jurnal minggu 8_4

Upload: seladang80

Post on 06-Mar-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Refleksi mingguan folio

TRANSCRIPT

Jurnal Minggu 1 ( 1-5 Julaai 2007 )

JURNAL MINGGU KELAPAN

(16 OGOS 2010 20 OGOS 2010)

Isu / Perkara Yang Difokus : Pelajar bising di dalam kelas

Analisis Masalah :

Murid yang bising di dalam kelas mungkin mempunyai tingkahlaku bermasalah. Tingkah laku bermasalah negatif boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu tingkah laku distruktif, tingkah laku distruptif dan tinhkag laku bergantung. Tingkah laku distruptif didifinisikan sebagai sebarang tingkah laku yang dapat menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis tingkah laku distruptif ialah hiperaktif, suka membuat bising, pergerakan yang tidak perlu, mengganggu orang lain tumbuk menumbuk dan ketawa dengan kuat.

Masalah bising di dalam kelas perlu diatasi. Jika dibiarkan berterusan, ia akan terus mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah diteliti, perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor :

Suara guru kurang jelas / perlahan

Guru tidak tegas dan kurang tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Guru tidak kreatif

Murid bosan dengan kaedah penerangan

Murid yang bising terdiri dari murid yang aktif

Cadangan Penyelesaian Masalah :

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya bnercadang melakukan beberapa perkara iaitu :

Guru perlu lebih tegas semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Menggunakan kemudahan ICT untuk menarik minat murid

Memberikan tumpuan yang lebih kepada murid yang bising dangan cara selalu berjalan ke arah kumpulan mereka

Sentiasa memberikan motivasi dan pujian bagi setiap aktiviti yang berjaya disiapkanTempoh Penyelesaian : 23/82010 27/8/2010 ( 1 Minggu )

Tindakan Susulan :

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah melaksanakan perkara perkara yang dicadangkan. Di dalam kelas saya menggunakan suara yang lebih tegas. Mereka mula merasakan saya adalah guru yang garang dan tidak lagi membuat bising sesuka hati. Saya juga telah menggunakan kemudahan komputer dan projektor semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka begitu berminat mengikuti pelajaran kerana terdapat grafik-grafik dan gambar yang menarik. Semasa mengajar juga saya lebih banyak berjalan ke seluruh kelas.

Kesimpulan :

Setelah melaksanakan perkara-perkara di atas, saya dapati murid sudah kurang membuat bising di dalam kelas. Dengan kaedah-kaedah yang betul, murid dapat dididik dan diajar supaya lebih berdisiplin di dalam kelas