jurnal minggu keenam

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH JURNAL PRAKTIKUM NAMA PELAJAR : ERIC SHAM SAMIT KURSUS & AMBILAN : PISMP PEMULIHAN AMBILAN JAN 2012 TEMPOH PRAKTIKUM : 12 MINGGU ( 01/02/2015 – 30/04/2015) PENGKHUSUSAN : PEMULIHAN BM/MT NAMA GURU PEMBIMBING : CIKGU KAMALIAH/ CIKGU RUGAYAH NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : CIK OOI SIEW TIN/ TUAN HAJI AHMAD BIN SAAD CATATAN MINGGU KE: (6).TARIKH : 08/03/2015 – 12/03/2015 Tajuk Jurnal: Masalah Murid yang Pasif Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan Kali ini saya berhadapan dengan masalah murid yang pasif di dalam kelas, terutamanya di dalam aktiviti berkumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila hanya murid yang sama sahaja yang

Upload: eric-sham-samit

Post on 15-Jan-2016

36 views

Category:

Documents

0 download

DESCRIPTION

JURNAL MINGGU KEENAM

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL MINGGU KEENAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM

NAMA PELAJAR : ERIC SHAM SAMIT

KURSUS & AMBILAN : PISMP PEMULIHAN AMBILAN JAN 2012

TEMPOH PRAKTIKUM : 12 MINGGU ( 01/02/2015 – 30/04/2015)

PENGKHUSUSAN : PEMULIHAN BM/MT

NAMA GURU PEMBIMBING : CIKGU KAMALIAH/ CIKGU RUGAYAH

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : CIK OOI SIEW TIN/ TUAN HAJI AHMAD BIN

SAAD

CATATAN MINGGU KE: (6).TARIKH : 08/03/2015 – 12/03/2015

Tajuk Jurnal: Masalah Murid yang Pasif

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Kali ini saya berhadapan dengan masalah murid yang pasif di dalam kelas,

terutamanya di dalam aktiviti berkumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila hanya

murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan.

Manakala murid lain hanya memerhati dan kadangkala mengganggu murid lain.

Page 2: JURNAL MINGGU KEENAM

Analisis masalah/isu/peristiwa

Isu ini mungkin berlaku disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah

berbanding dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat pemalu untuk tampil ke hadapan

menjadi punca masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak

memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat

kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak

melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Cadangan Penyelesaian

Saya perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar mereka

dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri mereka.

Selain itu, saya akan cuba memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai

peneguhan yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti yang dijalankan dala kelas.

Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah

perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan

lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk

motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif

yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian

selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan

senyuman, menepuk bahu pelajar, memberikan hadiah dan sebagainya. Di samping itu,

saya perlu merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk

melibatkan diri semasa proses PdP berlangsung.

Tempoh Penyelesaian

08/03/2015 hingga 12/03/2015 iaitu selama 5 hari.

Page 3: JURNAL MINGGU KEENAM

Tindakan susulan

Pemerhatian akan terus dilakukan terhadap murid pasif yang telah dikenal pasti.

Penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pengukuhan adalah perkara yang dilakukan untuk

menggalakkan sesuatu perkara itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan

diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu, keduanya untuk

mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan

kepada dua bahagian iaitu peneguhan positif dan negative. Sebagai guru, sangat

penting untuk mengaplikasikan teori ini bagi menarik minat murid-murid dalam aktiviti

PdP.

Page 4: JURNAL MINGGU KEENAM

Pandangan / komen guru pembimbing

............................................................................................................................................

Tarikh : .......................................... Tandatangan :

Nama : ...........................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing