jenis komponen elektronik dan fungsi.docx

16
Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi Jenis Komponen Elektronik Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif dan komponen aktif . Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidak menyumbang kepada gandaan voltan, dan arus kepada suatu litar. Ianya tidak memerlukan sebarang input untuk berfungsi. Contoh komponen pasif ialah perintang, kapasitor dan induktor. Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gandaan voltan, dan arus. Komponen ini juga boleh menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibina menggunakan bahan separuh pengalir. Contoh komponen aktif ialah transistor, diod dan litar bersepadu Komponen Pasif Perintang Perintang Tetap (Jenis Karbon) Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adany a rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm (Ω). Terdapat dua jenis perintang: 1. Perintang tetap– perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap

Upload: doreen-tiong

Post on 14-Jul-2016

471 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

Jenis Komponen Elektronik dan FungsiJenis Komponen Elektronik

Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif  dan komponen aktif .  Komponen pasif ialah komponen-komponen yang  tidak menyumbang kepada gandaan voltan, dan arus kepada suatu litar. Ianya tidak memerlukan sebarang input untuk berfungsi.  Contoh komponen pasif ialah perintang, kapasitor dan induktor. Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gandaan voltan, dan arus. Komponen ini juga boleh menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibina menggunakan bahan separuh pengalir.  Contoh komponen aktif ialah transistor, diod dan litar bersepadu

Komponen Pasif

Perintang

Perintang Tetap (Jenis Karbon)

Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm (Ω).

Terdapat dua jenis perintang:1. Perintang tetap– perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap2. Perintang boleh ubah – perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah

Page 2: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

Perintang Tetap (Berlilit Dawai)

Perintang Boleh Ubah (Potentiometer)

Kapasitor

Kapasitor merupakan satu komponen pasif yang dapat menyimpan cas elektrik. Ia boleh dicas dan dinyahcas. Kapasitor mampu menghalang aliran arus terus apabila ianya dicas sepenuhnya. Sebaliknya kapasitor membenarkan arus ulang–alik mengalir dalam litar.

Kapasitor (Elektrolit)

Page 3: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

Kapasitor (Seramik)Induktor

Induktor atau gegelung adalah wayar atau konduktor elektrik yang dililit dalam bentuk silinder atau gegelung. Nilai kearuhan sesuatu inductor disukat dalam unit Henry, H. Ia banyak digunakan dalam litar elektronik dan elektrik sebagai penapis, pengayun dan menentang arus ulang-alik. Ianya biasa digunakan untuk menghasilkan voltan aruhan.

InduktorKomponen Aktif

Diod

Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah.

Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-Pdan jenis-N. Cantuman ini menghasilkan diod simpang. Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan anod (+) sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-). Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan menghalang aliran arus apabila mendapat pincang balikan.

Page 4: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

Diod

Diod Pemancar Cahaya (LED)

LEDDiod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada anod dan negatif pada katod. LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala. LED biasa digunakan sebagai penunjuk. LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1.5V). Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan arus berlebihan mengalir melaluinya.

Transistor (Simpang Dwi Kutub) - BJT

Transistor berfungsi sebagai suis elektronik. Komponen ini juga berfungsi sebagai penguat untuk menggandakan arus, voltan atau kuasa. Antara sumbangan transistor kepada bidang elektronik ialah : litar menjadi lebih kecil litar beroperasi tanpa kuasa pemanas – menjimatkan tenaga menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah peralatan elektronik lebih tahan lasak

Page 5: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

Transistor

2.1 nama, simbol, dan fungsi komponen elektronik

simbol L.E.D

kesenian L.E.D

2.11 DIOD PEMANCAR CAHAYA (L.ED)1) Diod pemancar cahaya (L.E.D) ATAU light emiting diode adalah sejenis komponen elektrik    yang dibuat daripada bahan semikonduktor yang memancarkan cahaya dengan kehadiran arus.2) Diod dapat diperoleh dalam pelbagai jenis warna.3. Diod pemancar cahaya tidak mempunyai filamen dan tahan lebih lama daripada mentol.

Page 6: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

Add caption

                                                                                                                                                                                                        

Kaki katod Kaki anod Bercas negatif Bercas positif Mempunyai kaki yang pendek

Mempunyai kaki yang panjang    

Berhampiran dengan permukaan yang rata

 Jauh dari permukaan rata

 Bersambung dengan bahagian yang berbentuk bendera

 Bersambung dengan bahagian yang berbentuk kecil

perintang

                                                         

2.1.2 PERINTANG1- Perintang biasanya digunakan dalam litar untuk mengawal arus dan menghadkan aliran arus     dalam litar elektrik.2- Nilai rintangan disukat dalam unit ohm.3. Perintang tidak mempunyai kekutuban dan dapat dipasang tanpa

Page 7: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

    mengikut kekutuban.

Perintang tetap Perintang boleh laras    Nilai rintangan tidak dapat      diubah  Terdiri daripada jenis karbon (karbon dan tanahliat) dan jenis berlilit dawai (nikrom dan nagan)

 

                            simbol

 Nilai rintangan boleh diubah  Digunakan pada peralatan eletrik yang memerlukan nilai arusnya yang berubah-ubah upaya dan rheostat

              

                           simbol             

Cara untuk membaca nilai perintang

1)    1 )   Perintang mempunyai nilai yang tetap dan dilabelkan mengikut kod warna.2     2)   Ketiga-tiga jalur pertama pada perintang tetap menunjukkan hasil rintangan dan jalur yang ke       empat  menunjukkan had terimanya (nilai tolenrasi).        3)   Kod perintang tetap adalah seperti yang berikut:

HITAM 0PERANG 1MERAH 2JINGGA 3KUNING 4HIJAU 5BIRU 6UNGU 7KELABU 8PUTIH 9

41)       Nilai tolenrasi (jalur ke tempat) pada perintang tetap adalah seperti yang berikut:

Page 8: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

Warna Emas Perak TiadaHad Terima ± 5% ± 10% ± 20%

Unit Nilai Rintangan100 ohm  = 1 kilo ohm

1000 ohm   = 1 Mega ohm1 000 000  = 1 Mega ohm

kapasitor

2.1.3 KAPASITORa- kapasitor juga dikenal sebagai pemuat dan  berfungsi menyimpan dan membuang cas elektrik.b- keupayaan kapasitor untuk menyimpan cas ini disebut  kapasitan dan unit asas nilai kapasitan    ialah Farad (F).                                                        c-Semakin tinggi nilai kapasitan sesuatu kapasitor,semakin    banyak cas yang dapat disimpan.

Page 9: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

KAPASITOR BERKUTUB KAPASITOR TIDAK BERKUTUB Mempunyai dua kaki yang berlainan kutub. Kaki yang lebih panjang adalah kaki positif dan kaki yang pendek adalah kaki negative. Kaki yang berhampiran dengan tanda (-)  pada kapasitor adalah kaki negative. Kaki ini mesti bersambung mengikut kekutuban kaki.contoh kapasitor elektrolitik kapasitor tantalum

Dua kaki sama panjang. Tidak perlu disambung mengikut kekutuban. Biasanya menyimpan cas yang lebih sedikit berbanding kapasitor berkutub. Saiz badan lebih kecil. Symbol kapasitor tidak berkutub

contoh   kapasitor seramik   kapasitor mika

2.1.4 SUIS

Page 10: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

1. Suis digunakan untuk menyambungkan dan memutuskan bekalan arus eletrik di dalam litar.2. Suis disambung secara siri pada wayar hodup dan bahagian luarnya biasanya dibuat daripada bahan                

    penebat seperti plastik atau bakelit.3. Apabila suis ditutup, arus akan mengalir di dalam litar. Apabila suis dibuka, arus tidak akan mengalir di    dalam litar.4. Suis yang biasa diguanakan dalam litar termasuklah suis togel, suis tekan buka, dan suis tekan tutup.

Jenis suis dan keterangannya.

suis togel

simbol suis togel

arus mengalir apabila punat ditekan atau ditolak. arus berhenti mengakir apabila punat ditekan atau ditolak ke arah berlawanan.

Page 11: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

suis tekan buka dan suis tekan tutup

terdapat dua jenis suis tekansuis tekan buka apabila punat suis ditekan, arus tidak mengalir, sebaliknya arus akan mengalir apabila punat suis dilepaskan. digunakan dalam litar mentol pada peti sejuk dan litar mentol pada kenderaan.

suis tekan buka

suis tekan tutup apabila punat suis ini ditekan, arus akan mengalir dalam litar, arus akan mengalir berhenti mengalir jika punat suis ini delepaskan. digunakan pada litar loceng rumah.

2.1.5 TRANSISTOR1. Transistor digunakan dalam litar untuk meninggikan arus, voltan, kuasa dan berfungsi sebagai suis2. Transisitor dibuat daripada bahan semikonduktor (separa pengalir) seperti silikon dan germanium.3. Transistor banyak digunakan dalam radio, televisyen dan komputer.4. Transistor mempunyai tiga kaki iaitu:    a) kaki pemancar (E) atau emitt  mengeluarkan arus untuk kembali ke punca negatif.    b) kaki pemungut (C) atau college menerima arus eletrik daripada punca positif bateri.    c) kaki tapak (B) atau base mengawal arus elektrik daripada kaki C ke kaki E. biasanya disambung pada perintang tetap5. Terdapat dua jenis transistor, iaitu transistor jenis NPN dan transistor jenis PNP.6. Binaan transistor jenis NPN :

Page 12: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx

7. Binaan trasistor jenis PNP :

2.1.6 BUZER1 Buzer ialah komponen yang menukarkan gelombang elektrik ke gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi.2. Buzer berkuasa rendah dan memerlukan arus elektrik yang rendah. Buzer selalu digunakan untuk     mengeluarkan isyarat bunyi penggera.3. Terdapat dua jenis buzer yang biasanya digunakan, iaitu :

 Buzer Piezo Buzer Elektromagnet  menghasilkan nada bunyi yang nyaring. berkutub positif dan negatif. voltan antara 1.5v -12v untuk berfungsi.

menghasilkan nada bunyi yang rendah. tidak berkutub. voltan antara 6v-12v untuk berfungsi

Page 13: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx
Page 14: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx
Page 15: Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi.docx