jsi sains year 5 2012

11
1.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) SAINS TAHUN 5 BAHAGIAN A (30 Soalan) NO TOPIK SOALAN OBJEKTIF TAHAP TAKSONOMI JUMLAH 1 2 3 4 5 6 1 Menyiasat Alam Kehidupan (Mikroorganisma) 1 2 Menyiasat Alam Kehidupan (Mikroorganisma) 1 3 Menyiasat Alam Kehidupan (Mikroorganisma) 1 4 Menyiasat Alam Kehidupan (Kemandirian Spesies) 1 5 Menyiasat Alam Kehidupan (Kemandirian Spesies) 1 6 Menyiasat Alam Kehidupan (Kemandirian Spesies) 1 7 Menyiasat Daya & Tenaga (Eletrik) 1 8 Menyiasat Daya & Tenaga (Tenaga) 1 9 Menyiasat Alam Kehidupan (Rantai dan Siratan Makanan) 1 1

Upload: mohamad-syafie-bin-samsir

Post on 04-Aug-2015

3.905 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jsi Sains Year 5 2012

1.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)SAINS TAHUN 5

BAHAGIAN A (30 Soalan)

NO TOPIK SOALAN OBJEKTIFTAHAP TAKSONOMI

JUMLAH1 2 3 4 5 6

1Menyiasat Alam Kehidupan(Mikroorganisma)

√1

2Menyiasat Alam Kehidupan(Mikroorganisma)

√1

3Menyiasat Alam Kehidupan(Mikroorganisma)

√1

4Menyiasat Alam Kehidupan(Kemandirian Spesies)

√1

5Menyiasat Alam Kehidupan(Kemandirian Spesies)

√1

6Menyiasat Alam Kehidupan(Kemandirian Spesies)

√1

7Menyiasat Daya & Tenaga (Eletrik)

√1

8Menyiasat Daya & Tenaga(Tenaga)

√1

9Menyiasat Alam Kehidupan(Rantai dan Siratan Makanan)

√ 1

10Menyiasat Alam Kehidupan(Rantai dan Siratan Makanan)

√1

11Menyiasat Daya & Tenaga(Cahaya)

√1

12Menyiasat Daya & Tenaga(Cahaya)

√1

13Menyiasat Daya & Tenaga (Haba)

√ 1

14Menyiasat Daya & Tenaga (Haba)

√1

15Menyiasat Daya & Tenaga(Eletrik)

√1

16Menyiasat Daya & Tenaga (Tenaga)

√1

17Menyiasat Daya & Tenaga (Eletrik)

√ 1

1

Page 2: Jsi Sains Year 5 2012

18Menyiasat Daya & Tenaga (Tenaga)

√ 1

19Menyiasat Alam Bahan(Asid dan alkali)

√1

20Menyiasat Alam Bahan(Asid dan alkali)

√1

21Menyiasat Alam Bahan(Asid dan alkali)

√ 1

22Menyiasat Alam Bahan(Keadaan Jirim)

√1

23Menyiasat Alam Bahan(Perubahan Keadaan Jirim)

√1

24Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta(Buruj)

√1

25Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta(Bumi, Bulan dan Matahari)

√1

26Menyiasat Alam Bahan(Keadaan Jirim)

√ 1

27Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta(Bumi, Bulan dan Matahari)

√1

28Menyiasat Dunia Teknologi(Kekuatan dan Kestabilan)

√1

29Menyiasat Dunia Teknologi(Kekuatan dan Kestabilan)

√1

30Menyiasat Dunia Teknologi(Kekuatan dan Kestabilan)

√1

JUMLAH SOALAN7 7 7 4 3 2 30

2

Page 3: Jsi Sains Year 5 2012

2.0 ITEM UJIAN OBJEKTIF

1. Soalan : Aras Pengetahuan

Karnivor ialah haiwan yang makan

I. RumputII. Daging

III. IkanIV. Buah

A. I dan IIIB. I dan IVC. II dan IIID. II dan IV

Jawapan : C

2. Soalan : Aras Pemahaman

Rajah 4 Menunjukkan lalat

Rajah 4

Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh lalat ?

A. CampakB. SelesemaC. Pereputan gigiD. Keracunan makanan

Jawapan : D

3

Page 4: Jsi Sains Year 5 2012

Tumbuhan

Helang

Ular

Kambing

Belalang

Burung

3. Soalan : Aras Aplikasi

Rajah 11 menunjukkan suatu siratan makanan.

Rajah 11

Apakah yang akan mengurangkan populasi belalang ?

I. Menanam lebih banyak tumbuhanII. Membiak lebih banyak burung

III. Membunuh kambingIV. Membunuh ular

A. I dan IIIB. I dan IVC. II dan IIID. II dan IV

Jawapan : D

4. Soalan : Aras Analisis

Antara berikut, yang manakah faktor yang menyebabkan kejadian siang dan

malam ?

A. Bumi yang berputar pada paksinyaB. Bulan yang berputar pada paksinyaC. Bulan yang bergerak mengelilingi bumiD. Bumi yang beredar mengelilingi matahari

Jawapan : A

4

Page 5: Jsi Sains Year 5 2012

5. Soalan : Aras Sintesis

Seorang budak lelaki menutup suis lampu dengan tangan basah. Antara berikut,

ramalkan yang manakah mungkin berlaku ?

A. LecuranB. KebakaranC. Kejutan eletrikD. Renjatan eletrik

Jawapan : C

6. Soalan : Aras Penilaian

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi kekuatan sesuatu struktur?

I. Luas tapak strukturII. Bahan yang digunakan

III. Ketinggian strukturIV. Cara struktur itu dibina

A. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IVD. III dan IV

Jawapan : C

5

Page 6: Jsi Sains Year 5 2012

Esei Refleksi

Tugasan penilaian dan pentaksiran ini merupakan tugasan subjek major

kami pada Semester 6. Tugasan ini adalah berkaitan dengan proses penilaian

dan pentaksiran dalam pengajian sains. Sebelum kami keluar untuk menjalankan

praktikum selama 8 minggu, soalan tugasan telah diberikan kepada kami.

Pensyarah pembimbing kami iaitu En. Redzuan Bin Mustapha telah memberikan

taklimat dan kemudian beberapa susulan untuk perubahan telah dilakukan pada

soalan bagi memenuhi syarat tugasan.

Tugasan berkaitan dengan mencari maklumat berkenaan proses

pentaksiran, alat penilaian dan bentuk-bentuk pentaksiran, penilaian kemahiran

proses sains dan kemahiran saintifik yang mana ia dijalankan disekolah pada

ketika ini. Tugasan pertama ialah mencari maklumat bagi mengenalpasti apakah

konsep pentaksiran, Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), jenis dan

kaedah penilaian, pembinaan item ujian serta penilaian kemahiran proses sains

dan sikap saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Apabila saya dan pasangan saya Asrul Hafiz memulakan tugasan ini,

kami telah mengenalapsti bagaimanakah cakupan dan ruang lingkup tajuk

tugasan dan pemberatan tugasan ini. Jadi, merujuk kepada soalan yang telah

diberikan oleh Pensyarah Pembimbing kami En.Ridzuan bin Mustapha, kami

telah meneliti beberapa perkara yang seharusnya ada dalam tugasan

berpasangan kami.

Tugasan berpasangan yang kami perlu lakukan ialah melakukan peta

minda bagi setiap perkara yang berkaitan dengan pentaksiran. Ia meliputi,

konsep pentaksiran, Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), jenis dan

kaedah penilaian, pembinaan item ujian serta penilaian kemahiran proses sains

dan sikap saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Peta minda

tersebut disusuli dengan penerangan berkenaan setiap perkara yang dinyatakan.

6

Page 7: Jsi Sains Year 5 2012

Kemudian, bagi tugasan individu saya telah meminta bantuan guru di

sekolah tempat saya menjalankan pratikum yang mana saya cuba mendapatkan

gambaran yang jelas berkenaan Jadual Spesifikasi Ujian dan proses penilaian

yang dijalankan disekolah. Namun, saya hanya mampu mendapatkan maklumat

berkenaan JSU yang mana saya perolehi dari laman sesawang sekolah lain.

Kemudian, saya telah bekerjasama dengan seorang guru cemerlang sains

daripada SK Chica Menyabong untuk mendapatkan gambaran berkenaan JSU

Sains yang sebenar.

Situasi pada hari ini, guru disekolah tidak lagi diberikan kuasa untuk

menggubal soalan bagi ujian sumatif dan ujian bulanan (UBB). Ini kerana Majlis

Guru-Guru Besar (MGB) telah ditauliahkan untuk mengeluarkan soalan ujian

dan guru tidak lagi membina soalan ujian seperti dulu. Saya lihat disini, hanya

guru-guru yang mempunyai pengalaman sahaja mempunyai kemahiran dalam

membina item soalan dan ujian yang standard. Kemudian, kebanyakan guru

baru atau guru yang ada di sekolah ketika ini bukan dari kalangan guru yang

mempunyai kepakaran dalam membina item soalan.

Kita dapat lihat dari segi pro dan kontranya, yang mana membina item

ujian merupakan satu kepakaran yang sangat teliti. Ini kerana, bermula dari

membina JSU, kemudian merangka bentuk soalan yang perlu diteliti setiap item

yang dibina. Pembinaan item ujian merujuk kepada aras Taksonomi Bloom bagi

mengenalpasti tahap soalan, aras soalan dan standard soalan yang dibina.

Pembinaan item ujian haruslah selari dengan JSU yang dibina. Tidak

semestinya soalan harus menjadi terlalu mudah dan terlalu sukar untuk dijawab

oleh murid. Saya ingin merujuk kepada soalan UPSR yang baru sahaja menutup

tirai pada minggu lepas, saya mendapati setiap soalan yang dibina merupakan

soalan yang seimbang dan tidak begitu sukar dan tidak juga begitu mudah. Ia

adalah salah satu contoh item pengujian yang baik.

Item pengujian yang baik haruslah meliputi setiap aspek yang ingin dinilai.

Tidak semestinya ia merujuk kepada satu tahap iaitu pengetahuan dan

pemahaman sahaja. Pelbagai variasi bentuk soalan membentuk satu

7

Page 8: Jsi Sains Year 5 2012

pengelasan yang mana kita dapat lihat hasilnya kelak, samada ia harus

merangkumi semua aspek, sebahagian atau khusus kepada satu aspek sahaja.

Item pengujian yang baik harus mempunyai ciri-ciri seperti keakuran,

ketepatan dan kejelasan serta kesesuaian. Ia bukanlah satu pembinaan yang

mana mengikut “sedap”, tetapi ia adalah satu penghasilan item yang kita

sebutkan sebagai item yang baik.

Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang

diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.

Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat

penilaian atau pengadilan”

Jadi, sebagai seorang guru, kefahaman dalam menentukan apakah

matlamat sebenar dalam melakuskan proses pentaskiran melalui ujian adalah

satu perkara yang harus dilaksanakan dengan teliti. Tidak semestinya item ujian

yang mudah adalah yang tidak baik dan item ujian yang sukar adalah yang baik.

Hakikatnya, pembinaan item soalan yang menepati matlamat pentaksiran yang

sebenar adalah yang terbaik.

Situasi penilaian disekolah sedang dan bakal berubah. Merujuk kepada

proses pelaksanaan kurikulum baru iaitu Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah

(KSSR) yang mana sedang dijalankan sejak tahun lalu. Ketika ini, murid tahun

dua dan satu menggunakan penilaian individu bagi setiap aktiviti yang mereka

lakukan. Contohnya, pada hari tersebut guru melakukan aktiviti membaca dan

selepas itu guru akan menilai pengajaran mereka pada hari tersebut untuk

dimasukkan kedalam data murid.

Perangkaan KSSR adalah bertujuan untuk menilai murid melalui potensi

kendiri dari semasa ke semasa. Ia adalah penilaian yang berterusan dan

merangkumi keseluruhan aspek yang ingin dinilai. Guru berperanan sebagai

pendidik dan kemudian sebagai panel penilai murid. Daripada penilaian dapatlah

guru merangka strategi untuk membantu murid yang lemah atau menambah baik

8

Page 9: Jsi Sains Year 5 2012

kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru dapat melihat

perkembangan yang murid tampilkan semasa dalam sesi penilaian.

Pada pandangan saya, proses pentaksiran dan penilaian yang dijalankan

merupakan satu proses yang menjadi medium untuk guru melihat hasil

pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan. Namun, bagi

melaksanakan satu pentaksiran dan penilaian, pelbagai aspek yang harus

diambil kira bagi memastikan ia tidak terpesong dari landasan yang kita

rencanakan.

Kini saya telah jelas apabila berbicara berkenaan pentaksiran dan

penilaian, maka saya mampu untuk menyatakannya. Saya juga bersa bertuah

kerana pendedahan yang sebegini memberikan nilai tambah kepaa saya untuk

mengetahui lebih dekat lagi berkenaan penilaian dan pentaksiran di sekolah.

Semoga, apa yang telah saya pelajari ini akan membantu saya dalam

berhadapan dengan situasi yang sebenar di sekolah kelak. Saya berharap, agar

saya dapat menggunakan ilmu yang saya perolehi ini untuk digunakan pada

masa akan datang. Mungkin saya juga boleh berkongsi pengetahuan dan

pengalaman saya bersama rakan-rakan untuk tujuan kebaikan bersama.

9