatkan masyarakatnya berbuat baik danmencegah kemungkaran. Al-Sinkli juga terlibatdalam dakwah amar maruf nahi mungkar dengancara membentuk kader mubaligh, agar mampumengajarkan serta menyebarkan agama Islam didaerah asalnya. Antara murid-muridnya termasuklahSyeikh Burhanuddin yang dihantar ke daerahasalnya Ulakan, Syeikh Abd Muhyi Pamijahandihantar ke Jawa Barat (Taufik, 1991: 118).

    Al-Raniri, seorang tokoh sufi yangperjuangannya dalam dakwah diceritakan dalamsejarah kemasukan Islam ke Kedah, telah sampai ke

    negeri ini pada abad ke-17 M. Pada ketika itu masihramai masyarakat Islam mengamalkan fahamanHinduisme dan berlaku penaklukan Aceh ke atasKedah. Diceritakan, Aceh menyerang Kedah adalahuntuk mengembalikan Islam seperti semula (Al-Attas, 1986:11). Atas usaha al-Raniri, kitab siratmustaqim dihantar ke Kedah pada tahun 1640anyang membincangkan mengenai asas-asas agama;peraturan dan undang-undang peribadatan; undang-undang nikah kahwin yang termuat dalam kitab.Akhinya Islam berkembang dan berpengaruh semuladi Kedah. Ini bermakna pengaruh al-Raniri adalahsama penting dengan peranan ulama Abdullah al-

    Yamani, iaitu ulama yang pertama berjayamembawa Islam ke Kedah.

    Kaum muslim terutama modenis, seringkalimenganggap kesufian sebagai salah satu penyebabutama kemunduran dunia Islam. Mereka menuduhkesufian sebagai sumber bidaah, tahyul dankhurafat. Secara sosial, kesufian dipersalahkankerana menarik masyarakat muslim ke arahkepasifan dan penarikan diri (uzlah) daripadapermasalahan duniawi. Ia dianggap menggalakkansikap pelarian diri (escapism) daripada kemunduransosio-ekonomi-politik kaum muslimin. Akibatnya,masyarakat muslim tidak berjaya bersaing dengan

    dunia Barat yang terus maju.Sebenarnya tuduhan besar tersebut tidak

    mempunyai asas yang kuat, khususnya pada zamankesufian abad ke-17 M dan ke-18 M di Nusantara.Bukti-bukti menunjukkan bahawa kesufian padakedua-dua abad itu menuntut kepatuhan penuh zahirdan batin umat muslim (sufi) pada syariat yangberasaskan al-Quran dan as-Sunnah. Enam ulamasufi besar Nusantara bersepakat bahawa mustahilbagi para sufi mencapai tujuan spiritual merekatanpa mematuhi sepenuhnya doktrin-doktrin ortodokIslam tersebut. Walaupun begitu, mereka mengakuiada hal-hal yang menyimpang dari kesufian, tetapi

    hal itu terjadi kerana kurangnya kefahaman terhadapajaran-ajaran kesufian yang murni. Itulah sebabnya,

    menurut mereka ketika berlaku penyimpangan,maka mereka perlu segera melakukan tindakanuntuk meluruskan semula seperti yang dilakukanoleh ar-Raniri.

    Pergaulan dengan Masyarakat: Ulama sufi abad

    ke-17 M dan ke-18 M tidak menghalang parapengamal sufi untuk bergaul sesama manusia,sesama sufi, orang ramai dan lain-lain. Malahmenurut mereka, seseorang sufi yang bergauldengan manusia biasa tetapi mampu menjagakemurnian perjalanan spiritualnya, lebih mulia lagiberbanding seorang sufi yang menyembunyikan diri(uzlah) daripada pergaulan dengan manusia,sekalipun ia mampu menjaga kemurnian perjalananspiritualnya. Hal ini dapat digambar oleh ungkapanal-Sinkli berikut:

    .

    Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w.ertinya:mukmin yang mampu bercampur (bergaul) dengan segalamanusia dan sabar ia atas seksa (gangguan) mereka itu terlebihdaripada mukmin yang tiada bercampur dengan segala manusia

    dan tiada sabar ia atas seksa mereka (al-Sinkli, t.t: 72-73).

    Pendekatan Ulama Sufi Abad ke-17 dan 18dalam Aktiviti Dakwah: Ulama sufi abad ke-17 Mdan ke-18 M di Nusantara jelas tidak hanya fokus

    kepada amalan-amalan kesufian sahaja tetapi jugaterbabit dalam pelbagai aktiviti sosial dan politiktempatan. Peranan ulama sufi sebagai pendakwahterbukti sangat berkesan kerana mereka terlibatsebagai pemimpin formal, guru dan mubaligh,penasihat sosial, perjuang dalam medan perang,mempengaruhi dasar politik, mufti dan penasihatraja.

    Pemimpin Informal: Ulama sufi, seperti syeikh,khalifah, atau mursyidmerupakan tokoh agama dansosial di persekitaran masyarakatnya. Di sampingperanan sebagai pemimpin tariqat, mereka juga

    dianggap oleh masyarakat tempatan sebagaipemimpin informal mereka. Pemimpin informal disini bermaksud pemimpin yang tidak diangkat olehinstitusi rasmi tetapi pemimpin yang diiktiraf olehmasyarakat setempat. Hal ini disebabkan oleh sifat-sifat karamahdan barakahyang dimiliki ulama sufitersebut. Keberkatan mahupun kemulian ulama sufitersebut memperkukuhkan pengaruh kepemimpinanmereka terhadap masyarakat tempatan. Justeru, parasufi yang berasal daripada pelbagai tariqat, sudahsemestinya memainkan peranan yang cukup ketaradalam kehidupan bermasyarakat, seperti SyeikhYusuf al-Makassari yang mampu membangunkan

    pengikut-pengikut yang setia kepadanya sama ada diSulawesi Selatan, Banten mahupun di Cape Town.

  • 7/25/2019 Jurnal Pendekatan Dakwah Ulama Syfi Abad Ke 17

    3/6

    PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    429

    Hal ini juga berlaku kepada ulama-ulama sufi lainatau pemimpin-pemimpin tariqat lain.

    Penasihat kepada Masyarakat: Di antara perananhal ehwal awam, ulama sufi (syeikh) Nusantaratanpa mereka sedari adalah berperanan sebagai

    tempat mengadu bagi masyarakatnya dalammenyelesaikan sebarang permasalahan indvidu,institusi keluarga, masyarakat, duniawi mahupunagama. Masyarakat di persekitarannya akanmenjadikan syeikh tersebut sebagai tempat merekamengadu, bertanya dan mencari penyelesaianberhubung pelbagai masalah. Banyak karya ulamasufi menyebutkan tentang hal ini, misalnya Al-Raniri menyebutkan:

    Bergeraklah hatiku dan condonglah fikirku bahawa aku hendak

    pungut akan beberapa soal seperti mutiara dan seperti manikamdan beberapa jawabnya yang seperti mutiara yang dinizamkan dia

    pada tali segala ibarat dan beberapa furu yang indah-indah pada

    bicara hukum furu syariah (al-Raniri, t.t. 3).

    Di mata masyarakat, ulama sufi adalahpengamal agama, memiliki dan memperolehipetunjuk secara benar dari ilahi berkat kekuatanspiritual (barakah) yang dianugerahkan Tuhankepada ulama tersebut. Apapun keperluan muridatau pengikutnya serta masyarakat, sama ada yangberbentuk spiritual ataupun praktik, cuba dipenuhioleh ulama ini. Selain itu, ulama sufi juga berfungsijuga untuk menyatukan moral dan intelektualmasyarakat. Salah satu fungsi mereka adalah sebagaimursyid, atau syeikh al-tarbiyyat, pembimbingspiritual dan pendidik. Atas peranan mereka, ulamaini menjadi contoh teladan, pemimpin danpembimbing kebenaran. Kesannya, ramailahmasyarakat yang mengadu atau meminta nasihatpermasalahan mereka kepada ulama kerana ulamaini dianggap pembawa kebenaran dan mampumemecahkan permasalahan yang timbul.

    Guru dan Muballigh: Dalam lingkunganbermasyarakat, syeikh yangkerjayanyaadalah gurusufi juga dianggap oleh sebahagian masyarakatsebagai guru mereka juga. Sememangnya seorangsyeikh tidak hanya mendidik, mengajar, ataumenyampaikan kebenaran kepada murid-muridnya,akan tetapi lebih jauh ia juga mendidik, mengajar,menyampaikan dakwah kepada seluruh masyarakatatau umat. Walaupun tugas guru mengajar danmendidik muridnya, tetapi pada waktu yang samamereka juga berperanan mengembangkan misidakwah.

    Dalam sejarah hidup para sufi besar tersebuttergambar bagaimana kesungguhan mereka dalammendidik dan berdakwah untuk umat, seperti Yusufal-Makassari yang diambil oleh Sultan AgengTirtayasa untuk menjadi guru bagi pendidikanputera-puteri Sultan, khususnya, guru bagi anaknya

    yang tertua, Pangeran Gusti, yang kemudian dikenaldengan gelaran Sultan Haji (Abu Hamid 1994:92).

    Mufti dan Penasihat Sultan: Ulama-ulama besartersebut mempunyai hubungan langsung denganraja-raja. Pada waktu itu, ar-Raniri, as-Sankili danal-Makassari menjawat jawatan sebagai MuftiAgung atau ahli jawatankuasa Syariah di kerajaanmereka masing-masing. Al-Raniri pernah diangkat

    menjadi mufti sekembalinya ke Aceh buat kali kalikedua. Waktu itu, Syams al-Din dan Iskandar Mudaberturut-turut meninggal dunia (Ahmad Daudy,1983:45). Beliau segera dilantik menjadi Syaikh al-Islam salah satu kedudukan tertinggi dalamKesultanan Aceh di bawah sultan sendiri, bahkanmungkin lebih berpengaruh dibanding kedua-duajawatan tertinggi lainnya iaitu Qadi Malik al-AdildanOrang KayaMaharajaSrimaharaja. Para wakilpedagang Belanda menamakannya dengan SangMoorish Bishop (Uskup orang Muslim).

    Mempengaruhi Polisi Politik: Usaha mengubah

    polisi pemerintahan yang dilakukan ulama sufi iniseiring dengan kedudukan ulama sebagai amarmarufdan nahi mungkar. Sebagai orang yang diberiamanah memikul sesebuah jawatankuasa syariah,ulama di zaman ini tidak mensia-siakan kesempatanini untuk menegakkan syariat Islam dengan caramempengaruhi polisi kerajaan yang tidak berpaksial-Quran dan al-Hadis. Dakwah seperti ini adalahdakwah yang menggunakan siasah kekuasaan yangmempunyai pengaruh lebih luas iaitu menyentuhramai masyarakat. Dakwah ini tidak lagi teruskepada ramai orang, cukup dengan mempengaruhipenguasa yang membuat dasar negara.

    Boleh diyakini bahawa kedudukan ulama sufitersebut dalam pemerintahan pasti memilikipengaruh ke atas dasar-dasar pemerintah sama adaberkaitan hal ehwal sosial, politik mahupunkeagamaan. Ada beberapa polisi pemerintah yangdilakukan atas desakan, usul, atau pengaruh ulamasufi tersebut seperti kes pertuduhan ke atas parapengikut faham wujudiyyah di Aceh pada masapemerintahan Sultan Iskandar Tsani, yang dijangkaatas desakan al-Raniri. Al-Raniri memanfaatkankedudukannya sebagai Syeikh al-Islam (mufti)kesultanan untuk mengeluarkan fatwa kafir terhadappara pengikut dan pendukung faham wujudiyyah.

    Pejuang di Medan Perang: Ulama sufi abad ke-17dan ke-18 tersebut bukan sahaja alim dalamilmunya, soleh yang bukan sembarangan, penulisyang kritis dan mendalam, akan tetapi mereka jugaadalah pemimpin masyarakat. Di antara mereka adayang menjadi ahli jawatankuasa tinggi dalampemerintahan. Sebahagian lagi memiliki hubungansecara langsung dengan pentadbiran pemerintah.Secara sosial dan politik pula mereka semua punyasaham dan modal yang cukup signifikan. Namunsebahagian ulama sufi besar tersebut bukan hanyaterbabit sampai di situ sahaja, bahkan lebih jauh lagi

    mereka ikut turut berjuang membela agama danbangsa yang benar menurut mereka. Mereka turut

  • 7/25/2019 Jurnal Pendekatan Dakwah Ulama Syfi Abad Ke 17

    4/6

    PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    430

    serta berjuang secara fizikal di medan perang,pembela kebenaran dan keadilan. Di antara merekaitu adalah al-Makassari, al-Palimbani dan al-Fathani.Walaupun, al-Raniri, al-Sinkili dan al-Banjari tidakikut berjuang secara fizikal, ini bukan bererti merekatidak mahu turun berjuang (berperang) akan tetapi

    Aceh dan Banjarmasin pada masa itu, belumdidekati Belanda dan pada waktu itu kekuatankerajaan-kerajaan Islam Nusantara masih lemahkhususnya Aceh pada abad ke-17 M (masa al-Raniridan al-Sinkili). Kekuasaan penjajahan Belanda diNusantara bermula pada akhir abad ke-17 danseterusnya.

    Pendekatan Dakwah Ulama Malaysia Abad ke-21.: Suasana abad ke 21 ini merupakan suasana yangdapat digambarkan sebagai suatu keadaankesinambungan dan perubahan (continuity andchange).).1Fenomena kesinambungan, membuatkan

    sebahagian ulama masih mengekalkan pendekatandakwah tradisional dengan melalui tradisi pengajianneo-sufisme di pondok, pasentren dan madrasah.Sementara suasana perubahan pula berlaku denganpantas apabila ulama banyak terlibat dalam sistempendidikan moden, menggunakan kaedah dakwahmoden seperti penguasaan ICT dan menjauhidoktrin-doktrin sufisme.

    Perubahan pendekatan dakwah yang palingketara berlaku di abad ke 21 ialah pada penggunaanteknologi maklumat melalui kegunaan siber.Maklumat melalui teknologi siber sudah mulamenggantikan sistem tradisional seperti penulisan

    buku-buku dan pengajian di masjid semata-mata.Usaha dakwah melalui teknologi ini sudah menjadisuatu trend sekarang yang dimuatkan dalam internet.Malah kalangan ulama sekarang juga sudah dapatmenguasai teknologi internet ini. Sememangnya punpendekatan dakwah melalui alam siber sangatdiperlukan. Internet membawa perubahan pentingdalam membangunkan kemajuan, justeru ulama kinimesti menggunakan media internet ini agar sesuaidengan zamannya.

    Amalan Beragama: Aspek penting yang mendepaniulama kini ialah ujian material berbanding ulama

    yang berdakwah pada abad ke 17 dan 18. Sikapulama kini yang menolak amalan tarikat dan doktrinsufisme menyebabkan unsur-unsur material mudahmeresap masuk ke dalam jiwa mereka. Selain itu,unsur-unsur material yang semakin bertambah-tambah sekarang boleh menyebabkan ulamaterbabas dari tujuan murni iaitu untuk mengejarmatlamat akhirat. Hal ini berbeza dengan ulamaabad ke 17 dan 18 M. Jika para ulama sufi abad ke17 dan 18 bermati-matian mengorbankan jiwa ragauntuk menulis dan memperhamba diri untuk agamadi samping berusaha membentuk nilai budimasyarakat bertakwa kepada Allah, namun era

    moden ini sebahagian ulama terkulai menghadapiujian material ini. Amalan-amalan kesufian yang

    menjadi kekuatan ulama dahulu kiniditinggalkan,malah sekadar dipelajari sebagai teoridalam kajian dan pembelajaran. Kesannya,pendekatan dakwah ulama kini hanya berlegardalam aspek teori berbanding praktikal. Umpamnya,ulama dahulu seperti Syeikh Daud Abd Allah al-

    Fatani menulis kitab yang berjumlah 57 buah dalamserba kekurangan, tanpa mengharapkan apa-apaganjaran material membuktikan praktis agamasangat berbekas. Hal ini tentu menjadi suatu pukulankepada ulama yang berada pada zaman serba mewahini yang tidak dapat pula menghasilkan karya-karyabesar.

    Ulama menjelang era globalisasi terpaksamendepani pelbagai masalah masyarakat Justeru itumereka memerlukan pendekatan dakwah yangmantap dan bersifat semasa. Ulama pada abad ke 17dan 18 M telah membuktikan bahawa perananmereka tertonjol adalah kerana mereka memiliki

    sahsiah yang mulia, zuhud, alim dan fakih. Al-Zubaidi menyenaraikan sifat ulama yang berkesandalam dakwah sebagai berikut; pertama, merekamenjadi seorang abid atau beramal dengan ilmu.Selain itu, mereka bersifat zahidatau zuhud dengankeduniaan. Demikian juga, mereka alim denganilmu atau ilmu-dakwah yang mempunyai hubungandengan akhirat. Mereka juga adalah faqihatau amatmemahami kemaslahatan masyarakat. Paling utama,ulama tersebut bersifat ikhlas dengan dakwah untukmencapai keredaan Allah (al-Zubaidi, 1989, 299-300). Jelas bahawa sahsiah yang dibawa oleh ulamalampau membolehkan mereka menguasai dan

    memahami kemaslahatan masyarakat semasa yangakhirnya memperteguh lagi kredibiliti dan keyakinanummah terhadap mereka. Imej diri yang baikdipertontonkan oleh ulama abad ke 17 dan 18 Mmelalui sahsiah dan penampilan diri mereka telahdapat menambah keyakinan masyarakat Islam.

    Pendekatan dakwah melalui medan politikdilakukan oleh ulama dahulu dan sekarang. Inibermakna, ulama kedua-dua zaman masih tetapbersedia untuk menjadi tunjang kepada perubahansistem politik. Jika ulama kini memiliki ilmu, beradadi persada kuasa dengan imej diri yang bersuluhkanakhlak kenabian dan membina sahsiah yang baik,

    maka umat Islam akan melihat banyak kebaikanserta masa depan Islam tetap untuk Islam.

    Raison detre kepada dakwah ialah untukmeningkatkan spiritual yang akan membolehkanakal menguruskan nafsu (Wan Mohd Nor, 1998:195). Tujuan dakwah adalah untuk mencorakkanmasyarakat bertakwa yang bergantung kepada ilmukerana Allah. Bagaimanapun matlamat ini telahterabai dengan penerapan epistemologi ilmu Baratsecara berleluasa. Matlamat ilmu untuk membentukadab ke arah merasa takut kepada Allah danmentaati semua perintahnya mudah dirosakkandengan matlamat ekonomi dan pentadbiran semata-

    mata. Oleh itu, ulama harus sentiasa mengingatkanumat Islam mengenai penyimpangan epistemologi

  • 7/25/2019 Jurnal Pendekatan Dakwah Ulama Syfi Abad Ke 17

    5/6

    PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    431

    ilmu dan kerangka fikir Barat ini. Akibatpenyelewengan raison detre ini, nilai-nilai adab,ilmu dan hikmahnampaknya tidak lagi disepadukandalam sistem orientasi ilmu di pusat-pusat pengajiantinggi agama di dalam negara sekarang. Malah,budaya ilmu semakin terpisah dengan amalan

    kerohanian. Dalam kata lain, ilmu agama menjadisebagai suatu disiplin yang terasing dengan praktisamalan kerohanian. Ramai para ulama tidakberupaya menjadi mursyid dalam membentukamalan kerohanian para pelajar mereka. Malah,tidak wujud suatu hubungan antara pengajian ilmudengan amalan yang diawasi secara formal dan yangdipraktikkan di dalam serta di luar dari dewankuliah.

    Keadaan ini agak berbeza dengan ulama abadke 17 dan 18 M yang menjadikan gabungan antaraadab, dakwah dan hikmah secara bersepadu dalamtradisi ilmu. Misalannya, amalan sembahyang yang

    diketuai tok guru pada setiap waktu, pembentukanpersonaliti murid yang sentiasa diawasi dan amalan-amalan tasawuf yang diawasi menjadikankesepaduan antara dakwah,ilmu dan amalandibuktikan. Sebaliknya ulama kini tidak dapatmempraktikkan kesepaduan di atas disebabkanpenyelewengan raison detre yang menjadikanmereka dibatasi suasana dan sistem Barat.

    Abad ke 21 akan menyaksikan penglibatanulama dalam institusi politik menjadi lebihkompetitif. Oleh kerana perubahan yang ditawarkanoleh ulama akan melibatkan transformasi dalamsemua sudut, termasuk dalam daerah budaya dan

    politik yang sensitif maka kewibawaan dan karismaulama dalam segenap sudut kehidupan menjadicukup penting. Jika ulama gagal menawarkantransformasi menegakkan sebuah negara Islamyang dihasratkan, maka raison detre terhadappenglibatan politik mereka selama ini tidak akandiragui kalangan masyarakat.

    Tanggungjawab ulama sebagai pemimpinpolitik berbeza dengan tanggungjawab sebagaipemimpin agama. Kedudukan sebagai pemimpinpolitik sekarang memerlukan ulama menguasai ilmu,pola pemikiran, budaya pelbagai bangsa danpengetahuan agama masyarakat. Oleh itu kesediaan

    ulama menguasai semua ilmu dan kaedah dakwahamat mustahak. Tambahan lagi, aspek-aspek sensitifdalam isu-isu agama dan budaya akan menjadiukuran kewibawaan mereka dan pemikiran ulamaselaku pemimpin ini. Tugas mereka menjadisemakin kompleks ketika ini kerana usahamembimbing umat Islam dan masyarakat bukanIslam ke arah menghayati Islam secara syumulsentiasa dibayangi dengan sikap salah faham,prejudis dan anti-agama di kalangan masyarakatsendiri. Justeru itu, pendekatan dakwah ulama harussentiasa bersikap dinamik dan matang. Maksuddinamik dan matang seperti disebut al-Qardawi iaitu

    apabila mereka dapat menghimpunkan ciri-cirisalafiyyah dengan aliran tajdid sekali gus (al-

    Qardawi, 1988, 48). Jika ulama gagal bersifatkomprehensif dalam menghimpunkan ciri-ciri diatas, kepimpinan politik mereka akan menjadi sukardiramalkan.

    Selain meneliti aspek-aspek di atas supayadiatasi, ulama kini juga mesti bekerjasama dengan

    intelektual Islam yang menginsafi kedudukanmereka sebagai orang Islam. Pembabitan seramaimungkin yang dapat ulama dan intelektual dalamgerakan Islam adalah pra syarat dalam usahamembangunkan masyarakat berasaskan tauhid ini.Cerdik pandai yang berpendidikan sekularhendaklah diberikan suntikan baru agar tidakmenjadi agen-agen budaya Barat yang negatif. Paraulama yang masih terasing dari gerakan Islam, atauhanya menumpukan kehidupan kepada ibadat ritualhendaklah juga digerakkan supaya merekamemainkan peranan yang lebih besar denganmenyediakan analisis dan cara-cara untuk berdepan

    dengan realiti sekeliling. Aliran pemikiran gerakanIslam seperti Ikhwan al-Muslimin dan JamaatIslami boleh terus menjadi sumber inspirasi dalamusaha membawa perubahan sosiobudaya masyarakatIslam.

    Mengambil kira bahawa ulama juga bakalmerupakan pemimpin negeri atau negara, persiapanuntuk menjana ulama yang tahu untuk mengurussektor ekonomi dan pentadbiran harus dilakukan.Kepakaran mereka dalam bidang dakwah syariahmestilah dilanjutkan kepada kepakaran menguasaiilmu-ilmu moden. Usaha membentuk ulama abad ke21 ini tidak boleh lagi bersifat mengekalkan status

    quo dalam aspek-aspek pemikiran akidah dansyariah sahaja, sebaliknya harus dilanjutkan kepadapemahaman seperti bidang ekonomi dan politiksemasa. Dalam kata lain, mereka harus disediakandengan kebolehan dalam menghadapi pelbagai isuterkini dengan dakwah dan kebijaksanaan semasa.Dengan mengambil kira keseluruhan masalahtersebut, ulama yang melibatkan diri dalam institusipolitik abad ke 21 adalah kalangan yang bakalberhadapan dengan tanggungjawab yang besardalam usaha untuk menjana pemikiran politikmasyarakat mengikut acuan agama.

    Hubungan dengan Masyarakat Islam dan BukanIslam: Pada Abad ke 17 dan 18 M, ulama mampumengislamkan ramai orang. Kini, ulama juga mestimeluaskan jaringan hubungan dengan pelbagailapisan masyarakat di samping berusahabersungguh-sungguh menjelaskan Islam danmengislahkan masyarakat Islam. Hubungan denganmasyarakat bukan Islam telahpun dilakukan tetapimasih jauh berkurang. Tidak banyak aktiviti yangdiatur untuk mendekatkan hubungan antara ulamadengan bukan Islam. Akibatnya, salah tanggapterhadap ulama di kalangan bukan Islam masihtinggi. Pelbagai kaedah wajar dicetuskan oleh ulama

    termasuk ulama yang mewakili pertubuhan sukareladari institusi sosial seperti persatuan-persatuan

  • 7/25/2019 Jurnal Pendekatan Dakwah Ulama Syfi Abad Ke 17

    6/6

    PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

    432

    ulama negeri dan pusat bagi menjalin hubungan baikdengan bukan Islam. Usaha pertubuhan sukarelaseperti Outreach ABIM yang telah mengadakanhubungan dengan masyarakat bukan Islam wajardicontohi dan diteruskan lagi. Ini penting keranasetiap keadaan yang berlaku dalam negara ini

    melibatkan umat Islam dan bukan Islam secarabersama.

    KESIMPULAN

    Kedudukan strategi yang dipegang oleh ulama sufiabad ke 17 dan 18 M di tengah masyarakat sama adakedudukan formal mahu tidak formal, merupakankesempatan bagi ulama sufi menyebarkan agamaIslam bercorak sufi. Mereka mendapat dukungandaripada pemerintah sehingga dengan demikianulama memperolehi beberapa kemudahan diantaranya boleh berkomunikasi langsung dengan

    orang ramai, menggunapakai kemudahan negara danbernaung di bawah kekuatan pemerintah. Sikapulama dahulu yang memiliki sifat-sifatnya tawadu ,dan perilaku soleh, bergaul dengan masyarakatawam mejelaskan ulama zaman tersebut merupakanulama bi al-hal dan bi al-lisan. Pendekatan dakwahulama abad ke 21 tentunya lebih mencabar. Kini,ulama tidak lagi mengamalkan amalan-amalansufisme seperti ulama abad ke 17 dan 18 M,termasuk menolak amalan tariqat. Kesan besarnyaialah sikap zuhud dan tawadu` mudah terhakis dalamjiwa mereka. Kerana itu, amalan-amalan bercoraktasawuf mestilah diteruskan sebagai benteng

    menghadapi ancaman material kini. Pola masyarakatyang pelbagai agama, pengaruh Barat dan teknologiserta tuntutan material memerlukan ulama sentiasake depan. Oleh itu, pendekatan dakwah ulamasekarang mesti juga mengambil kira ketulusan dankeikhlasan, mengutamakan agama berbading habuanmaterial, keupayaan menguasai teknologi,keterlibatan dengan masyarakat dan kebolehanmenguasai politik dan berinteraksi denganpemerintah. Ulama akan berjaya membawa mesejdakwah dan perubahan moral masyarakat jikamereka mendahulukan kepentingan diri dan tuntutanmaterial dengan mengutamakan jihad untuk agama.

    NOTA HUJUNG

    1 Azyumardi menggambarkan fenomena inisebagai mengurangi ciri-ciri ekstatik danberlebih-lebihan dari tasawuf sebelumnya danmenekankan kepatuhan pada syariat, pada saatyang sama mereka mempertahankan kaitan-kaitan doktrinal mereka (Azyumardi, 1994:131-132). Istilah kesinambungan dan perubahan(continuity and change) ini sebenarnya bukansuatu istilah baru. Bahkan ia pernahdipopularkan oleh beberapa orang sarjana

    sosiologi seperti Takane (1981) dan Rosenau(1990).

    RUJUKAN

    Abu Hamid. (1994). Syeikh Yusuf seorang ulama,sufi dan pejuang, Jakarta: Yayasan OborIndonesia.

    Ahmad Daudy. (1983). Allah dan manusia dalamkonsep Nuruddin Ar-Raniri. Jakarta: Rajawali.

    Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1986).Commentary on The hujjat As-sidiq of Nur ad-

    Din Ar-Raniri. Kula Lumpur. The Ministry ofCulture.

    Al-Qardawi,Yusuf. (1988).Al-sahwah al-Islamiyyahwa humum al-watan wa al-Islami. Kaherah: Daral-Sahwah

    Al-Raniri, Nuruddin, (t.t) Sirat al-Mustaqim. (Edited

    by. Al-Fatani, Mustafa Ahmad bin MuhammadZain).Singapore.

    Azyumardi Azra.(1994). Jaringan ulama TimurTengah dan kepulauan Nusantara abad ke XVIIdan XVIII. Bandung: Penerbit Mizan.

    Harun Nasution. (1975). Pembaharuan dalam Islam,sejarah pemikiran dan gagasan. Jakarta: BulanBintang.

    Muhsin Jamil. (2005). Tarekat dan dinamika sosialdan politik, tafsir sosial sufi Nusantara.Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

    Rahman, Fazlur. (1987). Metode alternatif neo-modenisme Islam.. (Ter:) Bandung: Mizan.

    Rosenau, James N.(1990). Turbulance in worldpolitics, a theory of change and continuity, GreatBritain: Princton University Press.

    Solihin. (2005). Melacak pemikiran tasawuf diNusantara. Jakarta: Pt. Raja Grafindo Persada.

    Takane, Masaaki. (1981). The political elite inJapan,continuity and change in modernization.California: University of California.

    Taufik Abdullah. (1991). Sejarah umat IslamIndonesia. Jakarta: MUI.