jerat ialah sejenis alat perangkap untuk menangkap binatang di hutan seperti ayam hutan

18
jerat ialah sejenis alat perangkap untuk menangkap binatang di hutan seperti ayam hutan, rusa, burung, pelanduk dan banyak lagi. Kebanyakan pemburu menggunakan jerat kerana lebih berkesan dan tidak perlu diawasi. Jerat ini juga tidak mencemarkan alam kerana ia menggunakan bahan semulajadi seperti pohon atau ranting dan buah-buahan sebagai umpan. Terdapat jerat yang boleh membawa mati kepada mangsanya dan ada juga yang ditangkap hidup-hidup. Jerat ini dibentuk melalui sebuah pohon kecil atau sesuatu yang berat yang ditegangkan oleh seutas tali yang dililitkan pada tongkat yang ditancapkan ke tanah. Pada hujung tali terdapat simpul yang dipasangkan ke sebuah tangkai. Bila binatang yang sedang mencari makanan menyentuh tangkai ini maka jerat akan lepas/bingkas dan menjerat binatang tersebut. Biasanya binatang yang telah terjerat jarang dapat melepaskan diri. Jerat yang dipasang akan ditinggal selama sehari atau dua hari. Jerat ini biasanya dipasang di kawasan semak-semak, celah-celah pohon, di banir pohon, kebun dan kawasan yang berdekatan dengan sungai atau sumber makanan. Ilmu jerat dan perangkap... Salam.... Semalam dah mulenyer program perkhemahan Alam Sekitar Sekolah Rendah Daerah Bera kat Pusat Kokurikulum Bera.. Lebih kurang pukul 11 pagi lebih koi sampai kat situ bersama sorang rodong dari Purun nih.. Tengok kepada agihan tugas yg diberi, koi diletakkan kepada aktiviti ikatan & simpulan dan ilmu jerat. Di samping aktiviti lain yang menguruskan kraf perkhemahan sereta taklimat memasang khemah. Bab tali nih, sokmo le kene bile ade aktiviti perkhemahan nih, memang tokleh lari dah sebab tak ramei jurulatih yg mahir dalam ikatan dan simpulan nih... Masalahnye hari keduanye iaitu hari ni, koi takde sebab sekolah koi buat sambutan hari guru. Sedangkan hari ini le semua aktiviti tersebut dijalankan. Begitu juga dengan tokey jerat, pun takde jugak hari nih... Bincang punye bincang, bahagian jerat, takpe le, kome siapkan dulu dan bab tali, nasib baik ade sorang rodong jurulatih tu tahu sikit2 bab ikatan yg asas nih. Lepas habis siapkan keje2 mane yg perlu, kome bertiga masuk le ke dalam belukor kat tepi tapak perkhemahan tu memasang dan menyiapkan jerat dan perangkap. Dah siap, mudoh le keje jurulatih yg tinggal tu, cume bagi penerangan aje kat bebudak tu nanti.

Upload: rokiah-shuker

Post on 29-Jul-2015

4.483 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

jerat ialah sejenis alat perangkap untuk menangkap binatang di hutan seperti ayam hutan, rusa, burung, pelanduk dan banyak lagi. Kebanyakan pemburu menggunakan jerat kerana lebih berkesan dan tidak perlu diawasi. Jerat ini juga tidak mencemarkan alam kerana ia menggunakan bahan semulajadi seperti pohon atau ranting dan buah-buahan sebagai umpan. Terdapat jerat yang boleh membawa mati kepada mangsanya dan ada juga yang ditangkap hidup-hidup.

Jerat ini dibentuk melalui sebuah pohon kecil atau sesuatu yang berat yang ditegangkan oleh seutas tali yang dililitkan pada tongkat yang ditancapkan ke tanah. Pada hujung tali terdapat simpul yang dipasangkan ke sebuah tangkai. Bila binatang yang sedang mencari makanan menyentuh tangkai ini maka jerat akan lepas/bingkas dan menjerat binatang tersebut. Biasanya binatang yang telah terjerat jarang dapat melepaskan diri. Jerat yang dipasang akan ditinggal selama sehari atau dua hari.

Jerat ini biasanya dipasang di kawasan semak-semak, celah-celah pohon, di banir pohon, kebun dan kawasan yang berdekatan dengan sungai atau sumber makanan.

Ilmu jerat dan perangkap...

Salam....

Semalam dah mulenyer program perkhemahan Alam Sekitar Sekolah Rendah Daerah Bera kat Pusat Kokurikulum Bera..

Lebih kurang pukul 11 pagi lebih koi sampai kat situ bersama sorang rodong dari Purun nih..

Tengok kepada agihan tugas yg diberi, koi diletakkan kepada aktiviti ikatan & simpulan dan ilmu jerat.

Di samping aktiviti lain yang menguruskan kraf perkhemahan sereta taklimat memasang khemah.

Bab tali nih, sokmo le kene bile ade aktiviti perkhemahan nih, memang tokleh lari dah sebab tak ramei jurulatih yg mahir dalam ikatan dan simpulan nih...

Masalahnye hari keduanye iaitu hari ni, koi takde sebab sekolah koi buat sambutan hari guru. Sedangkan hari ini le semua aktiviti tersebut dijalankan. Begitu juga dengan tokey jerat, pun takde jugak hari nih...

Bincang punye bincang, bahagian jerat, takpe le, kome siapkan dulu dan bab tali, nasib baik ade sorang rodong jurulatih tu tahu sikit2 bab ikatan yg asas nih.

Page 2: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Lepas habis siapkan keje2 mane yg perlu, kome bertiga masuk le ke dalam belukor kat tepi tapak perkhemahan tu memasang dan menyiapkan jerat dan perangkap.

Dah siap, mudoh le keje jurulatih yg tinggal tu, cume bagi penerangan aje kat bebudak tu nanti.

Yang dalam belukar tu, sebab dah lama tok dikunjungi, berpestalah nyamuk kat dalam tu....jenuh lalu bertepis....sampai berbulu kat kaki ngisap darah kome. Rase koi kalo semalam tidur kat dalam tu...mboh kering daroh kome kene hisap gamoknye...

Maka, setelah hampir kat 2 jam campur pening kepala mengingatkan balik gone nak pasang pesawat kat perangkap kancil tu, siap jugak le dua jenis jerat dan satu perangkap kancil.

Hajatnye nok buat banyak2 bagi bebudok tahu ilmu jerat ni, tapi mengenangkan mase semakin suntuk dan dah tak tahan kene gigit dek nyamuk, kome buat 3 jenis je le yang mudah2.

Boleh sgt kome nak buat jerat belantik ke, jerat ranjau ke, jerat tupai ke, jerat tikus , monyet atau serkap ayam, tapi maklum le....tenaga cume 3 orang, badan pulak dah letih...tak jadi le nak buat banyak2....

Cume sekadar nak bagi ilmu, 3 contoh tupun dah memadai sebab kebanyakan konsep jerat ni sama je.....

Yang ni jerat burung, terutama spesis merbah yang payoh nak hinggap kat tanah. Kome siap umpan dengan buah betik lagi, kot2 ade mengena nanti.

Page 3: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Jerat biase koi buat mase kecik2 dulu. namanye jerat sembat. Biasanye dulu2 koi letak beras sebagai umpan sebab nak tangkap ayam...ni saje je letak umpan betik kat situ. Nak harapkan ayam hutan, mane mboh datang tempat orang riuh rendah kat situ...

Sorang rodong tengah memasang perangkap kancil yang kome buat dengan cara paling mudah . Cume susun je kayu dalam 13 batang, pas tu jalin kiri dan kanan

sebelum bengkokkan dan letakkan 2 kayu penahan sebelah kiri dan kanan.

Page 4: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Koi ambik gambor suis atau pesawat jerat tu, sebab nanti kalo lama tok buat, puas ngingat balik ke gone gaya nak pasangnya...

Yang ni perangkap kancil dah siap dipasang ....biasanya orang guna daun maya sebagai umpan , tapi kali ni, kome takdan nak cari daun tu kat sebelah belakang kem

ni, kome guna daun kayu yang ada kat situ je sebagai contoh umpan die...

Lepas siap aje pasang, kome turunkan pulak ilmu penerangan kat jurulatih yang tinggal supaya dapat memberi penerangan yang lebih jelas apa beza jerat dan apa beza perangkap serta cara dan bagaimana memasangnya.

Selain tu ilmu2 lain yang ada kaitan dengan ilhtiar hidup nih turut diterangkan kepada murid2 zaman sekarang nih yang sudah lupa ilmu2 orang dahulukala bagaimana cari makanan di dalam hutan...

Sebelum koi akhiri coretan nih, koi nak tanya le rodong2 kat luar tu......

Apa beza jerat dengan perangkap ?

Sape2 yang dapat beri jawapan yang tepat, awokme memang bijak.....hehehehe

Page 5: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Sekian....

9 jerat warisan JakunOleh Mohd Azis [email protected]/06/20

Tanpa senapang, kaum Jakun Kampung Peta di Mersing, Johor hanya gunakan kaedah tradisional untuk memerangkap burung hinggalah gajah, mamalia terbesar di darat yang digelar mereka'orang kuat'

BERBANDING masyarakat pribumi di pedalaman Sarawak yang rata-rata memiliki dan menggunakan senapang untuk berburu atau menjaga kebun mereka, lain pula ceritanya bagi masyarakat Orang Asli di Semenanjung yang kebanyakannya masih bergantung kepada kaedah tradisional.

Mereka tidak memiliki senapang untuk menangkap binatang sama ada bagi dijadikan makanan atau mencegah hasil tanaman dirosakkan, terutama pada musim buah-buahan, sebaliknya lebih banyak bergantung kepada kaedah tradisi, iaitu jerat.

Setidak-tidaknya itu cara berburu diamalkan kaum Jakun di Kampung Peta, Taman Negara Endau-Rompin, Johor yang masih bergantung harap kepada tradisi nenek moyang, cuma ketika ini kaedah itu tidak begitu dipraktikkan berbanding 50 tahun lalu.

Jika ke perkampungan kecil terletak paling jauh di kawasan Kahang, sempadan daerah Mersing dan Kluang itu, anda pasti tertarik dengan sembilan jenis jerat atau perangkap binatang warisan keturunan kampung berkenaan yang sehingga kini kekal dipulihara.

Setiap perangkap dipasang mengikut musim atau keperluan, misalnya Jerat Gau dipasang khas untuk menangkap monyet terutama ketika buah-buahan sedang masak. Ia diletakkan di atas pokok yang sering menjadi laluan kumpulan monyet.

Jerat Gau menggunakan sebatang kayu panjang bersambung yang dijadikan ‘laluan selamat’ monyet manakala laluan sekitarnya akan ditutup dengan rimbunan daun dan dahan kecil bertujuan memastikan monyet tidak menggunakan laluan lain.

Tidak menggunakan umpan, jerat itu akan memerangkap monyet yang melalui laluan tengah berbentuk seakan-akan kepak rama-rama menghubungkan dua batang kayu laluan utama kerana di situlah jerat rotan dipasang.

Tali jerat akan terjatuh apabila monyet menghulurkan kepala untuk melintasinya kerana tanpa disedari binatang itu sebenarnya sudah pun menyentuh ‘suis’ tali kecil di muka jerat.

Page 6: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Penduduk kampung berkenaan, Awang Kuli, 51, berkata biasanya monyet yang terkena jerat di leher akan terus mati dan jika terkena pada pinggang haiwan itu pula, ia boleh patah disebabkan beban berat kayu penarik jerat.

Katanya, jerat Kumbang Berayun juga digunakan untuk menangkap monyet dan konsepnya seakan-akan sama dengan Jerat Gau, cuma berbeza pada bentuk tali jeratnya yang bulat dan lebih kecil.

“Masyarakat dulu biasanya tinggal jauh di pedalaman, cuma tiga atau empat keluarga dan mudah jadi mangsa serangan harimau, jadi mereka cipta jerat Penjara menggunakan umpan anjing dalam sangkar.

“Harimau cukup tertarik dan marah bila dengar salakan anjing dan sebab itulah anjing dijadikan umpan, tetapi haiwan itu akan selamat daripada harimau kerana berada dalam sangkar kecil yang dipasang dalam sangkar utama,” jelasnya.

Jerat Penjara berbentuk empat segi dibina setinggi lelaki dewasa dan lebarnya boleh memuatkan seekor harimau dewasa berusia puluhan tahun. Ia mempunyai pintu masuk dipasang tali kecil yang akan menjatuhkan pintu perangkap sebaik sasaran masuk dan cuba membaham umpan.

Jika harimau terperangkap, Orang Asli akan membunuhnya beramai ramai menggunakan lembing yang direjam di celah dinding kayu jerat yang mungkin bagi sesetengah orang, cara itu agak kejam.

Bagaimanapun, satu lagi jenis jerat dipanggil Pelantik sebenarnya lebih ganas dan boleh membunuh binatang dengan hanya satu hentakan lembing dipasang padanya. Jika gajah boleh mati terkena tusukan kuat lembing, pasti haiwan kecil lain seperti harimau, babi dan pelanduk lebih mudah untuk dibunuh.

Dalam kata mudah, Pelantik umpama pelancar lembing yang sebenarnya digunakan bagi tujuan kawalan kampung kerana ia kerap dipasang di sekitar kediaman yang sering diancam harimau dan gajah.

Pelantik juga direka untuk membentuk ‘laluan khas’ bagi memastikan binatang terperangkap, tapi binaannya lebih tegap dan banyak menggunakan pokok hidup sebagai tiang pelancar lembing yang diikat tali bagi memastikan binatang terkena tusukan tidak melarikan diri.

Di bahagian depan laluan binatang, Orang Asli akan memasang kayu penahan kukuh bagi memastikan haiwan sasaran terus terperangkap sebaik terkena panahan lembing. Jika tidak dipasang penahan, mungkin haiwan sekadar jatuh dan masih boleh melarikan diri.

“Zaman dulu, kami gunakan buluh tajam sebagai senjata kerana ia lebih bisa daripada lembing. Binatang juga biasanya tidak mengesyaki buluh itu adalah perangkap berbanding jika kita guna senjata daripada besi,” katanya.

Jerat untuk menangkap tikus dan tupai pula lebih ringkas, hanya memerlukan sebatang rotan yang bertindak sebagai joran untuk menarik jerat. Ia digelar Cenangong dan menggunakan umpan seperti

Page 7: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

jagung dan ubi yang dipasang pada laluan haiwan kecil itu.

Sebaik tupai menarik umpan, tali kecil terlepas daripada penahan kecil lalu membidas dan menjerat. Namun, jika tali jerat terkena pada kaki atau ekor tupai, haiwan itu biasanya akan menggigit tali rotan hingga putus dan kerana itu, kini Orang Asli menggantikannya dengan tali dawai.

INFO: Jenis jerat digunakan Jakun Kampung Peta Leher.

Penjara.

Gau.

Kaki.

Perangkap Pelanduk.

Kumbang Berayun.

Pentu.

Pelantik.

Cenangong.

Jerat Pentu

Sejenis perangkap burung.

Dipasang pada musim panas antara Jun hingga Ogos.

Dipasang di tempat mandian burung seperti sungai, paya dan lopak.

Berbentuk seperti tali ampaian pakaian.

Tali diperbuat daripada rotan kecil dan disambung kepada tali halus untuk ditarik pemburu.

Apabila burung bertenggek atau berjemur atas rotan, pemburu akan menarik tali lalu membidas.

Keupayaan rotan yang boleh membidas sebanyak tiga kali dengan kuat boleh memerangkap burung.

Burung akan patah kepak, putus kepala, cedera atau tidak boleh terbang.

Pemburu akan menyorok di dalam semak kira-kira 10 meter daripada jerat.

Jerat Kaki

Menangkap pelanduk dan burung.

Tidak menggunakan umpan.

Page 8: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Berbentuk seperti joran dan mempunyai tali panjang.

Biasa dipasang di tempat makan ayam hutan berdasarkan kesan tapak kaki.

Bila binatang terpijak jerat, tali joran akan membidas lalu menjerat kaki.

Binatang biasanya akan hidup selepas dijerat.

Pemburu akan memeriksa jerat dua hari sekali.

Jerat Pelanduk

Berbentuk seperti serkap ayam tetapi panjang.

Menggunakan kayu panjang diikat rapi dan dibentuk separuh bulat.

Menggunakan umpan daun Udai (makanan pelanduk).

Umpan diikat tali yang akan menjatuhkan kayu penahan apabila ditarik.

Daun duri dijadikan atap jerat bagi mengelak pelanduk mati kesejukan jika hujan.

Jerat Leher

Perangkap musang, pelanduk dan napuh.

Menggunakan konsep joran sebagai pembidas tali jerat.

Dipasang di denai haiwan, tepi paya, sungai atau laluan sumber air.

Sekeliling jerat akan ditutup dengan daun dan hanya laluan jerat dibiarkan terang.

Pemburu akan memeriksa jerat setiap pagi.

JERAT DAN PERANGKAP

Jerat

Adalah tali Bantu untuk menghubungkan/menarik benda.

Ada bebarapa macam yang bisa digunakan untuk perangkap dan jerat binatang.

1. Jerat yang mematikan1. Jerat mengikat

Mekanisme kerja adalah menjerat leher/jalan nafas.

Obyeknya : binatang buas seperti babi hutan, kera, dll.

2. Jerat tusuk

Page 9: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Mekanisme kerja seperti anak panah dengan arah tusukan muka, lambung, atau dari atas.

Bisa berwujud jebakan lubang atau tusukan benda runcing.

Obyek : binatang.

3. Jerat pukul

Mekanisme kerja adalh memukul/menindas obyek dengan benda berat.

Obyek : binatang buas besar.

2. Jerat/perangkap hidup

1. Jerat mengikat

Mekanisme seperti jerat 1.a tapi tidak mematikan

Obyek : rusa, menjangan, ayam hutan, dll.

2. Perangkap kurungan

Mekanisme adalah bila binatang masuk kurungan akan tertutup.

Obyek : sam seperti 2.a.

3. Perangkap getah.

4. Perangkap jaring untuk burung atau kelelawar.

5. Pancing untuk binatang/ikan.

6. Perangkap khusus

misal : kelapa berlubang untuk monyet

Page 10: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

rap

Page 11: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

perangkap n. 1 jerat, jebakan, jerat, jerat, perangkap, ranjau: Setelah      Pied Piper yang kiri, Hamelin tidak perlu lagi untuk perangkap tikus.      2 trik, akal, tipu daya, kelicikan, tipu, penyerangan, penipuan,      perangkat, artifice, cara: Oscar adalah manusia yang Ester untuk menetapkan      rapi perangkap. 3 mulut, Logat mendengkung, mulut, bubur, muka Shut Anda perangkap      atau keluar.      - v. 4 jerat, menjerat, memikat, menangkap, bersih: Kami ke lubang yang digali      perangkap yang perampokan singa. 5 menginternir, perbatasan, kunci, terus, terus:      Anak yang terperangkap dalam gua tanpa sarana jalan keluar. 6      mengelabui, menipu, membodohi, membohongi, menghibur, membujuk: Esther akhirnya      terperangkap dalam Oscar menikahi dia.

id • #217912 • exesyn-dictionary

trap[V] (Penutupan): menutup, menutup jalan, steker, blok atas, menutupi, mengisi atas, cork, menutup, menutup, menutup, blokade, menghambat, merintangi, bar, baut, menghentikan, cap, choke, perangkap, paku.

[N] (Hiding): kamuflase, peniruan, persembunyian, tempat rahasia, reses, terus, crypt, oubliette, penyerangan, perangkap, mundur, perlindungan, layar, penutup, kerudung, gorden, buta, mantel, awan, masker.

[V] (Hiding): berbaring dalam penyerangan, menunggu untuk mengatur perangkap untuk, menipu, penyerangan, perangkap, kamuflase.

[N] (Hiding): kamuflase, peniruan, persembunyian, tempat rahasia, reses, terus, crypt, oubliette, penyerangan, perangkap, mundur, perlindungan, layar, penutup, kerudung, gorden, buta, mantel, awan, masker.

[V] (Hiding): berbaring dalam penyerangan, menunggu untuk mengatur perangkap untuk, menipu, penyerangan, perangkap, kamuflase.

[N] (Endangerment): tubir, kekuatan yg merusak, penyerangan, kesulitan, trapdoor, perangkap, jerat, ancaman thd keamanan diri.

id • #356424 • wrdnet-dictionary

trapperangkap       n 1: perangkat yang ada (biasanya binatang) dapat            tertangkap dan penned       2: memperkurus terdiri dari U-berbentuk bagian yang drainpipe          berpendapat cair dan mencegah agar kembali aliran gas penjahit       3: sesuatu (sesuatu deceptively menarik sering) bahwa          Anda menangkap dgn tak disangka-sangka; "ujian yang penuh dengan perangkap          Pertanyaan ";" itu semua jerat dan sebuah angan-angan "[syn: (terangkap)]       4: perangkat melantingkan ke tanah pigeons ke udara untuk trapshooters       5: perbuatan yang concealing sendiri dan berbaring di tunggu untuk menyerang          terperanjat [syn: (penyerangan), (ambuscade), (berbaring di tunggu)]       6: informal terms for the mouth [syn: (cakehole), (lubang), (perut),           mendengkung (), (mulut)]       7: ringan beroda dua gerbong       8: bahaya di sebuah lapangan golf [syn: (bunker), (perangkap pasir)]       [also: () perangkap, terperangkap ()]

perangkap

Page 12: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

      v 1: di tempat yang mengikat atau embarassing posisi; "Dia            terperangkap dalam situasi yang sulit "       2: menangkap atau seolah-olah dalam perangkap; "yang memerangkap orang Foxes" [syn: () memikat,           terangkap (), (memerangkap), (mengongkong)]       3: terus atau menangkap seperti dalam perangkap; "The kesenjangan antara gigi          perangkap pangan partikel "       4: untuk terus berpuasa atau mencegah dari pindah; "Anak itu pinned          jatuh di bawah pohon "[syn: (pin), (menghentikan), (immobilise)]       [also: () perangkap, terperangkap ()]

id • #356448 • wrdnet-dictionary

trappedperangkap       n 1: perangkat yang ada (biasanya binatang) dapat            tertangkap dan penned       2: memperkurus terdiri dari U-berbentuk bagian yang drainpipe          berpendapat cair dan mencegah agar kembali aliran gas penjahit       3: sesuatu (sesuatu deceptively menarik sering) bahwa          Anda menangkap dgn tak disangka-sangka; "ujian yang penuh dengan perangkap          Pertanyaan ";" itu semua jerat dan sebuah angan-angan "[syn: (terangkap)]       4: perangkat melantingkan ke tanah pigeons ke udara untuk trapshooters       5: perbuatan yang concealing sendiri dan berbaring di tunggu untuk menyerang          terperanjat [syn: (penyerangan), (ambuscade), (berbaring di tunggu)]       6: informal terms for the mouth [syn: (cakehole), (lubang), (perut),           mendengkung (), (mulut)]       7: ringan beroda dua gerbong       8: bahaya di sebuah lapangan golf [syn: (bunker), (pasir perangkap)]       [also: () perangkap, terperangkap ()]

perangkap       v 1: di tempat yang mengikat atau embarassing posisi; "Dia            terperangkap dalam situasi yang sulit "       2: menangkap atau seolah-olah dalam perangkap; "yang memerangkap orang Foxes" [syn: () memikat,           terangkap (), (memerangkap), (mengongkong)]       3: terus atau menangkap seperti dalam perangkap; "The kesenjangan antara gigi          perangkap pangan partikel "       4: untuk terus berpuasa atau mencegah dari pindah; "Anak itu pinned          jatuh di bawah pohon "[syn: (pin), (menghentikan), (immobilise)]       [also: () perangkap, terperangkap ()]

terperangkap       adj: terpaksa berbelok dan wajah penyerang; "yang mengintip di teluk"; "dia             saya bersudut antara serambi dan dia mobil ";" seperti             terperangkap hewan "[syn: (at bay (p)), (bersudut), (treed)]

terperangkap       Lihat perangkap ()

JENIS-JENIS JERAT TRADISIONALPosted on January 12, 2011 by admin

Page 13: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

9 Jerat Warisan Jakun

Jerat Cenanggong

Tanpa senapang, kaum Jakun Kampung Peta di Mersing, Johor hanya

gunakan kaedah tradisional untuk memerangkap burung hinggalah gajah,

mamalia terbesar di darat yang digelar mereka’orang kuat’

BERBANDING masyarakat pribumi di pedalaman Sarawak yang rata-rata

memiliki dan menggunakan senapang untuk berburu atau menjaga kebun

mereka, lain pula ceritanya bagi masyarakat Orang Asli di Semenanjung

yang kebanyakannya masih bergantung kepada kaedah tradisional.

Jerat Pelantik

Mereka tidak memiliki senapang untuk menangkap binatang sama ada

bagi dijadikan makanan atau mencegah hasil tanaman dirosakkan,

terutama pada musim buah-buahan, sebaliknya lebih banyak bergantung

kepada kaedah tradisi, iaitu jerat. Setidak-tidaknya itu cara berburu

diamalkan kaum Jakun di Kampung Peta, Taman Negara Endau-Rompin,

Johor yang masih bergantung harap kepada tradisi nenek moyang, cuma

ketika ini kaedah itu tidak begitu dipraktikkan berbanding 50 tahun lalu.

Page 14: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Jerat Kumbang Berayun

Jika ke perkampungan kecil terletak paling jauh di kawasan Kahang,

sempadan daerah Mersing dan Kluang itu, anda pasti tertarik dengan

sembilan jenis jerat atau perangkap binatang warisan keturunan

kampung berkenaan yang sehingga kini kekal dipulihara.

Setiap perangkap dipasang mengikut musim atau keperluan, misalnya

Jerat Gau dipasang khas untuk menangkap monyet terutama ketika buah-

buahan sedang masak. Ia diletakkan di atas pokok yang sering menjadi

laluan kumpulan monyet.

Jerat Gau menggunakan sebatang kayu panjang bersambung yang

dijadikan ‘laluan selamat’ monyet manakala laluan sekitarnya akan

ditutup dengan rimbunan daun dan dahan kecil bertujuan memastikan

monyet tidak menggunakan laluan lain.

Tidak menggunakan umpan, jerat itu akan memerangkap monyet yang

melalui laluan tengah berbentuk seakan-akan kepak rama-rama

menghubungkan dua batang kayu laluan utama kerana di situlah jerat

rotan dipasang.

Tali jerat akan terjatuh apabila monyet menghulurkan kepala untuk

melintasinya kerana tanpa disedari binatang itu sebenarnya sudah pun

menyentuh ‘suis’ tali kecil di muka jerat.

Penduduk kampung berkenaan, Awang Kuli, 51, berkata biasanya monyet

yang terkena jerat di leher akan terus mati dan jika terkena pada

pinggang haiwan itu pula, ia boleh patah disebabkan beban berat kayu

penarik jerat.

Page 15: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Katanya, jerat Kumbang Berayun juga digunakan untuk menangkap

monyet dan konsepnya seakan-akan sama dengan Jerat Gau, cuma

berbeza pada bentuk tali jeratnya yang bulat dan lebih kecil.

“Masyarakat dulu biasanya tinggal jauh di pedalaman, cuma tiga atau

empat keluarga dan mudah jadi mangsa serangan harimau, jadi mereka

cipta jerat Penjara menggunakan umpan anjing dalam sangkar.

“Harimau cukup tertarik dan marah bila dengar salakan anjing dan sebab

itulah anjing dijadikan umpan, tetapi haiwan itu akan selamat daripada

harimau kerana berada dalam sangkar kecil yang dipasang dalam

sangkar utama,” jelasnya.

Jerat Penjara berbentuk empat segi dibina setinggi lelaki dewasa dan

lebarnya boleh memuatkan seekor harimau dewasa berusia puluhan

tahun. Ia mempunyai pintu masuk dipasang tali kecil yang akan

menjatuhkan pintu perangkap sebaik sasaran masuk dan cuba

membaham umpan.

Jika harimau terperangkap, Orang Asli akan membunuhnya beramai

ramai menggunakan lembing yang direjam di celah dinding kayu jerat

yang mungkin bagi sesetengah orang, cara itu agak kejam.

Bagaimanapun, satu lagi jenis jerat dipanggil Pelantik sebenarnya lebih

ganas dan boleh membunuh binatang dengan hanya satu hentakan

lembing dipasang padanya. Jika gajah boleh mati terkena tusukan kuat

lembing, pasti haiwan kecil lain seperti harimau, babi dan pelanduk lebih

mudah untuk dibunuh.

Dalam kata mudah, Pelantik umpama pelancar lembing yang sebenarnya

digunakan bagi tujuan kawalan kampung kerana ia kerap dipasang di

sekitar kediaman yang sering diancam harimau dan gajah.

Pelantik juga direka untuk membentuk ‘laluan khas’ bagi memastikan

binatang terperangkap, tapi binaannya lebih tegap dan banyak

menggunakan pokok hidup sebagai tiang pelancar lembing yang diikat

tali bagi memastikan binatang terkena tusukan tidak melarikan diri.

Page 16: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Di bahagian depan laluan binatang, Orang Asli akan memasang kayu

penahan kukuh bagi memastikan haiwan sasaran terus terperangkap

sebaik terkena panahan lembing. Jika tidak dipasang penahan, mungkin

haiwan sekadar jatuh dan masih boleh melarikan diri.

“Zaman dulu, kami gunakan buluh tajam sebagai senjata kerana ia lebih

bisa daripada lembing. Binatang juga biasanya tidak mengesyaki buluh

itu adalah perangkap berbanding jika kita guna senjata daripada besi,”

katanya.

Jerat untuk menangkap tikus dan tupai pula lebih ringkas, hanya

memerlukan sebatang rotan yang bertindak sebagai joran untuk menarik

jerat. Ia digelar Cenangong dan menggunakan umpan seperti jagung dan

ubi yang dipasang pada laluan haiwan kecil itu.

Sebaik tupai menarik umpan, tali kecil terlepas daripada penahan kecil

lalu membidas dan menjerat. Namun, jika tali jerat terkena pada kaki

atau ekor tupai, haiwan itu biasanya akan menggigit tali rotan hingga

putus dan kerana itu, kini Orang Asli menggantikannya dengan tali

dawai.

INFO: Jenis jerat digunakan Jakun Kampung Peta

Leher.

Penjara.

Gau.

Kaki.

Perangkap Pelanduk.

Kumbang Berayun.

Pentu.

Pelantik.

Cenangong.Jerat Pentu

Sejenis perangkap burung.

Dipasang pada musim panas antara Jun hingga Ogos.

Page 17: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Dipasang di tempat mandian burung seperti sungai, paya dan lopak.

Berbentuk seperti tali ampaian pakaian.

Tali diperbuat daripada rotan kecil dan disambung kepada tali halus untuk

ditarik pemburu.

Apabila burung bertenggek atau berjemur atas rotan, pemburu akan menarik

tali lalu membidas.

Keupayaan rotan yang boleh membidas sebanyak tiga kali dengan kuat boleh

memerangkap burung.

Burung akan patah kepak, putus kepala, cedera atau tidak boleh terbang.

Pemburu akan menyorok di dalam semak kira-kira 10 meter daripada

jerat.Jerat Kaki

Menangkap pelanduk dan burung.

Tidak menggunakan umpan.

Berbentuk seperti joran dan mempunyai tali panjang.

Biasa dipasang di tempat makan ayam hutan berdasarkan kesan tapak kaki.

Bila binatang terpijak jerat, tali joran akan membidas lalu menjerat kaki.

Binatang biasanya akan hidup selepas dijerat.

Pemburu akan memeriksa jerat dua hari sekali.Jerat Pelanduk

Berbentuk seperti serkap ayam tetapi panjang.

Menggunakan kayu panjang diikat rapi dan dibentuk separuh bulat.

Menggunakan umpan daun Udai (makanan pelanduk).

Umpan diikat tali yang akan menjatuhkan kayu penahan apabila ditarik.

Daun duri dijadikan atap jerat bagi mengelak pelanduk mati kesejukan jika

hujan.Jerat Leher

Perangkap musang, pelanduk dan napuh.

Menggunakan konsep joran sebagai pembidas tali jerat.

Dipasang di denai haiwan, tepi paya, sungai atau laluan sumber air.

Page 18: Jerat Ialah Sejenis Alat Perangkap Untuk Menangkap Binatang Di Hutan Seperti Ayam Hutan

Sekeliling jerat akan ditutup dengan daun dan hanya laluan jerat dibiarkan

terang.

Pemburu akan memeriksa jerat setiap pagi.