joomla! - manual bagi admin

12
1 TUTORIAL MEMBINA ISI KANDUNGAN DAN MENU (Format Laman Web Sekolah) Pengenalan Isi kandungan (content) dalam Joomla tidak boleh dibangunkan sembarangan. Konsep pembangunan isi kandungan Joomla adalah sistematik. Semua isi kandungan atau artikel perlu mempunyai kategori-kategori terlebih dahulu. Ini perlu untuk menyusun persembahan, paparan dan pembinaan menu. Setiap isi kandungan dipecah-pecahkan seperti berikut: Ini menunjukkan setiap artikel di kategorikan mengikut ketetapan yang dirancang. Dalam Joomla penghususan ini dipecahkan dari unit terbesar hingga terkecil iaitu artikel. Unit terbesar dikenali sebagai Category Utama (atau section), seterusnya dipecahkan kepada sub-sub category dan akhirnya artikel. Dalam isi kandungan (content) sekurang-kurangnya perlu ada satu category utama (section), satu sub-category dan barulah boleh dimasukkan artikel-artikelnya. Contoh: Ringkasnya, untuk memperkayakan sebuah laman web, dari masa ke semasa anda boleh tambah, edit dan buang sebarang category utama (section), sub-category dan artikel mengikut keperluan semasa. Laman yang baik, adalah laman yang kaya dengan isi kandungan, bukan laman yang cantik dari segi warna dan persembahan sahaja. Content Joomla Category Utama/Section Sub-Category *Artikel1 *Artikel2 *Artikel3 *Artikel4 Category Utama/Section Sub-Category *Artikel1 *Artikel2 *Artikel3 *Artikel4

Upload: azmi-sulaiman

Post on 19-May-2015

999 views

Category:

Technology


2 download

DESCRIPTION

Panduan Kepada Administrator Portal Sekolah - Power by Joomla 1.5

TRANSCRIPT

Page 1: Joomla! - Manual Bagi Admin

1

TUTORIAL MEMBINA ISI KANDUNGAN DAN MENU

(Format Laman Web Sekolah)

Pengenalan

Isi kandungan (content) dalam Joomla tidak boleh dibangunkan sembarangan. Konsep

pembangunan isi kandungan Joomla adalah sistematik. Semua isi kandungan atau artikel perlu

mempunyai kategori-kategori terlebih dahulu. Ini perlu untuk menyusun persembahan, paparan dan

pembinaan menu.

Setiap isi kandungan dipecah-pecahkan seperti berikut:

Ini menunjukkan setiap artikel di kategorikan mengikut ketetapan yang dirancang. Dalam Joomla

penghususan ini dipecahkan dari unit terbesar hingga terkecil iaitu artikel. Unit terbesar dikenali sebagai

Category Utama (atau section), seterusnya dipecahkan kepada sub-sub category dan akhirnya artikel.

Dalam isi kandungan (content) sekurang-kurangnya perlu ada satu category utama (section),

satu sub-category dan barulah boleh dimasukkan artikel-artikelnya. Contoh:

Ringkasnya, untuk memperkayakan sebuah laman web, dari masa ke semasa anda boleh

tambah, edit dan buang sebarang category utama (section), sub-category dan artikel mengikut

keperluan semasa. Laman yang baik, adalah laman yang kaya dengan isi kandungan, bukan laman yang

cantik dari segi warna dan persembahan sahaja.

Content Joomla

Category Utama/Section

Sub-Category *Artikel1 *Artikel2 *Artikel3 *Artikel4

Category Utama/Section

Sub-Category *Artikel1 *Artikel2 *Artikel3 *Artikel4

Page 2: Joomla! - Manual Bagi Admin

2

Rajah Isi Kandungan Joomla

Content Joomla ( Isi Kandungan Joomla) http://www.lamanku.my

Dalam sebuah laman web anda boleh lakarkan isi kandungan web anda seperti di atas. Ini

dikenali sebagai artikel mapping (Peta Laman).

Untuk sebuah laman web sekolah adalah dicadangkan peta laman bagi isi kandungan web

adalah seperti berikut:

Kategori

Artikel Kategori Utama

Sub Kategori

Profail

Sekolah

1. Sejarah 2. Lokasi 3. Misi 4. Visi 5. Objektif 6. Moto 7. Lencana 8. Lagu Sekolah 9. Bendera 10. Peta & Alamat 11. ….lain-lain

Pentadbir

1. Barisan Pentadbir 2. Jawatankuasa Majlis Akademik 3. Majlis Kokurikulum 4. Badan Pengawas & Ketua Pelajar

Category Utama (Section)

Category Utama (Section)

Category Category 1 Category 2 Category 3

Art

ike

l

Art

ike

l

Art

ike

l

Art

ike

l

Art

ike

l

Art

ike

l

Art

ike

l

Art

ike

l

Art

ike

l

Art

ike

l

Art

ike

l

Art

ike

l

Page 3: Joomla! - Manual Bagi Admin

3

5. Sejarah Pengetua - Tidak semestinya – jika perlu masukkan

Berita Terkini “segala jenis maklumat berbentuk berita”

- Boleh isi kemudian

Informasi

Maklumat Statik

“informasi berkaitan sekolah, peristiwa dan maklumat yang tetap – contoh: nama-nama bangunan, susut2 penting, taman dan bilik2 khas.”

- Tidak semestinya – jika berkaitan sahaja

Maklumat Dinamik

“akan di isi pada masa tertentu – seperti hebahan, makluman, peringatan aktiviti dan sebagainya.”

- Boleh isi kemudian.

Akademik

Panitia

1. Senarai ketua panitia 2. Maklumat berkaitan panitia, aktiviti, gambar2 dan

penglibatan lain. 3. Carta organisasi setiap panitia. 4. Laporan tahunan panitia 5. …lain2 berkaitan. - Tidak semestinya – jika perlu untuk tujuan maklumat.

Peperiksaan

1. Jadual prestasi akademik 2. Senarai pelajar cemerlang 3. Graf dan carta 4. Maklumat & jadual peperiksaan 5. Borang peperiksaan 6. Contoh soalan dan JSU 7. Takwin persekolahan & peperiksaan 8. …lain-lain berkaitan - Tidak semestinya – jika perlu untuk tujuan maklumat.

Kokurikulum

Uniform

1. Senarai pasukan 2. Jawatan kuasa & laporan aktiviti 3. Peristiwa bergambar 4. Kejayaan dan penglibatan 5. Takwim dan jadual aktiviti 6. Informasi dan maklumat berkaitan. 7. … lain2 yg berkaitan.

Kelab/Persatuan

1. Senarai kelab/persatuan 2. Ahli jawatankuasa & aktiviti 3. Informasi dan makluman aktiviti 4. Peristiwa bergambar 5. ..lain2 berkaitan.

Permainan

1. Senarai permainan 2. Ahli jawatankuasa & aktiviti 3. Informasi dan makluman aktiviti 4. Kejayaan dan penglibatan daerah, negeri, kebangsaan. 5. Peristiwa bergambar 6. ..lain2 berkaitan.

HEM Kaunseling “informasi dari unit bimbingan dan kauseling”

Badan Disiplin “informasi dan maklumat dari badan disiplin, guru hem dan

Page 4: Joomla! - Manual Bagi Admin

4

guru disiplin” - Senarai pengawas sekolah - Kempen disiplin dan kempen-kempen lain - …lain2 berkaitan disiplin

Maklumat Murid

“maklumat dan keperluan data pelajar, pemberitahuan dan statistik berkaitan”.

- Tidak semestinya – jika perlu untuk tujuan maklumat.

PIBG Info PIBG “maklumat AJK pibg, pemberitahuan dan aktiviti berkaitan”.

- Tidak semestinya – jika perlu untuk tujuan maklumat.

Pelajar

Persatuan Pelajar

“maklumat persatuan pelajar/tingkatan 6, pemberitahuan dan aktiviti berkaitan”.

- Tidak semestinya – jika perlu untuk tujuan maklumat.

Student Center

1. Komunikasi 2. Forum & interaksi /chat 3. Komuniti pelajar 4. …lain2 berkaitan

Download Download

1. Bahan P&P 2. Borang 3. Minit Mesyuarat 4. …lain2 yg dirasakan sesuai

Lain-lain Lain-lain ….apa sahaja maklumat lain, iklan, promo, tajaan dan kempen sekolah.

Menulis Isi Kandungan

Langkah 1:

Layari laman web anda di URL:

http://domain/administrator

___________________________________

Login ke laman web dengan username dan

password masing-masing.

Username Password

admin001 001admin

admin002 002admin

admin003 003admin

# pastikan anda tukar password selepas login pertama & catat/simpan.

Page 5: Joomla! - Manual Bagi Admin

5

Langkah 2:

Apabila anda berjaya login anda akan lihat menu ikon manager seperti di bawah:

Anda boleh mencipta category utama / section ( jika perlu) dengan menggunakan “Section

Manager” atau mencipta category menggunakan “Category Manager”. Jika ingin terus ingin menulis dan

mencipta artikel klik pada “Add New Article”. Pada sebarang masa jika anda ingin membuka halaman

seperti ini pada panel kawalan klik pada Site Control Panel.

Langkah 3:

Apabila anda ingin menulis artikel, klik pada “Add New Article”, atau boleh juga klik dahulu

Article Manager New. Selain itu anda boleh juga menggunakan menu kawalan Content Article

Manager New.

Page 6: Joomla! - Manual Bagi Admin

6

Paparan seperti di bawah akan ditayangkan, dan anda boleh memulakan penulisan artikel

Contoh editor WYSIWYG JCE

Dalam setiap kerja menulis artikel anda perlu lakukan:

1. Maklumat tentang tajuk, category utama/section dan sub-category bagi artikel serta status

artikel diterbitkan atau tidak dan paparan di muka hadapan web.

2. Tulis artikel anda selengkapnya, gunakan butang-butang format pada editor WYSIWYG tersebut.

3. Anda boleh tentukan paramater bagi artikel, seperti nama anda, level capaian artikel

(public/register/special) dan tarikh artikel mula dan akhir dipaparkan.

4. Jika perlu, anda boleh juga tetapkan lain-lain parameter. (abaikan jika anda masih belum cekap)

5. Pastikan anda SAVE, jika tidak tulisan anda akan hilang. Boleh gunakan “Apply” jika anda ingin

berhenti sebentar. Pastikan anda menulis tidak melebihi 10 minit, atau klik apply setiap kali 10

minit bagi mengelakkan artikel hilang (auto logout).

Selepas anda SAVE, anda boleh lihat semua artikel anda menggunakan ikon Article Manager. Anda perlu

pelajari dan fahami lagi penggunaan editor WYSIWYG menggunakan tutorial tambahan untuk

membolehkan anda memasukkan grafik, jadual, animasi, video dan sebagainya.

Pada sebarang masa anda boleh edit artikel anda, dan save setiap perubahan baru untuk mengemaskini

artikel sedia ada. Contoh senarai artikel pada Article Manager:

Page 7: Joomla! - Manual Bagi Admin

7

Senarai Artikel – Article Manager

Menyediakan Menu

Dalam Joomla!, anda perlu buat artikel dahulu sebelum membinakan menu untuknya. Menu

digunakan untuk membolehkan pengguna yang melayari laman web anda membaca dan membuka

artikel yang anda tulis.

Untuk menyediakan menu anda boleh merancang untuk membina module-module menu

terlebih dahulu atau terus membina menu item untuk medule yang sedia ada.

Apakah dia module menu?

Contoh paparan muka hadapan dan module main menu yang tersedia:

Page 8: Joomla! - Manual Bagi Admin

8

Dalam contoh tersebut, terdapat satu module menu iaitu main menu. Jika anda buka Menu

Manager , klik pada Menus Menu Manager.

Anda akan lihat paparan seperti berikut:

Menunjukkan anda mempunyai 4 module menu iaitu mainmenu, othermenu, topmenu dan

usermenu. Anda boleh tambah dengan klik “New” kemudian lengkapkan maklumat seperti berikut:

Tulis empat maklumat seperti contoh ini.

Inique name : tulis satu perkataan. Title: tajuk module anda Description: keterangan tentang module Module Title: tajuk module pada muka hadapan laman anda. Kemudian SAVE. Sekarang module baru telah terhasil.

Anda boleh semak pada Module Manager dan

aktifkannya.

Tentukan posisi atau kedudukan menu serta urutannya untuk menyusun module-module anda.

Klik Extension Module Manager, kemudian ubahsuai ikut rancangan anda, Contoh:

1. Klik pada butang X supaya “enable” seperti tanda dipaparkan.

2. Aturkan susunan dengan butang up atau down. Atau tulis nombor urutan kemudian klik butang

save di tepi tajuk “Order”.

3. Semak dan tetapkan level capaian, sama ada public/register/special.

4. Tentukan posisi betul atau tidak. Klik nama module dah ubah posisi jika perlu.

Kemudian klik SAVE untuk menyimpan perubahan ini.

Page 9: Joomla! - Manual Bagi Admin

9

Seterusnya masukkan item-item menu untuk mengisi module ini. Kerana

jika anda lihat dimuka hadapan, module menu ini sekarang tiada

sebarang item menu di dalamnya, contoh:

Untuk memasukkan menu item, pastikan terlebih dahulu anda tulis

semua artikel yang berkaitan.

Bagi mencipta item menu anda klik pada Menus pilih mana module

anda contoh: Menu Baru.

Kemudian klik “New”

Paparan seperti di sebelah akan ditunjukkan:

Selepas anda pilih jeni s menu (Menu Item Type) anda

perlu isikan maklumat item tersebut selengkapnya pada

borang menu item seperti di bawah:

Page 10: Joomla! - Manual Bagi Admin

10

Item Jenis Article Layout:

1. Tulis nama menu

2. Pilih artikelnya

3. Piih Top atau parentnya.

4. Pilih level akses

5. Tentukan paparan pada tetingkap sama atau baru

Pastikan anda SAVE untuk menyudahkan menciptaan menu ini. Kemudian semak paparan di muka

hadapan, contoh:

Klik menu “Item Baru” untuk menguji ia membuka artikel atau tidak. Teruskan mencipta menu-menu

lain. Jika anda memilih menu item berjenis lain, borang menu itemnya dalah berbeza dari di atas tadi.

Page 11: Joomla! - Manual Bagi Admin

11

Jenis Menu Item Bagi Artikel (Menu Item Type - Article)

Menu Item Type - Article (Jenis Menu Bagi Isi Kandungan Joomla) http://www.lamanku.my

Jenis Paparan Dari Menu

Blog Layout:

List Layout:

Page 12: Joomla! - Manual Bagi Admin

12

Category List (Section Layout):

Article Layout / Menu Terus Ke Artikel:

Catatan: Setiap Jenis Menu (Menu Item Type) dalam Joomla akan memberi paparan yang berbeza. Seperti contoh di atas. Setiap artikel perlu sistematik dengan mempunyai category utama (section) sub-category dan barulah artikel kerana sistem ini akan membantu dalam pembinaan menu-menu kepada isi kandungan. Ingat:

Perkayakan Laman Web Anda dengan isi kandungan – Isi Kandungan / Content adalah RAJA / KING dalam sesebuah laman web CMS. Tutorial ini adalah asas kepada pembangunan isi kandungan web serta panduan menyediakan menu yang asas. Anda perlu perkukuhkan lagi pengetahuan dan pengalaman melalui latihan dan hands-on yang berterusan. Dapatkan juga tutorial lain untuk membantu anda menjadi cekap dalam pengurusan isi kandungan web Joomla!. Selamat Maju Jaya.