jika aku seorang jutawan

2
 Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Jika Aku Seorang Jutawan” . Aku memang suka menjadi seorang jutawan. Kenapa aku suka menjadi jutawan? Sudah pasti kerana sebagai jutawan aku akan memiliki wang yang banyak dan wang itu boleh digunakan untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Namun, aku sedar usaha untuk menjadi seorang jutawan bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak usaha perit-jerih harus dilakukan. Jadi untuk berjaya menjadi jutawan, aku akan pastikan diri ini bersemangat untuk belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan di sekolah. Kemudian, aku akan melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang yang diminati pula. Sebaik sahaja aku menamatkan pengajian di menara gading, aku akan mula bekerja demi mencari wang untuk merealisasikan impian menjadi jutawan. Semua wang yang aku terima menerusi pekerjaan itu akan disimpan dalam pelbagai bentuk simpanan untuk memastikan jumlahnya akan bertambah setiap masa. Aku juga akan memastikan supaya diri ini tidak membelanja sesuka hati tanpa halangan supaya wang aku digunakan dengan sebaik mungkin. Aku akan menjadikan wang itu sebagai asas pelaburan jangka panjangku kelak dalam pelbagai saham syarikat di dunia ini. Sebaik sahaja aku menjadi jutawan, ahli keluarga terutama ayah dan ibu akan menerima imbuhannya. Aku akan menanggung kos kehidupan mereka tanpa banyak alasan lagi. Malah, aku juga akan memberi sumbangan derma kepada masyarakat terutama golongan miskin, cacat anggota dan anak yatim piatu supaya kehidupan mereka lebih ceria serta bermakna.

Upload: ying-yew

Post on 06-Oct-2015

373 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

cth karangan

TRANSCRIPT

  • Tulis sebuah karangan yang bertajuk Jika Aku Seorang Jutawan. Aku memang suka menjadi seorang jutawan. Kenapa aku suka menjadi jutawan? Sudah pasti kerana sebagai jutawan aku akan memiliki wang yang banyak dan wang itu boleh digunakan untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Namun, aku sedar usaha untuk menjadi seorang jutawan bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak usaha perit-jerih harus dilakukan. Jadi untuk berjaya menjadi jutawan, aku akan pastikan diri ini bersemangat untuk belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan di sekolah. Kemudian, aku akan melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang yang diminati pula. Sebaik sahaja aku menamatkan pengajian di menara gading, aku akan mula bekerja demi mencari wang untuk merealisasikan impian menjadi jutawan. Semua wang yang aku terima menerusi pekerjaan itu akan disimpan dalam pelbagai bentuk simpanan untuk memastikan jumlahnya akan bertambah setiap masa. Aku juga akan memastikan supaya diri ini tidak membelanja sesuka hati tanpa halangan supaya wang aku digunakan dengan sebaik mungkin. Aku akan menjadikan wang itu sebagai asas pelaburan jangka panjangku kelak dalam pelbagai saham syarikat di dunia ini. Sebaik sahaja aku menjadi jutawan, ahli keluarga terutama ayah dan ibu akan menerima imbuhannya. Aku akan menanggung kos kehidupan mereka tanpa banyak alasan lagi. Malah, aku juga akan memberi sumbangan derma kepada masyarakat terutama golongan miskin, cacat anggota dan anak yatim piatu supaya kehidupan mereka lebih ceria serta bermakna.

  • Aku amat berharap supaya impianku ini menjadi kenyataan kerana

    aku memang ingin membantu ibu bapa dan masyarakat di negara ini.

    Cuma aku sedar aku perlu lebih rajin berusaha untuk mencapai

    impian tersebut kerana aku tidak mahu impianku hanya sekadar

    angan-angan Mat Jenin sahaja. Mudah-mudahan impianku menjadi

    kenyataan.