jenis-jenis dadah

Upload: shuha-damuslim

Post on 20-Jul-2015

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JENIS-JENIS DADAH Dadah terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah seperti Opiat, Kanabis, Psikotrapik, Stimulant, Halusinogen, Inhalant, dan bahan-bahan lain yang disalahgunakan.

Opiat

Dadah jenis Opiat merupakan sejenis bahan perubatan untuk menidur serta melegakan kesakitan. Opiat juga dipercayai memiliki potensi yang tinggi untuk ketagihan. Dadah jenis Opiat terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Candu, Heroin, Morfin, dan Kodein.

Bahan asas kepada Candu ialah getah bunga popi yang dikeluarkan oleh negara Amerika Selatan dan Columbia. Candu juga terbahagi kepada candu mentah, candu masak, dan tahi candu yang lazimnya diambil dengan cara menghisap menggunakan paip atau telan. Kesan pengambilannya pula, pengguna akan mengantuk, badan menjadi lemah dan adakalanya mengalami gangguan jiwa.

Bahan asas kepada Heroin pula ialah seperti acetic, anhydride, acetone, acetic acid, calcium oxide dan potassium carbonate yang dikeluarkan di negara Guatamala, Mexico,Asia Tenggara, Burma, Laos, Thailand, Asia Barat dan Afghanistan. Jenis-jenis Heroin adalah seperti Heroin no.3, no.4, Brown Heroin dan Heroin Black Tar yang diambil dengan cara

memasukkannya ke dalam rokok, dihisap, disuntik atau dicairkan. Kesan pengambilannya tanggapan pengguna menjadi kurang jelas serta tidak dapat menumpukan perhatian penuh.

Seterusnya, bahan asas bagi Morfin dan Kodein pula ialah opium alkaloid yang didatangkan dari negara Pakistan. Antara jenis-jenis Morfin ialah White Powder, White Stuff, Morfin mentah, Base Morfin dan Pil Morfin. Akibat daripada pengambilannya ialah pengguna akan berasa resah, cirit birit, sakit perut dan berpeluh. Pengguna selalunya menggunakan teknik seperti mencairkan Morfin lalu disuntik ke dalam pembuluh darah. Kodein pula diminum dalam bentuk ubat batuk dan kesan pengambilannya hampir sama dengan pengambilan Heroin. Kanabis

Semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok Genus Cannabis Bahan Kimia Tetra Hydrocannabinol (THC). Negara pengeluar utama dadah jenis Kanabis ini adalah Laos, Thailand, Cambodia, Filiphina dan Indonesia.

Ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok Kanabis yang dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia dikatakan menyerupai tembakau. Lazimnya, pengguna Ganja. Hashish, dan Marijuana akan menghisap dalam rokok dan mengunyah, bersama-sama makanan seperti nasi dan biskut.

Dadah jenis Kanabis ini juga tidak terkecuali memberikan kesan daripada pengambilannya. Simpton-simpton seperti pergantungan, ketagihan, tekanan jiwa, halusinasi, bertambah selera makan, dan pergerakan tidak agresif akan terkesan kepada diri pengguna.

Depresant

Dadah jenis Depresant merupakan bahan yang digunakan bagi tujuan perubatan iaitu sebagai ubat penenang serta untuk menukarkan sistem saraf pusat. Antara dadah jenis Depresant ialah seperti Methaqualone, Tranquliser, Eremin 5 dan Rohypnol.

Bahan asas kepada Methaqualone ialah acetic anhydride, acetone, antranitic acid, ethyl ether dan toluene yang dikeluarkan oleh negara seperti India, Jepun dan Benua Eropah. Tranquliser pula terdiri daripada bahan asas seperti benzodiazephine, diazepam, chlorochazepoxide, aprazolam, triazolam, nimetrazepam dan flunitrazepam yang didatangkan dari Amerika Syarikat, Mexico serta Columbia. Kedua-dua bentuk Depresant ini dicampur dengan Heroin sebelum dimakan. Kesannya, pengguna dadah jenis ini tidak boleh tidur, suhu badan meningkat, dan mengalami tekanan darah rendah.

Eremin 5 pula terdiri daripada bahan asas seperti triazolam dan nimetrazepam yang dikeluarkan oleh negara China, Taiwan dan Myanmar. Dadah jenis Depresant seperti Rohypnol dihasilkan dalam bentuk pil yang boleh mendatangkan kesan seperti kebimbangan, ketakutan dan gejala sukar tidur kepada penggunanya.

Psikotrapik

Dadah jenis Psikotrapik adalah dadah yang bertindak balas dengan otak dan mampu meransang fizikal individu. Contoh-contoh dadah Psikotrapik ialah seperti Syabu, Amphetamine dan Ecstasy.

Dadah Psikotrapik seperti Methamphetamine Syabu mengandungi bahan asas seperti acetic acid antihydride acetone, chloroform, 2-propanone dan Psendophedrine. Tempat pengeluaran Syabu ialah seperti di negara China, Taiwan dan Myanmar. Syabu dihasilkan dalam bentuk kapsul yang diambil dengan cara chasing the dragon. Pengguna dadah bentuk ini lazimnya akan merasai keyakinan dalam diri dan mampu berjaga tanpa tidur sepanjang dua hingga tiga hari.

Seterusnya, dadah Psikotrapik seperti Amphetamine dihasilkan daripada bahan asas seperti chloroform acetic asid palladium hydrogen gas phenylacetic dari negara Jerman dan Belanda. Amphetamine juga terdapat dalam bentuk kapsul yang mana tujuan asalnya digunakan untuk perubatan peransang kepada sistem saraf pusat iaitu menahan rasa mengantuk dan keletihan.

Methylendioxymeth Amphetamine (MDMA) seperti pil Ecstasy pula mengandungi bahan asas seperti acid acetic, acetone, chloroform ethy ether, hydrochloric acid, isosafrole dan

peperonal yang didatangkan dari Belanda, Jerman serta Indonesia. Pil Ecstasy ini akan menyebabkan pengamalnya berasa resah, tidak boleh tidur, tidak lapar dan bercakap berlebihan.

Stimulant

Dadah jenis Stimulant bertindak sebagai peransang. Contoh dadah jenis ini ialah Phetamine Kokain yang terdiri daripada daun Koka, paste Koka, Kokain freebase dan crack Kokain.

Kokain terhasil daripada pokok Erythroxylon campuran bahan alkohol acid sulfuric dan natrium karbonat serta acetone yang dikeluarkan di Pergunungan Andes dan Amerika Selatan. Kokain tulen juga dikenali sebagai Kokain Rock. Crack Kokain adalah campuran Kokain dengan powder yang hasilnya berbentuk granules. Crack yang mempunyai ketulenan sehingga 90% adalah sangat bahaya kerana ia mendatangkan ketagihan teruk selepas penggunaan yang singkat.

Dadah Stimulant Phetamine pula dihasilkan daripada daun koka dan dikeluarkan oleh negara Peru, Bolivia dan Columbia manakala Epthedra pula didatangkan dari China dengan bahan asasnya ialah Ephedrine.

Halusinogen

Dadah jenis Halusinogen merupakan bentuk dadah asli dan sintetik. Dadah ini dapat mengubah pandangan visual yang mana individu susah untuk membezakan antara benar dengan tidak.

Antara bentuk dadah jenis Halusinogen adalah Lysergic Asid Diethylamide (LSD), Phenlyclidine (PCP), Dimethyltryptamine (DMT) yang dihasilkan daripada daun Piptadenia Peregrina dan Ketamine yang mana bahan asasnya terdiri daripada 2-Chlorophenrl dan 2Methylamine Cyclohexanonec. Kesemua bentuk dadah Halusinogen ini kebanyakannya dikeluarkan oleh negara pengeluar seperti Amerika Syarikat dan Mexico.

Lazimnya, pengguna dadah Halusinogen akan mencampurkan dadah ini yang berbentuk kapsul ke dalam minuman. Akibatnya, penagih akan mengalami pencerapan deria yang berubah, rasa seronok, menakutkan dan tidak dapat mengawal diri.

Inhalant

Inhalant pada dasarnya tidak ditakrifkan sebagai dadah. Walaubagaimanapun, banyak persamaannya dengan jenis dadah yang lain dari segi kesannya ke atas penagih.

Bahan asas kepada Inhalant adalah seperti hydrocarbon dan nitrous oxide yang sinonim dengan kandungan di dalam petrol, thinner dan cecair pemetik api. Secara umumnya, Inhalant dikeluarkan dalam pelbagai bentuk seperti gam, ubat nyamuk, cat cair, spray rambut, dan cecair pencuci.

Kebanyakan pengambilan Inhalant dilakukan oleh para remaja dan golongan belia dengan cara menghidunya melalui hidung. Kesan daripadanya, pengguna akan berhalusinasi dan berkhayal. Inhalant dikategorikan sebagai bahan yang berbahaya kerana boleh membawa maut.