jurnal artikel

Upload: an-nisa

Post on 09-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Jurnal Artikel

TRANSCRIPT

  • PENGGUNAAN KIT PEMBELAJARAN RANGSANGAN DAN GERAK BALAS

    UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT MURID

    TAHUN 4 DALAMTOPIK MANUSIA BERGERAK

    BALAS TERHADAP RANGSANGAN

    Norazizah binti Nawir

    [email protected]

    Aida Rahayu binti Sharifuddin

    [email protected]

    Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

    Abstrak

    Tujuan penyelidikan tindakan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan minat

    murid Tahun 4 dalam topik Manusia Bergerak Balas terhadap Rangsangan dengan

    menggunakan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas. Seramai 27 orang

    murid Tahun 4 telah dipilih sebagai responden yang terdiri daripada 13 orang murid

    lelaki dan 14 orang murid perempuan di salah sebuah sekolah di sekitar daerah Pulau

    Pinang. Pemerhatian soal selidik, temu bual dan pengujian yang berfokuskan

    penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas bagi meningkatkan

    kefahaman murid dalam topik Manusia Bergerak Balas terhadap Rangsangan

    dijalankan ke atas murid. Nilai Min, jumlah kekerapan(f) nilai peratusan(%) dan

    sisihan piawai yang digunakan dalam pengujian dan soal selidik telah dikira secara

    kuantitatif manakala kaedah temu bual dianalisis secara kualitatif. Berdasarkan pada

    nilai Min bagi ujian telah menunjukkan peningkatan nilai Min sebanyak 17.0 iaitu

    daripada 57.0 bagi praujian kepada 74.0 bagi pascaujian. Sisihan piawai bagi praujian

    adalah 14.14 dan 12.25 bagi pascaujian. Seterusnya, pemerhatian, soal selidik dan

    temu bual yang berfokuskan kepada penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan

    Gerak Balas dalam meningkatkan minat murid dalam topik Manusia Bergerak Balas

    terhadap Rangsangan telah dijalankan ke atas murid-murid ini. Nilai kekerapan(f) dan

    peratusan(%) untuk kesemua item di dalam borang soal selidik dan borang

    pemerhatian senarai semak telah dikira secara kuantitatif. Dapatan kajian

    menunjukkan terdapat 66.7% murid berasa bermotivasi untuk melibatkan diri dalam

    pembelajaran dan pengajaran apabila Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas

    diaplikasikan dalam topik Manusia Bergerak Balas terhadap Rangsangan. Penggunaan

    Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas didapati berjaya meningkatkan minat

    dan kefahaman murid Tahun 4 dalam topik Manusia Bergerak Balas terhadap

    Rangsangan.

    Konteks

    Satu pendekatan yang menarik haruslah digunakan untuk menarik dan meningkatkan minat

    dan kefahaman murid dalam sesebuah tajuk yang diajar. Menurut Noraini Ahmad (2003),

    penggunaan bahan-bahan yang tidak terdiri daripada ayat-ayat yang panjang seperti carta,

    gambar, rajah dan ilustrasi yang terdiri daripada pelbagai warna dan bentuk yang menarik

    bukan sahaja dapat meningkatkan fokus dan kefahaman dalam membacanya, malah bahan-

    bahan ini dapat membantu dalam meningkatkan ingatan terhadap apa yang dibaca.

  • Penggunaan buku cerita digital bukan sahaja bahan yang digunakan mampu menarik minat

    murid, malah cerita yang terkandung di dalam Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas

    dapat menyampaikan konsep dan fakta sains yang diajar. Dalam dunia millennium hari ini,

    wujud pelbagai jenis medium yang dapat membantu kita membina bahan bantu mengajar

    yang lebih menarik dan efektif dalam menyampaikan fakta dan konsep sains yang ingin

    diajar. Ini termasuklah bahan-bahan bantu mengajar yang berasaskan media digital yang juga

    mengintegrasikan kemahiran abad 21 ini iaitu kemahiran ICT.

    Oleh yang demikian, penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas merupakan

    satu kaedah pengajaran yang bersifat serampang dua mata di mana di samping dapat

    meningkatkan minat murid untuk mempelajari Sains melalui permainan pancing dan lekat, ia

    juga dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap tajuk Manusia Bergerak Balas terhadap

    Rangsangan. Justeru, penulisan laporan penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk

    meningkatkan kefahaman dan minat murid Tahun 4 dalam tajuk Manusia Bergerak Balas

    terhadap Rangsangan dengan menggunakan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas.

    Fokus Kajian

    Kajian penyelidikan tindakan yang dijalankan bertujuan mengkaji penggunaan Kit

    Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid

    dalam topik Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan. Pada masa kini, sudah menjadi

    suatu lumrah bahawa mata pelajaran Sains dianggap sebagai mata pelajaran yang rumit,

    membosankan serta membebankan. Kebanyakan guru menjadikan kaedah hafalan kepada

    peneguh konsep. Kesannya, murid di sekolah hanya menghafal konsep Sains untuk tujuan

    peperiksaan. Secara tidak langsung, ini menyebabkan pembelajaran yang bermakna tidak

    dapat diwujudkan.

    Abu Sufian (2011) menyatakan bahawa bahan bantu mengajar merupakan intipati dalam

    membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan

    murid memahami konsep, isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru,

    bahan bantu mengajar merupakan rangsangan yang terbaik dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di mana melalui penggunaan bahan bantu mengajar ia dapat menentukan

    sesuatu kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

    Kajian yang dijalankan oleh Siti Fatimah dan Abdul Halim (2010) menyatakan bahawa

    kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar adalah sebagai penyelesaian kepada masalah

    kekurangan tenaga dan masa dalam proses penyediaan pengajaran dan pembelajaran.

    Pendapat ini disokong oleh Ismail Kailani (2011) yang turut mendapati bahawa pengajaran

    menjadi lebih menarik dan berkesan sekiranya bahan bantu mengajar digunakan. Oleh itu, Kit

    Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas yang merupakan salah satu daripada alat bantuan

    mengajar atau bahan bantu mengajar yang mampu merangsang dan menambahkan keinginan

    kepada murid-murid bukan sahaja ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi juga

    menggalakkan murid untuk belajar secara kendiri atau Independent Self Learning.

  • Cerita Sains mampu untuk memberi impak yang istimewa kepada pemikiran murid-murid

    sekolah. Ia bukan sahaja membangkitkan daya kreativiti murid, malah membenarkan mereka

    untuk menggunakan kemahiran logik Sains mereka dalam memahami cerita yang

    disampaikan (Feasey, 2005). Dengan ini jelaslah bahawa penggunaan bahan bantu mengajar

    yang mengintegrasi bahan multimedia yang menarik mempunyai potensi untuk meningkatkan

    kefahaman dan murid dalam tajuk yang ingin diajar. Penggunaan buku cerita digital dilihat

    sebagai satu pendekatan yang santai dan mampu untuk membantu guru dalam menyampaikan

    konsep sains yang ingin diajar. Ia juga dilihat mampu untuk bukan sahaja menarik minat

    murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran malah, meningkatkan kefahaman mereka

    terhadap apa yang diajar melalui penyampaian yang bermakna, kreatif dan menarik.

  • Pelan Tindakan

    Pelaksanaan Tindakan

    Jadual 1 Langkah penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas dalam sesi

    pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

    Fasa Penerangan

    Fasa Orientasi Kaedah bercerita dengan berbantukan penggunaan buku

    cerita digital bagi menarik minat dan persediaan murid

    bagi mempelajari topik Manusia Bergerak Balas terhadap

    Rangsangan digunakan.

    Fasa Pencetusan Idea Sesi sumbang saran dan perbincangan akan dijalankan oleh

    murid-murid berdasarkan cerita yang telah ditunjukkan.

    Pada masa ini, murid akan dibahagikan kepada enam

    kumpulan kecil dan melakukan aktiviti sumbang saran

    berbantukan papan tulis mini.

    Fasa Penstrukturan

    Semula Idea

    Murid diterangkan konsep topik Manusia Bergerak Balas

    terhadap Rangsangan dengan menggunakan buku teks.

    Fasa Pengaplikasian

    Idea

    Kefahaman murid akan diuji dalam fasa pengaplikasian

    idea di mana murid akan diperkenalkan dengan satu

    permainan yang dinamakan Pancing dan Lekat. Semasa permainan ini dijalankan, murid akan duduk di dalam

    kumpulan dan wakil daripada setiap kumpulan perlu

    tampil ke hadapan untuk memancing kad gerak balas

    memadankannya dengan rangsangan yang ditunjukkan

    pada papan tulis.

    Fasa Penutup Murid mengimbas kembali dan membuat rumusan

    mengenai topik pembelajaran.

  • Kaedah Pengumpulan Data

    Jadual 2 Ringkasan kaedah pengumpulan data dan cara menganalisis data bagi soalan kajian

    Soalan kajian Kaedah Pengumpulan

    Data

    Cara Menganalisa Data

    Bolehkah penggunaan Kit

    Pembelajaran Rangsangan

    dan Gerak Balas

    meningkatkan kefahaman

    murid Tahun 4 dalam topik

    Manusia Bergerak Balas

    terhadap Rangsangan?

    Ujian (Praujian dan

    pascaujian)

    Nilai min, peratusan dan

    sisihan piawai

    Soal selidik

    Peratusan

    Temu bual Tema

    Adakah penggunaan Kit

    Pembelajaran Rangsangan

    dan Gerak Balas dapat

    meningkatkan minat murid

    Tahun 4 dalam topik

    Manusia Bergerak Balas

    terhadap Rangsangan?

    Borang senarai semak Peratusan

    Soal selidik Peratusan

    Temu bual

    Tema

    Dapatan Kajian dan Perbincangan

    a) Kefahaman murid terhadap topik Manusia Bergerak Balas Terhadap

    Rangsangan dengan menggunakan Kit Pembelajaran Response and Stimulus

    I. Interpretasi praujian dan pascaujian

    Jadual 3 Perbandingan gred markah praujian dan pascaujian

    Gred Julat (%) Bilangan murid (f)

    praujian

    Bilangan murid (f)

    pascaujian

    A 85-100 0 3

    B 70-84 9 18

    C 60-69 7 4

    D 50-59 4 2

    E 40-49 5 0

    F 01- 39 2 0

    Merujuk kepada Jadual 3 perbandingan gred markah dan peratusan markah praujian dan

    pascaujian yang diperoleh, terdapatnya perubahan peningkatan yang positif. Bagi gred A,

    peningkatan dapat dilihat semasa pascaujian di mana seramai 3 (11.1%) orang murid telah

    berjaya memperoleh gred A berbanding tiada murid yang mendapat gred A semasa praujian.

    Ini menunjukkan penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas telah dapat

    meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 dalam topik Manusia Bergerak Balas terhadap

    Rangsangan. Seterusnya bagi gred B pula, terdapat peningkatan sebanyak 9 (33.3%) orang

    murid semasa pascaujian berbanding praujian. Perubahan positif juga dapat diperhatikan

    apabila bilangan murid yang mendapat gred C dan gred D telah menurun setelah penggunaan

  • Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas melalui pengintegrasian kaedah bercerita dan

    permainan berdasarkan kepada keputusan pascaujian. Bagi gred C, penurunan seramai

    3(11.1%) orang murid semasa pascaujian dan bagi gred D pula, penurunan seramai 2 orang

    murid berbanding praujian di mana seramai 2 (7.4%) orang murid mendapat gred D. Hal ini

    menunjukkan peningkatan secara keseluruhan. Rajah 2 menunjukkan peningkatan gred murd

    bagi praujian dan pascaujian.

    Rajah 2 Perbandingan gred markah bagi praujian dan pascaujian

    Rajah 2 menunjukkan peningkatan bilangan murid mendapat gred B yang sangat ketara

    semasa pascaujian berbanding praujian dilaksanakan. Rajah 2 turut menunjukkan penurunan

    bilangan murid yang mendapat gred C dan gred D. Perkara ini menunjukkan bahawa

    penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas ini sangat efektif untuk

    digunakan bagi meningkatkan kefahaman murid.

    Jadual 4 Nilai Min dan sisihan piawai praujian dan pascaujian

    Min Sisihan piawai

    Praujian 57.0 14.14

    Pascaujian 74.0 12.25

    Berdasarkan peningkatan Min yang diperoleh iaitu sebanyak 17.0, nilai sisihan piawai

    telah diambil. Sisihan piawai adalah ukuran serakan sesuatu taburan. Ia digunakan untuk

    menjelaskan taburan skor sekitar Min.

    II. Soal selidik

    Jadual 5 Item-item dalam borang soal selidik menggunakan Kit Pembelajaran Rangsangan

    dan Gerak Balas mengikut aspek kefahaman

    Aspek Item

    Kefahaman

    Murid

    3 Saya dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh guru

    tentang topik Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    18

    20

    A B C D E F

    Bil

    angan

    Muri

    d

    (f)

    Gred Markah

    Bilangan Murid (f) Melawan Gred Markah

    Praujian

    Pascaujian

  • 5 Selepas belajar menggunakan kit pembelajaran ReSti, saya

    berpendapat bahawa adalah tidak susah untuk membezakan

    istilah rangsangan dan gerak balas

    Jadual 5 menunjukkan item-item soal selidik yang menjurus kepada aspek kefahaman murid.

    Item yang telah diberikan kepada murid menekankan kepada dapat aspek menjawab soalan

    berkaitan tentang topik Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan. Malahan, kefahaman

    responden dalam ini juga diuji melalui kebolehan mereka dalam membezakan istilah

    rangsangan dan gerak balas.

    Jadual 6 Kekerapan (f) dan peratusan (%) maklum balas murid bagi soal selidik aspek

    kefahaman murid terhadap topik Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan dengan

    menggunakan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas

    Aspek Item SS S TS STS

    f(%) f(%) f(%) f(%)

    Kefahaman

    murid

    3 Saya dapat menjawab

    soalan yang diutarakan

    oleh guru tentang

    topik Manusia Bergerak

    Balas Terhadap

    Rangsangan

    10(66.7) 4(26.7) 1(6.7) 0(0.0)

    5 Selepas belajar

    menggunakan Kit

    Pembelajaran

    Rangsangan dan Gerak

    Balas, saya berpendapat

    bahawa adalah tidak

    susah untuk membezakan

    istilah rangsangan dan

    gerak balas

    9(60.0) 5(33.3) 1(6.7) 0(0.0)

    Nota: SS: Sangat Setuju, S: Setuju, TS:Tidak Setuju, STS:Sangat Tidak Setuju

    Hasil daripada borang soal selidik yang telah diedarkan, didapati bahawa murid meminati

    topik Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan. Pengkaji mendapati bahawa majoriti

    daripada murid memberi persepsi yang positif terhadap penggunaan Kit Pembelajaran

    Rangsangan dan Gerak Balas. Hal ini terbukti dalam item ke-3 apabila seramai 10 orang

    murid (66.7%) sangat bersetuju bahawa mereka dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh

    guru. Malahan, 4 orang lagi murid (26.7%) yang lain juga bersetuju dengan kenyataan ini. Hal

    ini kerana mereka dapat mengaplikasikan konsep yang diajar dalam topik Manusia Bergerak

    Balas terhadap Rangsangan dapat membantu mengukuhkan pemahaman mengenai topik ini.

  • III. Interpretasi temu bual

    Menurut murid M3:

    Saya suka belajar Sains sebab..ada boleh dengaq cerita yang menarikSaya suka dengar

    cerita..

    (Temu bual pada 27 April 2015)

    Berdasarkan item temu bual ke-5, maklum balas yang diterima ialah,

    Suka belajar Sainssebab banyak permainan cikgu..boleh main pancing- pancing..senang

    la nak faham..

    (Temu bual pada 27 April 2015)

    b) Minat Murid terhadap topik Manusia Bergerak Balas Terhadap

    Rangsangan dengan menggunakan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas

    I. Dapatan senarai semak pemerhatian

    Jadual 7 Kekerapan (f) dan peratusan (%) murid dalam item senarai semak (N=8)

    Item Sesi 1 Sesi 2

    f (%) F (%)

    1 Murid memberikan tumpuan/ perhatian semasa

    guru mengajar

    4 50.0 8 100.0

    2 Murid sentiasa bekerjasama di dalam kumpulan 4 50.0 8 100.0

    3 Murid berinteraksi dengan baik di dalam

    kumpulan

    3 37.5 8 100.0

    4 Murid dapat menjawab soalan yang diberikan

    oleh guru

    5 62.5 8 100.0

    5 Murid menunjukkan mimik muka yang gembira

    semasa pengajaran dan pembelajaran

    5 62.5 8 100.0

    Berdasarkan item ke-1 dalam Jadual 7 iaitu sebelum Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak

    Balas digunakan dalam topik Manusia Bergerak Balas terhadap Rangsangan didapati bahawa

    hanya 4 (50%) orang murid yang menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan

    pembelajaran. Walaupun demikian, selepas Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas

    digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kesemua murid yang terpilih iaitu

    seramai 8 orang (100.0%) keseluruhannya telah memberikan tumpuan terutamanya semasa

    guru bercerita menggunakan buku cerita digital. Malah, berdasarkan item yang ke-2, terdapat

    peningkatan sebanyak 4 orang (50%) bagi item yang menjurus kepada nilai kerjasama. Setiap

    daripada mereka mampu untuk bekerjasama di dalam kumpulan semasa aktiviti perbincangan

    dilakukan selepas Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas digunakan di dalam sesi

    pengajaran dan pembelajaran

  • II. Soal Selidik

    Jadual 8 Item-item dalam soal selidik bagi penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan

    Gerak Balas mengikut aspek minat

    Aspek Item

    Minat Murid 1 Saya suka melibatkan diri dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran

    2 Saya tidak berasa takut untuk mengutarakan soalan

    sekiranya saya tidak faham

    4 Rakan-rakan saya juga berpendapat bahawa penggunaan

    kit pembelajaran sangat menarik dan mudah untuk

    mempelajari sains

    6 Saya seronok dengan aktiviti yang dijalankan dengan

    menggunakan kit pembelajaran

    Jadual 8 menunjukkan item-item soal selidik yang menjurus kepada aspek minat murid

    melalui penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas yang diaplikasikan

    semasa kelas pengajaran Sains. Berdasarkan item-item yang telah dikenal pasti, nilai

    peratusan maklum balas murid bagi soalan soal selidik berkenaan dengan aspek minat telah

    dicatatkan dalam Jadual 9 yang berikut.

  • Jadual 9 Kekerapan (f) dan peratusan (%) maklum balas murid bagi soal selidik aspek minat

    murid dengan menggunakan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas (N=15)

    Aspek Item SS S TS STS

    f(%) f(%) f(%) f(%)

    Minat

    Murid

    1 Saya suka melibatkan diri

    dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran

    10(66.7) 3(20.0) 2(13.4) 0(0.0)

    2 Saya tidak berasa takut

    untuk mengutarakan soalan

    sekiranya saya tidak faham

    9(60.0) 4(26.7) 2(13.4) 0(0.0)

    4 Rakan-rakan saya juga

    berpendapat bahawa

    penggunaan kit

    pembelajaran Response

    and Stimulus sangat

    menarik dan mudah untuk

    mempelajari sains

    8(53.3) 6(40.0) 1(6.7) 0(0.0)

    6 Saya seronok dengan

    aktiviti yang dijalankan

    dengan menggunakan Kit

    Pembelajaran Rangsangan

    dan Gerak Balas

    9(60.0) 4(26.7) 2(13.4) 0(0.0)

    Nota: SS :Sangat Setuju, S: Setuju, TS: Tidak Setuju, STS: Sangat Tidak

    Setuju

    III. Temu Bual

    Murid 3 (M3) yang menjawab item temu bual ke-4 iaitu Adakah anda meminati mata

    pelajaran Sains? Berikan sebabnya :

    Saya suka belajar Sains sebab..ada boleh dengaq cerita yang menarikSaya suka dengar cerita..

    (Temu bual pada 27 April 2015)

    Murid 1 (M1) merupakan seorang murid yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi. Murid

    M1 lebih menggemari penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas kerana

    murid tersebut dapat melibatkan diri semasa aktiviti dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan

    apabila murid menjawab soalan item ke-3 iaitu Bagaimana Kit Pembelajaran Rangsangan

    dan Gerak Balas dapat membantu anda memahami topik Manusia Bergerak Balas terhadap

    Rangsangan?

    Saya belajar melalui cerita yang diceritakan oleh guruSaya mudah faham melalui ceritaAktiviti pancing dan lekat pun seronok

    (Temu bual pada 27 April 2015)

  • Refleksi dan Implikasi

    Peningkatan kefahaman murid ini dikukuhkan lagi dengan peningkatan positif nilai min serta

    gred murid dalam kedua-dua ujian yang dijalankan. Nilai min menunjukkan peningkatan

    sebanyak 17.0 bagi kedua-dua ujian dari 57.0 kepada 74.0% . Sementelahan itu, penurunan

    nilai sisihan piawai dari 14.24 ke 12.25 juga menunjukkan bahawa jurang perbezaan

    peratusan markah antara 27 orang murid semakin mengecil dan mendekati nilai min. Hal ini

    terbukti penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas ini merupakan satu

    kaedah yang efisien untuk meningkatkan kefahaman murid sekaligus meningkatkan peratusan

    markah dan gred dalam pascaujian berbanding dengan praujian. Dapatan ini adalalah sejajar

    dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Siti Fatimah dan Abdul Halim (2010),

    menyatakan bahawa kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar adalah sebagai

    penyelesaian kepada masalah kekurangan tenaga dan masa dalam proses penyediaan

    pengajaran dan pembelajaran. Pendapat ini turut disokong oleh Ismail Kailani (2011) yang

    turut mendapati bahawa pengajaran menjadi lebih menarik dan berkesan sekiranya bahan

    bantu mengajar digunakan. Oleh itu, Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas yang

    merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang mampu merangsang dan menambahkan

    keinginan kepada murid-murid bukan sahaja ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi

    juga menggalakkan murid untuk belajar secara kendiri atau Independent Self Learning.

    Bukti seterusnya yang menunjukkan bahawa murid lebih mudah untuk memahami topik

    Manusia Bergerak Balas terhadap Rangsangan dengan menggunakan Kit Pembelajaran

    Rangsangan dan Gerak Balas diperkukuhkan lagi melalui dapatan data yang dikumpul

    daripada borang soal selidik. Item-item yang dijawab oleh murid lebih berfokus kepada aspek

    kefahaman murid. Hasil dapatan data dalam soal selidik menunjukkan lebih daripada 50%

    orang responden telah memberikan jawapan yang memberangsangkan bagi item ke-3 dan ke-

    5. Mereka bersetuju bahawa mereka lebih mudah memahami dan mengingati konsep yang

    diajar melalui penggunaaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas. Hal ini

    menunjukkan bahawa penggunaan cerita Sains telah memberi peluang kepada murid untuk

    membina kefahaman mereka terhadap dunia sekeliling mereka. (Andrew Wright, 2003).

    Dapatan ini turut disokong oleh Feasey (2005) yang menyatakan bahawa cerita Sains mampu

    untuk memberi impak yang istimewa kepada pemikiran murid-murid sekolah. Ia bukan sahaja

    membangkitkan daya kreativiti murid, malah membenarkan mereka untuk menggunakan

    kemahiran logik Sains mereka dalam memahami cerita yang disampaikan .

    Berdasarkan data yang dikumpul untuk mengukur objektif kajian yang kedua iaitu minat

    murid Tahun 4 dalam topik Manusia Bergerak Balas terhadap Rangsangan menunjukkan

    keputusan yang ditunjukkan adalah memberangsangkan. Hal ini kerana lebih daripada 50%

    responden yang telah menjawab sangat setuju bagi soalan item pertama, ke-1, ke-2, ke-4, dan

    ke-6 dalam borang soal selidik. Mereka sangat bersetuju bahawa penggunaan Kit

    Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas dapat menjadikan suasana pembelajaran seronok

    lantas merangsang motivasi dan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

  • Langkah Seterusnya

    Pada masa akan datang, dicadangkan penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak

    Balas ini dijalankan kepada kumpulan sasaran yang terdiri daripada murid Tahap 1. Seperti

    yang kita sedia maklum, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkait rapat dengan

    peringkat umur mereka. Perbezaan umur kumpulan sasaran seharusnya menjadi satu faktor

    yang boleh dibandingkan di dalam kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan.

    Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan murid yang mempunyai tahap pencapaian

    akademik yang pelbagai. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar kajian ini difokuskan

    kepada kelompok murid yang mempunyai satu tahap pencapaian iaitu sama ada

    berpencapaian tinggi atau lemah sahaja. Dengan ini, keberkesanan penggunaan Kit

    Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas dapat diukur pada kumpulan sasaran yang

    berbeza.

    Seterusnya, rakaman video terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran Sains yang

    menggunakan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas boleh dilakukan pada kajian

    yang akan datang. Melalui rakaman video, data-data yang mungkin tidak diperhatikan ketika

    sesi pembelajaran Sains sedang dijalankan dapat diperolehi. Rakaman video juga dapat

    meningkatkan kesahan data yang telah diperolehi melalui triangulasi data.

    Rujukan

    Abu Sufian Amir. (2011). Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar Dengan Sistem

    Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah . Pahang:PTS Profesional Sdn. Bhd.

    Feasey, R. (2005). Creative science. England: David Fulton Publisher Ltd.

    Ismail Kailani. (2011). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran Bermodul (KPB) bagi Mata

    Pelajaran Matematik (Sudut Dongak dan Sudut Tunduk) Tingkatan 4. (Tesis Sarjana Muda

    yang tidak diterbitkan) Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia

    Siti Fatimah Ahmad & Abdul Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan

    Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran. Journal of

    Islamic and Arabic Education, 2 (2): 53-64.

    Wright, A. (2008). Story telling with children. Bristol, UK: Oxford University.