jurnal mingguan 6

3
JURNAL MINGGUAN Bilangan Jurnal: Ke-6 Minggu Praktikum: Keenam Tarikh: 24-26 Februari 2015 Tajuk: Tidak Menghantar Fail Kerja 1. Isu/Masalah Pada minggu ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah dan guru pembimbing sentiasa diberikan untuk saya membaiki dan meningkatkan kualiti pengajaran saya. Penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti amat memberangsangkan. Terdapat sedikit masalah yang saya hadapi pada minggu ini iaitu penghataran tugasan. Dalam subjek ini saya menggunakan fail untuk mengumpulkan hasil kerja mereka. Setiap tugasan yang diberikan hendaklah dimasukkan ke dalam satu fail yang dimiliki oleh setiap seorang dari pelajar saya dan fail tersebut saya akan semak secara bulanan. Malangnya semasa saya meminta pelajar menghantar fail tersebut, hanya sebahagian sahaja pelajar yang berjaya menghantar fail mereka. Saya menganugerahkan kepada mereka penghargaan dan pujian. Bagi pelajar yang masih belum berjaya menghantar, saya meminta kepada mereka dengan meletakkan tarikh baharu. Sebagai guru pelatih saya haruslah memikirkan cara dan tindakan untuk menyelesaikan perkara ini. 2. Analisis Untuk mencari dan mengatur langkah yang sesuai, saya telah melaksanakan beberapa pemerhatian terhadap masalah yang saya hadapi

Upload: nadiaamir123

Post on 27-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

utk praktikal di sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL MINGGUAN 6

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal: Ke-6

Minggu Praktikum: Keenam

Tarikh: 24-26 Februari 2015

Tajuk: Tidak Menghantar Fail Kerja

1. Isu/Masalah

Pada minggu ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik.

Bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah dan guru pembimbing sentiasa diberikan untuk saya

membaiki dan meningkatkan kualiti pengajaran saya. Penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti

amat memberangsangkan. Terdapat sedikit masalah yang saya hadapi pada minggu ini iaitu

penghataran tugasan. Dalam subjek ini saya menggunakan fail untuk mengumpulkan hasil kerja

mereka. Setiap tugasan yang diberikan hendaklah dimasukkan ke dalam satu fail yang dimiliki

oleh setiap seorang dari pelajar saya dan fail tersebut saya akan semak secara bulanan.

Malangnya semasa saya meminta pelajar menghantar fail tersebut, hanya sebahagian sahaja

pelajar yang berjaya menghantar fail mereka. Saya menganugerahkan kepada mereka

penghargaan dan pujian. Bagi pelajar yang masih belum berjaya menghantar, saya meminta

kepada mereka dengan meletakkan tarikh baharu. Sebagai guru pelatih saya haruslah

memikirkan cara dan tindakan untuk menyelesaikan perkara ini.

2. Analisis

Untuk mencari dan mengatur langkah yang sesuai, saya telah melaksanakan beberapa

pemerhatian terhadap masalah yang saya hadapi iaitu pelajar gagal menghantar Fail Kerja

pada waktunya. Berikut adalah hasil pemerhatian yang dilakukan:

a. Dua orang pelajar yang masih lagi tidak menyediakan Fail Kerja untuk subjek ini

b. Terdapat pelajar yang sudah hilang lampiran kerja yang mereka hasilkan kerana mereka

tidak memasukkan lampiran tersebut ke dalam fail

Daripada pemerhatian di atas, saya masalah ini juga berpunca daripada saya. Sebagai guru

saya mestilah bersikap tegas sedikit dalam mempastikan pelajar mematuhi arahan.

Penghataran fail ini adalah penting bagi saya untuk menyemak dan memperbaiki kelemahan

pelajar saya terutamanya dalam aspek ejaan dan kekemasan tulisan. Disamping itu, saya juga

Page 2: JURNAL MINGGUAN 6

dapat memupuk sifat kasih sayang antara guru dengan pelajar. Apabila guru menyemak hasil

kerja murid, pelajar akan merasakan mereka telah dihargai dan diberi perhatian sebaiknya oleh

gurunya. Semoga pelajar saya berasa lebih minat dan semangat untuk mempelajari Bahasa

Melayu.

3. Cadangan untuk memperbaiki

Untuk membaiki masalah yang saya hadapi, saya telah mengadakan perbincangan terbuka

bersama guru pembimbing saya. Guru pembimbing juga memberi banyak cadangan yang

sangat berkesan difikirkan bagi menyelesaikan isu ini antaranya, guru mestilah bersikap tegas

terhadap arahan yang diberikan terhadap pelajar. Pujian untuk pelajar yang mematuhi dan

dendaan untuk pelajar yang masih gagal mematuhi. Selain itu, saya juga mencadangkan

bahawa guru mestilah memberi arahan dengan jelas dan mudah difahami kepada pelajar. Kata

rangsangan juga amat memainkan peranan dalam mempastikan pelajar menghantar tugasan

mereka bersama.

4. Tempoh Masa

Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah adalah sehingga pelajar dapat

menghantar tugasan dengan baik dalam masa yang diberikan oleh guru.

5. Tindakan Susulan

Bagi meneruskan usaha ini, beberapa langkah dan tindakan akan dilaksanakan mengikut

peringkat dan kesesuaian bagi menyelesaikan masalah ini.

a. Guru memberi arahan yang mudah difahami dan jelas kepada pelajar

b. Kata perangsang guru berikan kepada pelajar bagi meningkatkan semangat mereka

c. Penghargaan guru berikan kepada pelajar yang berjaya menghantar tugasan dengan

masa yang tepat

6. Kesimpulan

Fail Kerja ini dapat membantu saya untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan

kemahiran pelajar dengan baik. Oleh itu, amat penting untuk pelajar dapat menghantar fail

mereka dalam masa yang ditetapkan. Semoga tindakan saya laksanakan dapat memperbaiki

sikap pelajar kea rah lebih positif

Page 3: JURNAL MINGGUAN 6