pelan strategik jmg 2011 2015

82
2011 – 2015 PELAN STRATEGIK JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Upload: john-alvarez

Post on 20-Sep-2015

46 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

JMG

TRANSCRIPT

  • 2 0 1 1 2 0 1 5

    PELAN STRATEGIK

    JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

  • ii

    KANduNGAN

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    iv Kata-Kata aluan

    BaB I 1 Pendahuluan 2 RingKasan EKsEKutif

    4 PEngEnalan dan lataR BElaKang

    6 logo

    7 CaRta oRganisasi

    8 oBjEKtif

    9 fungsi dan PERanan

    10 PunCa Kuasa

    11 StakeholderS dan PElanggan

    BaB II 13 SenaRIO PeRSeKITaRan 14 isu-isu stRatEgiK

    22 CaBaRan-CaBaRan

    Pejabat Kajibumi Batu gajah, 1927

  • KANduNGAN

    iii

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    BaB III 29 hala TuJu STRaTeGIK 30 Visi

    31 Misi

    32 slogan

    33 nilai BERsaMa

    35 oBjEKtif stRatEgiK

    36 ModEl tRansfoRMasi

    39 PElan tindaKan

    39 oBjEKtif stRatEgiK 1

    46 oBjEKtif stRatEgiK 2

    53 oBjEKtif stRatEgiK 3

    61 oBjEKtif stRatEgiK 4

    67 PEta stRatEgi

    68 ElEMEn PEnEntu KEjayaan

    70 MEKanisME PElaKsanaan

    72 the Way ForWard

    BaB IV 73 PenuTuP 74 PEnutuP

    75 PEnghaRgaan

    K A N d u N G A N

    Pejabat jMg Pahang, 2011

  • jabatan Mineral dan geosains Malaysia (jMg) sebagai peneraju utama dalam bidang mineral dan geosains, perlu bertindak secara strategik bagi mencapai kecemerlangan yang diharapkan oleh stakeholders dan pelanggan. hasrat ini dapat direalisasikan melalui Pelan strategik yang disediakan. sehingga kini jMg telah menghasilkan dua Pelan strategik, iaitu yang pertama bagi tahun 1999 hingga 2005, diikuti dengan yang kedua bagi tahun 2005 hingga 2010.

    Pelan strategik ini menyediakan rangka hala tuju, bidang fokus dan pelan tindakan jMg selaras dengan agenda pemodenan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatannya bagi tempoh lima tahun bermula tahun 2011 hingga 2015.

    Perancangan strategik yang baik perlu diterjemahkan kepada pelan tindakan melalui perancangan yang teliti, pelaksanaan yang teratur serta pemantauan yang berkesan. namun, apa yang lebih penting ialah impak kepada golongan sasar yang sepatutnya mendapat faedah daripada pelaksanaan tersebut. Stakeholders dan pelanggan sentiasa meletakkan harapan yang tinggi terhadap jMg kerana peranan yang dimainkan dalam menyumbang kepada peningkatan daya saing ekonomi negara dan kualiti hidup serta pengurangan risiko bencana dan pemeliharaan alam sekitar.

    KATA-KATA ALuAN dato yunus Bin aBdul RazaKKetua Pengarah Mineral dan geosains Malaysia

    iv

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

  • vP E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    dalam pelan yang komprehensif ini, beberapa isu dan cabaran kritikal berkaitan mineral dan geosains cuba ditangani. jabatan telah mengenalpasti empat objektif strategik yang perlu dilaksanakan berdasarkan kepada amalan terbaik, dedikasi dan penuh iltizam daripada semua pihak. sungguhpun demikian, usaha berterusan mesti dilakukan untuk menambah baik pelan ini sesuai dengan keperluan dan cabaran baru pada masa hadapan. Melalui pelan ini juga, adalah diharapkan ianya dapat meningkatkan profesionalisme melalui semangat kerja berpasukan ke arah kecemerlangan dan penghayatan nilai-nilai murni.

    saya juga berharap agar semua pihak yang terlibat dapat memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan pelan strategik ini bagi menjayakan Visi dan Misi jMg.

    saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha untuk memastikan Pelan strategik ini dapat direalisasikan dari peringkat konseptual kepada satu dokumen yang padat dengan strategi dan pelan tindakan sebagai panduan bagi semua warga jMg.

    dato yunus Bin aBdul RazaKKetua Pengarah Mineral dan geosains Malaysia

  • 1PENdAHuLuAN

    BAB I

  • 2P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    jabatan Mineral dan geosains Malaysia (jMg) selaku peneraju utama dalam aspek pembangunan mineral dan perkhidmatan geosains negara, menyedari hakikat bahawa perkembangan pesat yang berlaku di dunia hari ini memerlukan jabatan membuat persediaan yang rapi bagi memastikan ianya berada di landasan yang betul dan sejajar dengan arus perdana. justeru, jMg perlu bertindak secara strategik untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan yang diharapkan oleh stakeholders dan pelanggan. Pelan strategik jMg ini merangkumi hala tuju, aspirasi, analisis persekitaran dalaman dan luaran, strategi-strategi utama dan pelan tindakan bagi memastikan jMg berupaya menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan serta berada pada tahap siap siaga bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan.

    Pelan strategik ini menyediakan rangka hala tuju, bidang fokus dan pelan tindakan jMg bagi melaksanakan agenda pemerkasaan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatannya untuk tempoh lima tahun bermula tahun 2011 hingga 2015. untuk memenuhi hasrat ini, jMg membuat transformasi yang melibatkan pindaan Visi dan Misi supaya lebih relevan dengan perubahan semasa dan dapat membawa pencapaian sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi serta bertaraf dunia.

    sebagai agensi tunggal kerajaan yang menerajui bidang mineral dan geosains dalam negara, jMg telah menetapkan visi yang baru iaitu Peneraju Pembangunan Mineral dan Geosains Menjelang 2020. Visi ini selaras dengan wawasan negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. jMg komited untuk menyediakan perkhidmatan berkepakaran tinggi kepada stakeholders dan pelanggan dalam bidang mineral dan geosains.

    Bagi menjayakan visi tersebut jMg menetapkan misi yang baru iaitu Menyumbang Kepada Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara dan Kualiti Hidup Melalui Penggunaan Maklumat, Perkhidmatan Berkepakaran Tinggi Serta Penyelidikan Berkaitan Mineral dan Geosains Yang Efektif. jMg berperanan untuk mempertingkatkan sumbangan sektor mineral dan geosains terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan sumber mineral yang mampan, penyelidikan dan pembangunan (R&d) mineral serta penggunaan maklumat geosains yang berkesan. ianya

    RINGKASAN EKSEKuTIf

  • 3P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    dilakukan melalui perolehan (acquisition), tafsiran (interpretation), pengurusan (management) dan sebaran (dissemination) data dan maklumat geosains. Pengetahuan, data dan maklumat geosains boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah, membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat, dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara serta pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan risiko bencana.

    Empat objektif strategik telah dikenalpasti bagi melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani isu-isu strategik dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam merealisasikan Visi dan Misi yang ditetapkan. objektif strategik tersebut adalah seperti berikut:

    1. Memperkasa pengurusan modal insan dan kapasiti organisasi ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

    2. Memperkukuh keupayaan aktiviti mineral dalam eksplorasi, pembangunan dan promosi untuk memacu ekonomi negara.

    3. Memantap pelaksanaan perkhidmatan geosains berkepakaran tinggi ke arah pembangunan mampan yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup dan pemeliharaan alam sekitar.

    4. Memperkukuh penyelidikan dan pembangunan (R&d) mineral untuk memajukan industri mineral negara.

    jMg telah memperkenalkan Kod Etika sebagai panduan asas bagi setiap warga dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mencapai Visi, Misi dan objektif jabatan sejajar dengan matlamat perkhidmatan dan negara. ia dirangkumkan dalam empat kod teras iaitu Profesionalisme, Kerja Berpasukan, Menuju Kecemerlangan dan Menghayati nilai-nilai Murni. Bagi memudahkan lagi penghayatan dan pengamalannya, Pelan strategik ini merangkumkan empat teras Kod Etika jMg dalam akronim STEP (Spiritual, Teamwork, Excellence, Professionalism), yang akan membawa kepada integriti yang tinggi di kalangan warga jMg.

  • 4P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    jabatan Mineral dan geosains Malaysia ditubuhkan melalui penggabungan jabatan Penyiasatan Kajibumi dengan jabatan galian pada 1 julai 1999. Penggabungan ini bertujuan untuk memantapkan dan menyelaraskan aktiviti kedua-dua agensi tersebut yang berada di bawah Kementerian Perusahaan utama (KPu) ketika itu. sejarah jabatan bermula sejak abad ke-19 sewaktu kemasukan penjajah British yang bermula di negeri Perak. Pada tahun 1874, jabatan galian ditubuhkan oleh penjajah British bagi tujuan pengawalseliaan perlombongan bijih timah di larut. n.g.a. geddie, seorang jurutera perlombongan telah dilantik sebagai Merinyu galian pertama.

    Enakmen perlombongan negeri telah mula diperkenalkan di negeri selangor pada tahun 1891 bagi mengawal selia operasi perlombongan. dalam usaha membenteras kegiatan penyeludupan bijih timah, enakmen bijih mineral negeri telah diperkenalkan buat pertama kalinya di negeri Perak pada tahun 1893.

    Pejabat Kajibumi pertama telah ditubuhkan pada tahun 1903 di Kuala lumpur. j.B. scrivenor telah dilantik sebagai ahli Kajibumi pertama di tanah Melayu. Pada tahun 1908 Pejabat Kajibumi telah dipindahkan ke Batu gajah, Perak bagi menumpukan kajian lapangan bijih timah di lembah Kinta dan larut. Pada tahun 1927, Pejabat Kajibumi dinaik taraf menjadi jabatan Penyiasatan Kajibumi. ibu Pejabat jabatan Penyiasatan Kajibumi telah dipindahkan ke ipoh, Perak pada tahun 1957. Pada masa yang sama penggantian kakitangan dengan anak-anak tempatan bermula dan selesai sepenuhnya dalam tahun 1967.

    semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963, jabatan Penyiasatan Kajibumi jajahan British di Borneo menjadi cawangan jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia dan diberi nama baru, jabatan Penyiasatan Kajibumi Kawasan Borneo Malaysia. setahun kemudian iaitu pada tahun 1964, jabatan galian Malaysia timur ditubuhkan.

    PENGENALAN dAN LATAR BELAKANG

  • 5P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Pada tahun 1968, jabatan Penyiasatan Kajibumi semenanjung Malaysia dan jabatan Penyiasatan Kajibumi Kawasan Borneo digabungkan menjadi jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia di bawah seorang pengarah berpusat di ipoh, Perak. Pada tahun 1973, ibu Pejabat Penyiasatan Kajibumi Malaysia telah berpindah sekali lagi dari ipoh ke Kuala lumpur.

    Bagi memberi kuasa untuk pegawai-pegawai kajibumi mengatur dan mengawal penyiasatan kajibumi, akta Penyasatan Kajibumi 1974 telah digubal dan diwartakan pada 17 februari, 1976. Berikutan daripada tindakan untuk memisah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan 1957, akta Pembangunan Mineral 1994 (aPM) dan Enakmen Mineral negeri (EMn) telah digubal. aPM adalah satu perundangan persekutuan bagi mengawal selia aktiviti eksplorasi dan perlombongan sementara EMn adalah perundangan negeri bagi mentadbir pengeluaran tenemen mineral dan hasil-hasil yang berkaitan dengannya.

    Mulai 27 Mac 2004, jMg telah diletakkan di bawah Kementerian sumber asli dan alam sekitar (nRE) berikutan penyusunan semula kementerian.

  • 6P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    logo jabatan Mineral dan geosains Malaysia merupakan sebuah lukisan grafik huruf ringkas nama jabatan dan tukul geologi berwarna putih yang berlatarbelakangkan sebuah sfera berwarna biru dan hijau. Semua grafik dan sfera dilukis dengan garisan berwarna keemasan. Bentuk logo dibuat sedemikan rupa bagi menggambarkan Visi, Misi dan objektif jabatan.

    Bentuk sfera adalah bentuk bumi yang melambangkan kesediaan jabatan menghadapi arus globalisasi khususnya dalam bidang mineral dan geosains melalui penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (iCt).

    Warna hijau dan biru melambangkan bidang mineral dan geosains meliputi daratan dan lautan. hijau juga melambangkan semua aktiviti yang dijalankan menjurus kearah pembangunan mampan dan mesra alam. Warna biru membawa maksud perpaduan dan kesetiaan warga jMg dalam menjalankan tugas dan menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan kesungguhan warga jMg mengamalkan nilai-nilai murni bagi menjayakan Visi, Misi dan objektif jabatan. garis lilitan keemasan pula menunjukkan keunggulan jMg dalam sektor mineral dan geosains.

    sempadan antara biru dan hijau menunjukkan negara Malaysia, yang disimbolkan oleh bentuk grafik garis pantai timur Semenanjung Malaysia dan pantai barat sabah dan sarawak. Bentuk garis pemisah ini juga menunjukkan grafik sebuah lombong dedah yang diurus dengan baik melalui penguatkuasaan dan kawalseliaan.

    tukul geologi merupakan simbol kebanggaan ahli geologi yang melambangkan tugas teras jabatan merangkumi aktiviti mineral, geosains, kawalseliaan dan, penyelidikan dan pembangunan (R&d).

    Grafik JMG yang meringkaskan nama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, direka sedemikian rupa bagi melambangkan jabatan sentiasa proaktif dan mengutamakan R&d dalam usaha memajukan sumber mineral negara. huruf e yang menjadi titik kepada huruf j melambangkan semua aktivtiti jabatan disokong oleh teknologi maklumat dan komunikasi (iCt) yang canggih bagi memastikan semua maklumat jabatan diuruskan secara cekap dan berkesan.

    LoGo

  • 7P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    CARTA oRGANISASI

    MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA Y. B. Datuk Sri Douglas Uggah Embas

    TIMBALAN KETUAPENGARAHKORPORAT DAN EKONOMI MINERALMustapha bin Mohd Lip

    Penyelarasan Perlaksanaan Operasi JMG Sarawak JMG Sabah JMG Perak JMG Pahang JMG Johor JMG Selangor / Wilayah Persekutuan JMG Kelantan JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang JMG Negeri Sembilan / Melaka JMG Terengganu

    PENGARAH PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL Dato Zulkifly bin Abu Bakar

    Teknologi Berasaskan Lempung Teknologi Berasaskan Silika Teknologi Berasaskan Bahan Batuan Teknologi Bahan Termaju Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian MetalurgiTebusguna dan Pemulihan

    PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL Alexander Unya ak Ambun

    Perkhidmatan Geosains Perkhidmatan Makmal Perkhidmatan Lombong dan Kuari Pengurusan Maklumat Pentadbiran dan Kewangan

    TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI Mohammed Hatta bin Abd. Karim

    Hal Ehwal Korporat Ekonomi Mineral Pengurusan Maklumat

    TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA Y. B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

    KSU SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA Y. Bhg. Dato Zoal Azha bin Yusof

    KP JMG Y. Bhg. Dato Yunus bin Abdul Razak

  • 8P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    jMg mempunyai lima objektif utama:

    1. Menyediakan maklumat komoditi mineral bagi meningkatkan pertumbuhan industri berasaskan mineral.

    2. Menggalakkan penggunaan optimum maklumat dan perkhidmatan geosains bagi pembangunan yang mampan.

    3. Memastikan pengusahahasilan sumber mineral berkembang secara teratur, selamat, cekap dan mesra alam serta mendatangkan pulangan yang optimum kepada negara.

    4. Menggalakkan kepelbagaian penggunaan sumber mineral tempatan bagi menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian negara melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&d).

    5. Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang mineral, geosains dan perlombongan di peringkat nasional dan antarabangsa bagi menggalakan pelaburan dalam sektor mineral dan perancangan pembangunan negara.

    oBJEKTIf

  • 9P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Bagi mencapai Visi, Misi dan objektif yang ditetapkan, jMg dipertanggungjawabkan dengan peranan utama seperti berikut:-

    1. Mengendali eksplorasi mineral secara sistematik.

    2. Mengendali penyiasatan pelbagai bidang geosains seperti pemetaan geologi, sumber air bawah tanah, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi alam sekitar, geologi marin, geofizik, dan bidang-bidang geosains lain secara sistematik.

    3. Menyedia perkhidmatan analisis geokimia dan ujian fizikal bahan batuan dan mineral.

    4. Bertindak sebagai bank data nasional bagi semua maklumat berkaitan geosains dan sumber mineral negara.

    5. Mengumpul, menganalisis dan menyebarkan data dan maklumat berkaitan eksplorasi mineral, perlombongan dan aktivti yang berkaitan.

    6. Menyedia perkhidmatan nasihat teknikal dan kepakaran dalam bidang mineral, geosains, perlombongan dan pengkuarian.

    7. Membantu dan bekerjasama dengan pihak swasta dan industri dalam usaha pembangunan sektor mineral.

    8. Menentukan supaya aktiviti perlombongan mineral serta aktiviti lain yang berkaitan dengannya dijalankan dengan cara yang selamat, cekap dan sistematik.

    9. Melaksana dasar dan arahan Kerajaan berhubung dengan industri mineral dan geosains, di samping mentadbir dan menguatkuasa undang-undang yang berkaitan, dan

    10. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&d), pemindahan teknologi, pembangunan sumber mineral serta mempromosi hasil penyelidikan supaya digunapakai oleh pihak industri.

    fuNGSI dAN PERANAN

  • 10

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Punca kuasa jMg bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

    i) PEwujuDaN

    1. akta fungsi-fungsi Menteri 1969 [akta 2] Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (Pindaan) (no. 4) 1999

    2. Waran Perjawatan tahun 2001

    ii) SuMBEr KuaSa

    1. akta Penyiasatan Kajibumi 1974

    2. akta Pembangunan Mineral 1994

    3. Enakmen Bijih Mineral negeri

    4. Enakmen Pembeli Emas Mentah

    5. Enakmen Mineral negeri

    6. Kaedah-Kaedah Kuari negeri

    7. akta Kawalan timah 1954 (Pindaan 1988)

    8. Peraturan-Peraturan Kawalan timah 1988

    9. assignment of export duty (Mineral ores) act 1964

    10. assignment of revenue (export duty on Iron ore) act 1962

    PuNCA KuASA

  • 11

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    STakEholdErS

    1. Menteri sumber asli dan alam sekitar

    2. Menteri Besar / Ketua Menteri

    3. Ketua setiausaha Kementerian sumber asli dan alam sekitar

    PElaNGGaN

    1. agensi Persekutuan

    2. Pihak Berkuasa tempatan

    3. Badan Berkanun Persekutuan

    4. Badan Berkanun negeri

    5. institusi Pengajian tinggi awam dan swasta

    6. Pelabur

    7. Pengusaha dan Pelombong

    8. Pelancong

    9. orang awam

    10 Pertubuhan Bukan Kerajaan

    11. anggota jMg

    StakeholderS dAN PELANGGAN

  • 13

    SENARIo PERSEKITARAN

    BAB II

  • 14

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    ISu-ISu STRATEGIK

    Melalui analisis senario persekitaran, beberapa isu strategik telah dikenalpasti seperti berikut:

    1. GaGaSaN 1MalaYSia

    y.a.B Perdana Menteri Malaysia telah mencetuskan idea gagasan Malaysia yang bertemakan 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Bagi merealisasikan gagasan ini, jMg juga menyediakan gagasan yang bertemakan 1jMg, Bumi diteroka, Persekitaran dipelihara sebagai aspirasi kepada Pelan strategik jMg 2011-2015.

    2. PElaKSaNaaN ProGraM TraNSforMaSi KErajaaN (GTP)

    Program transformasi Kerajaan merupakan satu pelan hala tuju yang menjadikan matlamat serta keberkesanan Kerajaan lebih telus dan kuantitatif. Pelan tersebut memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan utama negara (nKRa) dengan memberi fokus kepada Bidang Keberhasilan utama Kementerian (MKRa). sehubungan dengan itu, jMg telah mengenal pasti beberapa bidang keberhasilan utama di peringkat jabatan untuk dilaksanakan selaras dengan Bidang Keberhasilan utama Kementerian sumber asli dan alam sekitar (nRE).

    3. PElaKSaNaaN PElaN TraNSforMaSi PErKHiDMaTaN awaM

    MaMPu telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dan permodenan dalam Perkhidmatan awam di negara ini, termasuk transformasi sistem Penyampaian Perkhidmatan dengan matlamat untuk menjadikan Perkhidmatan awam negara ini bertaraf dunia. jMg turut melaksanakan pelan transformasi ini selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara Maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

  • 15

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    4. PElaKSaNaaN ProjEK-ProjEK rMKE-10

    Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) sebagai rancangan pembangunan lima tahun negara akan dilaksanakan daripada tahun 2011 hingga 2015. ia merupakan blok binaan pertama kepada road map Model Baru Ekonomi ke arah mencapai Wawasan 2020. Perolehan maklumat mineral dan geosains melalui pelaksanaan projek-projek di bawah RMKe-10 akan dapat menarik minat pelabur bagi menjana pertumbuhan dan mempelbagaikan sumber ekonomi negara di samping membantu kerajaan negeri membuat perancangan guna tanah dan pemeliharaan alam sekitar dengan lebih berkesan dan mampan.

    5. MENiNGKaTKaN PElaKSaNaaN DaSar MiNEral NEGara 2 (DMN2)

    dMn2 digubal untuk mempertingkatkan sumbangan sektor mineral dalam pembangunan sosio-ekonomi negara melalui pembangunan sumber mineral yang efisien, bertanggungjawab dan mampan di samping penggunaan sumber-sumber mineral secara optimum. Bagi melaksanakan program-program di bawah 9 teras dMn2, tiga pelan induk telah disediakan iaitu Pelan induk Pembangunan Mineral, Pelan induk Pembangunan industri Kuari dan Pelan induk Pemulihan lombong dan Kuari. Menjelang 2012, Pelan induk Pemulihan lombong dan Kuari dijangka akan turut diterima pakai oleh Kerajaan negeri sebagaimana Pelan induk Pembangunan Mineral dan Pelan induk Pembangunan industri Kuari sejak akhir 2009 lalu.

  • 16

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    6. MEMENuHi KEPErluaN MiNEral YaNG BErTEruSaN

    dalam tempoh 2011 hingga 2015, negara dijangka memerlukan lebih banyak bahan mineral terutama untuk menyokong sektor pembinaan dan pembuatan ekoran daripada perkembangan ekonomi semasa yang kembali pulih. negara kini masih mengimport kebanyakan mineral yang kita sendiri mempunyai banyak rizab yang berpotensi untuk diusahahasilkan. Pengusahahasilan sumber mineral tempatan bukan sahaja dapat mengurangkan pengaliran keluar wang negara malah memperluaskan punca hasil negeri di samping menggerakkan ekonomi serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat setempat.

    7. MEMENuHi KEPErluaN BEKalaN air BErSiH

    Bekalan air bersih yang terjamin dari segi kuantiti dan kualiti merupakan faktor utama dalam memacu kemajuan sosio-ekonomi negara. sumber air bersih perlu diterokai dan dibangunkan bagi memenuhi permintaan di kawasan perbandaran dan luar bandar bagi meningkatkan prasarana asas dan meningkatkan taraf hidup rakyat. dalam hal ini, sumber air bawah tanah perlu dikaji bagi mengenalpasti kuantiti dan kualitinya; seterusnya dibangunkan bagi menampung permintaan terhadap bekalan air bersih negara yang semakin meningkat. selain daripada itu, air bawah tanah juga membantu dalam tindakbalas bantuan bencana seperti memadam kebakaran gambut. dalam usaha menangani fenomena perubahan iklim, air bawah tanah perlu diteroka bagi menjamin sumber air yang mencukupi sekiranya berlaku bencana kemarau yang berpanjangan.

  • 17

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    8. PENGuraNGaN riSiKo BENcaNa Di KawaSaN SENSiTif GEoloGi

    Pembangunan dalam kawasan sensitif geologi terutama kawasan tanah tinggi dan lereng bukit yang tidak terancang boleh menyebabkan berlakunya geobencana seperti tanah runtuh, batu runtuh, lubang benam, tanah mendap dan sebagainya yang menyebabkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa serta trauma psikologi. Pengurusan geobencana perlu mengambil kira maklumat geologi, terain, tektonik dan sejarah geobencana di sesuatu kawasan. dalam hal ini, pemetaan geobencana dan penilaian risiko geobencana merupakan langkah utama dalam menangani bencana geologi seterusnya mengurangkan risiko melalui perancangan guna tanah dan penggunaan maklumat geosains dalam rekabentuk kejuruteraan dan kerja tanah. jMg perlu memainkan peranan ini selaras dengan komitmen negara terhadap hyogo Framework for action 2005-2015: Building the resilience of Nations and Communities to disasters, dan World Summit outcome 2005 on human Security: Freedom from Fear and Freedom from Want.

    9. PENEroKaaN SuMBEr TENaGa alTErNaTif

    Bekalan tenaga elektrik merupakan prasarana asas yang penting bagi memacu pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat. negara perlu meneroka sumber tenaga alternatif bagi menambah sumber bekalan tenaga elektrik negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga fosil. Penerokaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui (RE) atau tenaga hijau (gE) merupakan langkah kerajaan bagi menzahirkan kesungguhan negara mengurangkan pembebasan gas rumah hijau (green house gases) dalam usaha mengurangkan kesan pemanasan global. dalam hal ini, jMg perlu memainkan peranan aktif dalam mengenal pasti sumber tenaga alternatif seperti geoterma dan coal bed methane.

  • 18

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    10. PEMEliHaraaN SuMBEr wariSaN GEoloGi

    Warisan geologi merupakan sumber semulajadi yang penting kepada negara dalam aspek warisan, budaya dan ekonomi. sumber semulajadi ini perlu dikenalpasti dan dipelihara untuk penyelidikan dan tarikan pelancongan yang turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat. Pengisytiharan langkawi geopark oleh unEsCo pada 1 jun 2007 telah memberikan identiti baru kepada langkawi sebagai destinasi eko-pelancongan dan geo-pelancongan di rantau ini. gabungan geo-diversiti dan bio-diversiti yang unik serta budaya setempat pastinya menggamit lebih ramai pelancong melawat langkawi. justeru itu jMg perlu memainkan peranan aktif dalam mengenalpasti kawasan-kawasan warisan geologi negara supaya ianya dapat dipelihara sebagai khazanah untuk penyelidikan dan tarikan pelancongan.

    11. MENaNGaNi fENoMENa PEruBaHaN iKliM

    Penyiasatan dan penyelidikan geosains menjurus ke arah pemahaman kepada asalan dan taburan sumber, alam semulajadi dan evolusi landskap bumi yang kompleks serta pelbagai keadaan alam sekitar yang mempengaruhi setiap habitat. selaras dengan keperluan masyarakat dan fenomena perubahan iklim, jMg perlu memainkan peranan untuk memberi kefahaman perubahan iklim dunia yang dialami semenjak pembentukan bumi. Kajian geosains terutama kajian yang melibatkan geologi Kuaterner perlu diaktifkan semula bagi mengumpul maklumat mengenai perubahan iklim secara lebih terperinci.

  • 19

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    12. MEMaNTaPKaN PEruNDaNGaN DaN PEraTuraN

    Perundangan dan peraturan adalah perlu bagi sesebuah organisasi berfungsi dengan cekap dan berkesan. Perundangan yang lapuk perlu dimansuhkan atau dipinda bagi memenuhi keperluan semasa. sebagai contoh, akta Penyiasatan Kajibumi 1974 telah diwartakan pada 17 februari 1976 dan tidak pernah dipinda sejak diwartakan. akta berkenaan perlu ditambah baik bagi memenuhi peranan dan cabaran yang dilaksanakan jMg pada masa kini.

    13. MEMacu iNDuSTri MiNEral NEGara MElalui PENYEliDiKaN DaN PEMBaNGuNaN (r&D) MiNEral

    aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&d) mineral dapat mempertingkatkan penggunaan sumber mineral tempatan, tambah nilai dan kepelbagaian produk serta penggantian mineral import. seterusnya hasil R&d ini mampu untuk memacu Malaysia sebagai pengeluar dan pembekal tersohor bagi produk yang berasaskan mineral. sepanjang tahun 2011-2015, jMg akan terus memperhebatkan usaha untuk menjadikan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) sebagai Pusat Kecemerlangan R&d mineral negara.

    14. PENiNGKaTaN SiSTEM PENYaMPaiaN PErKHiDMaTaN

    Kerajaan telah mengarahkan semua jabatan supaya menambah baik dan meningkatkan sistem penyampaian terutama kepada orang awam melalui beberapa pekeliling dan arahan berkaitan. Penggunaan iCt merupakan salah satu kaedah digunapakai bagi mempercepatkan proses kerja dan memudahkan orang awam berurusan dengan jabatan. jMg juga menubuhkan kumpulan kerja untuk terus mengkaji prosedur-prosedur kerja untuk mengurangkan kerenah birokrasi, serta mencari kaedah-kaedah mengurangkan masa memproses dan menambah baik sistem penyampaian.

  • 20

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    15. PErKoNGSiaN PiNTar

    jMg telah menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dan pengusaha mineral tempatan bagi mencapai matlamat perkongsian pintar dalam usaha meningkatkan daya saing negara dan peningkatan taraf hidup rakyat. Program-program kerjasama ini yang merangkumi pelbagai aktiviti telah meningkatkan nama jMg dalam menyalurkan maklumat dan kepakaran.

    diperingkat antarabangsa jMg perlu lebih aktif mengambil peluang dalam aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan. Kerjasama yang telah dijalin dengan beberapa negara seperti thailand dan indonesia perlu diperluaskan kepada pelbagai bidang serta mencari peluang kerjasama yang serupa dengan negara-negara lain.

    16. PEMBaNGuNaN MoDal iNSaN

    jMg perlu memberi keutamaan terhadap pembangunan sumber manusia berikutan dengan persaraan seramai 50 orang pegawai kanan mulai tahun 2012 hingga 2015. jika tidak, ia akan mengakibatkan kepincangan ke atas pengurusan jabatan memandangkan pegawai-pegawai pengganti kurang pendedahan. usaha berterusan perlu untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan program-program yang komprehensif untuk memenuhi kehendak pelan penggantian.

    17. Kawal SElia iNDuSTri MiNEral SEcara MaMPaN

    jMg bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan akta Pembangunan Mineral 1994, Enakmen Mineral negeri, Kaedah-Kaedah Kuari serta Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengannya. disamping itu, jMg juga turut terlibat dalam membantu menguatkuasakan undang-undang lain yang berkaitan.

  • 21

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    18. PElaKSaNaaN KEPuTuSaN MajliS-MajliS MESYuaraT NEGara

    jMg terlibat secara langsung dalam majlis-majlis negara berikut:

    1. Majlis Tanah Negara jMg bertanggungjawab mengkaji serta menggubal pelan strategik

    yang akan dijadikan halatuju pembangunan industri mineral negara.

    2. Majlis Sumber air Negara jMg berperanan dalam melaksanakan keputusan majlis ini berkaitan

    dengan sumber air bawah tanah negara.

    3. Majlis Perancangan fizikal Negara jMg bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat aspek geosains

    dan mineral berhubung dengan perancangan guna tanah.

    4. Majlis Pengurusan Bantuan Bencana Negara jMg bertanggungjawab menyediakan khidmat kepakaran geosains

    dalam tindakan menyelamat dan pemulihan bencana.

  • 22

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Berdasarkan senario persekitaran, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor mineral dan geosains masa kini serta bagi tempoh lima tahun akan datang (2011-2015) adalah seperti berikut:

    1. MEMarTaBaTKaN SuMBaNGaN SEKTor MiNEral NEGara

    sektor mineral yang tidak kompetitif, terancam dan mempunyai persepsi negatif perlu dimartabatkan kedudukannya sebagai satu aktiviti yang mampan dan penting dalam memacu ekonomi negara serta meningkatkan taraf hidup rakyat. dalam hal ini, jMg perlu;

    a. Meyakinkan Kerajaan negeri untuk memberi keutamaan kepada aktivti

    pembangunan sumber mineral di kawasan-kawasan yang berpotensi supaya sumber tersebut tidak dimajirkan.

    b. Menggalakkan pengusaha supaya meningkatkan penggunaan sumber mineral tempatan dan mempelbagaikan produk melalui proses tambah nilai.

    c. Memastikan amalan terbaik digunapakai dalam aktiviti perlombongan

    dan pengkuarian bagi memenuhi kehendak pembangunan mampan industri mineral termasuk mematuhi piawaian pencegahan pencemaran alam sekitar.

    d. Meningkatkan kepakaran dan perkhidmatan yang kondusif bagi

    mentadbir dan mengawalselia industri mineral selaras dengan keperluan semasa supaya industri mineral membangun secara mampan.

    CABARAN-CABARAN

  • 23

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    2. PErSaiNGaN MENariK PElaBuraN SEKTor MiNEral

    Persaingan dengan negara-negara serantau bagi menarik pelabur luar negara untuk melabur dalam industri mineral tempatan. oleh yang demikian ianya memerlukan;

    a. Peningkatan inventori mineral yang dianggap strategik kepada negara seperti bijih timah dan bijih besi bagi memastikan bekalan kepada industri peleburan domestik dan kelangsungan jangka panjang pelebur.

    b. Publisiti potensi mineral menerusi internet, konvensyen serta misi pelaburan ke luar negara.

    c. Kajian komprehensif bagi tujuan analisis pasaran, dagangan, penggantian import, ramalan dan unjuran ekonomi berkaitan komoditi mineral.

    3. PEMETaaN GEoloGi Di SEMPaDaN NEGara

    Pemetaan geologi di kawasan sempadan negara sangat penting bagi menjamin kedaulatan negara dan keharmonian hubungan dua hala dengan negara-negara jiran terutamanya dalam aspek penerokaan sumber bumi yang merentasi sempadan.

    Pemetaan geologi marin yang sistematik perlu dijalankan di pelantar benua laut China selatan di bahagian utara sabah dan sarawak untuk menyediakan Submission fasa ke-2 kepada Commission on the limits of the Continental Shelf (ClCs), Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menuntut hak milik Malaysia dibawah artikel 76 United Nations Convention on the law of the Sea 1982 (unClos). sekiranya pemetaan perairan negara ini tidak dilengkapkan, Malaysia akan kekurangan bukti dalam kes tuntutan sempadan pelantar benua. Malaysia telah mengemukakan tuntutan kawasan pelantar benua secara bersama dengan Vietnam dan akan mengemukakan beberapa lagi tuntutan bagi kawasan-kawasan lain.

  • 24

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    4. MENGGalaKKaN PENGGuNaaN MaKluMaT GEoSaiNS

    Maklumat geosains adalah input penting dalam perancangan guna tanah dan pembangunan negara. jMg perlu menyediakan maklumat geosains yang berkualiti serta memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan supaya dapat digunakan secara efektif dalam perancangan guna tanah bagi mencapai pembangunan mampan serta mengurangkan risiko bencana dan memelihara alam sekitar. Pemetaan geobencana dan penilaian risiko bencana perlu dijalankan secara sistematik terutama di kawasan perbandaran dan penempatan selaras dengan komitmen negara terhadap hyogo Framework for action 2005-2015: Building the resilience of Nations and Communities to disasters, dan World Summit outcome 2005 on human Security: Freedom from Fear and Freedom from Want.

    5. MENaNGaNi MaSalaH BEKalaN SuMBEr air BErSiH

    Masih terdapat rakyat yang tidak mendapat bekalan air bersih terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan penempatan yang terpencil. jMg perlu bertindak untuk menyediakan bekalan air bersih dari sumber air bawah tanah bagi menyempurnakan prasarana asas luar bandar dan kesejahteraan hidup masyarakat selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

    6. PErSEDiaaN MENGHaDaPi aNcaMaN PEruBaHaN iKliM

    dunia sedang mengalami fenomena perubahan iklim yang antara lain boleh menyebabkan kemarau yang berpanjangan yang akan mencetuskan krisis bekalan air. dalam hal ini, jMg perlu bertindak secara strategik bagi menyiasat sumber air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi bencana tersebut. Perubahan iklim boleh juga menyebabkan hujan lebat berpanjangan mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan banjir.

  • 25

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    7. MENjaMiN BEKalaN TENaGa YaNG BErKEKalaN

    sumber tenaga fosil semakin berkurangan serta penggunaan bahan api fosil menyebabkan pembebasan gas rumah hijau (green house gases). dalam hal ini, jMg perlu meneroka sumber tenaga alternatif seperti geoterma bagi menjana tenaga elektrik yang berkekalan serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga fosil dan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. sumber geoterma ini merupakan aset strategik negara bagi menjamin daya saing negara dan kesejahteraan hidup masyarakat.

    8. MEliNDuNGi KHazaNaH wariSaN GEoloGi

    Khazanah warisan geologi yang telah dikenalpasti perlu dilindungi bagi tujuan penyelidikan dan pelancongan berkonsepkan eko-pelancongan dan geo-pelancongan. jabatan perlu bekerjasama dan meyakinkan pihak berkuasa yang berkaitan supaya sumber ini yang berpotensi menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi negara dipelihara dan dimanafaatkan.

    9. MEMPErKaSa r&D MiNEral

    usahasama penyelidikan dalam bidang mineral dengan agensi-agensi penyelidikan lain serta pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara perlu diperluas dan diperhebatkan. jabatan juga perlu meningkatkan usaha bagi memberi perkhidmatan perundingan R&d, pengkomersilan dan mempatenkan produk R&d. Pemindahan teknologi kepada industri mineral serta industri kecil dan sederhana (iKs) juga hendaklah dilaksanakan dengan lebih berkesan.

  • 26

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    10. MENiNGKaTKaN SuMBEr KEwaNGaN DaN faSiliTi

    Kekangan sumber kewangan dan peralatan merupakan satu halangan kepada jabatan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Peruntukan kewangan yang besar diperlukan untuk menjalankan program tertentu seperti survei geofizik, survei geologi marin dan penggerudian untuk eksplorasi dan penilaian sumber mineral.

    11. PEMBaNGuNaN MoDal iNSaN BErKEPaKaraN TiNGGi

    jMg perlu membentuk satu kumpulan pegawai yang berkepakaran tinggi dalam bidang mineral dan geosains, dedikasi, efisien, komited dan menggunakan peralatan berteknologi tinggi amat perlu untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, diyakini dan berkesan. untuk mencapai matlamat tersebut tindakan berikut perlu diambil iaitu:

    a. Menyediakan satu pelan strategik pembangunan modal insan berhubung urusan kerjaya, latihan, kursus, kenaikan pangkat dan anugerah.

    b. Meningkatkan semangat kerja yang rendah di kalangan anggota disebabkan oleh peluang kerjaya yang terhad dan kekangan struktur organisasi.

  • 27

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    12. MENjaMiN KEPENTiNGaN NEGara DalaM KErjaSaMa aNTaraBaNGSa

    jMg perlu menyediakan satu kumpulan pegawai yang kompeten dan terkedepan dalam melaksanakan kehendak jalinan perhubungan antarabangsa dengan sempurna agar prestasi negara terbilang dan kepentingan negara dapat dijaga. jMg terlibat dalam;

    a. organisasi-organisasi antarabangsa seperti Coordinating Committee for Geoscience Programme in east and Southeast asia (CCoP), ASEAN Senior Officials Meeting on Minerals (ASOMM), ASEAN Ministerial Meeting on Minerals (aMMin), dan Asia-Pacific Economic Coorperation (aPeC).

    b. Kerjasama dua hala melalui memorandum persefahaman (Mou) dengan Korea selatan, thailand dan indonesia.

    c. Memberi input dalam perundingan perjanjian perdagangan bebas (fta).

  • 29

    HALA TuJu STRATEGIK

    BAB III

  • 30

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    jMg merupakan agensi kerajaan yang mempunyai autoriti dan kepakaran bagi menerajui penyiasatan, perkhidmatan dan penyelidikan dalam bidang mineral dan geosains dalam negara. ianya dilakukan melalui perolehan (acquisition), tafsiran (interpretation), pengurusan (management) dan sebaran (dissemination) data dan maklumat mineral dan geosains. Pengetahuan, data dan maklumat mineral dan geosains boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah, membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat, dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara serta pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan risiko bencana.

    jMg beriltizam untuk menjalankan eksplorasi mineral bagi meningkatkan inventori mineral negara, menjalankan analisis profil komoditi mineral dan membuat perancangan strategik bagi menangani cabaran semasa. jMg juga bertanggungjawab memastikan aktiviti pengkuarian dan perlombongan dijalankan dengan teratur dan selamat serta mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. jMg juga menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&d) dalam bidang mineral untuk memajukan industri mineral negara.

    jMg juga komited dalam penyiasatan dan perkhidmatan kepakaran geosains meliputi bidang-bidang pemetaan geologi, sumber air bawah tanah, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi alam sekitar, geologi marin, geofizik, penderiaan jauh, mineralogi, petrologi dan bidang-bidang geosains lain.

    Visi ini selaras dengan wawasan negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    Peneraju pembangunan mineral dan geosains menjelang 2020VISI

  • 31

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    jMg berperanan untuk meningkatkan sumbangan sektor mineral dan geosains terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat melalui pembangunan sumber mineral yang mampan dan penggunaan maklumat geosains yang berkesan. sumber maklumat, kepakaran, khidmat nasihat dan hasil penyelidikan daripada jMg dapat membantu pihak berkuasa dan pengusaha dalam membangunkan sumber mineral secara optimum. jMg juga menyumbang kepada peningkatan pembangunan sosio-ekonomi negara dan kualiti hidup serta pengurangan risiko bencana melalui penggunaan maklumat dan aplikasi geosains yang efektif. secara tidak langsung ianya juga dapat menyumbang kepada kemajuan pelbagai industri lain seperti industri hartanah, pelancongan, akuakultur dan industri asas tani.

    aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&d) mineral dapat meningkatkan penggunaan sumber mineral tempatan dan kepelbagaian produk serta penggantian mineral import. seterusnya hasil R&d ini mampu untuk memacu Malaysia sebagai pengeluar dan pembekal tersohor bagi produk yang berasaskan mineral.

    Menyumbang kepada peningkatan daya saing ekonomi negara dan kualiti hidup melalui penggunaan maklumat, perkhidmatan berkepakaran tinggi serta penyelidikan berkaitan mineral dan geosains yang efektif

    MISI

  • 32

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    1JMG, Bumi diteroka,Persekitaran dipelihara

    SLoGAN

    sebagai peneraju utama dalam aspek pembangunan mineral dan perkhidmatan geosains negara, jMg bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan mineral dan pembangunan fizikal seiring dengan pemeliharaan alam sekitar. jMg memainkan peranan penting dalam meneroka sumber bumi melalui aktiviti eksplorasi, R&d dan kawal selia supaya dijalankan

    dengan teratur, selamat dan mesra alam. sehubungan dengan itu, jMg akan bekerjasama dengan pihak pengusaha supaya meneroka sumber bumi secara optimum.

    jMg juga menjalankan penyiasatan bagi mengumpul maklumat geosains dan memahami keadaan geologi negara. Pengetahuan dan maklumat geosains boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah, membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara serta pengurangan risiko bencana dan pemeliharaan alam sekitar.

    Melalui peranan yang dimainkan oleh jMg, masyarakat boleh diyakinkan bahawa pembangunan guna tanah dan penerokaan sumber bumi boleh diusahakan mengikut amalan terbaik yang selamat dan mesra alam.

  • 33

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    NILAI BERSAMA

    Bagi mencapai matlamat Pelan strategik ini, warga jMg perlu menghayati dan mengamalkan nilai bersama yang merangkumi empat teras Kod Etika jMg. Empat teras ini diakronimkan sebagai STEP (Spiritual, Teamwork, Excellence, Professionalism), yang membawa maksud bahawa pelaksanaan tugas dan tanggungjawab oleh warga jMg adalah mengikut langkah-langkah dan memenuhi standard prestasi yang ditetapkan, bertunjangkan nilai-nilai kerohanian yang murni, semangat kerja berpasukan, sentiasa cemerlang dan tahap profesionalisme yang tinggi. nilai bersama ini adalah seiring dengan prinsip Rukun negara, Etika Perkhidmatan awam Malaysia dan Peraturan-Peraturan Pegawai awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 serta peraturan-peraturan pentadbiran lain yang berkuatkuasa.

    STEP

    STEP

    STEP

    STEP

    stEP SPIrItUal - nilai-nilai Murni

    TeaMWork - Kerja Berpasukan

    EXCelleNCe - Kecemerlangan

    ProFeSSIoNalISM - Profesionalisme

  • 34

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    nilai-nilai ini sepatutnya dipegang dan dipertahankan serta dijadikan sebagai perangsang kepada tindakan-tindakan positif dan menjadi pembatas kepada tindakan negatif. semua warga jMg bekerja dalam suasana yang harmoni dan saling mempercayai antara satu sama lain. idea dan luahan perasaan dapat diketengahkan serta dibincangkan secara jujur dan terbuka.

    Warga jMg perlu bertanggungjawab terhadap tugasan mereka selaras dengan nilai-nilai berikut:

    MENGHaYaTi Nilai-Nilai MurNi

    (Spiritual)

    Bersih, cekap dan berintegriti sabar, ikhlas dan berhemah adil dan bijaksana Pekerti mulia hidup sederhana dan bersyukur

    KErja BErPaSuKaN

    (Teamwork)

    Bertindak menuju satu visi Kepimpinan yang mantap dan

    telus

    Mempunyai semangat cintakan organisasi

    Ringan sama dijinjing berat sama dipikul

    Memupuk suasana kerja yang harmoni

    ProfESioNaliSME

    (Professionalism)

    Bertindak berdasarkan fakta Proaktif, inovatif dan berdaya

    saing

    Komited, berdisiplin dan dedikasi

    Berwibawa dan akauntabiliti setia

    MENuju KEcEMErlaNGaN

    (Excellence)

    Mempunyai wawasan Budaya ilmu utamakan kualiti Mesra pelanggan Peka dengan arus globalisasi

  • 35

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Bagi melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani isu-isu strategik dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam merealisasikan Visi dan Misi yang ditetapkan, empat objektif strategik utama telah dikenalpasti iaitu:

    oBJEKTIf STRATEGIK

    Memperkasa pengurusan modal insan dan kapasiti organisasi ke arah

    meningkatkan kecekapan

    penyampaian perkhidmatan

    Memperkukuh penyelidikan dan

    pembangunan (R&d) mineral untuk

    memajukan industri mineral negara

    oBJEKTIfSTRATEGIK

    Memperkukuh keupayaan

    aktiviti mineral dalam eksplorasi,

    pembangunan dan promosi

    untuk memacu ekonomi negara

    Memantap pelaksanaan

    perkhidmatan geosains berkepakaran tinggi

    ke arah pembangunan mampan yang menyumbang

    kepada kesejahteraan hidup dan pemeliharaan

    alam sekitar

  • 36

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Model pelaksanaan Pelan strategik jMg tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti gambarajah di bawah yang dinamakan Model Transformasi jMG. ianya berbentuk sebuah rumah yang mempunyai empat tiang teras iaitu objektif strategik yang menyokong kepada Misi dan Visi jabatan. tindakan- tindakan yang dirancang dalam Pelan strategik adalah untuk mencapai objektif strategik, Misi dan Visi jabatan dalam usaha merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

    Model ini menekankan konsep bahawa melalui tindakan-tindakan pembangunan modal insan yang cemerlang dan organisasi yang mantap serta hala tuju yang jelas berdasarkan empat objektif strategik akan memacu jMg mencapai Misi dan Visi yang ditetapkan. tindakan dan perkhidmatan warga jMg ditunjangi oleh nilai bersama STEP, yang membawa maksud bahawa pelaksanaan tugas dan tanggungjawab oleh warga jMg adalah mengikut prosedur dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan, berpaksikan kepada nilai-nilai kerohanian yang murni, semangat kerja berpasukan, sentiasa cemerlang dan tahap profesionalisme yang tinggi. nilai bersama ini diyakini berupaya membina tahap integriti yang tinggi di kalangan warga jMg ke arah memberikan perkhidmatan yang telus, cekap dan berkesan.

    ModEL TRANSfoRMASI

  • 37

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    wawaSaN 2020

    ViSi

    MiSi

    Memperkasa pengurusan modal insan dan kapasiti organisasi

    ke arah meningkatkan

    kecekapan penyampaian perkhidmatan

    Memperkukuh keupayaan

    aktiviti mineral dalam eksplorasi,

    pembangunan dan promosi

    untuk memacu ekonomi negara

    Memantap pelaksanaan

    perkhidmatan geosains

    berkepakaran tinggi ke arah pembangunan mampan yang

    menyumbang kepada kesejahteraan hidup dan pemeliharaan

    alam sekitar

    Memperkukuh penyelidikan dan

    pembangunan (R&d) mineral

    untuk memajukan industri mineral

    negara

    SPIrITUal TEaMWork EXCEllENCE ProFESSIoNalISM

    jaBaTaN MiNEral DaN GEoSaiNS MalaYSia

    ViSi

    MiSi

    oBjEKTif STraTEGiK

    wawaSaN2020

    NilaiBErSaMa

    jMG

  • 38

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

  • 39

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    PELAN TINdAKAN

    oBjEKTif STraTEGiK 1MEMPERKasa PEnguRusan Modal insan dan KaPasiti oRganisasi KE aRah MEningKatKan

    KECEKaPan PEnyaMPaian PERKhidMatan

  • 40

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Modal insan yang berkualiti merupakan elemen yang paling penting dalam mencapai Visi jMg. oleh itu, pembangunan modal insan dijadikan objektif strategi yang utama dalam hala tuju jMg 2011 - 2015 bagi melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi, kompeten, kreatif dan berinovasi serta sikap positif dan memiliki nilai insaniah.

    Beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kelemahan penyampaian perkhidmatan jabatan. Kewujudan terlalu banyak skim perkhidmatan dalam jMg dan ramai pegawai yang akan bersara dalam tempoh 5 tahun akan datang merupakan di antara faktor yang mempengaruhi tahap kecekapan berkenaan. dengan itu, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara holistik melalui pemantapan struktur organisasi jabatan dan kajian semula skim perkhidmatan. satu pelan latihan yang komprehensif akan disediakan yang merangkumi pelan penggantian dan program pembangunan kepimpinan bagi melahirkan tenaga pakar yang berintegriti dan memenuhi keperluan kepimpinan jabatan.

    Penggunaan secara optimum dan efektif sistem pengurusan maklumat dan komunikasi merupakan pemangkin kepada kejayaan sistem penyampaian jabatan. Kecekapan pengurusan maklumat digital jabatan masih di peringkat rendah di mana kurang daripada 2% laporan terbitan jabatan tersedia dalam bentuk digital. Begitu juga dengan penggunaan teknologi maklumat, jMg masih kekurangan aplikasi untuk menyokong perkongsian dan penyebaran maklumat secara bersepadu dan terkini. infrastruktur iCt yang sedia ada memerlukan peningkatan dan penambahbaikan supaya ianya selari dengan perkembangan teknologi masakini. Peningkatan ini perlu dilakukan bagi memastikan kelangsungan iCt sebagai enabler dalam menjayakan fungsi dan peranan jabatan. Kejayaan ini akan dapat direalisasikan dan memberi impak yang besar melalui pembangunan dan penggunaan aplikasi mineral dan geosains yang bersepadu serta peningkatan infrastruktur iCt. inisiatif ini juga akan mampu menggalakkan lagi budaya penggunaan iCt dalam jabatan. disamping itu peluasan liputan perkhidmatan berteraskan pelanggan diperkemaskan melalui portal jabatan yang komprehensif dan sistem pengurusan perpustakaan yang berkesan.

  • 41

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Peningkatan sumber kewangan dan pemantapan pengurusan kewangan merupakan antara yang penting dalam strategi ini agar jabatan memperoleh peruntukan yang mencukupi bagi membiayai semua aktivitinya dengan berkesan. Buat masa ini hampir keseluruhan peruntukan kewangan bergantung secara langsung kepada peruntukan kerajaan. oleh itu jabatan perlu berusaha untuk mendapatkan sumber kewangan alternatif bagi meningkatkan kemampuan memberi perkhidmatan teknikal kepada pelanggan. disamping itu pematuhan terhadap pengurusan kewangan dan akaun perlu dipertingkatkan bagi mengekalkan pengurusan kewangan yang cemerlang.

    imej sesebuah jabatan memberi gambaran terhadap peranan dan fungsi jabatan berkenaan. sebagai sebuah jabatan teknikal yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat, jMg perlu tampil sebagai organisasi peneraju dalam bidang mineral dan geosains dengan membangun, mempertingkat dan memperkasakan imej korporat yang cemerlang. usaha ini akan dilaksanakan melalui pelan transformasi jabatan yang komprehensif merangkumi penglibatan media dan promosi. jMg juga perlu berusaha memperluaskan lagi pengiktirafan perkhidmatan makmal dan meningkatkan perkongsian pintar melalui kerjasama dengan pelbagai institusi dalam dan luar negara.

    Kewibawaan sesebuah jabatan bergantung kepada penguatkuasaan dan pelaksanaan perundangan, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. jMg mempunyai beberapa akta, peraturan dan garis panduan yang telah lama digubal dan masih berkuatkuasa. namun, pelaksanaannya bagi tujuan peningkatan kecekapan perancangan pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar didapati agak terbatas. Bagi memastikan akta, peraturan dan garis panduan ini sentiasa relevan dengan keperluan semasa, maka usaha pemantapan perlu dilakukan melalui semakan semula secara sistematik. disamping itu, penyediaan peraturan dan garis panduan yang baharu akan terus dilakukan.

  • 42

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Bagi mencapai objektif strategik ini, strategi pelaksanaan dan tindakan yang akan dilaksanakan disenaraikan dalam jadual berikut;

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    1. Memperkukuhkan organisasi dan pembangunan modal insan

    a. Memantapkan struktur organisasi

    Pertambahan kakitangan dan nisbah kenaikan pangkat

    Peningkatan tahap kepuasan anggota

    Pengukuhan struktur organisasi dilaksanakan mulai 2012

    Tahap kepuasan anggota mencapai 85%

    b. Membuat kajian semula skim perkhidmatan sedia ada yang pelbagai

    Kemajuan kerjaya yang lebih baik

    Tahap kepuasan anggota mencapai 85% mulai 2015

    c. Menyediakan pelan latihan yang komprehensif bagi meningkatkan tahap profesionalisme anggota

    Peningkatan tahap kelulusan akademik

    Peningkatan tahap kompetensi anggota

    Sekurang-kurangnya 2% daripada jumlah kumpulan P&P memperolehi ijazah lanjutan setiap tahun mulai 2011

    Sekurang-kurangnya 5% anggota mendapat kompetensi tahap cemerlang mulai 2012

  • 43

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    d. Menyedia dan melaksanakan pelan penggantian jabatan

    Pelan penggantian disediakan

    Pegawai berpotensi dikenalpasti

    Pelan penggantian jabatan siap pada 2011

    e. Menyediakan dan melaksanakan program pembangunan kepimpinan

    Peningkatan tahap kepimpinan anggota

    10% Pegawai gred 48 dan ke atas menghadiri program kepimpinan setahun mulai 2011

    f. Menambah bilangan tenaga pakar dalam semua bidang mineral dan geosains

    Peningkatan tenaga pakar dalam semua bidang mineral dan geosains

    Menghasilkan 5 orang tenaga pakar setiap tahun mulai 2011

    2. Meningkatkan sistem pengurusan maklumat dan komunikasi bagi menyokong penggubalan dasar dan membuat keputusan

    a. Membangun aplikasi mineral dan geosains yang bersepadu

    Penjanaan maklumat yang tepat dan cepat

    Tempoh penyediaan maklumat dikurangkan 50% mulai 2012

    b. Mempertingkat infrastruktur iCt

    Transaksi lebih cepat dan cekap

    Masa menunggu transaksi dapat dikurangkan 50% mulai 2012

    c. Pembudayaan penggunaan iCt dalam organisasi

    Kadar celik ICT meningkat

    100% celik ICT pada 2012

  • 44

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    d. Memperkemas sistem pengurusan perpustakaan dan arkib

    Maklumat tersedia dalam bentuk digital

    Tempoh carian dokumen dan data dipercepatkan

    15% pendigitan dokumen mulai 2012

    Tempoh masa carian disingkatkan 50% mulai 2012

    e. Membangunkan portal jabatan yang komprehensif

    Web / Portal yang bermaklumat dan interaktif

    Mengekalkan pencapaian 5 bintang sehingga 2015

    3. Meningkatkan sumber kewangan dan memantapkan pengurusan kewangan

    a. Mewujudkan akaun amanah untuk melaksanakan perkhidmatan teknikal kepada pelanggan

    Peningkatan perkhidmatan perundingan dan kepakaran

    Akaun amanah diwujudkan pada tahun 2012

    b. Meningkatkan pematuhan pengurusan kewangan dan akaun

    Akauntabiliti pengurusan kewangan

    Mengekalkan pengurusan kewangan cemerlang

    4. Memperkasa imej korporat organisasi

    a. Menyediakan pelan transformasi jabatan yang komprehensif

    Peningkatan indeks persepsi pelanggan

    80% pelanggan berpandangan positif terhadap jMg mulai 2012

    b. Menyediakan pelan media dan promosi

    Peningkatan indeks persepsi pelanggan

    80% pelanggan berpandangan positif terhadap jMg mulai 2012

  • 45

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    c. Memperluaskan lagi pengiktirafan perkhidmatan makmal jabatan

    Peningkatan indeks kepuasan pelanggan

    80% pelanggan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan mulai 2012

    Penambahan makmal memperoleh persijilan Ms iso 17025

    d. Meningkatkan perkongsian pintar melalui kerjasama dengan institusi kerajaan dan swasta, dalam dan luar negara

    Peningkatan kecekapan dan kepakaran anggota

    Bilangan perkongsian pintar sebanyak 2 perkongsian mulai tahun 2011

    5. Memantapkan perundangan, peraturan dan garis panduan

    a. Menjalankan semakan secara sistematik dan mengharmonikan akta-akta yang berkaitan

    Peningkatan kewibawaan jabatan

    Semakan Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 selesai pada 2012

    Peningkatan 10% indeks kepuasan pengguna mulai 2012

    b. Menyediakan peraturan dan garis panduan

    Peningkatan kecekapan perancangan pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar

    Satu peraturan/ garis panduan setiap tahun mulai 2011

    Peningkatan 10% indeks kepuasan pengguna mulai 2012

  • 46

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    oBjEKTif STraTEGiK 2

    MEMPERKuKuh KEuPayaan aKtiViti MinERal dalaM EKsPloRasi, PEMBangunan dan

    PRoMosi untuK MEMaCu EKonoMi nEgaRa

  • 47

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Mineral adalah bahan yang penting dalam pembangunan negara. Permintaan terhadap mineral meningkat seiring dengan pembangunan dan pertambahan penduduk. Malaysia dianugerahkan dengan kekayaan pelbagai sumber mineral seperti emas, timah, besi, tembaga, mangan, bauksit, arang batu, lempung, kaolin, pasir silika, batu kapur, agregat batuan, pasir dan kelikir. dalam era 1950an hingga 1970an, bijih timah merupakan sumber eksport kedua terpenting dan ketika itu industri perlombongan menjadi tonggak kepada ekonomi negara.

    senario kini telah banyak berubah di mana industri perlombongan tidak lagi menjadi tonggak kepada ekonomi negara. jumlah pengeluaran mineral tempatan pada tahun 2009 hanya RM3.1 bilion iaitu pertambahan 15 peratus berbanding RM2.70 bilion pada tahun 2008. sebahagian besar nilai pengeluaran tersebut disumbangkan oleh mineral bukan logam iaitu RM2.07 bilion terutama agregat batuan, barit, lempung, batu kapur, kaolin, pasir silika, feldspar dan mika. Pertambahan ini selari dengan pertumbuhan sektor-sektor lain seperti infrastruktur, pembinaan dan pembuatan.

    Eksplorasi mineral perlu dilaksanakan secara sistematik untuk mengenal pasti rizab sumber mineral yang signifikan dan berpotensi untuk dibangunkan. Keluasan liputan survei geokimia negara sehingga kini telah mencapai 55.7% daripada keluasan negara atau 185,000 km persegi. Eksplorasi mineral memakan masa yang panjang, kos yang tinggi dan maklumat yang diperolehi terhad kerana kajian tidak dilakukan sehingga ke peringkat terperinci. Penggerudian adalah kaedah terbaik untuk menentukan jumlah rizab longgokan mineral yang berada di dalam perut bumi tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi. sehingga kini, rizab mineral berlogam dianggarkan berjumlah 51.7 juta tan, mineral bukan logam berjumlah 46.5 billion tan dan batu arang berjumlah 0.96 bilion tan

    Pertumbuhan ekonomi negara dijangka kembali pulih dalam tahun 2011. Perkembangan ini akan meningkatkan permintaan bahan mineral terutamanya terhadap sumber mineral tempatan bagi menyokong sektor pembuatan dan pembinaan. Pembangunan pesat khasnya di negara-negara seperti China, india dan afrika turut menyebabkan permintaan mineral terus meningkat.

  • 48

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    negara kini masih mengimport kebanyakan mineral walaupun negara mempunyai banyak rizab yang berpotensi untuk diusahahasilkan. nilai import mineral bagi tahun 2009 berjumlah RM5.62 bilion berbanding RM7.98 bilion dalam tahun sebelumnya. dalam tahun 2009, jumlah nilai import produk berasaskan mineral adalah RM38.44 bilion. sebahagian besarnya adalah import produk berasaskan mineral berlogam iaitu RM35.67 bilion yang terdiri daripada produk berasaskan besi dan keluli, emas, tembaga, aluminium, zink, timah dan plumbum.

    Pengurusan ekonomi mineral memerlukan kemahiran dalam bidang risikan mineral tetapi kepakaran tersebut masih terlalu kurang di jMg. Bidang risikan mineral merangkumi penyelidikan tentang pasaran domestik / antarabangsa, harga, penawaran / permintaan, penggunaan, aliran dagangan, kegunaan dan pasaran baru, pelaburan (direct / reverse), pelaburan tempatan dan asing, serta pemantauan aktiviti huluan / hiliran sektor mineral negara.

    Perhubungan komunikasi, pertukaran pandangan dan pengalaman antara kerajaan dengan pihak awam, swasta, pengeluar dan pengguna telah diwujudkan supaya sektor mineral negara terus membangun. Penyampaian maklumat melalui penerbitan dan seminar adalah terhad dan kebanyakannya di peringkat dalam negeri. Kekurangan program promosi menyebabkan kegagalan untuk menarik pelaburan yang berkualiti dan tulen, sama ada dari pelabur tempatan atau dari luar negara.

    Pengusahahasilan sumber mineral tempatan bukan sahaja dapat mengurangkan pengaliran keluar wang negara melalui import bahkan dapat meningkatkan pendapatan melalui eksport mineral, memperluaskan punca hasil negeri seperti pungutan royalti, bayaran fi, sewa tahunan tanah disamping menggerakkan ekonomi serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat setempat.

    Pembangunan sektor mineral negara berlaku dalam skala yang kecil, terhad dan perkembangan yang terlalu perlahan. aktiviti perlombongan dianggap sebagai aktiviti yang memberikan pulangan ekonomi yang tidak setimpal dengan tahap kerosakan alam sekitar yang berlaku. oleh sebab itu terdapat negeri yang keberatan untuk membuka kawasan baru bagi eksplorasi dan perlombongan. disamping itu, ciri perlombongan yang mempunyai tempoh pulangan yang panjang menyebabkan sektor mineral diketepikan dalam perancangan guna tanah berbanding dengan aktiviti ekonomi lain yang dianggap lebih memberikan pulangan cepat dan tinggi.

  • 49

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Pembangunan kekal di atas longgokan sumber mineral sebelum ianya dikeluarkan boleh mengakibatkan kehilangan sumber ekonomi negara. hasilnya menjadikan sumbangan sektor mineral kepada KdnK dan sosio-ekonomi negara tetap kecil. Program road show dan latihan bagi meningkatkan kefahaman berkaitan akta Pembangunan Mineral 1994 dan Enakmen Mineral negeri 2001 telah dibuat di negeri yang mempunyai potensi sumber mineral. sebagaimana yang diharapkan, perkembangan tersebut telah meningkatkan kelulusan-kelulusan baru bagi pajakan lombong oleh kerajaan negeri dan mendorong kepada pembukaan lombong-lombong baru yang turut menyumbangkan kepada peningkatan kutipan royalti.

    jMg bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan tujuh akta dan Enakmen Mineral negeri serta Peraturan-Peraturan yang berkaitan. disamping itu jMg juga turut terlibat dalam membantu menguatkuasakan 18 undang- undang lain yang berkaitan dengan industri mineral. dasar Mineral negara 2 (dMn2) telah dilancar tetapi pelaksanaannya masih belum sepenuhnya. Penambahbaikan sistem regulatori telah dibuat melalui akta Pembangunan Mineral 1994 (aPM) yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Persekutuan dan Enakmen Mineral negeri 2001 (EMn) yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa negeri. undang-undang tersebut mewujudkan prosedur-prosedur yang jelas dan telus bagi pengeluaran hakmilikan mineral, security of tenure serta kawalseliaan aktiviti pembangunan mineral dengan memberi penekanan kepada pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar supaya sektor ini membangun secara mampan.

    Kes salah urus dan pelanggaran undang-undang meskipun kecil dan terpencil akan ditangani melalui penguatkuasaan yang berterusan dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk pengusaha. ini bagi memastikan, industri mineral negara diuruskan dengan baik, mesra alam dan secara mampan.

  • 50

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    1. Meningkatkan eksplorasi sumber mineral

    a. Menjalankan program eksplorasi dan penilaian sumber mineral termasuk mineral khusus

    Peningkatan kekayaan sumber mineral negara

    Peningkatan liputan sebanyak 0.4% setahun daripada keluasan negara mulai 2011

    Peningkatan inventori rizab mineral 0.1% menjelang 2014

    b. Menggiatkan penyiasatan sumber pasir laut

    Inventori rizab pasir laut bertambah

    Peningkatan permohonan lesen melombong pasir laut

    Pertambahan inventori rizab pasir laut sebanyak 10% menjelang 2014

    Permohonan lesen melombong pasir laut meningkat sebanyak 5% mulai 2012

    2. Meningkatkan risikan dan analisis komoditi mineral

    a. Menjalankan analisis komprehensif terhadap pasaran, dagangan, penggantian import dan ramalan komoditi mineral

    Peningkatan minat pelabur dalam industri mineral di Malaysia

    Peningkatan nilai pelaburan sebanyak 5% mulai 2012

    Bagi mencapai objektif strategik ini, strategi pelaksanaan dan tindakan yang akan dilaksanakan disenaraikan dalam jadual berikut;

  • 51

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    3. Meningkatkan promosi dan penyebaran maklumat secara efektif dan berterusan

    a. Mengadakan road show kepada Pihak Berkuasa negeri berkaitan industri mineral

    Industri mineral diterima oleh Kerajaan negeri sebagai salah satu bidang pelaburan utama

    Minimum dua promosi setiap tahun mulai 2012

    b. Menggalakkan penggunaan maklumat mineral dalam perancangan guna tanah, pelaburan dan pembangunan fizikal

    Maklumat mineral diambil kira oleh pihak yang berkaitan dalam perancangan pembangunan

    Bilangan khidmat nasihat dan pelaporan mineral dalam perancangan guna tanah meningkat 5% setiap tahun mulai 2011

    c. Menyebarkan maklumat mineral dalam usaha menggalakkan penggunaan bahan mineral tempatan

    Peningkatan penggunaan sumber mineral tempatan oleh pihak industri

    Kuantiti pengeluaran bahan mineral meningkat 5% setiap tahun mulai 2011

  • 52

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    4. Memastikan pembangunan dan penggunaan sumber mineral secara mampan

    a. Melaksanakan pelan-pelan induk di bawah dasar Mineral negara 2

    Peningkatan kemampanan industri mineral

    Pelaksanaan 30% setahun pelan-pelan tindakan mulai 2011

    b. Memberi khidmat nasihat kepada pelabur berkaitan kawasan berpotensi untuk pembangunan mineral

    Peningkatan minat oleh pelabur melalui bilangan pertanyaan berhubung mineral

    Pertambahan bilangan permohonan carigali mineral sekurang kurangnya 5% setahun mulai 2011

    c. Menggalakkan kerajaan negeri untuk memperuntukkan lebih banyak kawasan bagi carigali dan perlombongan

    Peningkatan hasil pendapatan negeri dalam sektor perlombongan

    Bilangan pengeluaran tenemen mineral meningkat 5% setahun mulai 2011

    5. Meningkatkan keberkesanan kawalselia lombong dan kuari

    a. Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu dan mempertingkatkan amalan perlombongan dan pengkuarian terbaik di kalangan pengusaha

    Pengurangan aduan, kemalangan dan indeks pencemaran alam sekitar

    Bilangan pengusaha mencapai tahap 5 bintang meningkat 5% setiap tahun mulai 2012

  • 53

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    oBjEKTif STraTEGiK 3

    MEMantaP PElaKsanaan PERKhidMatangEosains BERKEPaKaRan tinggi KE aRah

    PEMBangunan MaMPan yang MEnyuMBang KEPada KEsEjahtERaan hiduP dan

    PEMElihaRaan alaM sEKitaR

  • 54

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    ProGraM / aKTiViTi liPuTaN

    1. Pemetaan geologi rantau Malaysia 51.9% (171,475 km2 daripada 329,782 km2)

    1.1 semenanjung 86.4% (113,273 km2 daripada 131,713 km2)

    1.2 sabah 28.0% (20,536 km2 daripada 73,610 km2)

    1.3 sarawak 29.8% (37,080 km2 daripada 124,459 km2)

    2. Pemetaan geologi marin 33% (182,820 km2 daripada 554,000 km2)

    Perkhidmatan yang cekap dan berkesan memerlukan maklumat geologi yang kemaskini dan tersedia. dalam masa yang sama, keupayaan organisasi dan kepakaran personel perlu dipertingkatkan bagi memberikan perkhidmatan berkepakaran tinggi dan memenuhi kehendak semasa.

    Peta dan maklumat geologi membantu dalam aktiviti carigali mineral dan air bawah tanah, penyiasatan tapak, mengenalpasti risiko bencana dan melindungi ekosistem sensitif.

    Maklumat geologi negara masih belum lengkap terutama di sabah, sarawak dan perairan negara. status pemetaan geologi negara sehingga tahun 2010 adalah sebagaimana jadual di bawah:

  • 55

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Pemetaan geologi di kawasan sempadan negara sangat penting bagi menjamin kedaulatan negara dan keharmonian hubungan dua hala dengan negara-negara jiran terutamanya dalam aspek penerokaan sumber bumi yang merentasi sempadan.

    Malaysia turut terdedah kepada risiko bencana geologi seperti tanah runtuh, batu runtuh, aliran debris, lubang benam, tanah mendap, gempa bumi dan tsunami. Kejadian bencana tersebut menyebabkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa serta trauma psikologi. antara bencana geologi besar yang direkodkan adalah:

    Batu runtuh, Ipoh 1973, 40 kematian Tanah runtuh, Highland Tower 1993, 48 kematian Aliran debris, Genting Highland 1995, 21 kematian Aliran debris, Kuala Dipang 1996, 44 kematian Aliran debris, Sandakan 1999, 17 kematian Aliran debris, Simunjan, Sarawak 2003, 21 kematian Tsunami, Barat Laut Semenanjung Malaysia 2004, 68 kematian Tanah runtuh, Bukit Antarabangsa, Selangor 2008, 5 kematian

    Pembangunan yang tidak terancang dan terkawal seperti pembinaan perumahan di kawasan bercerun, pembalakan dan pertanian boleh mengakibatkan risiko bencana dan kemerosotan kualiti alam sekitar. Pemetaan geobencana, penilaian risiko geobencana dan pemetaan geologi kejuruteraan merupakan langkah utama dalam menangani bencana geologi. Maklumat geosains adalah input penting dalam perancangan guna tanah dan rekabentuk kejuruteraan.

    Kempen kesedaran awam perlu dipertingkatkan bagi memberi kefahaman kepada pihak berkuasa dan masyarakat terhadap kepentingan makluamat geosains bagi mengurangkan risiko bencana geologi.

  • 56

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    sumber air bawah tanah merupakan aset strategik negara yang perlu diterokai dan dinilai keupayaannya dari segi kuantiti dan kualiti untuk membantu sumber air negara yang terlalu bergantung kepada air permukaan. Maklumat dan hasil daripada kajian ini sangat berguna untuk diintegrasikan dalam program Integrated Water resources Management (iWRM) dan Integrated river Basin Management (iRBM). dengan perubahan iklim yang tidak menentu, negara harus bersedia dengan sumber air alternatif termasuk air bawah tanah bagi memastikan negara sentiasa cukup bekalan airnya.

    Menurut laporan Malaysia Water Industry Guide 2009, penggunaan air bawah tanah dalam sistem bekalan air domestik telah meningkat sebanyak 5% dari 197 Mld (million litre perday) dalam tahun 2008 kepada 207 Mld dalam tahun 2009. Penggunaan air bawah tanah digunakan secara meluas di kawasan-kawasan bermasalah bekalan air bersih seperti kampung terpencil, penempatan orang asli, pulau-pulau dan kawasan pertanian.

    air bawah tanah terdedah kepada pencemaran ekoran daripada aktiviti pembangunan dan pembuangan sisa yang tidak terkawal. oleh itu, kajian sistematik perlu dilakukan untuk memetakan akuifer air bawah tanah seterusnya merangka langkah-langkah kawalan dan perlindungan akuifer dan kawasan imbuhan air bawah tanah daripada pencemaran.

  • 57

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    negara memiliki banyak tapak geologi menarik seperti gua batu kapur, air panas, permatang kuarza, volkano lumpur, air terjun, landskap geologi dan sebagainya yang amat sesuai dibangunkan sebagai warisan geologi dan tempat pelancongan. semua tapak geologi merupakan sumber semula jadi yang mempunyai nilai dari aspek pendidikan, ekonomi dan budaya yang perlu dipelihara sebagai warisan negara. Khazanah warisan geologi ini perlu dikenalpasti dan dipelihara untuk tujuan penyelidikan dan menjadi bahan tarikan pelancong yang turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. sebagai contoh, pengisytiharan langkawi sebagai global geopark oleh unEsCo pada 1 jun 2007 telah memberikan identiti baru kepada pulau tersebut sebagai destinasi eko-pelancongan di rantau ini. justeru itu tindakan perlu diambil bagi mengenal pasti lokaliti dan kawasan yang mempunyai elemen-elemen khusus sebagai warisan geologi supaya ianya dapat dipelihara sebagai khazanah negara untuk penyelidikan, tarikan pelancong dan warisan kita kepada generasi akan datang. Majlis Mineral negara pada mesyuaratnya yang ketiga telah memutuskan agar tapak-tapak warisan geologi dipeta dan dizonkan sebagai warisan negara serta dimajukan untuk pembangunan industri pelancongan.

    Pada masa ini sebahagian besar daripada tenaga elektrik dijana dengan menggunakan sumber tenaga konvensional iaitu minyak, gas, tenaga hidro dan arang batu. Kebanyakan daripada sumber tenaga tersebut semakin berkurangan dan tidak mesra alam. Beberapa sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar, angin, geoterma dan sebagainya telah berjaya dibangunkan di beberapa negara luar. Penerokaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) atau tenaga hijau (green energy) yang mesra alam sangat digalakkan oleh kerajaan. dalam hal ini, sumber tenaga alternatif yang mempunyai potensi untuk dibangunkan di negara ini ialah geoterma dan coal-bed methane (CBM). ianya akan membantu menjamin bekalan tenaga yang mencukupi untuk memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

    Kajian awal telah dibuat untuk mengenal pasti sumber tenaga geoterma. Beberapa kawasan yang mempunyai potensi untuk menjana tenaga elektrik daripada sumber geoterma telah dikenalpasti; antaranya di tawau (sabah), lojing (Kelantan), hulu slim (Perak), sg. Kelah (Perak), trong (Perak), dusun tua (selangor) dan hulu tamu (selangor).

  • 58

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    1. Memperkasakan pengumpulan dan pembekalan maklumat geosains yang menyakinkan

    a. Menggiatkan aktiviti pemetaan geologi di kawasan strategik dan pelantar benua

    Pertambahan maklumat geologi dan sumber bumi bagi meningkatkan daya saing negara

    Peningkatan sebanyak 1% setahun kawasan pemetaan geologi negara mulai 2013

    b. Menyediakan prosedur, garis panduan dan kaedah pengumpulan maklumat geosains berteraskan teknologi dan inovasi terkini

    Peningkatan kecekapan kakitangan

    Satu prosedur / garis panduan setiap tahun mulai 2012

    c. Meningkatkan keupayan fasiliti dan analisis bagi pengumpulan serta penyebaran maklumat geosains

    Peningkatan persepsi positif dan tahap akses kepada maklumat geosains

    Peningkatan sebanyak 5% setahun mulai 2011

    Bagi mencapai objektif strategik ini, strategi pelaksanaan dan tindakan yang akan dilaksanakan disenaraikan dalam jadual berikut;

  • 59

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    2. Meningkatkan pelaksanaan perkhidmatan geosains dalam pengurusan geobencana dan pemeliharaan alam sekitar

    a. Meningkatkan penggunaan maklumat pemetaan geologi terain dan geologi kejuruteraan dalam perancangan pembangunan fizikal

    Peningkatan pengunaan maklumat

    Peningkatan 5% penggunaan maklumat mulai 2011

    b. Meningkatkan penggunaan maklumat risiko geobencana bagi mengurangkan ancaman bencana

    Pengurangan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa

    Pengurangan sebanyak 5% setahun mulai 2011

    3. Memantapkan eksplorasi dan pembangunan sumber air bawah tanah untuk kesejahteraan hidup rakyat

    a. Meningkatkan kajian sumber air bawah tanah negara secara sistematik

    Peningkatan liputan kajian sumber air bawah tanah negara

    1 lembangan siap dikaji dalam tempoh 2 tahun mulai 2011

    b. Memberikan perkhidmatan pembangunan dan pembekalan air bawah tanah di kawasan bermasalah

    Peningkatan penggunaan air bawah tanah untuk kegunaan domestik, pertanian dan pencegahan kebakaran gambut

    Peningkatan sebanyak 5% penggunaan air bawah tanah menjelang 2015

    c. Memberikan perkhidmatan pemantauan kualiti air bawah tanah negara

    Peningkatan maklumat kualiti air bawah tanah

    Pertambahan sebanyak 5% telaga air bawah tanah yang dipantau mulai 2012

  • 60

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    4. Memperkasakan sumber warisan geologi negara bagi tujuan penyelidikan dan tarikan pelancong

    a. Mengenal pasti dan memetakan kawasan warisan geologi

    Kawasan warisan geologi negara yang baru dikenalpasti

    Pertambahan 10% kawasan dikenalpasti menjelang 2015

    b. Mendapatkan pengiktirafan daripada Pihak Berkuasa negeri sebagai kawasan berpotensi geopelancongan

    Peningkatan bilangan kawasan warisan geologi yang diiktiraf

    Dua kawasan warisan geologi yang diiktiraf peringkat nasional menjelang 2015

    5. Meneroka sumber tenaga alternatif ke arah kepelbagaian penjanaan tenaga

    a. Mengenal pasti sumber geoterma sebagai tenaga boleh diperbaharui (RE)

    Peningkatan sumber tenaga berasaskan geoterma

    Penilaian satu sumber geoterma siap menjelang 2015

    b. Mengenal pasti potensi sumber coal bed methane (CBM) di sabah dan sarawak

    Penemuan sumber tenaga berasaskan CBM

    Penilaian satu sumber CBM dimulakan pada 2012

  • 61

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    oBjEKTif STraTEGiK 4

    MEMPERKuKuh PEnyElidiKan dan PEMBangunan (R&d) MinERal untuK

    MEMajuKan industRi MinERal nEgaRa

  • 62

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    selaras dengan objektif penyelidikan jMg, aktivitinya tertumpu kepada penyelidikan dan pembangunan (R&d) untuk menggalakkan penggunaan mineral tempatan, meningkatkan pembangunan produk berasaskan sumber dan membangunkan teknologi pengusahahasilan mineral secara mampan melalui R&d.

    sehingga kini, jMg telah melaksanakan projek-projek R&d meliputi kajian tambah nilai dan penghasilan produk hiliran yang berasaskan sumber mineral tempatan seperti pasir silika, lempung, bahan termaju dan batuan. dalam aspek teknologi pengusahahasilan mineral secara mampan, R&d ditumpukan kepada teknik pemprosesan, kawalan impak operasi perlombongan dan pengkuarian kepada alam sekitar serta kajian pemulihan tanah bekas lombong dan kuari.

    dalam tempoh sepuluh tahun, jMg telah mencapai kejayaan dengan beberapa penemuan penyelidikan yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dikomersilkan. antaranya ialah teknologi penghasilan pelet kaca kristal dan teknologi penghasilan adunan jasad seramik yang boleh dimanfaatkan oleh industri kecil dan sederhana. Bagi pengawalan alam sekitar, perisian estimated dust deposition Model (EddM) juga berpotensi untuk dikomersilkan. Kajian penggunaan pemangkin sio2 / tio2 ke atas efluen lombong menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

  • 63

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    aktiviti-aktiviti R&d telah dapat dilaksanakan dengan adanya fasiliti-fasiliti makmal yang hampir lengkap. fasiliti-fasiliti tersebut termasuklah peralatan analisis seperti X-ray Fluorescence, X-ray diffraction, Scanning electron Microscope, Induced Coupled Plasma (iCP), atomic absorption Spectrometer (aas), Ultra-Violet Spectrometer dan Fourier transform Infra red (FTIR). Pelbagai jenis alat pemprosesan untuk pengasingan fizikal dan fiziko-kimia disamping peralatan pencirian produk juga terdapat di makmal-makmal penyelidikan jMg.

    Walaupun jMg telah mencapai tahap yang membanggakan dalam bidang R&d, namun masih banyak ruang untuk mempertingkatkan kemampuannya. Perancangan dan pelaksanaan penyelidikan akan lebih berkesan dengan penubuhan Panel Penasihat Penyelidikan bagi memastikan aktiviti R&d yang dijalankan sentiasa relevan dengan keperluan semasa. jMg perlu menumpukan penyelidikan ke atas mineral tempatan, kitar semula mineral, penjagaan alam sekitar dan keselamatan pekerjaan. hasil penyelidikan perlu dikomersilkan bagi meningkatkan keupayaan industri mineral tempatan. disamping itu, aspek perkongsian pintar perlu diperkukuhkan melalui kerjasama dengan pihak swasta dan institusi pengajian tinggi serta perkhidmatan pakar luar negara. jMg telah menjalin kerjasama R&d dengan institusi kerajaan dan swasta berikut:

    a. syarikat sebangun sdn. Bhd.

    b. syarikat faizy Crystal glass Blowing sdn. Bhd.

    c. syarikat Rembau Crystals sdn.Bhd.

    d. syarikat schott glass sdn. Bhd.

    e. syarikat langkawi Crystals sdn.Bhd.

    f. syarikat sweet touch sdn. Bhd.

    g. inheson sdn. Bhd., Klang, selangor

    h. Ceramic facility Centre (CfC), Chemor, Perak.

    i. universiti sains Malaysia

  • 64

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    Bagi mencapai objektif strategik ini, strategi pelaksanaan dan tindakan yang akan dilaksanakan disenaraikan dalam jadual berikut;

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    1. Menjadikan jMg sebagai Pusat Kecemerlangan R&d bidang mineral

    a. Menubuhkan panel penasihat penyelidikan bagi memastikan R&d yang dijalankan adalah relevan

    Penyelidikan yang relevan kepada industri, stakeholders dan negara

    Penubuhan panel penasihat pada 2011

    b. Meningkatkan penyelidikan ke atas mineral tempatan bagi menambah nilai, kepelbagaian penggunaan dan penggantian import

    Peningkatan penggunaan hasil R&d

    Penggunaan hasil penyelidikan meningkat 10% pada 2015

    c. Meningkatkan penyelidikan ke atas penjagaan alam sekitar dan keselamatan pekerjaan serta membentuk piawai sesuai dengan industri

    Pengurangan kesan negatif alam sekitar dan kemalangan dalam industri mineral

    Penggunaan hasil penyelidikan meningkat 10% pada 2015

    d. Meningkatkan penyelidikan dalam bidang kitar semula mineral

    Pertambahan bahan buangan mineral yang dikitar semula

    Penggunaan hasil penyelidikan meningkat 10% sehingga 2015

  • 65

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

    e. Memantapkan ujian batu dimensi, pemprosesan mineral, dan fasiliti ujian tertentu

    Peningkatan permintaan perkhidmatan

    Permintaan meningkat 10% setahun

    2. Meningkatkan aplikasi dan pengkomersilan hasil R&d

    a. Menggalakkan sektor swasta mengambil bahagian dalam aktiviti R&d jMg

    Peningkatan bilangan pihak swasta menyertai aktiviti R&d

    Sekurang-kurangnya 10% daripada R&d yang dijalankan melibatkan penyertaan pihak swasta menjelang 2013

    b. Mengkomersilkan hasil R&d mineral

    Peningkatan bilangan hasil R&d yang dikomersilkan

    Sekurang-kurangnya 10% hasil R&d dikomersilkan menjelang 2013

    STraTEGi TiNDaKaN / ProGraM

    iNDiKaTor SaSaraN /TaHuN

  • 66

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    3. Mengukuhkan perkongsian pintar R&d dalam dan luar negara

    a. Meningkatkan kerjasama dengan pihak swasta dan institusi pengajian tinggi dalam R&d mineral

    Pertukaran maklumat dan penyelidikan bersama

    Peningkatan bilangan kerjasama sebanyak 10% menjelang 2015

    b. Mendapatkan perkhidmatan pakar luar negara dalam bidang R&d mineral

    Pertambahan hasil penyelidikan bertaraf dunia

    Hasil penyelidikan bersama pakar luar meningkat 30% menjelang 2015

    c. Memberikan perkhidmatan kepakaran dalam bidang R&d mineral

    Peningkatan penggunaan perkhidmatan R&d mineral

    Permintaan meningkat 10% setahun mulai 2012

  • 67

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    PETA STRATEGI

    PElaNGGaN Meningkatkan promosi dan penyebaran maklumat secara efektif dan berterusan

    Memastikan pembangunan dan penggunaan sumber mineral secara mampan

    Memantapkan eksplorasi dan pembangunan sumber air bawah tanah untuk kesejahteraan hidup rakyat

    Meningkatkan aplikasi dan pengkomersilan hasil R&d

    Meningkatkan pelaksanaan perkhidmatan geosains dalam pengurusan geobencana dan pemeliharaan alam sekitar

    KEwaNGaN Meningkatkan sumber kewangan dan memantapkan pengurusan kewangan

    ProSES DalaMaN Meningkatkan risikan dan analisis komoditi mineral Memperkasakan pengumpulan dan pembekalan

    maklumat geosains yang menyakinkan

    Meneroka sumber tenaga alternatif ke arah kepelbagaian penjanaan tenaga

    Meningkatkan keberkesanan kawalselia lombong dan kuari

    Meningkatkan eksplorasi sumber mineral Mengukuhkan perkongsian pintar R&d dalam dan

    luar negara

    Memperkasakan sumber warisan geologi negara bagi tujuan penyelidikan dan tarikan pelancong

    KaPaSiTi Memperkasakan imej korporat organisasi Memantapkan perundangan, peraturan dan garis

    panduan

    Memperkukuhkan organisasi dan pembangunan modal insan

    Meningkatkan sistem pengurusan maklumat dan komunikasi bagi menyokong penggubalan dasar dan membuat keputusan

    Menjadikan jMg sebagai Pusat Kecemerlangan R&d bidang mineral

  • 68

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    ELEMEN PENENTu KEJAyAAN

    Pelan strategik ini disediakan berdasarkan hala tuju dan bidang fokus jMg selaras dengan agenda pemodenan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam bagi tempoh lima tahun bermula 2011 hingga 2015. lapan elemen utama dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kejayaan pelaksanaan pelan strategik ini:

    1. KoMiTMEN PENGuruSaN aTaSaN

    Pengurusan atasan jMg perlu memberikan perhatian serius serta komitmen yang tinggi bagi menjayakan pelan strategik ini. Kesungguhan dan komitmen pengurusan atasan memberi petunjuk bahawa pencapaian matlamat pelan strategik adalah penting dan perlu difahami serta diteladani oleh semua peringkat warga jMg.

    2. KaPaSiTi orGaNiSaSi

    jMg memerlukan kapasiti organisasi yang kukuh bagi melaksanakan fungsi jabatan ke arah mencapai matlamat strategik yang ditentukan. Kapasiti ini merangkumi struktur organisasi yang mantap dan pelaksanaan tugasan secara fleksibel seperti kerja berpasukan, matriks dan berasaskan projek. Pembangunan modal insan juga merupakan elemen penting dalam menentukan kapasiti sesebuah organisasi yang mengutamakan integriti dan nilai-nilai murni.

    3. PEMBaNGuNaN MoDal iNSaN

    jabatan akan memberi tumpuan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran modal insan melalui program pembangunan kompetensi yang sesuai dalam bidang-bidang kritikal dan strategik. Pendekatan program pementoran, coaching dan pengurusan pembangunan kerjaya akan dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja.

  • 69

    P E L A N S T R A T E G I K J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

    4. PENGuruSaN ilMu (KNowlEDGE MaNaGEMENT)

    ilmu, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pemodenan penyiasatan, penyelidikan dan penyampaian dalam sektor mineral da