jurnal 4

Upload: indra-raman

Post on 02-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Jurnal

TRANSCRIPT

IPGKIK -19INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal :::: Ke-4Ke-empat17 Februari 2014Masalah Organisasi Kerja Kumpulan

1. Masalah / Peristiwa

Saya telah menghadapi masalah dalam mengorganisasikan aktiviti kumpulan dengan kreatif semasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) mata pelajaran KT bagi murid Tahun 6 Kreatif. Aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik tetapi kurang kreatif dan murid-murid tidak bergerak secara teratur setelah dibahagikan kepada kumpulan.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana saya kurang kreatif dalam mengorganisasikan aktiviti kumpulan semasa sesi langkah kedua. Saya telah meminta murid mengira nombor satu hingga enam dan berkumpul di belakang kelas mengikut kumpulan masing-masing tetapi cara itu tidak begitu teratur dan efektif. Murid-murid mula menjadi kelam kabut dan bising semasa mencari ahli kumpulan masing-masing dan ada yang lupa mereka kumpulan yang mana. Mereka juga tidak duduk dalam kumpulan dengan teratur kerana kawasan yang diberikan adalah sedikit sempit. Ada juga yang asyik meminta kawan mula menulis dahulu dan mengambil masa yang lama untuk mula menyelesaikan tugasan yang diberi. Gaya pembentangan yang telah saya gunakan merupakan gaya pembelajaran tradisional yang sering digunakan oleh guru semasa p&p. Saya sepatutnya perlu mengarahkan murid menampal hasil kerja mereka di tempat yang mudah untuk dilihat oleh rakan kelas dan salah seorang ahli kumpulan perlu membentangkan hasil kerja kumpulan secara berstesen. Dengan ini, pembelajaran akan berlaku dengan cara guru dan murid akan bergerak ke stesen-stesen yang ditampal dan seterusnya meningkatkan penglibatan murid secara aktif daripada hanya duduk di satu tempat dan melakukan kerja kumpulan. Lantaran itu, saya perlu melaksanakan p&p dengan lebih kreatif dan secara aktif supaya murid dapat belajar dalam persekitaran yang seronok di samping menimba ilmu pengetahuan

3. Cadangan Tindakan Susulan

1. Saya sepatutnya mempelbagaikan gaya pembelajaran yang lebih kreatif supaya semua murid dapat belajar dalam persekitaran yang seronok di samping menimba ilmu pengetahuan.

1. Saya akan merujuk sumber rujukan yang lain, selain daripada buku teks, untuk merancang pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan lebih kreatif dan mencabar.

1. Saya perlu membahagikan murid kepada beberapa kumpulan secara dari kelas yang pertama lagi supaya semasa kelas-kelas yang berikutnya, murid dapat kenalpasti siapakah ahli kumpulan mereka dan dapat bergerak secara lebih teratur dan boleh bekerjasama dengan baik.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam kelas-kelas lain dan praktikum yang akan datang. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi, sudah tentu murid berasa bosan dengan penggunaan gaya pembelajaran yang sama di kelas serta objektif pembelajaran yang telah dirancang tidak akan tercapai dengan jayanya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Unit Praktikum 2011