ifolio.ukm.my file · web viewmoderator ( nurul farahusna binti razak) ... contoh kesan-kesan...

35
HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 48) Usul : Pencemaran Alam Sekitar : Salah Kerajaan (Kumpulan 1) Tarikh : 1 Disember 2014 Pensyarah: Mr. Ramalinggam A/L A.Rajamanickam Nom . Nama Nombor Matrik 1 NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK A146440 2 RAUDHAH BINTI MAZMAN A146450 3 LILY SYARMEELA ASYIQIN BINTI HAMID A146483 4 STEWARD LEE WAI FOONG A146973 5 MAHFUZAH AINI BINTI YUNUS A146506 6 MUNIRAH BINTI ABD WAHID A146493 7 NURUL ELEENA BINTI ROSLAN A146474 8 NG SIEW HOON A146445 9 KEVIN BRENDAN KUNG A146459 10 LEE AI YIN A146490

Upload: vokiet

Post on 08-Apr-2019

288 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

(SET 48)

Usul : Pencemaran Alam Sekitar : Salah Kerajaan (Kumpulan 1)

Tarikh : 1 Disember 2014

Pensyarah: Mr. Ramalinggam A/L A.Rajamanickam

Nom. Nama Nombor Matrik

1 NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK A146440

2 RAUDHAH BINTI MAZMAN A146450

3 LILY SYARMEELA ASYIQIN BINTI HAMID A146483

4 STEWARD LEE WAI FOONG A146973

5 MAHFUZAH AINI BINTI YUNUS A146506

6 MUNIRAH BINTI ABD WAHID A146493

7 NURUL ELEENA BINTI ROSLAN A146474

8 NG SIEW HOON A146445

9 KEVIN BRENDAN KUNG A146459

10 LEE AI YIN A146490

11 GHAYATHRI A/P K SANGKAR A146484

Page 2: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

PENDAHULUAN

MODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK)

Pencemaran boleh didefinisikan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan

hasil daripada aktiviti manusia ke alam sekitar yang menyebabkan terganggunya keselesaan

atau kemandirian kehidupan. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 pula pencemaran

adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat

fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan

melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-

kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya

kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan

dan haiwan.

Manakala “alam” bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di

bumi dan “sekitar” bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan “alam sekitar” atau

dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau

lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan

“alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.

Dapat kita lihat pada masa kini dalam mengejar kemajuan pencemaran alam sekitar

semakin menjadi-jadi. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai

bentuk pencemaran alam contohnya seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran

bunyi dan pencemaran tanah. Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah

jerebu, banjir, tanah runtuh, pemanasan global dan banyak lagi. Jadi, dapat kita lihat bahawa

pencemaran sememangnya mendatangkan kesan yang buruk terhadap manusia dan

ironinya,manusia jugalah yang menjadi penyebab utama berlakunya pencemaran alam. Jadi

persoalan yang akan dibahaskan di sini adalah “Adakah pencemaran alam sekitar merupakah

salah kerajaan?” Adakah wajar kerajaan dipersalahkan kerana terjadinya pencemaran alam?

Page 3: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

USUL : PENCEMARAN ALAM SEKITAR : SALAH KERAJAAN

KERAJAAN

Speaker Pertama ( RAUDHAH BINTI MAZMAN)

Ada kalanya kita perlu untuk menoleh ke belakang, untuk munasabah diri untuk mencapai

penambahbaikkan pada masa hadapan. Kita perlu sedar apa masalah yang kita hadapi pada

hari ini, maka saya selaku speaker pertama akan mengagaskan usul “Pencemaran Alam

Sekitar : Salah Kerajaan”. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada

Tuan Speaker, rakan seperjuangan dari pihak kerajaan dan sahabat-sahabat dari pihak

pembangkang dan seterusnya kepada sidang hadirin.

Tuan Speaker, sebelum saya memberikan penghujahan perwakilan kerajaan , ada beberapa

perkara yang perlu untuk saya kenalkan dalam Dewan Perdebatan. Pertama, apa yang

dimaksudkan dengan “pencemaran alam sekitar”. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka, pencemaran didefinasikan sebagai suatu perbuatan yang mencemarkan dan

mengotorkan alam sekitar. Sebagai contoh, mencemarkan kebersihan alam sekitar dengan

sampah sarap. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti

Alam Sekeliling 1974, Seksyen 2 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang

perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat fizik, kimia, biologi atau aras-

aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau

meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan

satu keadaan bahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan , keselamatan atau kebajikan

atau organisma-organisma lain. Terdapat 3 jenis pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran

udara, air dan bunyi. Pencemaran air berlaku akibat daripada pembuangan air kumbahan,

sisa-sisa kimia , pembuangan sampah dan sebagainya. Pencemaran udara berlaku akibat

daripada pelepasan gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap

kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Pencemaran bunyi

adalah ialah bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki dan meyebabkan kacau ganggu.

pencemaran bunyi adalah sesuatu yang subjektif. Maka kami di sini, sekali lagi menyokong

usul bahawa “Pencemaran Alam Sekitar : Salah Kerajaan” dan dalam kes perwakilan

Page 4: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

kerajaan kami akan menunjukkan bagaimana kealpaan kerajaan menyumbang kepada isu

pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing.

Pertama sekali, pencemaran alam sekitar berlaku, kerana kerajaan telah mengambil sikap

tidak endah terhadap isu ini. Secara spesifiknya , kementerian yang bertanggungjawab iaitu

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah gagal dalam mengambil langkah proaktif

untuk menyelesaikan kemelut ini.

Sidang hadirin yang dihormati,

Pada tahun 1975, Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang merupakan salah satu agensi

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ditubuhkan untuk menguatkuasakan Akta Alam

Sekeliling 1974. Jabatan Alam Sekitar mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir

pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. JAS juga hanya akan bertindak setelah

berlakunya pencemaran. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk

mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika Kementerian sendiri tidak

menyokong tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan pembangunan

fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan.

Permasalahan utama yang dihadapi adalah JAS tidak dan kurang berperanan. JAS

merupakan badan penasihat kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan juga

kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain, namun nasihat mereka tidak semestinya

akan diterima. Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah

pihak Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat

pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Jika Kementerian

tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana Kementerian dan pihak

kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Peranan JAS hanyalah pada pelaksaan peraturan

alam sekitar sahaja dan setelah berlakunya kerosakan. Lebih utama dari itu, jika Kementerian

induk tidak mengambil tahu akan JAS apatah lagi kementerian-kementerian lain. Selain itu,

tidak terdapat unit-unit khas pegawai dalam setiap unit (pencemaran, air , udara ) yang

bertanggungjawab untuk laksanakan peraturan. Pertindihan kuasa antara bidang kuasa

pengurusan alam sekitar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan

Page 5: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

kerja JAS. Sebahagian besar sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan

JAS adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu,

mungkin timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri

kerana tindakan mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat

sebuah kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak mengambil

tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat daripada Kerajaan Negeri yang

membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan berada dalam dilema sama ada

mengambil tindakan atau tidak kerana perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa

Kerajaan Negeri. Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka

mempunyai hak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke

mahkamah, mahkamah perlu memainkan peranan dalam menyelesaikannya.Hal ini adalah

ibarat, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Oleh itu, saya sekali lagi ingin menyatakan bahawa kami bersetuju dengan usul harini

bahawa Pencemaran Alam Sekitar :Salah Kerajaan.

Page 6: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

KERAJAAN

SPEAKER KEDUA (LILY SYARMEELA ASYIQIN BINTI HAMID)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan yang dipertua , para

hakim, penjaga masa, dan juga pihak lawan yang sudah kelihatan takut walaupun masih

belum memulakan perdebatan ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua. Berdirinya saya

pada hari ini sebagai menteri kedua adalah untuk menyokong usul yang telah dikemukakan

oleh perdana menteri dan juga akan mengemukakan satu lagi isi yang relevan iaitu sikap

individu merupakan salah satu faktor pencemaran alam sekitar.

Tuan yang dipertua,

Tanpa melengahkan masa izinkan saya untuk menyatakan isi-isi saya yang dapat membunuh

seangkatan tentera hanya dengan hujah-hujah menarik dan tertarik yang akan saya

kemukakan sebentar lagi iaitu kekangan politik dan ekonomi merupakan salah satu punca

berlakunya pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pihak kerajaan.

Pencemaran alam sekitar kini kian berleluasa. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan

alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Masalah alam sekitar

berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik pemerintah .

keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak

menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi .ketidakstabilan ekonomi negara akan

menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah . kerajaan pusat dan

negeri juga memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan.

Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada alam sekitar itu sendiri.

contohnya , pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah menyebabkan pencemaran

Sungai Gombak dan perlahan –lahan menjadikannya sebagai kawasan paya yang tidak

berguna . pembinaan jalan raya Relau-Balik pulau telah merosakkan tanaman di enam buah

kampung di daerah Relau dan Balik Pulau .

Page 7: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

Selain itu , keanggotaan Majlis Kualiti Alam Sekitar juga gagal untuk mencerminkan

penyertaan rakyat . daripada 9 perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada satu pun daripada

rakyat awam atau daripada mana2 badan bukan berkepentingan kerajaan. Cuma seorang

sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik universiti dan perwakilan yang

seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada prioriti pembangunan ekonomi.

Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai kaitan

dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia akan

menjejaskan aktiviti kilang tersebut kerana keluaran mungkin dikurangkan atau harga barang

keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan , ini menyebabkan pihak berkuasa

berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar , misalnya ,

pada bulan Februari 1982,Hotel Holiday Inn telah didenda cuma rm300 kerana mencemarkan

air laut batu feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa2 air buangan . di sini

banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan , unsur korupsi dan sebagainya .

tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak berkuasa lebih

mementingkan kepentingan ekonomi semata – mata dengan berlembut dengan pihak yang

bersalah . denda yang dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar yang

sedikit pun tiak memberi sebarang pengajaran kepada mereka , mereka akan terus melakukan

pencemaran dengan membayar denda yang kecil.

Selain itu , berlaku juga pertindihan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri dalam isu-isu

dan hal berkaitan alam sekitar . peruntukan dalam perlembagaan persekutuan dan negeri

berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar adalah jelas . perundangan subsidiari sama ada

undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat oleh kerajaan persekutuan dan negeri adalah

mengikut garis panduan perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan undang-undang

yang tertinggi , kerajaan persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan undang-undang yg

seragam antara negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat

digunakan di semua negeri . Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun

tidak dapat dicapai kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukan khas di dalam

Perlembagaan Persekutuan kerana tiada apa-apa pindaan yg boleh dibuat dalam

perlembagaan persekutuan yang berkait dengan hal ehwal tertentu tanpa persetujuan yang

Dipertua Negeri Sabah atau Sarawak.

Page 8: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

Dalam kes pemuliharaan alam sekitar , Akta Kualiti Alam Sekeliling 1985 merupakan akta

yang digubal tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan . Kejayaan akta

tersebut bergantung pada kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri, namun kerjasama

ini susah dicapai jika berkait rapat dengan kepentingan kedua2 buah pihak seperti dalam kes

pembalakan Endau Rompin. Kes Endau- Rompin merupakan contoh pertelingkahan

kepentingan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan masalah ini akan tetap berlaku

kerana masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber alam sekitar

seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan membuat

pindahan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi

mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di tangan kerajaan pusat dan

tiadanya imbangan kuasa dalam pemerintahan negara .

Page 9: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

KERAJAAN

SPEAKER KETIGA (STEWARD LEE WAI FOONG)

Pencemaran alam sekitar menjadi salah kerajaan turut dilihat dari segi kegagalan kerajaan

untuk menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada serta memperkasakan

penguatkuasaaan undang-undang tersebut melalui agensi yang bersepadu. Walaupun

Malaysia telah menggubal undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS) dan

Akta Perhutanan Negara 1984 (APN), terdapat kelemahan dari penguatkuasaan undang-

undang tersebut. Kes pertama yang di mana satu parti telah didakwa di bawah Akta Kualiti

Alam Sekelilingadalah pada tahun 1985. Tambahan pula, sehingga tahun ini, bilangan

dakwaan di bawah AKAS adalah kurang daripada 20 kes. Di samping itu, bilangan kes yang

melibatkan APN turut kurang daripada 20 kes . Hal ini menunjukkan kelemahan kerajaan dari

segi perlaksanaan undang-undang tersebut.

Selain itu, terdapat pertindihan antara kuasa negeri dan kuasa persekutuan di bawah senarai

kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan yang akan menyebabkan pertindihan dari segi

penguatkuasaan. Sebagai contoh, air berada di bawah kuasa negeri yang akan melibatkan

pencemaran air. Sebaliknya, Jabatan Alam Sekitar diperkuatkuasakan oleh Akta Kualiti Alam

Sekeliling untuk menghukum pesalah yang mencemarkan alam sekitar. Hal ini akan

menimbulkan kekeliruan apabila satu pihak berpendapat bahawa pihak lain yang

bertanggungjawab membawa prosiding undang-undang terhadap pesalah, dan akhirnya tiada

parti yang mengambil tindakan. Secara keseluruhannya, terdapat kekurangan agensi

bersepadu yang bertanggungjawab terhadap isu alam sekitar dimana satu agensi mempunyai

tugas dari segi penguatkuasaan undang-undang.

Page 10: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

Kelemahan undang-undang yang sedia ada turut dilihat daripada isi kandungan akta-akta

tersebut. Terdapat beberapa seksyen undang-undang yang mengecualikan liabiliti daripada

kesalahan pencemaran apabila agensi tersebut bertindak di bawah kuasa persekutuan atau

negeri. Hal ini tidak menyelesaiakan masalah pencemaran kerana terdapat banyak aktiviti

pencemaran akan dibenarkan jika terdapat kelulusan pihak kerajaan. Sebagai contoh,

sehubung dengan hujah Dr.Mahathir pada 29 November 2014, pembalakan sah merupakan

penyumbang tertinggi kepada kemusnahan hutan rimba dan konsesi harus dikawal. Salah satu

cadangan yang boleh diambil ialah Kerajaan Persekutuan boleh memberi pampasan atau

memberi lebih peruntukkan kepada negeri yang menyekat pemberian konsesi pembalakkan.

Justeru, kerajaan negeri akan kurang bergantung kepada keuntungan daripada sumber

pembalakan.

Page 11: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

KERAJAAN

SPEAKER KEEMPAT (MAHFUZAH AINI)

Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta

Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan

pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada

tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan

peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi.

Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat JAS

yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa masalah perjawatan akan wujud

dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun

sebelum dapat dilaksana dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-

tugas untuk menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang akan mentadbirkan akta

ini dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai Tadbir

Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975,

kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa

kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada sejumlah 25 jawatan

yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.

Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan Mei

1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah

berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi

masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan.

Oleh yang demikian, program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan

kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna sepertimana

yang diharapkan. Misalnya, kawasan yang perlu dipantau seperti kilang2, tapak pembinaan,

loji, gudang, sungai dan hutan tidak dapat diperiksa akibat kekurangan kakitangan JAS.

Page 12: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan kejayaan

pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk

menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan

berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada

awal tahun berkenaan.

Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu. Jadi

apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak mencukupi

masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan.

Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai penguatkuasa masih belum

mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang tidak mencukupi

daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasa yang

lain.

Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling

1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak kerajaan dan negeri

dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga

jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit dalam melindungi alam sekitar dan

melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatakan dalam pelan Rancangan

Malaysia Ketiga hingga sekarang.

KOTA KINABALU: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah memerlukan lebih

100 orang lagi kakitangan termasuk pegawai penguatkuasa untuk menjalankan tugas

pemantauan dan penjagaan alam sekitar secara menyeluruh di negeri ini.Menurut

pengarahnya Datuk Eric Juin, ketika ini jabatan itu hanya mempunyai lebih kurang 60

kakitangan termasuk pegawai penguatkuasa, bahagian pentadbiran dan teknikal. Oleh itu

katanya JPAS masih memerlukan lebih kurang 120 hingga 150 pegawai penguatkuasa,

teknikal dan pentadbiran bagi membantu jabatan itu memantapkan lagi pemantauan secara

menyeluruh terhadap aktiviti dan projek-projek pembangunan di negeri ini.Jabatan perlu

lebih ramai kakitangan bagi membolehkan JPAS mencapai objektifnya iaitu mengawal

aktiviti pembangunan dan pengeksploitasian sumber-sumber semula jadi yang menyebabkan

Page 13: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

pencemaran atau berpotensi untuk mengakibatkan kesan sampingan yang ketara ke atas alam

sekitar.

Berdasarkan keratan akhbar bertarikh, 15 November 2014- Kota Bharu,Kerajaan negeri

Kelantan memantau beberapa kawasan di tanah tinggi Lojing yang didakwa berlaku aktiviti

penerokaan haram termasuk penanaman sayur-sayuran secara sembunyi.Menurut Timbalan

Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah “Penerokaan haram melibatkan penanaman

sayur-sayuran berlaku di tengah hutan memerlukan bantuan Jabatan Alam Sekitar (JAS)

namun pihak kerajaan negeri kelantan dimaklumkan JAS berdepan masalah kekurangan

kakitangan."Kita harap kerajaan persekutuan dapat menambah kakitangan penguat kuasa

alam sekitar tetapi walaupun kurang kakitangan, pegawai JAS yang ada tetap komited

menjalankan tugas dengan mengeluarkan surat amaran termasuk beberapa kes melibatkan

syarikat pemaju yang sudah dibawa ke mahkamah".

Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga yang

diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasa yang lain agar masalah ini

tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di

samping perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih baik.

Jadi,sudah terang lagi bersuluh bahawa pencemaran alam sekitar berpunca dari kelemahan

kerajaan dalam memastikan bilangan kakitangan yg mencukupi dlm (JAS).

Page 14: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

KERAJAAN

SPEAKER TERAKHIR (MUNIRAH BINTI ABD WAHID)

Adalah wajar dikatakan bahawa pencemaran alam sekitar ini bermula kerana salah kerajaan

yang tidak menjalankan kuasa yang diberikan kepada mereka. Selamat sejahtera saya

ucapkan kepada Mr Rama, penjaga masa dan juga pihak pembangkang. Berdirinya saya

adalah untuk membuat kesimpulan mengenai usul yang dibentangkan iaitu “Pencemaran

Alam sekitar : Salah Kerajaan”.

Tuan yang Dipertua,

Saya bersetuju dengan usul tersebut dan dengan ini meletakkan bahawa kerajaan

merupakan punca utama berlakunya pencemaran alam sekitar. Pertama, kegagalan kerajaan

dalam mengetatkan undang-undang dilihat sebagai punca pencemaran ini semakin berleluasa.

Walaupun Jabatan Alam Sekitar telah ditubuhkan dan juga Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

telah digubal dan diperuntukkan dengan tujuan untuk membendung pencemaran, tetapi ia

masih tidak berupaya untuk mengekang pencemaran ini daripada terjadi. Jabatan Alam

Sekitar dilihatkan seperti tidak mempunyai mandat untuk menjalankan kuasa mereka dengan

sepenuhnya kerana adanya percampuran bidang kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan

negeri.

Seperti yang telah speaker pertama sebutkan tadi, Jabatan Alam Sekitar hanyalah

berperanan tidak lebih sebagai badan penasihat yang mana nasihat tersebut tidak terpakai

secara sepenuhnya. Kementerian sewajarnya menerima nasihat dan pandangan yang

diberikan oleh jabatan alam sekitar kerana mereka lebih arif mengenai kesan sesuatu projek

yang bakal dijalankan oleh kerajaan itu. Apabila kerajaan sendiri tidak menyokong tindakan

dan pandangan jabatan alam sekitar dan lebih menitik beratkan sesuatu keuntungan, maka

cadangan mereka adalah seperti diperkatakan, tidak berguna.

Page 15: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

Kerajaan dilihat seperti tidak memandang akan kesan sesuatu projek pembangunan itu

terhadap alam sekitar. Hal ini mungkin kerana apabila terjadinya pencemaran, pihak utama

yang akan dipersalahkan adalah pihak yang melakukan pencemaran tersebut. Tetapi haruslah

diingatkan bahawa kerajaan merupakan badan utama yang dirujuk sebelum sesuatu projek itu

boleh dimulakan.

Misalnya, sekiranya kerajaan membenarkan sebuah kilang itu dibina di tepi sungai, maka

kilang tersebut akan dibina berdekatan sungai. Tetapi apabila berlakunya pencemaran air,

kilang tersebut akan dipersalahkan dan bukannya kerajaan yang meluluskan pelan

pembinaan.

Seterusnya hadirin sekalian, haruslah diingatkan bahawa kerajaan memerlukan sumber

kewangan yang kukuh untuk mentadbir negara. Maka, seperti yang dikatakan oleh menteri

kedua sebentar tadi, bahawa kekangan politik dan ekonomi menyebabkan kerajaan

mengambil inisiatif untuk lebih mengutamakan projek pembangunan memandangkan ia

mendatangkan hasil yang lebih lumayan.

Kemudian, penguatkuasaan undang-undang juga adalah sangat longgar dan berdasarkan

kenyataan menteri tadi, denda yang realistik tidak dikenakan terhadap pemaju dan pengilang

terhadap kesalahan yang telah mereka lakukan. Maka disebabkan itulah, denda yang

diharapkan dapat memberi pengajaran tidak lebih hanyalah merupakan alat untuk menutup

mulut pihak lain daripada menuding jari dan menyatakan bahawa kerajaan tidak menjalankan

tugas mereka.

Kerajaan dilihat bersikap sambil lewa dalam mengambil sesuatu tindakan sehinggakan

kadangkala dilihat seperti sesuatu pendedahan mengenai pencemaran itu dibuat oleh pihak

media massa dan orang ramai. Pihak berkuasa seperti hanya akan bertindak setelah diberikan

informasi oleh orang ramai. Mereka bagaikan tiada usaha untuk membanteras pencemaran ini

dari mula.

Page 16: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

Sekiranya mereka melaksanakan dengan sepenuhnya kuasa yang diberikan ke atas mereka,

adalah tidak mustahil pihak yang berkenaan akan berasa takut untuk mengambil mudah

terhadap pencemaran alam sekitar. Mereka tidak akan bersikap sambil lewa dalam

menghapuskan sisa lebihan kerana mereka sedar bahawa mereka sentiasa dipantau oleh pihak

berkuasa kerajaan.

Seterusnya tuan yang dipertua, isu kekurangan kakitangan di jabatan alam sekitar menjadi

salah satu punca menyebabkan kekurangan tenaga kerja untuk memantau dan menyelia tapak

pembinaan dan kilang-kilang seperti yang telah diperjelaskan oleh menteri sebentar tadi.

Kekurangan pekerja menyebabkan matlamat utama Akta Kualiti Alam Sekitar gagal

dipraktikkan sepenuhnya menyebabkan masih ada pihak-pihak yang mengambil langkah

mudah dengan membuang sisa dan lebihan di mana sahaja.

Jadi walaupun tertubuhnya lebih banyak pecahan jabatan di bawah Jabatan Alam Sekitar,

tetapi sekiranya ketiadaan tenaga kerja juga tidak membolehkan penguatkuasaan undang-

undang dilaksanakan. Maka, fokus utama kerajaan sekarang ini adalah untuk mengambil

lebih banyak pekerja agar lebih banyak pencemaran dapat dicegah di masa hadapan.Oleh

yang demikian, adalah dapat disimpulkan bahawa kerajaan adalah punca utama sesuatu

pencemaran itu terjadi. Sekiranya kerajaan mengambil langkah dan inisiatif yang lebih baik

maka adalah tidak mustahil pencemaran dapat dikurangkan di masa akan datang.

Page 17: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

PEMBANGKANG

SPEAKER PERTAMA ( NURUL ELEENA BINTI ROSLAN)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih Tuan Yang DiPertua, barisan kabinet Kerajaan, rakan-rakan proksi

Pembangkang dan seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Jutaan apresiasi juga tidak

dilupakan buat Y.A.B Perdana Menteri atas gagasan usul, Pencemaran Alam Sekitar Salah

Kerajaan. Namun kami di barisan pihak Pembangkang tidak bersetuju dengan gagasan usul

tersebut. Ini kerana kami yakin dan percaya Pencemaran Alam Sekitar Bukan Salah

Kerajaan.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Pada era globalisasi ini, bukan sahaja pembangunan berlaku di setiap pelusuk dunia malah

pencemaran alam sekitar juga berlaku di setiap pelusuk dunia. (then, I wil list the pollution

that happened around the world eg. In Texas) Disini kita boleh lihat betapa seriusnya

pencemaran alam sekitar yang berlaku kini. Namun, siapa yang harus dipersalahkan? Tidak

mungkin ini hanya salah satu pihak sahaja. Oleh itu, pencemaran alam sekitar bukan salah

kerajaan .

Saya mulakan dengan satu kenyataan bahawa pencemaran alam sekitar adalah disebabkan

kerakusan tangan manusia itu. Justeru, punca yang paling utama yang menjadi tunjang

berlakunya pencemaran alam sekitar yang boleh kenalpasti ialah masalah sikap individu itu

sendiri. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri individu untuk menjaga

alam sekitar. Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang semakin serius

pada alam sekeliling kita. Sesetengah individu akan sewenang-wenangnya membuang

sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Malahan, yang lebih sadis

lagi apabila mereka merasakan membuang sampah merata rata seperti mencampakkan

secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan adalah perkara remeh sahaja. Walhal, jika

direnungkan andai ada seratus orang yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan

Page 18: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Oleh itu, mari kita cuba lihat

senario yang berlaku di Malaysia, di mana terdapat segolongan individu yang tidak

bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya membuang sampah di kawasan yang telah

diletakkan papan tanda yang menunjukkan ‘kawasan larangan membuang sampah’. Sikap

sambilewa dan tidak bertanggungjawab individu inilah yang menyebabkan usaha kerajaan

untuk menjaga alam sekitar terjejas.

Seterusnya, kita lihat sikap individu yang mengusahakan tanah bagi tujuan penanaman

pokok. Terlalu banyak bahan sintetik dan bahan kimia di dalam tanah boleh menyebabkan

pencemaran tanah. Penggunaan pestisida bagi mematikan serangga sebenarnya boleh

menyebabkan tanaman dan mikroorganisma yang bergunna di dalam tanah mati begitu

sahaja, padahal kesuburan tanah bergantung kepada organisma di dalamnya.

Selain itu, ingin sekali lagi saya tegaskan bahawa jika kerajaan telah mengambil inisiatif

untuk melaksanakan penjagaan alam sekitar, namun jika tidak mendapatkan sokongan

individu di dalam negara tersebut, maka segalanya tidak akan berkesan. Sebagai contoh

senario yang berlaku di negara jiran kita di Indonesia, di mana usaha Presiden Susilo

Bambang Yudhoyono untuk mencegah pembukaan tanah baru dan pembakaran terbuka yang

tidak mengikut undang-undang tidak dapat direalisasikan keran tidak mendaopat sokongan

individu dinegara tersebut. Akibat dari perkara ini, telah berlaku peningkatan jerebu yang

kesannya dirasai oleh kita jua.

Saya akhiri hujah saya dengan apa guna, kerajaan sibuk dengan wawasan dan usaha

mencegah alam sekitar tapi minda individu itu sendiri masih kelas bawahan kerana tidak

cakna akan pentingnya penjagaan alam sekitar. Oleh itu, Pencemaran Alam Sekitar Bukan

salah kerajaan. Mohon terus membangkang.

Page 19: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

PEMBANGKANG

SPEAKER KEDUA ( NG SIEW HOON)

Bak kata pepatah ‘bagaimana rupa begitulah bayangnya’. Ibu bapa merupakan insan yang

paling rapat dan dekat dengan anak-anak mereka. Memang tidak boleh dinafikan bahawa

mereka mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak mereka, dan merekalah

merupakan titik permulaan pembentukan kelakuan atau perangai seorang anak. Dengan ini,

ibu bapa sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk kesedaran

kepentingan alam sekitar dalam jati diri anak. Walau bagaimanapun, ibu bapa masa kini

kurang berperanan memupuk kesedaran ini. Kebanyakan mereka lebih menitikberatkan

pembangunan anak mereka dari aspek akademik dan tingkah laku. Tiada inisiatif yang

diambil oleh mereka untuk memupuk nilai-nilai alam sekitar kepada anak-anak mereka.

Mereka selalunya menganggap bahawa nilai-nilai ini tidak perlu dititikberatkan sangat kerana

anak mereka akan mengetahui nilai-nilai tersebut secara sendirinya. Dengan ini, apabila

anak-anak mereka membuang sampah di merata-rata tempat, mereka tidak menegur mereka

kerana menganggap itu merupakan sesuatu perkara yang biasa. Malahan, ibu bapa tidak

menjadi teladan yang baik serta menyalurkan konsep yang salah kepada anak mereka.

Misalnya, banyak ibu bapa mengamalkan sikap mementingkan diri dan tidak

bertanggungjawab suka membuangkan sampah di mana-mana tempat sahaja asalkan tempat

itu senang untuk mereka menbuangkan sampah tersebut. Ini kemudian diikuti pula oleh anak-

anak mereka. Terdapat juga ibu bapa sendiri yang menyuruh anak-anak mereka berbuat

demikian. Ini tentulah akan merosotkan nilai-nilai alam sekitar generasi seterusnya serta akan

menyebabkan pencemaran yang lebih serius. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa ibu bapa juga

harus dipersalahkan atas kegagalannya untuk memupuk kesedaran kepentingan alam sekitar

serta merosotkan lagi nilai-nilai tersebut.

Page 20: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

PEMBANGKANG

SPEAKER KETIGA (KEVIN BRENDAN KUNG)

Pencemaran alam sekitar adalah berpunca daripada pembakaran terbuka dan pertambahan

bilangan kenderaan bermotor . Kenderaan bermotor memerlukan tenaga yang banyak untuk

bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya .

Pembakaran bahan api fosil ini menyebabkan pembebasan gas – gas beracun seperti karbon

monoksida , nitrus oksida , hydrocarbon , zarah-zarah dan habuk . Gas gas ini akan

menyebabkan pencemaran alam sekitar dan kesan rumah hijau serta membahayakan

kesihatan manusia sejagat.. Pada tahun 2014 , sebanyak 14 juta kenderaan telah berdaftar

digunakan di Malaysia . Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad yang

lalu . Angka ini dijangka akan meningkat 2 kali ganda lagi sebelum tercapainya tahun 2020.

Pencemaran alam sekitar juga disebabkan oleh pembakaran terutamanya untuk aktiviti

penanaman semula dan sampah sarap . Petani-petani akan membakar jerami padi untuk

aktiviti penanaman semula . Pembakaran aktiviti ini sering berlaku terutamanya di kawasan

Dataran Kelantan dan Perlis . Pembakaran ini akan menyebabkan kesan rumah hijau dan

juga jerebu . Pembakaran ladang kelapa sawit juga menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Pembakaran terutamanya di Riau dan Sumatera menyebabkan jerebu daripada Indonesia

tersebar menyelumbungi tanah Malaysia . Ketua Setiausaha Kementerian Perhutanan dan

Perladangan Indonesia, Suripto juga telah menyatakan bahawa terdapat 12 syarikat yang

melakukan pembakaran untuk penanaman semula yang menyumbang kepada jerebu di

Malaysia. Data yang dikeluarkan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan

Jabatan Alam Sekitar bahawa di Sarawak terdapat 16 syarikat yang membakar ladang secara

haram untuk penanaman semula. Pembakaran oleh syarikat syarikat ini menyumbang kepada

peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap yang tidak sihat iaitu antara

201-300 .

Secara tuntasnya , pencemaran alam sekitar adalah disebabkan oleh pembakaran untuk

penanaman semula dan juga pertambahan bilangan kenderaan bermotor.

Page 21: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

PEMBANGKANG

SPEAKER KEEMPAT (LEE AI YIN)

Salah satu daripada faktor pencemaran alam sekitar adalah sikap pengilang yang tidak

bertanggungjawab. Dewasa ini, banyak kilang-kilang telah ditubuhkan seiring dengan

pembangunan negara yang pesat ini. Namun pada masa yang sama, perkembangan industri

ini telah menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Pihak kilang yang tidak bertanggungjawab telah menyalurkan sisa-sisa toksik ke dalam

sungai dan melepaskan asap-asap tanpa ditapis. Pengusaha kilang yang berusaha untuk

menjimatkan kos telan mangambil jalan mudah untuk terus membuang sisa toksik ke dalam

laut. Sisa-sisa toksik yang disalurkan ke dalam sungai telah menyebabkan pencemaran air

dan asap-asap yang tidak ditapis oleh kilang telah menyebabkan pencemaran udara yang

serius. Pihak kilang tidak mengambil langkah keselamatan untuk mengurangkan pencemaran

alam sekitar semasa operasi kilang mereka. Contohnya, pihak kilang seharusnya

menggunakan cara yang lebih mesra alam seperti pengasing elektrosatik dan wet scrubber

untuk melupuskan sisa-sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang. Sikap mereka yang

indivualisitik dan hanya mementingkan keuntungan kilang mereka menyebabkan mereka

tidak mengambil berat terhadap pencemaran yang dibawakan kepada alam sekitar.

Selain itu, kerajaan telah pun menetapkan piawaian keselamatan yang patut diikuti oleh

kilang-kilang. Namun kebanyakan kilang tidak menepati piawaian keselamatan yang

ditetapkan oleh kerajaan. Walaupun surat amaran telah diberikan kepada kilang-kilang

tersebut, tetapi mereka langsung tidak mengendahkannya. Hal ini merupakan di luar kawalan

kerajaan kerana kerajaan telah pun mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan

pencemaran alam sekitar yang diakibatkan oleh kilang-kilang ini. Begitu juga, pengusaha

kilang seolah-olahnya telah lupa akan organisasi kilang yang sepatutnya menjalankan operasi

pengeluaran yang melibatkan pengurusan sisa toksik dalam penghasilan produk mereka, oleh

itu mereka mengambil jalan mudah untuk terus membuang sisa toksik ke sungai atau tidak

menapis asap dari kilang. Jadi, mereka tidak sanggup untuk mengambil langkah keselamatan

seperti pemasangan alat penapis di serombong asap kerana ia melibatkan kos yang agak

Page 22: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

tinggi. Mereka beranggapan bahawa kos-kos yang diperuntukkan untuk mengelakkan

pencemaran alam sekitar yang serius ini akan membawa kerugian kepada kilang mereka dan

tidak membawa bebarang manfaat.

Secara umumnya, kita boleh melihat bahawa pencemaran alam sekitar bukanlah salah

kerajaan. Jelas diperlihatkan bahawa, sikap pengilang yang tidak bertanggungjawab

merupakan salah satu faktor penyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Page 23: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

PEMBANGKANG

SPEAKER TERAKHIR ( GAYATHRI A/P SANGKAR)

Selamat pagi diucapkan. Kami, dari pihak pembangkang tetap berdiri di landasan yang

nyata, Tidak Bersetuju dengan tajuk perbahasan yang diutarakan iaitu Pencemaran Alam

Sekitar merupakan salah kerajaan. Dengan ini, sebagai pembangkang terakhir, saya akan

menyimpulkan segala hujah yang telah diberikan oleh pihak pembangkang kami.

Hujah pihak pembangkang kami yang pertama iaitu mengenai salah individu itu sendiri

kerana tiada nilai moral dan kesedaran sivik. Sesetengah individu yang tidak kisah mengenai

isu kebersihan alam sekitar di mana walaupun terdapat amaran yang mengatakan

‘DILARANG MEMBUANG SAMPAH’, namun ada juga di antara mereka yang masih

melakukannya. Oleh itu, seseorang itu harus sedar mengenai perlakuan masing-masing, dan

bukannya menuduk kerajaa semata-mata bagi sebarang aspek, kerana ia merupakan

tanggungjawab seseorang individu untuk menjaga kebersihan demi kesejahteraan semua.

Keduanya, yang telah dibincangkan adalah peranan ibu bapa. Terdapat satu peribahasa

yang mengatakan bahawa, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, dan bak kata ini amat

bersesuian untuk digunakan untuk peranan ibu bapa dalam membentukkan kesedaran dalam

diri anak-anak mereka sejak kecil lagi. Amalan penjagaan alam sekitar harus dimulakan

dengan mempraktikkan di rumah supaya mereka akan mengaplikasikan nilai tersebut apabila

mereka berada di luar . ibu bapa harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka dengan

mereka sendiri membiasakan diri dengan tidak mencemarkan alam sekitar supaya anak-anak

mereka akan menjejak kaki ibu bapa mereka dalam perkara ini. Oleh itu, peranan ibu bapa

adalah dominan dalam menyelesaikan isu ini.

Seterusnya adalah, kenderaan bermotor yang makin berleluasa pada zaman sekarang.

Haruslah sedar bahawa peningkatan dari segi kenderaan bermotor akan semakin

mencemarkan udara pada tahap yang tinggi. Pergerakan kenderaan bermotor yang

menggunakan bahan api fosil serta mengeluarkan asap yang berbahaya akan menjadi

Page 24: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

penyumbang kepada berlakunya pencemaran udara. Oleh itu, setiap pengguna harusla sedar

mengenai perkara ini dan mengambil langkah yang efektif seperti berkongsi kereta atau

menggunakan kenderaan awam untuk mengurang kan kadar penggunaan kenderaan bermotor

untuk kebaikab semua.

Akhir sekali, faktor pencemaran alam sekitar yang dipunca oleh pihak pengilang. Kilang-

kilang yang didirikan memberikan kesan yang agak kritikal dan pelepasan asap yang

berbahaya dan pembuangan sisa toksik dengan kandungan atau campuran yang berbahaya.

Oleh itu, pihak pengilang harus sedar mengenai perkara ini dan mengambil langkah efektif

untuk terus menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dengan tidak menyalahkan pihak

kerajaan.

Berdasarkan segala hujah pembangkang yang telah disimpulkan, ingin ditegaskan bahawa,

ia bukan salah kerajaan tetapi setiap individu yang tidak bertanggungjawab terhadap

kepentingan penjagaan alam sekitar.

Page 25: ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah jerebu, banjir, tanah runtuh,

PENUTUP

MODERATOR (NURUL FARAHUSNA)

Sebagai kesimpulannya di sini semua pihak mestilah berganding bahu untuk mengatasi

masalah pencemaran alam kerana kita bertanggungjawab terahadap alam ini. Kita tidak

bolehlah menunding jari menyalahkan kerajaan sahaja dalam hal ini. Setiap pihak

mempunyai peranan masing-masing dalam menangani masalah pencemaran ini. Sebagai

manusia itu sendiri, kita mestilah menjaga alam ini dengan mengurangkan atau tidak

melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar. Manakala, kerajaan pula

haruslah peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam mentadbir negara contohnya sepeti

menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar dan mengatur pembangunan yang

sistematik tanpa menjejaskan alam sekitar.

Bak kata Mahatma Gandhi, “"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek

moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah

alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata ini menunjukkan

bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya.

Oleh itu, dalam mengejar kemajuan janganlah kita mengabaikan alam sekitar kita.