jurnal minggu pertama praktikum 2

Upload: ieka-adila

Post on 29-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh jurnal

TRANSCRIPT

JURNAL MINGGU PERTAMA(15/7/2013 21/7/2013)Tg Intan Mastura Bt Tg Mohd Ramli911104-11-5054Kesukaran Mengingat Nama Murid Sehingga Menganggu kawalan Kelas

MasalahSaya sememangnya mempunyai masalah yang agak rumit dalam mengingat nama-nama orang dan tarikh-tarikh penting. Masalah ini bertambah rumit apabila kepentingan mengingat nama termasuk dalam faktor-faktor yang mempengaruhi kawalan kelas. Saya memerlukan perhatian murid, agar saya dapat menyampaikan isi pelajaran saya dengan lebih baik. Oleh itu, saya perlu mengingati setiap nama mereka supaya saya dapat memanggil nama mereka untuk kembali memberi perhatian jika mereka bercakap ketika saya mengajar.

Selain itu, saya perlu mengingati nama mereka bagi memudahkan saya bertanyakan soalan ketika dalam kelas. Hal ini juga merupakan salah satu cara untuk mengawal kelas. Saya suka bertanya soalan kepada murid yang bermain dan tidak memberi tumpuan di dalam kelas. Tindakan saya ini sedikit sebanyak telah menarik kembali perhatian murid tersebut kerana bimbang mereka akan ditanyakan soalan lagi jika mereka tidak memberi tumpuan,

Analisis MasalahPada semester ini saya akan mengajar untuk tiga buah kelas iaitu dua kelas bagi tahun 5 dan satu kelas bagi tahun 3. Sekolah saya merupakan sebuah sekolah yang agak besar dan mempunyai murid yang ramai. Oleh itu purata bilangan murid bagi satu kelas adalah 30 orang. Saya perlu mengajar tiga buah kelas yang berbeza. Saya perlu mengingati semua nama mereka bagi memudahkan saya mengawal mereka. Pada minggu pertama, saya telah memulakan pengajaran bagi kedua-dua kelas tahun 5. Walaupun sudah beberapa kali masuk ke kelas mereka, saya masih belum dapat mengingati nama mereka dengan baik. Hal ini kerana, hanya seorang dua yang memakai tag nama mereka pada uniform sekolah.

Jumlah murid-murid saya pada setiap kelas agak ramai. Pada mulanya, saya beranggapan saya tidak akan mempunyai masalah jika tidak mengingat nama mereka. Saya beranggapan bahawa mereka boleh dikawal dengan hanya meletakkan mereka kepada beberapa kumpulan dan saya hanya mengawal mereka mengikut kumpulan. Namun begitu, saya telah silap kerana terdapat beberapa orang murid, yang begitu aktif dan suka bercakap ketika saya mengajar walaupun saya mengarahkan kumpulan tersebut untuk diam. Hal ini telah memberi pengajaran kepada saya betapa pentingnya untuk mengingati nama murid-murid terutama bagi murid yang begitu aktif dan suka menggangu rakan ketika saya sedang mengajar. Namun, saya mungkin memakan sedikit masa untuk mengingat nama mereka kerana kelas saya bersama mereka hanya sekali dalam seminggu. Saya akan berusaha untuk kenal mereka supaya saya dapat mengenal nama mereka dengan mudah.

Memetik satu isi penting dari buku karangan Dale Carnegie yang bertajuk How to Win Friends and Influenced People yang antara lainnya menyebut kepentingan mengingat dan menyebut nama yang disukai orang sebagai satu daripada cara untuk membuatkan orang suka terhadap kita. Selain itu, kanak-kanak juga begitu cekap dalam menilai kejujuran dan akan bertindak balas sesuai dengan kejujuran yang dipamerkan. Saya bukan sekadar ingin mengajar mereka, tetapi mahu memegang hati mereka dengan didikan ilmu yang berguna.

CadanganBeberapa cadangan yang difikirkan sesuai dan boleh dilaksanakan telah dimplimentasikan. Antaranya:1. Membuat tag nama untuk setiap murid dengan meletakkan nama panggilan mereka. 2. Mengasingkan murid ke dalam kumpulan kecil untuk dihafal nama mereka mengikut kumpulan kecil berkenaan.3. Mengambil gambar mereka mengikut kumpulan dan diletakkan nama agar mudah dihafal. 4. Selalu menyebut nama mereka dalam kelas dalam kelas, memberi perhatian, dan mewujudkan insiden dengan mencari keistimewaan yang membolehkan saya mengingat nama mereka.

Tempoh penyelesaianTempoh yang diambil agak lama kerana saya memerlukan waktu untuk mengingat nama mereka dengan baik serta dalam masa yang sama mengenali hati dan budi mereka dengan baik. 22/7/2013 28/7/ 2013 (Seminggu)

Tindakan Susulan1. Usaha yang pertama ialah membahagikan mereka dalam kumpulan telah dilaksanakan pada minggu pertama ini ini. Namun masalah timbul apabila saya tidak mencatatkan nama-nama mereka. Oleh itu, saya telah menyenaraikan kumpulan mengikut kumpulan asal mereka memandangkan mereka telah mempunyai kumpulan masing-masing mengikut meja kumpulan di dalam bilik sains. Hasil: Murid- murid akan lebih mudah dikawal terutamanya ketika melakukan aktiviti di dalam kelas. Selain itu, saya juga mudah mengingat nama mereka dengan membahagikan mereka kepada kumpulan kecil.

2. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan berusaha menyebut nama murid-murid yang pertamanya agar saya dapat meraikan mereka dan yang keduanya agar dapat membantu saya mengingat nama mereka melalui kaedah pengulangan. Saya juga akan berusaha mewujudkan insiden yang akan dapat membantu saya mengingat nama mereka dengan lebih mudah. Kebiasaanya kita akan lebih mudah mengingat nama murid yang mempunyai satu peristiwa yang signifikan. Contohnya, saya akan mudah mengingat nama murid yang paling menonjol dan paling diam di dalam kelas. Jadi, bagi murid yang berada di pertengahan pula, cara yang paling mudah untuk mewujudkan insiden adalah melalui perbualan santai kerana jawapan yang lahir dari kanak-kanak biasanya sangat mengesankan orang yang lebih dewasa. Hasil: Alhamdulillah, menggunakan teknik ini, saya membantu saya mengingat sekuran-kurangnya 10 nama mereka. Saya akan menggunakan teknik yang sama juga untuk kelas tahun 3.

3. Untuk tindakan seterusnya, saya akan membuat tag nama untuk semua murid-murid saya kerana mereka tidak memakai tag nama yang sepatutnya dipakai oleh semua orang murid pada uniform sekolah masing-masing. Oleh itu, saya telah membuat alternatif lain bagi mengingati nama mereka dengan membuat tag nama sendiri. Tag nama tersebut akan dibahagikan kepada setiap murid mengikut kumpulan mereka setiap waktu kelas dan akan dikumpulkan kembali mengikut kumpulan mereka setiap habis waktu supaya memudahkan pengagihan.

KesimpulanPerkara yang kelihatan kecil pada pelaksanaan, tetapi sangat besar dari segi impaknya memang kebiasaannya begini. Mungkin secara kasarnya akan ada individu yang beranggapan masih ada banyak masalah besar bersifat ilmiah dalam pendidikan yang perlu diberi perhatian berbanding fokus kepada perkara kecil seperti mengingat nama. Namun, saya tetap yakin dan percaya, masalah mengingat nama ini, sekiranya dapat diatasi, maka dapat menyelesaikan banyak masalah ilmiah yang lain. Mengingat nama dapat membantu menawan hati. Hati yang dapat ditawan, akan dapat dilunakkan dengan baik.