jurnal minggu kesepuluh

8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH JURNAL PRAKTIKUM NAMA PELAJAR : ERIC SHAM SAMIT KURSUS & AMBILAN : PISMP PEMULIHAN AMBILAN JAN 2012 TEMPOH PRAKTIKUM : 12 MINGGU ( 01/02/2015 – 30/04/2015) PENGKHUSUSAN : PEMULIHAN BM/MT NAMA GURU PEMBIMBING : CIKGU KAMALIAH/ CIKGU RUGAYAH NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : CIK OOI SIEW TIN/ TUAN HAJI AHMAD BIN SAAD CATATAN MINGGU KE: (10).TARIKH : 05/04/2015 SEHINGGA 09/04/2015 Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan: Murid tidak mendengar arahan guru Pada minggu kelima ini, saya telah mengenal pasti isu yang terdapat semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Isu yang timbul pada minggu ini ialah murid tidak mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Masalah ini berlaku terhadap murid kelas

Upload: eric-sham-samit

Post on 29-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JURNAL MINGGU KESEPULUH

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUMNAMA PELAJAR :ERIC SHAM SAMITKURSUS & AMBILAN :PISMP PEMULIHAN AMBILAN JAN 2012TEMPOH PRAKTIKUM : 12 MINGGU ( 01/02/2015 30/04/2015)PENGKHUSUSAN :PEMULIHAN BM/MTNAMA GURU PEMBIMBING :CIKGU KAMALIAH/ CIKGU RUGAYAHNAMA PENSYARAH PEMBIMBING :CIK OOI SIEW TIN/ TUAN HAJI AHMAD BIN SAAD

CATATAN MINGGU KE: (10).TARIKH : 05/04/2015 SEHINGGA 09/04/2015

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan: Murid tidak mendengar arahan guruPada minggu kelima ini, saya telah mengenal pasti isu yang terdapat semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Isu yang timbul pada minggu ini ialah murid tidak mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Masalah ini berlaku terhadap murid kelas perdana Tahun 2 Arif. Apabila guru memberi arahan, murid tidak mengendahkan arahan guru dan bergerak-gerak di dalam kelas. Arahan yang diberikan kepada murid sangat jelas tetapi murid tetap tidak mendengar dengan teliti malahan menganggap arahan tersebut tidak penting. Ini menyebabkan masa pengajaran dan pembelajaran dibazirkan begitu sahaja. Selain itu, murid juga telah mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang.

Analisis masalah/Isu/peristiwa Melalui pemerhatian saya, murid-murid menunjukkan minat untuk belajar tetapi kaedah yang digunakan oleh saya untuk mengajar menyebabkan murid berasa bosan untuk belajar. Masalah ini juga berlaku kerana pengajaran saya yang tidak sesuai di mana saya mengajar setiap seorang murid. Ini dapat dilihat bahawa murid yang lain akan menunggu giliran untuk diajar. Oleh itu, murid yang tidak diajar akan berbual-bual dengan kuat sehingga mengganggu pengajaran guru. Di samping itu, kemahiran komunikasi juga tidak berlaku antara guru dengan murid. Fokus hanya diberikan terhadap pengajaran sahaja menyebabkan murid berasa bosan dan tidak mengendahkan arahan guru agar mereka duduk diam di tempat mereka. Cadangan PenyelesaianMelalui masalah yang telah dianalisis, terdapat pelbagai cara yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah guru memberikan kata-kata pujian kepada murid yang menunjukkan tingkah laku positif. Guru juga harus memberi pujian kepada kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini supaya murid tersebut terdorong untuk berubah kepada tingkah laku yang positif. Kata-kata pujian membuatkan murid berasa disayangi oleh guru yang memberikan pujian kepadanya. Murid-murid pemulihan sukar untuk mendapat pujian daripada guru di kelas perdana. Oleh itu, guru pemulihan perlu memainkan peranan agar murid berasa selesa untuk belajar di dalam kelas. Menurut Abdul Ghani Abdullah & Abdul Rahman Abdul Aziz(2009),Pujian adalah salah satu strategi yang dapat digunakan bagi merangsang kelakuan dan tingkah laku pelajar ke arah sikap yang lebih positif. Namun, pujian tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya kerana apabila tersilap memberi kata-kata pujian, ia mungkin dapat membentuk sikap yang negatifSelain tu, guru juga boleh melaksanakan pengajaran secara berkumpulan yang mempunyai murid yang ramai. Pengajaran ini dikenali sebagai pengajaran koperatif di mana murid-murid membantu antara satu sama lain dalam kumpulan kecil. Oleh itu, guru boleh memberi latihan kepada kumpulan sementara guru mengajar kumpulan yang lain. Melalui cara ini, tidak ada murid yang hanya duduk diam dan menunggu rakan yang sedang mengikuti pengajaran. Mereka akan melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru. Menurut Effandi Zakaria (1998), Pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guruKaedah lain yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini ialah penggunaan ekonomi token. Menurut Ang Jit Eng(2007), Sistem ekonomi token adalah pendekatan untuk mengubah tingkah laku sejumlah besar murid dalam masa yang singkat. Sistem ini mengamdungi tiga unsur utama. Antaranya ialah satu senarai peraturan bertulis yang mengandungi tingkah laku atau tindakan yang diberi ganjaran atau peneguhan oleh guru, satu sistem untuk memberikan token atau tanda simbolik kepada murid yang melakukan tingkah laku atau tindakan seperti yang dinyatakan dalam senarai peraturan dan sistem untuk menukarkan token-token yang diperoleh dengan hadiah, ganjaran atau peluang untuk mengikuti sesuatu aktiviti. Oleh itu, saya akan membuat senarai peraturan yang mempunyai perolehan token di mana murid akan diberi token berdasarkan tingkah laku yang positif dan penarikan token bagi murid yang menunjukkan tingkah laku yang negatif. Apabila murid menunjukkan tingkah laku yang negatif, guru harus membuat penarikan token dengan segera. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru harus menerangkan kepada murid berkaitan dengan sistem token dengan menunjukkan peraturan tersebut beserta dengan senarai ganjaran yang boleh diperolehi oleh murid.

Tempoh penyelesaian05/04/2015 hingga 09/04/2015 iaitu selama 5 hari.

Tindakan susulanGuru memberi pujian terhadap murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini. Guru perlu sentiasa berinteraksi dengan murid agar hubungan guru akan lebih rapat dan mesra.

KesimpulanLangkah-langkah yang dicadangkan membantu guru menyelesaikan masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu mengetahui betapa pentingnya pujian yang guru berikan kepada murid untuk meningkatkan tingkah laku yang positif dalam diri murid.

RujukanA. Ghani Abdullah, Ph.D. & Abd. Rahman Abd. Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Pandangan / komen guru pembimbing ..................................................................................................................................................

......................................................................................................................................... ........

..................................................................................................................................................

Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................

Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing ..................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................

Nama : ........................................................