mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

55
Chapter 1 Microorganisms and their effects on living things (mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan)

Upload: snazzydeep

Post on 07-Aug-2015

383 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Sains Tingkatan 5

TRANSCRIPT

Page 1: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Chapter 1

Microorganisms and their effects on living things

(mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan)

Page 2: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

1) Mikroorganisma ialah hidupan seni yang hanya dapat dilihat menerusi mikroskop.

2) Sesetengah mikroorganisma berfaedah kepada manusia dan ada juga yang berbahaya kepada manusia.

3) Mikroorganisma dikelaskan kepada 5 kumpulan:a) bakteriab) virusc) kulatd) protozoae) alga

4) Ia dikelaskan kepada ciri-ciri sepunya seperti saiz, rupa bentuk, cara pembiakan, nutrisi dan habitat.

1.1 Pengelasan mikroorganisma

Page 3: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Kulat MikroorganismaBakteria

Virus AlgaProtozoa

Page 4: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Bakteria Saiz saiz antara 0.5-10µm

Rupa bentuk tiada nukleus sebenar bentuk: kokus, basilus, vibrio dan spirilum

Cara pembiakan pembiakan aseks secara belahan dedua

Nutrisi bakteria parasit: memperoleh makanan dari organisma hidup bakteria saprofit: memperoleh makanan dari organisma mati seperti bangkai haiwan bakteria autotrof: membuat makanan sendiri melalui fotosintesis

Habitat terdapat di merata-rata tempat

Page 5: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Vibrio – bentuk koma

Kokus – bentuk sfera Basilus – bentuk silinder

atau rod

Spirilum – bentuk

pusar atau lingkaran

Page 6: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Virus Saiz mikroorganisma paling seni, boleh dilihat

dengan mikroskop elektron saiz antara 0.02-0.4µm

Rupa bentuk tidak mempunyai sel, sitoplasma, nukleus dan membran bentuk: pilin, sfera, rod

Cara pembiakan membiak dalam sel hidupan (perumah) dengan cara menggandakan dirinya (replikasi)

Nutrisi merupakan parasit yang boleh menyebabkan penyakit

Habitat hidup dalam sel hidup (perumah) di luar perumah virus menghablur dan menjadi zarah bukan hidup

Page 7: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 8: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Cara pembiakan virus

a) Virus melekat pada sel perumah dan menyuntik maklumat genetik (DNA) ke dalam sel perumah.

b) DNA virus mengambil alih dan menghasilkan DNA baru dalam sel hidup.

c) Virus baru terbentuk.d) Virus-virus itu memecahkan sel

perumah dan membebaskan diri. Sel perumah tersebut mati.

Page 9: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Kulat Saiz saiz antara 10-100µm

Rupa bentuk merupakan tumbuhan yang mempunyai dinding sel dan nukleus tetapi tidak mempunyai akar, batang atau daun pelbagai rupa bentuk seperti filamen dan sfera

Cara pembiakan melalui pembiakan aseks secara pembentukan spora atau pertunasan cth: mukor-pembentukan spora, yis-pertunasan

Nutrisi tumbuhan yang tidak mempunyai klorofil. Oleh itu ia tidak membuat makanan sendiri.Kulat hidup sebagai saprofit dan parasit

Habitat hidup di tempat gelap dan lembapBoleh dijumpai di atas benda reput seperti bangkai haiwan

Page 10: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Filamen

Rupa bentuk kulat

Sfera

Page 11: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Protozoa Saiz saiz antara 5-250µm

Rupa bentuk organisma akuatik yang bersel tunggal mempunyai nukleus dan sitoplasma yang diselaputi oleh membran sel rupa bentuk berbeza dan kebanyakannya mempunyai silium untuk pergerakan

Cara pembiakan secara belahan dedua pembiakan seks secara penkonjugatan

Nutrisi saprofit: memperoleh makanan daripada bahan reput. Contoh: ameba, paramesium parasit: hidup dalam organisma lain. Contoh: plasmodium

Habitat hidup dalam air tawar dan air masin hidup di tempat lembap seperti tanah lembap hidup dalam sel hidup sebagai parasit

Page 12: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 13: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Alga

Saiz saiz antara 1-10 000µm

Rupa bentuk mempunyai struktur sel tumbuhan seperti dinding sel berselulosa, nukleus, sitoplasma, klorofil tidak mempunyai batang, akar atau daun sebenar mempunyai pelbagai rupa bentuk seperti filamen dan sfera

Cara pembiakan membiak secara pembiakan aseks melalui belahan dedua terdapat juga alga yang melakukan pembiakan seks secara konjugasi. Contoh: spirogira

Nutrisi autotrof: membuat makanan sendiri melalui fotosintesis

Habitat hidup di tempat lembap yang bercahaya di kawasan air tawar atau air masin

Page 14: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 15: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

1) Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma:

a) nutrien

b) kelembapan

c) cahaya

d) suhu

e) nilai pH

1.2 Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma

Page 16: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Faktor Penerangan

Nutrien mikroorganisma saprofit: memperoleh nutrien dari bahan organik mati seperti kayu reput dan bangkai haiwan mikroorganisma parasit: memperoleh nutrien dari organisma hidup mikroorganisma autotrof: membuat makanan sendiri melalui fotosintesis

Kelembapan semua mikroorganisma memerlukan air untuk pertumbuhan dan akan mati dalam keadaan kering aktiviti biokimia yang berlaku dalam mikroorganisma memerlukan medium berair

Cahaya kebanyakan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat hidup dalam keadaan gelap dan lembap. Mikroorganisma ini mungkin terbunuh dalam cahaya matahari terik. mikroorganisma berklorofil seperti alga hidup di tempat bercahaya untuk melakukan proses fotosintesis

Page 17: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Suhu • mikroorganisma tumbuh dan membiak dengan pesat pada suhu 30-40°C• virus dan bakteria hidup pada suhu badan manusia iaitu 37°C• mikroorganisma tidak aktif dan tumbuh perlahan pada suhu 0-5°C• mikroorganisma mati pada suhu melebihi 60°C tetapi spora bakteria dapat hidup sehingga 120°C

Nilai pH • mikroorganisma sesuai hidup pada pH 7 (neutral), iaitu dalam julat pH 6-9• kebanyakan bakteria sesuai tumbuh dalam keadaan sedikit beralkali iaitu pH 7.4• kebanyakan protozoa dan kulat sesuai tumbuh dalam keadaan berasid iaitu pH 6.8

Page 18: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 19: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

1) Terdapat pelbagai mikroorganisma yang memberi manfaat kepada manusia.

2) Mikroorganisma memainkan peranan penting dalam:a) pencernaan makananb) proses pereputanc) perubatand) pertaniane) perindustrian

1.3 Mikroorganisma yang berfaedah

Page 20: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

a) Pencernaan makanan Bakteria yang terdapat dalam usus

besar manusia bertindak ke atas sisa makanan dan menghasilkan vitamin B dan K yang kemudian diserap ke dalam badan untuk kesihatan

Page 21: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 22: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

b) Proses pereputan Bakteria dan kulat menguraikan bahan

organik mati kepada yang lebih ringkas yang dapat diserap oleh tumbuhan dan untuk mengekalkan kesuburan tanah

Bakteria, protozoa dan kulat digunakan dalam loji pengolahan kumbahan untuk menguraikan bahan yang toksik kepada tidak berbahaya seperti air, karbon dioksida dan garam mineral

Page 23: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 24: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

c) Perubatan Virus dan bakteria digunakan untuk

menyediakan vaksin untuk melindungi manusia daripada penyakit tertentu

Sesetengah kulat seperti penisilin digunakan untuk menghasilkan antibiotik

Alga mengandungi bahan kimia seperti beta-karotina yang dapat mencegah kanser

Page 25: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 26: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

d) Pertanian Bakteria dan kulat pengurai menguraikan

bahan organik mati kepada humus untuk diserap oleh tumbuhan

Bakteria pengikat nitrogen yang hidup dalam nodul akar tumbuhan kekacang dan dalam tanah mengikat gas nitrogen di atmosfera dan menukarkannya kepada nitrat yang kemudian diserap oleh tumbuhan untuk membina protein

Page 27: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 28: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

e) Perindustrian

Yis digunakan untuk menaikkan adunan roti dan kek

Bakteria digunakan untuk membuat makanan seperti cuka, keju dan dadih

Dalam industri pembuatan barangan kulit, bakteria menyingkirkan tisu dan lemak daripada kulit haiwan

Page 29: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 30: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

• D:\microorganisms\Bacteria Growth.FLV

• D:\microorganisms\Bacterial Conjugation.FLV

• D:\microorganisms\Hydra.FLV

• D:\microorganisms\Bread Mold.FLV

• D:\microorganisms\viral reproduction =].FLV

Page 31: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

1.4 Kesan berbahaya mikroorganisma

KUMPULAN MIKROORGANISMA

PENYAKIT GEJALA (TANDA-TANDA)

Bakteriatibi (batuk kering)

batuk berpanjangan,mengeluarkan kahak kuning kehijauan

Bakteria taun cirit birit dan muntah

Protozoa malaria demam berpanjangan

Virus AIDSselalu sakit, susut berat badan, lumpuh sistem keimunan badan

Kulat Kurap kulit gatal-gatal

Page 32: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Cara jangkitan penyakit1) Penyakit dapat merebak ke manusia

melalui:a) udara (titisan air)b) airc) makanand) sentuhane) vektor

2) Vektor ialah organisma yang membawa atau memindahkan patogen ke badan manusia.

Page 33: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Cara jangkitan penyakit

Penerangan ringkas

Melalui vektor nyamuk memindahkan patogen ke badan manusia melalui gigitan. Cth penyakit: malaria, demam denggi

Melalui air sumber air yang tercemar boleh menyebabkan penyakit. Cth penyakit: taun, hepatitis A

Melalui udara apabila seorang pesakit bersin, batuk atau bercakap, patogen disebarkan melalui udara ke sekeliling. Cth penyakit: selesema, tibi

Melalui makanan

makanan tercemar apabila disentuh dengan tangan kotor, disediakan dengan air tercemar atau dihinggapi lalat. Cth penyakit: taun, disenteri

Melalui sentuhan

penyakit boleh tersebar melalui sentuhan dengan pesakit seperti perhubungan seks, pemindahan darah dan perkongsian jarum. Cth penyakit: AIDS, hepatitis B

Page 34: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

1) Cara mencegah penyakit:

a) kawalan vektor

b) pensterilan

c) pengimunan

1.5 Pencegahan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma

Page 35: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

a) Kawalan vektor

1) Vektor ialah agen pembawa penyakit.2) Lalat dan nyamuk adalah dua vektor

utama yang memindahkan patogen kepada manusia.

3) Penyakit taun dan hepatitis A dapat dicegah jika populasi lalat dikawal.

4) Demam denggi dan malaria dapat dicegah jika pembiakan nyamuk dihalang.

Page 36: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 37: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Kawalan nyamuk

1) Nyamuk betina bertelur di permukaan air tenang. Oleh itu jentik-jentik nyamuk dapat dikawal dengan:a) jangan biarkan air bertakungb) semburkan minyak pada permukaan

air longkang atau kolam untuk menghalang larva dan pupa daripada naik ke permukaan air untuk bernafas

c) bubuh ubat jentik-jentik ke dalam air

Page 38: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

2) Nyamuk dewasa dapat dikawal dengan:a) sembur racun seranggab) pasang jaring halus pada pintu

atau tingkap

Page 39: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Kawalan lalat

1) Lalat bertelur pada makanan atau sisa makanan yang reput. Oleh itu ia dapat dikawal dengan:a) menutup makanan b) menjaga kebersihan rumahc) membunuh lalat dewasa dengan

menggunakan perangkap elektrik atau racun serangga

Page 40: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 41: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

b) Pensterilan

1) Pensterilan adalah satu proses pemusnahan mikroorganisma termasuk sporanya.

2) Kaedah-kaedah pensterilan adalah seperti berikut:

Page 42: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Kaedah pensterilan

Penggunaan haba

Penggunaan sinaran

Penggunaan bahan kimia

• pemanasan • pendidihan• autoklaf (mensteril dengan stim di bawah tekanan tinggi)

• antiseptik• disinfektan (bahan pembasmi kuman)

• sinaran gama• sinaran ultraungu

Page 43: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Penggunaan haba

Page 44: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Penggunaan bahan kimia

Page 45: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Penggunaan sinaran

Page 46: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

c) Pengimunan 1) Keimunan ialah keupayaan badan untuk

menentang penyakit disebabkan oleh patogen.

2) Pemvaksinan ialah cara yang selalu digunakan dalam proses pengimunan.

3) Pemvaksinan ialah proses penyuntikan patogen (vaksin) yang dilemahkan atau dimatikan ke dalam badan untuk merangsang badan menghasilkan antibodi tertentu.

4) Dua jenis keimunan: keimunan aktif dan keimunan pasif

Page 47: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 48: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Keimunan aktif

Keimunan aktif

Keimunan aktif semula jadi Keimunan aktif buatan

• diperoleh apabila seseorang telah sembuh daripada penyakit. Badannya mempunyai antibodi untuk melawan penyakit berkenaan.• cth: demam campak, cacar

• diperoleh melalui suntikan vaksin• diberi kepada orang yang sihat yang belum dijangkiti penyakit • cth: vaksin BCG untuk tibi

Page 49: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Keimunan pasif

Keimunan pasif

Keimunan pasif semula jadi Keimunan pasif buatan

• fetus memperoleh antibodi daripada ibu semasa dalam uterus• bayi mendapat antibodi melalui susu ibu

* Antiserum diekstrak drpd darah haiwan spt kuda yg sengaja dijangkiti penyakit yg sama

• antiserum iaitu sejenis plasma darah yg mengandungi antibodi yang dapat menentang penyakit disuntik• cth penyakit: tetanus, anjing gila (rabies)

Page 50: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan
Page 51: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Patogen X

Menyerang badan

Disuntik ke dalam badan kuda

Antiserum diekstrak dan disuntik ke dlm

bdn

1

2

3

Page 52: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Perbandingan antara keimunan aktif dan keimunan pasif

Perbezaan Keimunan aktif (vaksin) Keimunan pasif (antiserum)

Kandungan bahan yg disuntik

Bakteria atau virus yg dilemahkan atau dimatikan

Plasma darah yg mengandungi antibodi

Jenis bahan yg diterima oleh badan

Antigen Antibodi

Tujuan keimunan Mencegah penyakit Merawat penyakit

Masa yg diambil untuk memperoleh keimunan

Masa yg panjang Serta merta

Orang yg diberi keimunan

Orang yg sihat yg belum dijangkiti penyakit

Orang yg sedang menghidapi penyakit

Ketahanan keimunan Tahan lama Tidak tahan lama

Page 53: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

1) Terdapat dua cara rawatan:

a) rawatan moden

b) rawatan tradisional

1.6 Rawatan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma

Page 54: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Rawatan moden

Antibiotik

Antikulat (antifungal)

Antiserum

Ubat sintetik

Pembedahan

Radioterapi

Page 55: Mikroorganisma dan kesannya terhadapan hidupan

Rawatan tradisional

Lendir buaya dapat merawat penyakit kulit

Bawang putih dapat merawat tekanan darah tinggi

Ginseng dapat membina pertahanan badan

Madu dapat melegakan kesakitan kulit melecur