jerebu 2

1
7/21/2019 JEREBU 2 http://slidepdf.com/reader/full/jerebu-2-56d9bae30afdf 1/1  KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DI SEKOLAH Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga jam 3.00 petang hari ini bersamaan 21 Oktober 2015, didapati tahap bacaan IPU bagi kawasan-kawasan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, daerah Bentong di negeri Pahang serta Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong di negeri Sarawak menunjukkan tahap bacaan IPU Tidak Sihat. Malah ada juga daerah yang telah mencapai bacaan IPU Sangat Tidak Sihat. Sehubungan itu KPM memaklumkan semua sekolah di negeri dan bahagian tersebut perlu ditutup pada 22 Oktober 2015 (Khamis). Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 4,778 buah sekolah dan seramai 2,696,110 orang murid di negeri dan bahagian tersebut.  Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing- masing akan penutupan ini dengan kadar segera. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara juga hendaklah secara berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib. Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh KPM. Sekian dimaklumkan. Kementerian Pendidikan Malaysia 21 Oktober 2015

Upload: asdfghjkllz

Post on 04-Mar-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PO

TRANSCRIPT

Page 1: JEREBU 2

7/21/2019 JEREBU 2

http://slidepdf.com/reader/full/jerebu-2-56d9bae30afdf 1/1

 

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DI SEKOLAH 

Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)sehingga jam 3.00 petang hari ini bersamaan 21 Oktober 2015, didapatitahap bacaan IPU bagi kawasan-kawasan di Negeri Sembilan, Selangor,Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, daerah  Bentong di negeri  Pahang

serta Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong di negeri Sarawak menunjukkan tahap bacaan IPU TidakSihat. Malah ada juga daerah yang telah mencapai bacaan IPU SangatTidak Sihat.

Sehubungan itu KPM memaklumkan semua sekolah di negeri danbahagian tersebut perlu ditutup pada 22 Oktober 2015 (Khamis).

Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 4,778 buah sekolah dan seramai

2,696,110 orang murid di negeri dan bahagian tersebut.  Pihak JabatanPendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklahmemaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasukpengurusan sekolah di seluruh negara juga hendaklah secara berterusanmemantau bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihakberwajib. Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap Tidak Sihat dan SangatTidak Sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat

masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.

Sekian dimaklumkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia21 Oktober 2015