jmg 316

21
Geografi Ekonomi & Pembangunan 1 1. Pengenalan Ketika Malaysia dijajah sejak ratusan tahun dahulu, ekonomi negara banyak dipelopori oleh penjajah. Pihak Portugis telah merampas perdagangan yang berkaitan dengan rempah. Pihak Belanda memonopoli perdagangan bijih timah sehingga harga bijih timah  berada pada paras yang rendah. Manakala pihak Inggeris pula telah mengaut semua hasil negara dan dibawa ke negara mereka se panjang penjajahan mereka.  Namun semua itu telah berlalu. Setelah negara mencapai kemerdekaan, telah  banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan. Perubahan tersebut merangkumi segala aspek terutama yang berkaitan dengan kemajuan negara. Jika dahulu ekonomi negara lebih berorientasikan pertanian, namun perubahan telah dilakukan oleh kerajaan dengan memperkenalkan dasar perindustrian. Dengan ini ekonomi negara dapat dipelbagaikan dan tidak hanya bergantung kepada sektor  pertanian semata-mata. Perubahan ini telah menyebabkan ramai anak muda yang mula menceburi  bidang te rsebut. Bahkan boleh dikatakan dasar perindustrian banyak membantu negara dalam mengubah scenario kehidupan Malaysia pada ketika itu. Soalan 2: Sejauh manakah Geografi Ekonomi dan Pembangunan dapat membantu dalam mengatasi masalah sosio-ekonomi penduduk setempat ?

Upload: sang-kelembai

Post on 03-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 1/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

1

1.  Pengenalan

Ketika Malaysia dijajah sejak ratusan tahun dahulu, ekonomi negara banyak 

dipelopori oleh penjajah. Pihak Portugis telah merampas perdagangan yang berkaitan

dengan rempah.

Pihak Belanda memonopoli perdagangan bijih timah sehingga harga bijih timah

 berada pada paras yang rendah. Manakala pihak Inggeris pula telah mengaut semua

hasil negara dan dibawa ke negara mereka sepanjang penjajahan mereka.

 Namun semua itu telah berlalu. Setelah negara mencapai kemerdekaan, telah

 banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan. Perubahan tersebut merangkumi

segala aspek terutama yang berkaitan dengan kemajuan negara.

Jika dahulu ekonomi negara lebih berorientasikan pertanian, namun perubahan

telah dilakukan oleh kerajaan dengan memperkenalkan dasar perindustrian. Dengan ini

ekonomi negara dapat dipelbagaikan dan tidak hanya bergantung kepada sektor 

 pertanian semata-mata.

Perubahan ini telah menyebabkan ramai anak muda yang mula menceburi

 bidang tersebut. Bahkan boleh dikatakan dasar perindustrian banyak membantu negara

dalam mengubah scenario kehidupan Malaysia pada ketika itu.

Soalan 2:

Sejauh manakah Geografi Ekonomi dan Pembangunan dapat membantu

dalam mengatasi masalah sosio-ekonomi penduduk setempat ?

Page 2: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 2/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

2

Oleh yang demikian, DEB diperkenalkan untuk menggalakkan pertumbuhan

yang adil dengan objektif memupuk perpaduan nasional di kalngan pelbagai kaum.

Dalam format asalnya, dua ojektif utama yang tidak dapat dipisahkan ialah membasmi

kemiskinan secara menambahkan tahap pendapatan dan membanyakkan peluang

 pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Ini dapat dicapai dengan program yang bermatlamat memnambahkan

 produktiviti dan menambahkan pendapatan kepada mereka yang berpekerjaan rendah

 produktivitinya, memberi peluang yang luas untuk pergerakan antara sektor daripada

kegiatan yang produktivitinya rendah kepada kegiatan yang produktivitinya tinggi serta

memperuntukkan khidmat social yang luas terutamanya yang dirancang untuk 

meninggikan taraf hidup kumpulan berpendapatan rendah.

Selain itu ialah mempercepatkan proses menyusun semula masyarakat Malaysia

untuk memperbetulkan ketidaksamaan ekonomi, mengurangkan dan seterusnya

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Program untuk tujuan ini

termasuklah pemodenan kehidupan luar Bandar, pembangunan kegiatan bandar yang

 pesat dan seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru serta pembentukan

masyarakat perdagangan dan industry Melayu dalam semua kategori dan tahap operasi.

Objektifnya ialah memastikan orang Melayu dan kaum peribumi yang lain menjadi

rakan kongsi penuh dalam semua aspek ekonomi negara (Kajian Semula Separuh

Penggal Rancangan Malaysia Kedua 1971 – 1975).

Selain itu, kerajaan Malaysia juga menitikberatkan pendidikan. Hanya melalui

 pendidikan, negara mampu mengubah corak kehidupan rakyat. Selain itu pendidikan

 juga telah menyatukan semua kaum sehingga menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara yang unik tetapi makmur.

Page 3: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 3/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

3

Telah banyak perbelanjaan yang dilakukan untuk memastikan rakyat mencapai

kemudahan hidup yang lebih baik. Kemajuan itu merangkumi prasarana, kemudahan

 perumahan, pendidikan, kesihatan dan rekreasi. Semua ini adalah untuk memastikan

semua rakyat tanpa mengira bangsa dapat menikmati kehidupan yang lebih bebas dan

merdeka.

Bagi memajukan negara, kerajaan telah membuka lembaran baru dalam

menggalakkan sektor swasta. Ini penting bagi memastikan ekonomi negara dijana

 bersama dan hasilnya banyak peluang pekerjaan telah diwujudkan pada ketika itu.

 Namun begitu, kerajaan Malaysia masih memantau beberapa aspek yang

 berkaitan dengan kemudahan awam terutamanya untuk golongan kurang

 berkemampuan. Sehubungan itu, pendidikan, kesihatan dan sebagainya masih diawasi

agar rakyat Malaysia dapat menikmati kesejahteraan hidup.

Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah. Ini disebabkan Malaysia

adalah satu-satunya negara yang mempunyai pelbagai kaum, tetapi masih mampu

mengekalkan variasi budaya dengan aman damai.

Sehubungan itu, pembangunan negara boleh dilakukan dengan mudah. Sasaran

negara maju menjelang tahun 2020 adalah visi kerajaan untuk memastikan Malaysia

mencapai tahap yang setara dengan negara-negara maju yang lain.

Page 4: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 4/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

4

2.  Matlamat Dasar Pembangunan Ekonomi

Tujuan pembangunan dapat diklasifikasikan kepada beberapa peringkat. Perkara

ini boleh diperincikan sebagai matlamat, objektif dan sebagainya. Namun dalam kertas

ini kita hanya akan memusatkan perhatian kepada peringkat matlamat secara umum

seperti mana yang dijelaskan oleh ramai para ilmuan. Matlamat pertama dalam dasar 

 pembangunan ekonomi ialah pembangunan sumber daya manusia. Pembangunan ini

merangkum pengembangan seluruh potensi dan kudrat manusia dalam pelbagai

lapangan dan domain serta traits keperibadiannya. Ia merangkum usaha meningkatkan

keterampilan dan kemahiran hidup khasnya dalam ekonomi yang berasaskan kepada

 pengetahuan dan e-dagang.

Matlamat berikutnya ialah peningkatkan pengeluaran. Perkara ini dicapai dengan

 pertumbuhan yang berterusan dan berkekalan dalam pengeluaran negara dari segi

kuantiti, kualiti, kecekapan dan campuran keluaran yang betul. Memberi keutamaan dan

galakan kepada pengeluaran yang dihalalkan, lebih-lebih lagi terhadap barang keperluan

asas. Manakala barang yang diharamkan dan tidak digalakkan perlu dikawal, disekat

atau dibatasi pengeluarannya. Pembangunan Seimbang juga merupakan matlamat

 pembangunan ekonomi. Ia bukan hanya bermakna pembangunan yang harmoni dan

seimbang antara wilayah-wilayahdan antara sektor-sektor ekonomi tetapi juga kepada

 pemulihan kesaksamaan agihan pendapatan dan pemilikan harta.

Seterusnya ialah peningkatan kualiti hehidupan. Pembangunan ekonomi

merangkum peningkatan prasarana kebajikan ekonomi rakyat, peningkatan budaya

kepenggunaan yang bijak dan seimbang dan tidak membazir dan lebih mementingkan

kepada memenuhi keperluan secara bersahaja serta mengelakkan amalan hidup

 bermewah-mewah.

Page 5: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 5/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

5

Rakyat sewajarnya merasa semakin selamat, penawaran barangan keperluan

yang serba cukup, pengangkutan yang serba mudah, bantuan kewangan dan kebajikan

untuk seluruh rakyat, perlindungan pengguna melalui pembangunan infrastruktur fizikal

dan sosial, kestabilan harga khasnya harga barang keperluan asas, kemudahan rawatan

dan sebagainya. Untuk itu kerajaan perlu menwujudkan peluang pekerjaan yang luas

kepada rakyat, membangun dan menyediakan jaminan sosial yang berkesan disamping

memastikan kesaksamaan agihan pendapatan dan kekayaan.

Perkembangan teknologi dan penyelidikan juga menjadi matlamat yang

seterusnya. Kemajuan ekonomi banyak bergantung kepada kemajuan dalam bidang

teknologi tinggi dan penyelidikan. Perkembangan dalam bidang ini semestinya sesuai

dengan dengan keperluan dan halatuju negara. Kejayaan menghasilkan pengeluaran

 produk teknologi yang tinggi dalam berbagai-bagai bidang.

Akhirnya ialah pengurangan pergantungan kepada negara asing. Negara telah

menuju kea rah pembangunan ekonomi, maka penghasilan barangan eletronik dapat

digalakkan. Maka negara tidak perlu sering mengimport barangan dari negara asing.

Oleh itu, mata wang asing dapat dipelihara serta hak-hak pengguna tempatan dapat

dijamin. Masyarakat tempatan tidak perlu lagi membeli barangan buatan negara asing

dengan harga yang tinggi. Sebaliknya barangan buatan Malaysia lebih murah jika

dibandingkan serta kualiti barangan tempatan juga dijamin.

Page 6: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 6/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

6

3.  Reformasi dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia

Langkah-langkah di bawah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu dalam

mengatasi masalah sosio-ekonomi penduduk setempat.

a.   Mengurangkan beban cukai

  Meningkatkan paras pendapatan yang dikecualikan cukai ke RM12,000 setahun

di samping meningkatkan elaun anak-anak ke paras yang munasabah;

  Meningkatkan paras pengecualian cukai pendapatan untuk isteri yang bertugas

sebagai surirumah sepenuh masa sebagai tanda penghargaan akan sumbangan

 besar mereka;

  Meningkatkan paras pengecualian cukai khidmat kepada jumlah niaga sejuta

ringgit setahun;

  Menyemak semula sistem percukaian negara secara keseluruhannya, dengan

tujuan untuk memperkukuhkan hasil kerajaan sambil mengurangkan beban

cukai terhadap rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan

sederhana. 

b.   Menghapuskan kemiskinan mutlak 

  Menghapuskan kemiskinan mutlak dalam jangka masa separuh penggal;

  Mengurangkan kadar kemiskinan dalam jangka masa satu penggal kepada paras

separuh daripada kadar kemiskinan pada tahun 1999;

  Membaiki dasar serta rancangan pembasmian kemiskinan supaya dibebaskan

daripada campurtangan politik dan benar-benar membantu golongan termiskin;

  Menyelaraskan berbagai program pembasmian kemiskinan yang sedia ada;

  Mengurangkan jurang pendapatan serta kekayaan di kalangan rakyat Malaysia

tanpa menjejaskan hak sah semua rakyat.

Page 7: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 7/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

7

c.   Membantu peniaga kecil dan penjaja

  Menamatkan amalan pelesenan peniaga kecil dan penjaja sebagai sumber 

 pendapatan negara dan sebagai alat politik kepartian, sebaliknya menggunakan

sistem pelesanan hanya untuk pengurusan dan pemantauan demi menjamin

keselesaan dan kesihatan rakyat, peniaga kecil dan penjaja;

  Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang selesa, bersih dan menarik bagi

 penjaja.

  Memulihkan perkhidmatan pengangkutan awam demi peniaga kecil dan penjaja

dapat mengendalikan perniagaan di bawah system pengangkutan yang baik.

Page 8: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 8/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

8

4.  Ojektif Dasar Ekonomi Baru 

Sebahagian daripada objektif utama DEB ialah keperluan untuk mendapat

strategi perindustrian yang mengimbangkan pertumbuhan dengan kesaksamaan.

Objektif Dasar Ekonomi Baru ialah pembasmian kemiskinan, pengagihan pendapatan,

guna tenaga dan penyusunan semula pemilikan. Pelaksanaan objektif DEB ini dapat

membantu dalam mengatasi masalah sosio-ekonomi penduduk setempat.

i.  Pembasmian Kemiskinan

Pegawai daripada Unit Perancangan Ekonomi menjalankan kajian yang

terperinci tentang objektif DEB. Kajian tersebut boleh dikatakan mewajarkan kejayaan

DEB melalui strategi orientasi-eksport iaitu pembasmian kemiskinan. Walaupun

terdapat pandangan bertentangan bagaimana kemiskinan sepatutnya diukur, kajian

mereka menggunakan dua sudut pandangan biasa iaitu pendekatan kemiskinan “mutlak”

dan “relatuf”. Kemiskinan mutlak diukur dengan mengambil kira pendapatan garisan

kemiskinan dan menganggarkan perkadaran isi rumah atau individu di bawah

 pendapatan garisan kemiskinan. Ia merupakan kaedah pengiraan kepala. Apa yang

 penting bagi pendekatan ini ialah apa yang dimasukkan ke dalam garisan kemiskinan;

sumber rasmi memasukkan butiran makanan dan bukan makanan ke dalam pola

 penggunaan purata isi rumah dengan komponen makanan ditentukan oleh apa yang

dianggap sebagai keperluan kalori harian purata isi rumah. Pada tahun 1987,

 pendapatan garisan kemiskinan ialah RM 350 sebulan sebelum untuk keluarga seramai

5.12 orang di Semenanjung Malaysia, RM 429 sebulan untuk isi rumah seramai 5.24

orang di Sarawak dan RM 533 sebulan untuk isi rumah seramai 5.36 orang di Sabah.

Page 9: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 9/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

9

Kemiskinan relative, sebaliknya diukur dengan mengambil pendapatan purata,

katakana 40 peratus ke bawah daripada isi rumah dan mengganggarkan bilangan isi

rumah atau individu yang ditemui berada di bawah pendapatan garisan kemiskinan itu.

Terdapat banyak jenis pengehadan bagi kedua-dua pengukuran konvensional;

 pendapatan daripada pendekatan garisan kemiskinan mtlak, misalnya boleh menjadi

tidak peka terhadap agihan pendapatan di kalangan rakyat miskin dan gagal menanggap

keamatan ketidaksamaan. Terdapat pilihan pengukuran lain seperti kaedah yang

mengambil kira pengagihan pendapatan di kalangan rakyat miskin ( indeks Sen ) dan

kaedah yang menanggap sebanyak mana “jarak” atau kurangan dalam pendapatan

rakyat miskin daripada garisan kemiskinan ( pengurangan jurang kemiskinan).

   Rujuk lampiran 1

Dengan menggunakan pendekatan biasa, kelihatan insiden kemiskian mutlak di

Malaysia merosot dengan mendadak daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada

kira-kira 17% pada tahun 1987. Matlamat membasmi kemiskinan RRJP1 nampaknya

telah mencapai sasaran lebih awal daripada dijangkakan. Maka pencapaian ini sangat

mengagumkan. Walaupun ini membawa kepada peningkatan dan pembanguan ekonomi

setempat tetapi bagi masa yang akan datang masih tidak dapat diperhatikan.

Pendapatan Garisan Kemiskinan Pada Tahun 1987

 Negeri Pendapatan sebulan Isi rumah

Semenanjung Malaysia RM 350 5.12 orang

Sarawak RM 429 5.24 orang

Sabah RM 533 5.36 orang

Page 10: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 10/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

10

Oleh itu, masih mempunyai banyak system dan langkah-langkah yang

digunakan untuk mempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi. Menjelang tahun 1970-

1987, kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar merosot. Penghijrahan dari luar 

 bandar ke bandar, terutamanya oleh kaum bumiputera menyumbang kepada perubahan

 profil kemiskinan negara ini. Sejajar dengan aliran ini ialah bahagian isi rumah miskin

di luar bandar kepada jumlah isi rumah miskin merosot sedikit daripada 89.2% pada

tahun 1979 kepada 83% pada tahun 1987. Dalam perkembangan ini, dapat melihat

kedar kemiskinan negara semakin merosot.

Di sini, beberapa penilaian terhadap dasar “pertumbuhan dan pengagihan” atau

 pembasmian kemiskinan melalui pertumbuhan ekonomi dapat diberikan:

a.  Sumbangan pertumbuhan ekonomi kepada pengurangan kemiskinan adalah

lebih berkesan ketika negara mengalami kadar kemiskinan yang tinggi, iaitu

 pada tahun 1970-an dan 1980-an. Kadar pengurangan kemiskinan dalam jangka

masa tersebut adalah lebih cepat, berbanding pada tahun 1990-an apabila kadar 

kemiskinan telah berada pada paras yang rendah. Dengan itu pertumbuhan

ekonomi dijangka akan kurang berkesan untuk membasmi kemiskinan dalam

fasa DPN dan DWN. Ini kerana kumpulan sasaran terdiri daripada golongan

termiskin yang berada dalam hieraki terbawah dalam agihan pendapatan dan

dengan itu sukar dibasmi melalui strategi pertumbuhan ekonomi yang

menyeluruh. Dalam hal ini, dasar dan strategi pensasaran yang lebih tepat

kepada golongan termiskin ini, mudah miskin dan pendapatan rendah akan lebih

 berkesan untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

Page 11: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 11/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

11

 Namun demikian, pertumbuhan ekonomi terus menyumbang kepada

 peningkatan kualiti dan taraf hidup penduduk melalui peluang pekerjaan,

 penyediaan dan ketersampian prasarana yang lebih meluas kepada penduduk.

Peningkan taraf hidup dijangka boleh menyumbang kepada taraf hidup yang

meluas antara kawasan bandar atau luar bandar, penumpuan penyediaan

kemudahan asas perlu lebih disalurkan kepada kawasana dan nengeri mundur,

terutama di kawasan luar bandar.

 b.  Pertumbuan ekonomi juga cenderung melebarkan jurang pendapatan antara

 berbagai-bagai golongan kaya-miskin antara kaum dan strata, kerana agihan

 peluang-peluang pekerjaan dan ketersampian peluang yang berbeza. Data-data

agihan pendapatan dan nisbah ketidakseimbangan pendapatan membuktikan

kebenaran ini. Oleh itu, strategi pertumbuhan ekonomi sahaja dijangka tidak 

 boleh mengurangkan masalah kemiskinan relative atau jurang pendapatn.

Strategi pertumbuhan ekonomi perlu digenapi dengan strategi pengagihan yang

mensasarkan faedah pertumbuhan lebih kepada golongan berpendapatan rendah,

termasuk dasar fiscal dan pengigihan pendapatan yang mengherot kepeda

golongan berpendapatan rendah.

c.  Kegawatan ekonomi telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan juga usaha

 pembasmian ekonomi. Golongan berpendapatn rendah dan mudah miskin

merupakan golongan yang paling terkesan daripada kegawatan ekonomi. Kesan

ini dijangkakan lebih srius bagi golongan berpendapatan rendah di bandar yang

terdiri dapada pekerja kilang, pekerja tiada atau kurang kemahiran, pekerka

kontrak, pekerja binaan dan sebagainya. Di sektor pertanian, kegawatan

ekonomi mengesan terutamanya pekebun kecil getah melalui kejatuhan harga

komoditi tersebut.

Page 12: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 12/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

12

ii.  Penyusunan Semula Guna Tenaga

Penyusunan semula guna tenaga menunjukkan kemajuan sepanjang dekad

1970-an dan 1980-an dengan lebih banyak bumiputera berpindah ke sektor moden

dan pekerjaan bergaji tinggi. Apa yang paling diutamakan dalam penyusunan

semula guna tenaga ialah mempercepatkan penyertaan bumiputera ke dalam sektor 

yang pertumbuhannya tinggi. Ini bermakna mereka memindahkan daripada

 pertanian kepada industry, terutamanya pembuatan.

Perubahan dalam struktur guna tenaga etnik ini diiringi oleh perubahan dalam

struktur penduduk, pertumbuhan guna tenaga, kadar pembandaran dan pertumbuhan

ekonomi. Jelasnya kadar pertumbuhan yang pesat membawa kepada pertumbuhan

yang lebih tinggi dalam guna tenaga dan prospek yang lebih baik untuk penyerapan

 bumiputera ke dalam sector swasta dan awam.

iii.  Faedah-faedah Yang Membawa Kepada Masyarakat Tempatan

Dengan pembangunan sosio-ekonomi, masyarakat tempatan akan mengalami

 pelbagai perkembangan. Ekonomi tempatan dapat diperkembangkan daripada

industri pertanian kepada industri pembuatan atau perkilangan. Maka ini dapat

mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan kaum. Selain itu, peluang pekerjaan

 juga meningkat maka masalah pengangguran akan dikurangkan.

Oleh kerana taraf kehidupan masyarakat tempatan telah meningkat, masalah-

masalah jenayah dapat dikurangkan. Maka masyarakat majmuk dapat dibina.

Page 13: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 13/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

13

iv.  Menyediakan Perkhidmatan Atau Bantuan Kepada Masyarakat

Menurut dasar pembangunan, perkhidmatan pinjaman akan diberikan kepada

 pelabur yang hendak menegendalikan perusahaan. Perkhimatan yang lain seperti

teknologi, kursus dan sebagainya juga akan diberikan kepada mereka yang

memerlukan untuk membantu mereka mengendalikan perniagaan dengan lebih

 berkesan.

v.  Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (BCIC)

Objektif penting DEB ialah memupuk pertumbuhan BCIC atau

Pembangunan Usahawan Bumiputera. DEB telah menyalurkan banyak sumber yang

mencukupi kepada komuniti bumiputera seperti bantuan kewangan, khidmat runding

cara, khidmat nasihat dan latihan, bantuan teknikal, sokongan pentadbiran dan

 penglibatan langsung kerajaan dalam sektor swasta. E sejumlah besar agensi terlibat

dalam pembangunan usahawan bumiputera, termasuklah Mara, ITM, IKM, Pernas,

UDA, MIDF, MIDFIC, CGC, BPMB, NPC, PKEN dan Bank Bumiputera.

Page 14: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 14/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

14

5.  Penutup

Masa depan negara bergantung kepada keupayaan merumus konsep pembangunan

ekonomi yang lebih bersepadu, mempunyai daya saing dan keupayaan menembusi

 pasaran global. Pertumbuhan ekonomi juga bergantung kepada sistem pentadbiran dan

 pengurusan negara dan syarikat yang telus, tegas dan bebas daripada campurtangan

sesiapa yang tidak wajar dan berkepentingan. Sistem dan budaya yang bebas dari

amalan korupsi, kronisme dan nepotisme. Selain itu juga bebas daripada

 penyalahgunaan perbelanjaan untuk kepentingan tertentu juga merupakan faktor penting

 bagi pertumbuhan ekonomi. Maka pencapaian yang lebih baik dan berkesan mesti

mempunyai tanggungjawab bersama-sama antara pihak kerajaan dan pihak swasta.

Kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak dapat memaksimumkan pendapatan di

kalangan masyarakat setempat serta meningkatkan taraf hidup mereka semata-matanya.

Pembangunan dan pengukuhan ekonomi kita tidak boleh terlepas dari usaha

meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran, mewujudkan kontrak sosial baru,

memupuk perpaduan nasional, membina demokrasi tulen dan memulihkan imej dan

kedudukan Malaysia di pentas dunia. Di samping itu, membangun warga Malaysia yang

memenuhi kualiti insan berbudaya tinggi dari segi jasmani, mental dan rohani juga

merupakan salah satu matlamat yang penting dan mesti dicapai. Ini kerana rakyat yang

matang dari segi ekonomi dan politik, bersifat penyayang dan kreatif, mempunyai nilai

dan orientasi hidup yang seimbang serta berupaya menyumbang kepada kebangkitan

semula maruah negara bukan hanya penting dari segi ekonomi dan juga teknologi

negara semata-matanya.

Page 15: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 15/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

15

Akhirnya, negara mencapai matlamat dalam pertumbuhan ekonomi yang pesat

ini akan membawa kepada perkembangan yang pesat bagi bidang-bidang lain. Ini bukan

sahaja membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara maka sosio-ekonomi setempat

turut menikmati perkembangan. Pelbagai perkembangan dapat dijalankan demi

kebaikan masyarakat tempatan ini akan membawa kepada pertukaran bidang pertanian

kepada bidang atau sektor yang berasaskan perindustrian. Sektor perindustrian

merupakan asas pembangunan terhadap ekonomi negara. Jika sektor ini dapat

diperkembangkan maka ekonomi negara akan memperolehi peningkatan yang amat baik.

Maka negara telah melancarkan pelbagai strategi demi membantu sosio-ekonomi

masyarakat tempatan. Oleh demikian, strategi yang dilaksanakan telah pun

memperolehi dan mencapai matlamat yang diingini. Melalui perkembangan ini,

masyarakat tempatan akan mempunyai taraf kehidupan yang lebih baik.

Page 16: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 16/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

16

6.  Rujukan

i.  Pembangunan Ekonomi Di Dunia Ketiga. Michael P.Todaro.

Penerbit Erlangga. 1994

ii.  Perubahan Fasa Ekonomi Malaysia. Samuel Basses Okposin, Abdul Halim

Abdul Hamid, Ong Hway Boon. Institut Terjemahan Negara Malaysia. 2003

iii.  Globalisasi Ekonomi & Strategi Malaysia. Mohd Akbal Bin Abdullah &

Ahmad Taidi Bin Johari. Penerbit KUITTHO BP 2003

iv.  Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Nor Aini Hj Idirs,

Ab. Razak Dan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 2004

v.  Penghantar Ilmu Ekonomi Bagian Makro. Drs T. Gilarso.

Penerbit Kanisius. 1991

vi.  Ekonomi Malaysia Ke Arah Pascaindustri. Ishak Yusoff, Nor Aini Idris,

Basri Abdul Talib. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 2005

vii.  Pembangunan Ekonomi Dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia.

Shamsulbahriah Ahmad. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1988

Page 17: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 17/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

17

Page 18: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 18/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

18

Lampiran 1 

Merujuk jadual 8.1, merupakan Pendapatan Garis Kemiskinan yang diambil kira untuk 

menentukan kemiskinan di kalangan masyarakat.

Merujuk jadual 8.2, merupakan Pendapatan Garis Kemiskinan Berdasarkan Peratusan

Komponen PGK pada tahun 1997 hingga 2002. Jadual ini telah menerangkan secara

teliti pendapatan masyarakat setempat telah digunakan dalam pelbagai penggunaan.

Page 19: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 19/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

19

Merujuk kepada jadual 8.3, didapati kadar kemiskinan dan bilangan isi rumah miskin

mengikut strata telah menurun. Ini membuktikan rancangan-rancangan yang dijalankan

untuk membaiki sosio-ekonomi setempat mendapat keputusan yang baik.

Merujuk kepada jadual 8.4, kemiskinan di antara negeri-negeri pun telah mengalami

 pekembangan di bawah strategi yang dilancarkan.

Page 20: JMG 316

7/28/2019 JMG 316

http://slidepdf.com/reader/full/jmg-316 20/20

Geografi Ekonomi & Pembangunan

20