jurnal 2 tulisan cantik

3
JURNAL 2 MINGGU KEDUA 8 JULAI – 12 JULAI 2013 PEMILIHAN FOKUS: Aktiviti Program Cantiknya Tulisanku. REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI Sepanjang bertugas sebagai naib pengerusi, saya mendapati tugasan ini tidaklah begitu membebankan. Hal ini disebabkan saya mempunyai ahli-ahli jawatankuasa yang sangat komited dengan tuas masing-masing. Tambahan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing kami iaitu, Puan Sazalinee Binti Ghazali yang banyak membantu dan membimbing kami dalam menjayakan pertandingan ini. Tanpa beliau, mungkin kami tidak dapat menjayakan pertandingan ini dengan jayanya. Dengan adanya beliau, segala urusan berkaitan dengan kertas kerja dan bahan-bahan pertandingan dapat diuruskan dengan mudah. Oleh itu, saya bersyukur yang tidak terhingga kerana mendapat guru pembimbing yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu kami dalam menjayakan pertandingan ini. Selain itu, faktor pengurusan yang cekap dan efisyen banyak memberi masa yang secukupnya untuk saya menjalankan tugas. Syabas saya ucapkan kepada pengerusi program, guru pembimbing dan rakan- rakan ahli jawatankuasa yang lain.

Upload: anati-azizan

Post on 29-Jul-2015

69 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 2 tulisan cantik

JURNAL 2

MINGGU KEDUA

8 JULAI – 12 JULAI 2013

PEMILIHAN FOKUS:

Aktiviti Program Cantiknya Tulisanku.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI

Sepanjang bertugas sebagai naib pengerusi, saya mendapati tugasan ini

tidaklah begitu membebankan. Hal ini disebabkan saya mempunyai ahli-ahli

jawatankuasa yang sangat komited dengan tuas masing-masing. Tambahan, saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing kami iaitu, Puan

Sazalinee Binti Ghazali yang banyak membantu dan membimbing kami dalam

menjayakan pertandingan ini. Tanpa beliau, mungkin kami tidak dapat menjayakan

pertandingan ini dengan jayanya. Dengan adanya beliau, segala urusan berkaitan

dengan kertas kerja dan bahan-bahan pertandingan dapat diuruskan dengan mudah.

Oleh itu, saya bersyukur yang tidak terhingga kerana mendapat guru pembimbing

yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu kami dalam menjayakan

pertandingan ini. Selain itu, faktor pengurusan yang cekap dan efisyen banyak

memberi masa yang secukupnya untuk saya menjalankan tugas. Syabas saya

ucapkan kepada pengerusi program, guru pembimbing dan rakan-rakan ahli

jawatankuasa yang lain.

Dari aspek kebaikan kepada murid, saya dapati murid sangat berminat

dengan aktiviti yang dijalankan. Kekuatan ini berpunca dari sikap guru-guru yang

penyayang dan sentiasa memberi sokongan kepada murid untuk menyertai

pertandingan ini. Walaupun tugasan yang diberikan kepada murid nampak mudah di

mata murid aliran perdana, bagi anak-anak pemulihan ini, tugasan ini sangat

mencabar. Berkat sokongan guru, saya dapati murid berjaya menyiapkan tugasan

sebaik mungkin dan berasa berpuas hati terhadap hasil yang diberikan. Oleh itu,

Page 2: Jurnal 2 tulisan cantik

JURNAL 2

dapat saya katakan bahawa kekuatan projek ini berjaya membantu mencapai objektif

pertandingan ini.

KESEDARAN

Sewaktu menjalankan projek ini, semuanya berjalan lancar. Namun terdapat

kelemahan dari segi pengurusan murid-murid. Anak-anak pemulihan sangat berbeza

sikapnya dengan murid-murid kelas aliran perdana. Kesabaran yang sangat tinggi

diperlukan dalam menguruskan murid-murid ini. Program ini merupakan satu

pertandingan yang melibatkan penulisan murid. Jadi ada di antara murid-murid ini

yang tidak mahu menulis, mereka juga mengambil masa yang lama untuk

menyiapkan hasil penulisan mereka. Pada waktu ini, saya memainkan peranan yang

penting dalam memujuk mereka untuk meneruskan usaha mereka.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Di masa akan datang, jika saya ingin menjalankan pertandingan seperti ini,

saya akan cuba menyediakan bahan penulisan yang dapat menarik minat murid

untuk menulis. Hal ini bertujuan agar mereka tidak berputus asa dan semangat

dalam meneruskan pertandingan.