jenis-undian

3
JENIS-JENIS UNDIAN MENCABUT LIDI WARNA . Undian ini digunakan untuk menentukan: a. Kumpulan. b. Giliran bermain. c. Pemain yang memulakan permainan. Bahan yang digunakan untuk undian a. Lidi penyapu. b. Ranting kayu kecil. c. Batang kemuncup. Cara undian a. Bahan yang digunakan adalah antara 3-5 sentimeter. b. Jumlah bahan bergantung kepada bilangan pemain. c. Seorang menggenggam bahan, dan pastikan bahagian atas kelihatan sama. d. Untuk pembahagian kumpulan, bahan undian disediakan di dalam 2 warna . e. Pemain yang mendapat bahan yang berwarna merah atau biru akan memulakan permainan. LAI LAI LI THAM PLOM Undian ini digunakan untuk menentukan:

Upload: fitrii

Post on 12-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

fail

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS-UNDIAN

JENIS-JENIS UNDIAN

MENCABUT LIDI WARNA.

Undian ini digunakan untuk menentukan:

a. Kumpulan.

b. Giliran bermain.

c. Pemain yang memulakan permainan.

Bahan yang digunakan untuk undian

a. Lidi penyapu.

b. Ranting kayu kecil.

c. Batang kemuncup.

Cara undian

a. Bahan yang digunakan adalah antara 3-5 sentimeter.

b. Jumlah bahan bergantung kepada bilangan pemain.

c. Seorang menggenggam bahan, dan pastikan bahagian atas kelihatan sama.

d. Untuk pembahagian kumpulan, bahan undian disediakan di dalam 2 warna.

e. Pemain yang mendapat bahan yang berwarna merah atau biru akan memulakan

permainan.

LAI LAI LI THAM PLOM

Undian ini digunakan untuk menentukan:

a. Tukang jadi permainan.

b. Kumpulan.

c. Pemain yang memulakan permainan.

Bahan yang diperlukan: Tiada

Cara undian

a. Undian ini digunakan apabila pemainnya kurang daripada 10 orang.

b. Semua pemain berdiri dalam satu bulatan dan sama-sama menyebut atau

Page 2: JENIS-UNDIAN

menyanyikan seni kata:

“Lai Lai Li Tham Plom”

atau

“Lai Lai Li Li Tham Plom”

c. Pada sebutan perkataan terakhir iaitu “Plom”, semua pemain akan menghulurkan

tangan ke

tengah bulatan sama ada secara menadah ke atas atau menelangkup ke bawah.

d. Ada dua perkara yang harus dilakukaan sebelum tangan dihulurkan ke tengah

bulatan :

1) Pemain menyanyi sambil membalik-balikkan tangan di tengah bulatan dan berhenti

apabila perkataan “Plom” disebut.

2) Pemain menyembunyikan tangan di belakang dan menghulurkan

tangan apabila perkataan “Plom” disebut.

e. Pemain yang mempunyai lambang tangan yang sama membentuk satu

kumpulan.

f. Pemain yang lambang tangannya berlainan daripada yang lain akan berperanan

sebagai tukang jadi atau menerima giliran pertama.

Penyumbang: tidak dinyatakan

Masyarakat: tidak dinyatakan

Pengumpul: tidak dinyatakan