jmg 319 2015 2016.pdf

Upload: ridzuanrosli

Post on 08-Jul-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 JMG 319 2015 2016.pdf

    1/10

     1

    Perancangan Akademik

    JMG 319

    GEOGRAFI BANDAR

    DAN PETEMPATAN

    MANUSIA

    Sidang Akademik 2015/2016

    KELAS SIDANG VIDEO

    Sidang Video Tarikh Jam

    Perjumpaan 1

    Perjumpaan 2

    Perjumpaan 3

    Perjumpaan 4

    Perjumpaan 5

    (Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2015/2016 yang telah diupload dalam Portal PPPJJ)

  • 8/19/2019 JMG 319 2015 2016.pdf

    2/10

     2

    JMG 319/4 - GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

    PENGURUS KURSUS: Profesor Madya Dr. Mohamed Zaini Omar

    PENGENALAN

     Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada para pelajar sekalian. Sayaselaku Pengurus Kursus JMG 319 - Geografi Bandar dan PetempatanManusia mengalu-alukan saudara/i mengikuti kursus ini. Seterusnya sayaingin berpesan agar saudara/i sentiasa tingkatkan motivasi untuk terusbelajar sehingga mencapai cita-cita dan kejayaan.

    Perancangan Akademik ini disediakan bagi memudahkan saudara/i mengikutidan seterusnya mengurus masa belajar secara efesien dan efektif.Perancangan Akademik ini secara ringkas memberi penerangan tentangperkara berikut:

    • Tujuan, objektif dan rangka kursus• Asas penilaian kursus• Kegiatan semasa Kursus Intensif• Topik perbincangan• Jadual belajar yang dicadangkan• Hal pentadbiran

    TUJUAN KURSUS

    Kursus ini bertujuan memberi kefahaman tentang Geografi Bandar dan

    Petempatan Manusia sebagai salah satu kursus dalam bidang Geografi.

    Kursus ini mengkaji fenomena petempatan manusia dan bandar. Ianyameliputi huraian tentang asal usul petempatan; bentuk dan sifat petempatan;dan hubungan antara petempatan dengan persekitarannya. Seterusnyakursus ini juga membincangkan jenis dan fungsi bandar, prosespembandaran dan aspek perancangan bandar. 

    OBJEKTIF KURSUS

    Setelah mengikuti kursus ini pelajar seharusnya dapat:

    • Membuat huraian tentang perkembangan Geografi Bandar danPetempatan Manusia sebagai satu cabang ilmu daripada bidangGeografi Manusia.

    • Membezakan pendekatan-pendekatan yang lazim digunakandalam kajian petempatan manusia.

    •  Menjelaskan bagaimana sebuah petempatan desa mampu menjadisebuah bandar atau metropolis.

    • Menghuraikan kelainan morfologi bandar dan metropolis terpilihberpandukan model struktur bandar.

    • Mengkaji masalah ketidak seimbangan taburan petempatan danlangkah yang boleh diambil dalam perancangan petempatan padaperingkat wilayah dan nasional.

  • 8/19/2019 JMG 319 2015 2016.pdf

    3/10

     3

    RANGKA KURSUS

    Kursus JMG 319 - Geografi Bandar dan Petempatan Manusia mempunyailima modul terdiri daripada:

    Modul 1:  Pengenalan kepada Geografi Petempatan (6 pelajaran)

    Pel. 1 : Geografi Petempatan mengikut perspektif sejarah danpembahagian kajiannya

    Pel. 2 : Pengertian Geografi PetempatanPel. 3 : Hubungan Geografi Petempatan dengan bidang-bidang

    lain dalam geografiPel. 4 : Perkembangan Geografi PetempatanPel. 5 : Skop dan isi kandungan Geografi PetempatanPel. 6 : Pendekatan dalam Geografi Petempatan

    Modul 2:  Petempatan Luar Bandar (4 pelajaran)Pel. 1 : Evolusi, ciri, bahagian, jenis dan fungsi petempatan luar

    bandarPel. 2 : Konsep dan definisi, pola dan faktor petempatan luar

    bandar dan kajian kesPel. 3 : Evolusi petempatan luar bandar MalaysiaPel. 4 : Bentuk rumah dan tempat kediaman di luar bandar

    Modul 3:  Petempatan Bandar (3 pelajaran)Pel. 1 : Konsep, definisi, ciri dan evolusi serta jenis petempatan

    bandarPel. 2 : Tapak dan letakan: faktor yang mempengaruhi

    pertumbuhan bandar

    Pel. 3 : Morfologi dan kawasan pengaruh petempatan bandar

    Modul 4:  Model-model Penganalisisan PetempatanPel. 1 : Model Struktur BandarPel. 2 : Model Guna Tanah Von ThunenPel. 3 : Model Petempatan Pusat ChristallerPel. 4 : Model-model lain: model hukum susun tingkat; analisis

     jarak terdekat; kutub pertumbuhan

    Modul 5:  Pembangunan dan Perancangan PetempatanPel. 1 : Pembangunan dan perancangan petempatan: konsep dan

    perkembangannyaPel. 2 : Pembangunan wilayah: masalah ketidakseimbangan dan

    perancangan pembangunan masa depanPel. 3 : Perancangan petempatan: kajian kes pembangunan

    wilayah

    BAHAN- BAHAN PEMBELAJARAN

    Modul

    Modul merupakan bahan bacaan utama bagi kursus ini. Walaubagaimanapun pelajar-pelajar tidak boleh hanya bergantung kepada modulsebagai bahan bacaan. Modul disediakan dan disusun secara berstruktursebagai panduan dalam pembelajaran para pelajar. Jadi isi kandungan

  • 8/19/2019 JMG 319 2015 2016.pdf

    4/10

     4

    modul adalah terhad dan pelajar-pelajar masih perlu membuat rujukan danmenambah bahan bacaan dari sumber yang lain.

    Bahan Rujukan

    1. Katiman Rostam, 1988. Pengantar Geografi Bandar . Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa Pustaka.

    2. Hall, Tim. 2006. Urban Geography. New York: Routledge.(GF125.H179)

    3. Daniel, Peter & Hopkinson, Michael, 1979 The geography ofsettlement UK: Oliver & Boyd (GF551.D184)

    4. Hudson, F.A., 1970.  A Geography of Sett lements . London:MacDonald and Evans Ltd.

    5. Katiman Rostam dan Tengku Anuar, 1984. Geografi Kemanusiaan.Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

    6. Knox, Paul L. 1992. Urbanization:  An Int roduct ion to Urban

    Geography. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

    Jurnal, Majalah dan Akhbar Semasa

    Kursus ini memerlukan anda berfikiran kritis dan sentiasa bersedia menerima

    sebarang ilmu dan pendekatan terbaru mengenai Geografi Bandar danPetempatan Manusia sama ada pada peringkat lokal ataupun global. Akibatdaripada dunia yang sentiasa dinamik dan era globalisasi yang semakincanggih dan sentiasa terkini, pendedahan ilmu melalui pembacaan dari jurnal, majalah dan akhbar semasa amatlah diperlukan. Oleh itu setiap masaterutama semasa Kursus Intensif anda dinasihatkan untuk membuat rujukantambahan tersebut di Perpustakaan. Ambillah kesempatan ini sepenuhnyadengan mencari jurnal-jurnal dan majalah yang berkaitan. Janganlahmenyatakan "saya tidak ada masa nak cari bahan sebab jadual kuliahterlampau padat". Saya nasihati pandai-pandailah mencari masa.

     ASAS PENILAIAN KURSUS

    Seseorang pelajar yang mendaftar kursus ini perlu memenuhi keperluankursus iaitu:

    1) Menduduki Peperiksaan Akhir.2) Memenuhi keperluan Kerja Kursus iaitu ujian 15% dan tugasan 15%

    yang harus diserahkan pada tarikh yang ditetapkan.

    Peperiksaan Akhir memberi sumbangan 70 peratus manakala Kerja Kursus

    memberi sumbangan 30 peratus. Peperiksaan akhir adalah dalam bentuksoalan subjektif. Masa yang diperuntukkan adalah selama 3 jam.

  • 8/19/2019 JMG 319 2015 2016.pdf

    5/10

     5

    Komponen Kerja Kursus

    Kerja kursus yang menyumbangkan 30% kepada keseluruhan gred kursusterdiri daripada Ujian (15%) dan Tugasan (15%).

    • Ujian (15%) - diadakan semasa Kursus Intensif dari 19 Januari hingga 7

    Februari 2016. Skop soalan akan dimaklumkan dengan lebih terperincisemasa kelas sidang video. Oleh itu pastikan kehadiran anda kesidang video.  Bayangan awal ialah soalan ujian berbentuk soalan-soalanpendek (structured) dan juga esei. Masa yang diperuntukkan ialah satu jam.

    • Tugasan (15%) - Berbentuk esei dan tarikh akhir penyerahan tugasanialah pada 10 March 2016 (jika ada sebarang perubahan tentangtarikh ini, semua pelajar akan dimaklumkan) Tugasan yang diterimaselepas tarikh tersebut akan dipotong markah dan selepas semingguberikutnya akan diberi markah kosong.

     Arahan Tugasan

    Sebelum memulakan penulisan, saudara/i diminta terlebih dahulu menelitibeberapa perkara berikut sebagai panduan untuk tindakan selanjutnya.

    1. Pilih salah satu tajuk daripada senarai tajuk tugasan yang diberikan.

    2. Tugasan mestilah asli dan bukan sekadar petikan daripada buku/laporan/bahan/modul yang dirujuk.

    3. Penulisan esei perlu mengikuti panduan teknikal penulisan tugasan.

    4. Sila gunakan kemudahan e-cover dan e-tugasan bagi memudahkanproses penghantaran.

    5. Sila hantar SATU salinan ‘hard copy’ dan ‘soft copy’ dan pastikan eseianda sampai kepada pihak PPPJJ sebelum atau pada 10 MARCH2016.  Esei yang diterima lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan ituakan dikenakan penalti atau diberi markah sifar . Pastikan anda simpansatu “back up” copy. Jangan ambil mudah tentang tarikh penghatarantugasan disebabkan PPPJJ mempunyai “dateline” tertentu untuk pihak

    perkeranian memasukkan markah ke dalam komputer.

    6.  AMARAN  kepada sesiapa saja bahawa jangan sekali-kali menjadikanmodul yang diedarkan kepada anda sebagai bahan rujukan di dalamtugasan anda.

    7.  AMARAN bahawa anda jangan sekali-kali cuba meniru atau melakukankegiatan plagiat daripada mana-mana sumber atau daripada rakan-rakan anda.

  • 8/19/2019 JMG 319 2015 2016.pdf

    6/10

     6

    Tajuk Tugasan

    Pilih dan jawab SATU soalan daripada berikut:

    1. Petempatan manusia mempunyai hubungan yang rapat dengankebudayaan setempat mengikut dimensi masa dan ruang. Bincangkan

    2. Sejauh manakah ciri-ciri keaslian petempatan laur bandar dapatdipertahankan dalam arus pembangunan negara ?

    3. Bagaimanakah hubungan bandar dan luar bandar dapat meningkatkanpembangunan sosio-ekonomi penduduk setempat?

    4. Pertumbuhan petempatan bandar yang pesat tanpa kawalan yang rapimembawa implikasi yang tidak selamat untuk didiami olehpenghuninya. bincangkan

    5. Koridor pertumbuhan ekonomi adalah merupakan arah baru dalamstrategi pembangunan wilayah di malaysia. Bincangkan.

    6. Bincangkan cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh pihakberkuasa sesebuah petempatan bandar dalam konteks mengekalanunsur-unsur kelestaraian.

    KEGIATAN SEMASA KURSUS INTENSIF

    Kursus Intensif yang dijalankan di kampus induk merupakan ciri unik ProgramPengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia. Seseorang pelajar yang

    mendaftar sebagai pelajar PPPJJ USM diwajibkan menghadiri Kursus Intensifpada 19 Januari hingga 7 Februari 2016. 

    Kursus Intensif memberi peluang kepada pelajar PPPJJ mengalami suasanabelajar "dalam kampus" secara “face-to-face”. Sepanjang tempoh KursusIntensif pelajar bukan sahaja berinteraksi dengan pensyarah dan pentadbirtetapi juga dengan pelajar sebaya baik dari Pusat Wilayah yang sama mahupun dari Pusat Wilayah yang lain. Pelajar juga dapat menggunakanbeberapa kemudahan yang disediakan oleh USM bagi kegiatan bercorakakademik dan juga kegiatan bercorak bukan akademik. Semasa Kursus

    Intensif, dicadangkan perkara-perkara berikut khusus untuk kursus ini:

    : Sesi soal jawab (mengikut susunan modul).

    : Huraian (dalam bentuk kuliah atau tutorial)

    : Sesi soal jawab (topik tugasan, format Peperiksaan Akhir,komen tentang kelemahan dalam jawapan).

  • 8/19/2019 JMG 319 2015 2016.pdf

    7/10

     7

    KELAS SIDANG VIDEO

     Anda wajib menghadiri kelas sidang video. Telesidang video ini bukanlahsatu sesi syarahan atau kuliah yang bersifat penyampaian maklumat olehpensyarah tetapi merupakan satu sesi perbincangan. Oleh itu, andadikehendaki membuat persediaan dan mengambil bahagian yang aktif dalam

    perbincangan. Tujuh kelas sidang video akan dijalankan oleh PengurusKursus. Empat perjumpaan diadakan sebelum Kursus Intensif dan tiga lagiselepasnya. Antara topik perbincangan sebagai Agenda Telesidangdibentangkan seperti berikut. Namun begitu sekiranya ada sebarangperubahan terhadap topik-topik adalah merupakan kuasa dan budi bicarapengurus kursus ini:-

    Perjumpaan 1 - Topik : Mengenali Geografi Bandar dan PetempatanManusia.

    Persediaan: Baca Modul 1

     Aktiviti : Sesi Soal-jawabPanduan : Fikirkan perkara berikut:

    • Kajian petempatan manusia pada tahap resolusi yang berlainan,iaitu 1. peringkat mikro (tempatan), 2. peringkat meso (wilayahatau rantau) dan 3. peringkat makro (benua dan global).

    •  Kajian petempatan manusia boleh dilakukan dengan melihatkepada 1. ciri persamaan; mahupun 2. ciri kelainan.

    -> Perbincangan: Bincangkan skop dan kelainan pendekatan dalam kajianpetempatan manusia.

    Perjumpaan 2 - Topik: Pemikiran dan Pendekatan dalam Geografi

    Petempatan.

    Persediaan : Baca Modul 1 Aktiviti : Sesi Soal-jawabPanduan : Fikirkan perkara berikut:

    • Apakah elemen-elemen utama yang mewujudkan petempatan?• Tiga pemikiran dalam kajian petempatan manusia:

    i. Pemikiran lanskapii. Pemikiran ekologiiii. Pemikiran lokasi

    • Dua pendekatan/metodologii. Diskriptifii. Saintifik

    • Ciri asas yang membezakan petempatan bandar dan luar bandar.

    -> Perbincangan: Bincangkan pendekatan holistik (menyeluruh) bagimenghayati atau menjiwai Geografi Petempatan.

  • 8/19/2019 JMG 319 2015 2016.pdf

    8/10

     8

    Perjumpaan 3 - Topik : Petempatan Luar Bandar

    Persediaan : Baca Modul 2 Aktiviti : Sesi soal-jawabPanduan : Fikirkan perkara berikut:

    1) Pengelasan Petempatan:a) Mengikut bandar dan luar bandarb) Mengikut polac) Mengikut tapak dan kedudukan

    2) Petempatan Luar Bandar- Definisi dan kriteria petempatan luar bandar

    3) Jenis dan ciri-ciri petempatan luar bandar- Bincangkan sembilan (9) jenis petempatan luar bandar yang

    terdapat di Malaysia.

    4) Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan luar bandar- Terdapat enam (6) faktor dan bincangkan.

    5) Pola Petempatan Luar Bandar dan Faktor-faktor yangmempengaruhi pola petempatan luar bandar- empat (4) faktorutama.

    -> Perbincangan: Pola petempatan luar bandar lebih banyak dipengaruhi olehfaktor sosio-budaya dan ekonomi berbanding dengan faktor persekitaran

    fizikal. Huraikan.

    Perjumpaan 4 - Topik : Petempatan Bandar

    Persediaan : Baca Modul 3 Aktiviti : Sesi soal-jawabPanduan : Fikirkan perkara berikut:

    • Evolusi petempatan bandar di Malaysia (Sabah dan Sarawak)- sebelum kedatangan Portugis,- di zaman pemerintahan Portugis dan Belanda & Inggeris,- selepas Merdeka (1957) dan penubuhan Malaysia (1963).

    • Apa yang dimaksudkan dengan morfologi bandar ?- susunan guna tanah,sistem/rangkaian perhubungan dan komunikasi,lanskap fizikal, lanskap budaya & faktor perancangan bandar.

    • Kelasifikasi petempatan bandar berdasarkan fungsinya (9 kelas utama):

    1. pusat pemprosesan bahan pertanian,2. pusat perlombongan, 6. pusat perhubungan & komunikasi,3. pusat pertahanan, 7. pusat kebudayaan & pendidikan,4. pusat pentadbiran, 8. pusat peranginan (resort),

  • 8/19/2019 JMG 319 2015 2016.pdf

    9/10

     9

    5. pusat pembuatan/perkilangan,9.bandar pelbagai fungsi,

    -> Perbincangan: Bandingkan morfologi bandar baru dengan bandar kolonialdi Malaysia. Beri contoh-contoh yang sesuai dan buat gambar rajah bagimenguatkan hujah anda.

    Perjumpaan 5 - Topik: Model-Model Petempatan

    Persediaan : Baca Modul 4 Aktiviti : Sesi soal-jawabPanduan : Fikirkan perkara berikut:

    • Model struktur bandar1. Model Sepusat, 2. Model Sektor, 3.Model Nuklei.

    • Konsep pemusatan petempatan dalam ruang geografi- petempatan rendah, sederhana, tinggi- susunan petempatan mengikut saiz dan tingkatan

    • Interaksi antara jarak (range) dengan had penampungan(threshold);1. Pengaruh topografi,2. Pengaruh rangkaian perhubungan (jalan raya, rel,

    udara, laut)3. Jenis barangan dan perkhidmatan

    -> Perbincangan: Dengan merujuk kepada sebuah negeri (nyatakan namanegeri) jelaskan sama ada taburan petempatannya bersesuaian denganmodel petempatan pusat Christaller atau sebaliknya.

    PENGGUNAAN E – PORTAL

    Selaras dengan hasrat kerajaan dan universiti, penggunaan ICT amatlahditekankan terutama dalam era globalisasi yang mencabar dan dinamik ini.Sehubungan dengan ini saudara/i digalakkan untuk menggunakan

    kemudahan e-portal yang disediakan untuk kursus ini secara maksimum.Sebarang hebahan dan maklumat terkini akan disalurkan melaluiperkhidmatan ini.

    JADUAL PEMBELAJARAN

    Pelajar-pelajar yang berada di paras tiga sudah tentu telah memahami danbijak dalam merancang dan mengurus waktu pembelajaran. Saya maklumbahawa saudara/i selaku pelajar jarak jauh mempunyai konstrain masa. Jadidi sini saya tidak akan menyediakan jadual pembelajaran untuk saudara/i dansaya sungguh berharap supaya saudara/i dapat menyediakan jadual sendiri

    berpandukan jadual-jadual yang telah disediakan bagi kursus-kursus yangterdahulu. Pastikan juga saudara/i mempunyai kalendar perancangan bagisidang akademik 2014/2015 yang dibekalkan oleh Pusat PengajianPendidikan Jarak Jauh supaya saudara/i lebih peka dengan tarikh-tarikh

  • 8/19/2019 JMG 319 2015 2016.pdf

    10/10

     10

    penting yang telah disediakan. Bentuk satu suasana pembelajaran yangharmoni di rumah supaya saudara/i boleh belajar dengan tenang danberkesan.

    PERHUBUNGAN DAN MASALAH

    Semoga anda semua bijak dalam pengurusan masa. Ketahuilah, masa andaperlu dibahagikan untuk PJJ, kerjaya dan keluarga. Sila hubungi saya secarabersurat, e-mel atau forum di e-portal PPPJJ jika menghadapi sebarangkesulitan atau masalah.

    Prof Madya Dr Mohamed Zaini Omar

    Profesor Madya Dr. Mohamad Zaini Omar

    email : [email protected][email protected]

     Akhir kata saya ucapkan selamat belajar, semoga tabah mengharungicabaran dan selamat maju jaya.

    "USAHA TANGGA KEJAYAAN"

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]