jenis-jenis dadah & kesannya

15
Jenis-Jenis Dadah & Kesannya Kumpulan : D Muhammad Kamarul bin Mustaffa Muhammad Amirul Aiman bin Azman Muhammad Hanafi bin Kamarudzaman Muhammad Farid bin Zulkifli

Upload: muhammad-farid

Post on 09-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

dadah

TRANSCRIPT

Jenis-Jenis Dadah & Kesannya

Jenis-Jenis Dadah & KesannyaKumpulan : DMuhammad Kamarul bin MustaffaMuhammad Amirul Aiman bin AzmanMuhammad Hanafi bin KamarudzamanMuhammad Farid bin ZulkifliSebab memilihMemberi pengetahuan tentang jenis-jenis dadah dan kesannya dengan lebih mendalam.Supaya kita atau masyarakat tidak akan terjerumus ke arah penyalahgunaannya.

Isi KandunganPengenalanJenis Jenis DadahKesan-Kesan DadahKesimpulan

Di dalam Bahasa Inggeris Drug bermaksud ubat-ubatanMenurut Kamus Dewan untuk memberi takrifan penyalah gunaan kepada Drug perkataan Use atau Abuse perlu digunakan bersama perkataan DrugDadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.JENIS JENIS DADAHKANABIS (GANJA)

Ia juga dikenali sebagai marihuana atau marijuana.Marijuana dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.Nama saintifik tumbuhan ini ialahCannabis sativa dan Cannabis indica.Terdapat beberapa jenis bahan kimia dalam tumbuhan ganja. Antaranya ialah kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik, dan sebagainya. Tetapi bahan yang dikenal pasti sebagai memberi kesan penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun lebih ringkasnya, THC.

Kesan??

mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa yang singkat (18-24 bulan).Kandungan asap karbon monoksida dan ammoniaakan merosakkan sistem ketahanan paru-paru yang berfungsi sebagai penapis bahan asing dan bakteria.Paru-paru akan menjadi hitam dan mendatangkan penyakit kanser

Menagih kanabis boleh mengubah persepsi masa dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka pendek.Seseorang itu akanmenjadi bimbang dansyak sehinggamerasa dirinya tidak terkawal lagi. Ia merosakkan personaliti secara keseluruhan dan menyebabkan seseorang itumengasingkandiri dari keluarga. Perubahan yang paling ketara ialah sikaptidak peduli, kurang motivasi dantidak mengambil berat tentang masa depan.

STIMULANAmphetamine Kapsul, pil, tablet

Metafetamin serbuk putih, berbentuk kristal, seperti kristal, pil

Stimulan Jenis Amfetamine (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas SISTEM SARAF PUSAT atau CENTRAL NERVOUS SYSTEM (CNS) . Ia merupakan jenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia.Kesan??

Perasaan yakin pada diri sendiri, bertenaga dan cergas serta dapat melakukan apa jua jenis pekerjaan.Boleh berjaga tanpa tidur sehingga 2-3 hariTidak merasa lapar dan penat.

Keadaan gila yang dipanggil psikosis selepas mengambil satu dos besar amfetamin atau selepas menggunakan beberapa dos biasa dengan berterusan.Akan mengalami Paranoia atau perasaan syak wasangka.Halusinasi akan menjadi agresif terhadap orang lainPenagih kronik menjadi psikotik, bingung dan hilang daya ingatan selama 6-12 bulan selepas berhenti menggunakan amfetamin.

DEPRESENBarbiturat Kapsul yang bewarna merah, kuning dan biru.Methaqualone TabletTranquilizers Tablet kapsul

Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan.Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang, meredakan kesakitan dan untuk tidur lena.Kesan??

Pengambilan dosyang tinggi menyebabkan pertuturan menjadi kurang jelas,persepsi tidak tepat, berjalan terhoyong hayang, hilang pertimbangan,marah-marah,hilang daya ransangan dan suka bertengkar.Apabila penggunaannya dihentikan dengan tiba-tiba, gejala tarikan seperti berikut akan berlaku:

Tidak boleh tidurLemah anggota badanSuhu badan meningkatSakit anggota badanMuntah-muntahBingungSawan dan Maut

HALUSINOGENPhencyclidine Cecair, kapsul, serbuk kristal berwarna putihLysergic Acid Diethylamide tablet yang berwarna terang, blotter paper, cecairMescaline dan Peyote berwarna coklat, tablet, kapsulPsilocybin cendawan kering atau segar

Halusinogen adalah sejenis dadah yang mengubah pencerapan deria.Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan berlakunya ilusi sehingga amat susah membezakan yang benar dan yang tidak.

Kesan??

Penggunaan PCP menunggu fungsi neocorteksdalam otak yang menyebabkan seseorang itu tidak merasa sakitdan akan mencederakan diri sendiri.Koordinasi otot-otot menjadi lemah, percakapan juga tidak dapat difahami dan daya ingatan yang lemah.Mengalami halusinasi dan paranoiaKajian KesNama : Ali bin Abu ( bukan nama sebenar )Umur : 20 Tahun.Jenis dadah yang diambil : Canabis ( Ganja ).Kesan : Berkhayal dan berhalusinasi.Tempoh : 2002- 2006Kesan selepas : Paru paru menjadi hitam dan rosak.Sebab ambil dadah : Sendiri ingin mengetahuinya lalu terjebak dan ketagihan.

KesimpulanDadah membawa kesan yang buruk sekiranya cara dan penggunaannya tidak digunakan secara berhati-hati. Kesan kepada penyalahgunaan bagi tiap-tiap jenis dadah akan membawa kepada implikasi yang negatif terhadap badan. Perkara yang jauh lebuh buruk penggunaan dadah yang salah akan menyebabkan maut.